Selasa, 31 Mei 2011

Analisa dari KPRU tentang kenaikan barang

Analisa dari KPRU tentang kenaikan barang

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berasa kesal dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan tarif elektirk secara purata sebanyak 7.12% mulai Jun 2011 mahupun pelbagai pihak, termasuk pakar ekonomi telah mengingatkan kerajaan bahawa tekanan inflasi semakin mendesak. Dalam pada itu, kerajaan juga mengumumkan bahawa tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual oleh Petronas kepada pengeluar tenaga.

Pengumuman kerajaan bahawa 4.4 juta atau 75% pengguna di Malaysia tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik memang dalam jangkaan. Akan tetapi, kerajaan secara sengaja mengabaikan satu fakta, iaitu harga barangan harian dan makanan akan meningkat susulan daripada pengumuman tersebut. Hal ini kerana pihak industri pengeluaran makanan yang menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik dijangka memindah kos berkaitan kepada pihak pengguna.

Tetamu Luar Negara Hadiri Muktamar Pemuda PAS



Buat pertama kalinya, Presidennya, Ir Jupri Bade dari Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan berucap di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS kali ke- 57 pada tahun ini.

Mereka yang mewakili Kelab PAS Luar Negara di Zon Eropah turut ditemani banyak lagi tetamu luar negara antaranya, Speaker Parlimen Palestin, Dr Ahmed M. A. Bahar, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Fathurahman Mahfuz, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Heelman Affandi.

KITA Kini Tukang Karut Umno

KITA Kini Tukang Karut Umno

KOMENTAR 31 MEI : Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui KITA. Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Anwar Ibrahim yang diumumkan semalam.

Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.

Bagi kebanyakan remaja yang menghadiri pesta Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya sepanjang hujung minggu lalu, ia memang menjadi sumber hiburan kepada mereka. Lagi pun ia persembahan percuma, hasil kutipan wang sumber asli negara dan cukai rakyat.

Bermacam-macam acara diadakan selama tiga hari yang berakhir malam tadi. Acara-acara yang penuh meriah ini meliputi persembahan artis, karnival, forum, pesta buku, acara keagamaan, gerai pameran dan jualan, perhimpunan persatuan anak-anak yatim, perhimpunan warga belia OKU, belia orang asli, pertandingan nyanyian dan hiburan, kempen-kempen kesedaran dan keselamatan oleh badan-badan berkanun, pertandingan sukan motor, sukan lasak dan sebagainya.

Dari satu segi, ia boleh dilihat sebagai usaha kerajaan untuk menghargai peranan belia dalam pembangunan negara. Pesta ini menghimpunkan ribuan pengunjung yang bukan sahaja dari golongan belia, malah bapa-bapa dan ibu-ibu belia pun turut sibuk dengan pelbagai acara itu.

Isnin, 30 Mei 2011

Tarif elektrik naik 7.12 peratus, kuat kuasa 1 Jun

Tarif elektrik



Dengan kenaikan ini rakyat terbeban,maka semakin hampir kejatuhan kerajaan BN

PUTRAJAYA, 30 Mei – Tarif elektrik akan mengalami kenaikan sebanyak 7.12 peratus berkuat kuasa I Jun ini.

Bagaimanapun ia tidak akan memberi impak ke atas 75 peratus pengguna domestik.

Langkah itu sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan.

Di bawa keputusan itu, kerajaan mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kw sejam daripada 31.31 sen kw sejam.

Laporan Bernama Online menyebut, bagaimanapun langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300kw sebulan.

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno berterusaan

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno berterusaan


KUALA LUMPUR 30 MEI : Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Ahad, 29 Mei 2011

MyDaftar JPN:Cara Umno untuk menang PRU nanti

MyDaftar JPN:Cara Umno untuk menang PRU nanti

Program MyDaftar anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah sekolah di sini agak kelam kabut apabila diserbu ramai penduduk terutamanya berasal dari negara jiran.
Ketika kaunter pendaftaran yang juga melibatkan Jabatan Imigresen dibuka jam 8.30 pagi ruang dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur diserbu orang ramai.

Sebahagian besar mereka berasal dari Thailand yang mendakwa sudah lama menetap di Pengkalan Kubur. Ada juga kelihatan datang menggunakan kenderaan nombor berdaftar negara jiran.

Malah malam tadi Umno dipercayai melancarkan kempen supaya warga asing yang belum memiliki kad pengenalan datang ke program berkenaan.

Najib Mohon simpati Belia Pertahan Putrajaya untuk Berkuasa dan Kaya

Najib Mohon simpati Belia Pertahan Putrajaya untuk Berkuasa dan Kaya

Fikirkanlah wahai belia semua...
Kerajaan ketuanan Rakyat atau Kerajaan Ketuanan Kroni

PUTRAJAYA 29 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang sekali gus membolehkan Barisan Nasional (BN) terus kekal berkuasa.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 semalam, Najib merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

Menurut Najib, beliau gembira dengan kehadiran sejuta orang anak muda di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun ini yang menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak.

“Di Malaysia, satu juta pemuda berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya,” katanya.

"Saya percaya kita boleh tunjuk kepada dunia... negara (kita) aman dan stabil. Kita tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.

Sabtu, 28 Mei 2011

111 Orang meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

111 Orang meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

SELAYANG, 28 Mei: Bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Melayu Sri Kundang, Mat Senin Mat Lana mengetuai 111 ahli cawangan itu membuat keputusan meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

Mat Senin bersama bekas ketua pemuda cawangan tersebut, Mohd Khairuddin Abu Bakar dan bekas ketua wanita, Kamariah Meor Baldin secara rasmi menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di majlis Ceramah Perdana PAS Ganti Umno di Dewan JKKK Kampung Setia, Tasik Biru, Kuang malam tadi.

Laungan takbir bergema dari kira-kira 2,000 orang yang hadir memenuhi padang sewaktu pengerusi majlis mengumumkan perkara tersebut.

Jumaat, 27 Mei 2011

Tarif elektrik: Kerajaan lulus kenaikan tarif elektrik

Tarif elektrik

SHAH ALAM, 27 Mei — Kenaikan tarif elektrik akan tetap berlaku tetapi kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

Kenyataan itu meredakan rakyat yang bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik ketika majlis ekonomi dijadual bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara tersebut.

ANALISA TENTANG PAS


Pas harus berubah dari segi pemikiran,jika tidak usah hendak bermimpi untuk menawan Tanah Melayu ini
Aku bukan hendak menghentam parti sendiri,tetapi ingin memperkuatkan kepimpinan parti dengan menyangah perkara-perkara yang melemahkan parti.Kepada pemimpin parti,berjuanglah dengan iklas bukan demi kepentingan diri masing-masing(ini yang semakin mendatang semakin terserlah)


Ikutlah semangat AlMarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor.

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang 27-28 Mei Ini

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang 27-28 Mei Ini

Himpunan kebangkitan warga Felda Pahang akan diadakan pada 27 dan 28 Mei ini di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dan Felda Jengka 16 dan 19.

Program yang disusun rapi oleh Badan Perhubungan PAS Pahang dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) itu bertemakan ‘sertai kebangkitan bersama tokoh-tokoh pimpinan rakyat’ akan dimulakan dengan program pertama pada 27 Mei iaitu ceramah perdana bermula jam 7 hingga 12 tengah malam.

Ceramah perdana itu akan diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dengan menampilkan penceramah khas iaitu Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Manakala barisan penceramah lain pada malam itu ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Presiden ANAK, Mazlan Aliman dan calon PAS di Dun Tenang, Normala Sudirman.

Khamis, 26 Mei 2011

Hospital Shah Alam : JKR Dokong Syarikat Tidak Layak

Hospital Shah Alam : JKR Dokong Syarikat Tidak Layak



Hospital Shah Alam yang masih menjadi igauan penduduk ibu negeri Selangor kini dibelit dengan isu pembayaran komisyen berjuta-juta ringgit oleh syarikat yang dituduh bersekongkol dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kontrak baru projek itu.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan tiga dokumen menunjukkan bekas subkontraktor projek itu Frontier Structure menawarkan komisyen RM30 juta kepada bekas kontraktor utama Sunshine Fleet Sdn Bhd.

Sepucuk surat lagi menunjukkan bagaimana Kementerian Kewangan mengarahkan Jabatan Kerja Raya memasukkan Frontier sebagai syarikat yang membida projek berkenaan walaupun syarikat itu bukan kontraktor Kelas A dan tidak pun membida untuk mendapatkan projek itu.

BN ‘korban’ tak potong subsidi takut kalah teruk PRU-13

BN ‘korban’ tak potong subsidi takut kalah teruk PRU-13

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng percaya langkah Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang kerana bimbang akan kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Tegas Lim , langkah Pakatan Rakyat yang secara berterusan mendesak Putrajaya menyebabkan pentadbiran Najib terpaksa membatalkan hasrat memotong subsidi dan pada masa sama mengumumkan tiada kenaikan harga bahan api.

“Pakatan Rakyat telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi, malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair untuk ketika ini.

Rabu, 25 Mei 2011

PAS bersama Pakatan Rakyat: Harus tegas kerana pendirian



Perkembangan pasca "tsunami politik" membawa PAS ke persimpangan jalan, dan halatuju masa depannya dijangka akan ditentukan dalam pemilihan pada tahun 2009. Mohamad Sabu dan Husam Musa yang berpendirian lebih tegas untuk menutup pintu rundingan bersama UMNO - akhirnya gagal menawan jawatan Timbalan Presiden, sungguhpun jumlah undi kedua-dua mereka melebihi penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa.

Kesudahan sedemikian mencungkil ramalan bahawa isu "kerjasama UMNO-PAS" atas nama perpaduan umat Islam akan terus menghantui PAS, malah PAS mungkin mengalami retakan dalaman berikutan isu ini. Bagaimanapun, isu ini akhirnya berjaya dimatikan dalam Seminar Politik PAS, selepas Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat secara terbuka menyelar beberapa pemimpin yang "tak habis-habis nak bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan".

Untuk berlaku adil kepada Presiden PAS, beliau sebenarnya telah berulang-kali menegaskan pendirian PAS untuk bersama Pakatan Rakyat selepas "Seminar Politik" tersebut. Bagaimanapun, "ketegasan" Abdul Hadi Awang tetap tidak meyakinkan sesetengah orang - misalnya Profesor Abdul Aziz Bari yang masih menuding jari terhadap kelemahan pimpinannya.

Tegas kerana terpaksa tegas?

Bukti Kerajaan Gagal Urus Kewangan Negara

Bukti Kerajaan Gagal Urus Kewangan Negara

SHAH ALAM 25 MEI : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyatakan langkah Jabatan Perkhidmatan Awam membeku dan memansuhkan jawatan kosong di semua Kementerian bermula 1 Jun depan membuktikan kedudukan ekonomi negara semakin buruk.

Malah, beliau yang terkejut dengan pengumuman tersebut turut menyifatkan Kerajaan Pusat sebagai tidak bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan negara khususnya peruntukan untuk Perkhidmatan Awam sehingga menyebabkan keadaan seperti ini berlaku ketika pilihan raya umum dijangkakan tidak lama lagi.

Katanya, sebelum ini kakitangan kerajaan merupakan golongan yang sentiasa ditatang bagai minyak yang penuh dengan pelbagai pemberian gula-gula politik pada setiap kempennya semata-mata untuk memenangkan kerajaan pusat.

Video seks: Anwar saman Hishammuddin

Video seks: Anwar saman Hishammuddin


KUALA LUMPUR, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengemukakan saman balas fitnah ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyamannya berhubung isu berkaitan rakaman video seks didedahkan “Datuk T”.

Selasa, 24 Mei 2011

Duit Rakyat Untuk Kroni

Duit Rakyat Untuk Kroni


SHAH ALAM 24 MEI : Keputusan kerajaan pusat menjamin keluar syarikat bekalan air swasta di Selangor dilihat sebagai menjejaskan peluang rakyat menikmati bekalan air berkualiti pada harga yang murah, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini.

Menurut Tony, keputusan ini akan menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor hilang peluang mereka untuk memetrai perjanjian dengan syarikat berkenaan yang menanggung hutang sebanyak RM 6.5 Billion kepada pemegang-pemegang bon utama konsesi berkenaan.

" Kegagalan syarikat-syarikat ini menjelaskan hutang mereka, tanpa jaminan keluar (bail-out) dari pentadbiran BN akan menyebabkan mereka terpaksa bersemuka dan berbincang mengenai penstrukturan semula perjanjian dengan Kerajaan Selangor atau pihak lain yang mengemukakan tawaran untuk mengambil alih aset dan perniagaan tersebut.

Isnin, 23 Mei 2011

Video Seks : Proses Pendedahan Mahkamah Buktikan BN Terlibat

Video Seks : Proses Pendedahan Mahkamah Buktikan BN Terlibat

SHAH ALAM 23 MEI: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendren percaya dan yakin bahawa kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berhubung mahkamah akan mendedahkan kebenaran sekali gus menjawab semua persoalan mengenai isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan satu lagi bentuk konspirasi Umno-Barisan Nasional(BN).

Surendren berkata, ia merupakan contoh jelas bagaimana kerajaan telah menyalahgunakan kuasa untuk menindas pembangkang sehingga sanggup menggunakan institusi bebas seperti polis.

“Sekarang ini sudah jelas, dari apa yang dinyatakan Menteri Dalam Negeri bahawa secara keseluruhan isu video seks ini memang wujud konspirasi yang melibatkan pihak kerajaan dan polis untuk menghancurkan karier politik ketua pembangkang.

SECRET RECIPE MENGANDUNGI DNA BABI

SECRET RECIPE MENGANDUNGI DNA BABI

Apakah kita negara islam jikalau pengunaan DNA babi diguna secara berleluasan didalam setiap prodak makanan yang dikeluarkan.Malah orang-orang bukan islam yang selama ini giat menjalankan perusaahaan makanan untuk orang islam di negara ini.

Apakah kita negara islam sebenarnya,fikirkanlah..!
PAS akan membawa negara kearah negara islam,renungkanlah...!

Tanah runtuh : KEADILAN seru agar UMNO jangan berpolitik

Tanah runtuh : KEADILAN seru agar UMNO jangan berpolitik

Tanah runtuh : KEADILAN seru agar UMNO jangan berpolitik


Setakat kenyataan media ini dikeluarkan masih ada anak yatim di rumah Anak Yatim Al-Takwa, yang masih tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat ini. Diharap semua pihak dapat bersama menyumbang tenaga dalam usaha menyelamat oleh pihak keselamatan.

Saya mewakili KEADILAN Selangor mengucapkan takziah kepada seluruh tenaga pengajar dan anak-anak yatim yang terkorban dalam tragedi ini.

Hujan lebat yang turun beberapa hari di kawasan Hulu Langat ini memungkinkan kejadian tanah runtuh ini berlaku. Selain dari menerima ini sebagai satu bencana alam yang sudah ditentukanNya, kita wajar menginsafi kejadian sebegini dan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan ia dari terus berulang. Ini adalah kerana kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa sedikit masa dahulu yang antara lain faktor penyumbangnya adalah kerana kecuaian manusia, tiada kawalan ketat oleh pihak berwajib untuk menjalankan pembangunan dengan kawal selia yang cekap dan ketat

Ahad, 22 Mei 2011

Program Pelancongan Masjid di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Program Pelancongan Masjid di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Mana di puak-puak pencacai UMNO yang selalu berteriak tentang kesucian Masjid dan Surau,bila Program Pelancongan Masjid diujudkan.Sekarang kita tahu puak-puak ini terlebih Islam dari islam sendiri. .Al-Quran tidak boleh dipegang oleh orang bukan islam,sedangkan islam tidak mengajar begitu.Jika kita melarang orang bukan islam membaca al-Quran sampai bila pun mereka tidak akan mengenali islam.

KUALA LUMPUR: “Pertama kali saya menjejakkan kaki di masjid ini, saya terpegun dengan seni rekanya yang unik dan menarik, malah terpegun bagaikan berganda apabila berpeluang ‘mengenali’ Islam yang sebenar,” kata Paige Hemmings, 21. Dia antara 23 pelajar Kolej Berea dari Kentucky, Amerika Syarikat, yang mengikuti Program Pelancongan Masjid di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL), baru-baru ini.

Katanya, selama ini dia dikhabarkan dengan berita negatif mengenai Islam dan lazimnya, media Amerika Syarikat mengaitkan agama ini dengan keganasan.


“Bagaimanapun, apabila berada di sini, ia nyata berbeza dan saya berani mengatakan Islam adalah agama kedamaian kerana saya melihatnya sendiri.

Anwar : Banding Harga Minyak Dengan Negara Pengeluar

Anwar : Banding Harga Minyak Dengan Negara Pengeluar


KOTA BELUD 22 MEI: Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat dan kerajaan membandingkan harga minyak dengan negara-negara pengeluar minyak dunia yang menurutnya jauh lebih rendah berbanding Malaysia.

Beliau yakin kadar ditetapkan oleh kerajaan tidak boleh dibandingkan dengan negara yang tidak mempunyai sumber minyak seperti Singapura.

Bercakap pada ceramah bersempena lawatan beliau ke negeri Sabah semalam, Anwar mengecam peranan kerajaan yang gagal memberi manfaat kepada negeri itu dan Malaysia secara keseluruhan untak menikmati keselesaan harga minyak rendah.

Di manakah agenda bumiputera UDA

Di manakah agenda bumiputera UDA

INDEKS prestasi utama (KPI) yang ditetapkan ialah pemilikan hartanah bumiputra di kawasan bandar, sasarannya 30 peratus, jangka masa pencapaian 20 tahun. Pelan tindakan merangkumi penubuhan agensi pelaksana berserta dengan penggubalan polisi dan akta parlimen. Setelah perdebatan di Parlimen, Akta 46, Pembangunan Bandar 1971 diluluskan. Lahirlah Lembaga Kemajuan Bandar (UDA) pada 12 November, 1971 dengan harapan yang tinggi, mengalas amanah mengisi kemerdekaan.

Fungsi UDA jelas termaktub dalam akta tersebut. UDA bertanggungjawab untuk "mempromosi dan menjalankan projek dalam kawasan pembangunan bandar dengan fokus untuk mencapai keseimbangan peluang antara kaum dalam bidang perdagangan dan industri , perumahan dan aktiviti-aktiviti lain" UDA juga adalah agensi yang bertanggungjawab untuk "menterjemahkan polisi kerajaan mengstruktur masyarakat melalui pembangunan perbandaran kepada program-program tindakan"

PRU Bukan Untuk Tumbang Pemimpin Tapi Untuk Ubah Sistem Rasuah

PRU Bukan Untuk Tumbang Pemimpin Tapi Untuk Ubah Sistem Rasuah

SHAH ALAM 22 MEI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa akar umbi dan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menghayati dan mendokong perjuangan membela rakyat sebagai cara terbaik menangkis usaha-usaha licik pemeritnah untuk menindas pembangkang.

Gagasan itu tidak perlu gusar terhadap taktik-taktik kotor yang diguna oleh Umno-Barisan Nasional, termasuk dakwaan adanya gerakan "menjual" kewarganegaraan kepada rakyat Indonesia di Semenanjung untuk menambah undi pemerintah pada pilihanraya umum akan datang.

"Jadi saya minta rakan-rakan yang mengakui sebagai pejuang untuk membela nasib rakyat. Tidak ada laluan mudah kerana yang kita mahu ubah bukan seorang wakil rakyat tapi sistem yang telah merosak dan punahkan negeri yang mempunyai potensi begitu kaya," kata Anwar kepada TvSelangor.

Sabtu, 21 Mei 2011

Himpunan Bersih 2.0 9 Julai tuntut pilihan raya bersih

Himpunan Bersih 2.0 9 Julai tuntut pilihan raya bersih

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 akan menggerakkan rakyat untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 9 Julai ini.

Himpunan Bersih kali kedua itu bertemakan “Walk For Democracy”, menurut Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu akan diadakan di Kuala Lumpur.

Namun lokasi tepat belum dipastikan lagi.

Tambah beliau, Himpunan Bersih kali kedua itu merupakan kesinambungan himpunan Bersih yang diadakan November 2007

Pengundi baru strategi jahat BN rampas Kedah

semakan daftar pemilih


Bukan di kedah sahaja SPR menambah pengundi malah disetiap negeri yang dipimpin oleh pakatan rakyat.
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga pernah mendedahkannya.
(baca disini spr-memang-penipu.)

KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS menyifatkan pertambahan mendadak pengundi baru di Kedah sehingga 26,000 orang pada suku pertama tahun ini sebagai satu strategi jahat Kerajaan BN dengan kerjasama SPR, bagi membolehkan BN merampas Kedah dari PAS.

Strategi jahat seperti itu pernah dilakukan oleh BN di Terengganu pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu untuk membolehkan BN merampas Kerajaan Terengganu dari PAS.

Jumaat, 20 Mei 2011

Jual Kopi DNA Babi





Masih ramai lagi orang-orang yang mengaku beragama islam,makan dan minum di kopitiam milik bukan islam.
dan masih buta tentang ajaran islam,yang mementingkan makanan bersih dan halal.
Kita juga mengaku Negara islam,tetapi produk makanan dikeluarkan yang bukan islam.
Renung dan fikirkanlah....

KUALA LUMPUR 20 MEI : Tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, Johor atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kafe Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah Rail Passion Sdn Bhd iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Kenaikan harga makanan  rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos

Kenaikan harga makanan rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Pakatan Rakyat (PR) memberi khuatir kadar kenaikan harga makanan sekarang jika tidak dikawal akan menyebabkan rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih tinggi berbanding enam tahun lalu dan berulangnya situasi 2008.

“Pada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir 2011 (tahun ini), rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding 2005.

“Sepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga 2010,” kata Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan at-Tantawi mengekalkan jawatannya selepas tiga orang yang dicalonkan membuat keputusan tidak mencabar beliau kali ini.

Nasrudin telah memegang jawatan itu sejak 2009 dengan menggantikan Salahuddin Ayub.

Kelmarin beliau mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu.

“Ya, saya bersedia untuk mempertahankan jawatan ketua Pemuda PAS, insya-Allah saya akan melaksanakan tugas dan tanggungawab ini dengan baik

Khamis, 19 Mei 2011

Wikileaks dedah 19 ‘aktor pengaruh’ dalam kitar politik Najib

Wikileaks dedah 19 ‘aktor pengaruh’ dalam kitar politik Najib

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib, adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat

Rabu, 18 Mei 2011

SPR memang penipu

SPR memang penipu

Apabila Pakatan Rakyat mengatakan,banyak pengundi dipindahkan,SPR pun melenting,
Bila Ketua Wanita UMNO tersalah cakap,maka kebenaran apa yang selama ini Pakatan Rakyat katakan adalah benar belaka.

Pergerakan Wanita UMNO mendedahkan terdapat gerakan memindahkan pengundi dari satu kawasan Parlimen ke Parlimen lain tanpa pengetahuan pengundi terbabit.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, gerakan itu berlaku di banyak kawasan Parlimen terutama Parlimen yang mempunyai ramai pengundi Melayu.

“Tak payah saya maklumkan nama Parlimen terbabit, ini adalah maklum balas Wanita UMNO Melaka kepada saya dan beberapa tempat yang lain, ada pemindahan pengundi tanpa pengetahuan pengundi itu sendiri,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka, semalam.

Pemuda PAS: Nasrudin pertahan jawatan

Pemuda PAS: Nasrudin pertahan jawatan

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan at-Tantawi secara rasmi mengumumkan akan mempertahankan jawatannya yang disandang itu sejak 2009 pada pemilihan awal bulan depan.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Nasrudin yang memegang jawatan itu dengan menggantikan Salahuddin Ayub berkata, beliau membuat keputusan mempertahankan jawatan itu atas alasan masih banyak agenda yang dirancang belum dilaksanakan.

“Ya, saya bersedia untuk mempertahankan jawatan ketua Pemuda PAS, insya-Allah saya akan melaksanakan tugas dan tanggungawab ini dengan baik.

Selasa, 17 Mei 2011

Najib: Subsidi ibarat candu,PRU semakin menghampiri

Najib: Subsidi ibarat candu,PRU semakin menghampiri

Apabila PRU ke13 semakin menghampiri,para menteri pun cakap berlapik,harga minyak akan dinaikan dan penerangan kenapa perlu dinaikan harga minyak dilakukan.
Tidak seperti sebelum ini,hendak naik terus dinaikan.

OXFORD, 17 Mei — Subsidi bahan api ibarat “candu” kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini semalam.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

“Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik,” kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.

Pada Mac lalu, Najib berkata, beliau berkomited untuk memotong subsidi jangka panjang dan penjimatan seharusnya disasarkan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

“Pengurusan ekonomi yang baik dan makro membolehkan anda mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat.

Isnin, 16 Mei 2011

Dugaan Terhadap Anwar Bawa Perubahan Di Malaysia Semakin Berlapis

Dugaan Terhadap Anwar Bawa Perubahan Di Malaysia Semakin Berlapis

Perjuangan Pakataan Rakyat tidak akan berakhir,walaupun Anwar kepenjara.

Tali Umno untuk menjerut Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua semakin mencengkam leher beliau. Proses untuk menghumban beliau kembali ke Penjara Sungai Buloh di mana beliau menghabiskan enam tahun sebelum ini, semakin deras untuk sampai ke garis hujungnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa pendakwaraya telah mengemukakan bukti-bukti prima facie dan justeru itu Anwar perlu membela diri.

Dalam erti kata lain, bukti pendakwaraya adalah kukuh dan Anwar perlu mengemukakan pembelaan kenapa beliau tidak harus dihukum.
Minyak dan Harga barang naik,salah Pakataan Rakyat

Minyak dan Harga barang naik,salah Pakataan Rakyat

PUTRAJAYA, 16 Mei — Kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” katanya dipetik Bernama Online.

Ismail Sabri berkata kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

Ahad, 15 Mei 2011

Anti-Lynas: Polis tahan empat anggota DAP

Anti-Lynas: Polis tahan empat anggota DAP



Polis menahan empat anggota DAP pagi ini kerana mengadakan demonstrasi memprotes loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Anthony Loke, yang hadir ketika kejadian memberitahu The Malaysian Insider, polis menahan empat anggota parti itu ketika protes mereka hampir berakhir.

Katanya, program membantah bermula dengan pembukaan pusat khidmat DAP Kuantan di Jalan Beserah di sini pada pukul 10 pagi tadi sebelum memulakan demonstrasi ringkas.

Dr Wahbah:Saya kenal Anwar Ibrahim

Dr Wahbah:Saya kenal Anwar Ibrahim

SHAH ALAM, 14 Mei – Ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berhadapan dengan isu rakaman video seks, “sangat wajar mengadu terus ke hadrat Allah s.w.t.”

“Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke hadrat Allah s.w.t dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh-temeh ini,” kata beliau pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Semalam, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Dipetik Harakahdaily, ucapan Dr Wahbah telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sabtu, 14 Mei 2011

Muhyiddin Perbodohkan Rakyat

Muhyiddin Perbodohkan Rakyat

SHAH ALAM 14 MEI : Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus peka kepada teguran orang ramai terhadap kenaikan harga barangan dan bukannya marah terhadap kritikan sebegitu, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad.

Muhyiddin juga berbohong apabila mendakwa Malaysia satu- satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban rakyat, kata beliau.

"Kita tahu di negara barat pun sistem subsidi itu memang diberikan, Amerika memberi subsidi besar kepada sektor pertanian mereka dan sebagainya, begitu juga kepada negara-negara yang maju seperti Eropah, Jepun dan sebagainya." kata Dr Dzulkifli.

Mat Sabu:Anak tokoh PAS bertanding atas tiket DAP

Mat Sabu:Anak tokoh PAS bertanding atas tiket DAP


"Sebagai seorang muslim, saya mesti percaya bahawa ia sebagai undang-undang tertinggi yang perlu dilaksanakan. Tetapi, sebelum pelaksanaan Hukum Hudud ini, banyak lagi perkara yang boleh ditonjolkan, kebaikan Islam itu. Misalnya good governance (urus-tadbir yang baik), akauntibiliti, tidak rasuah, tolak nepotisme. Dan sekarang ini saya nampak, kalau PAS slow (perlahan) dalam bidang ini, for the future, DAP will take over."

Demikianlah kegusaran yang menyelubungi seorang pemimpin politik veteran, Mohamad Sabu  yang menyertai PAS sejak tahun 1977. 34 tahun daripada pemimpin yang berusia 56 tahun ini dicurahkan untuk perjuangan PAS. Kesetiaannya bersama parti sukar dipertikai, pada masa yang sama beliau juga sahabat akrab kepada pemimpin DAP yang menerajui tampuk pimpinan sekarang.

Anwar :"Kesilapan Besar Ugut Keluarga Saya"

Anwar :"Kesilapan Besar Ugut Keluarga Saya"

SHAH ALAM 14 MEI : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pihak yang mengancam beliau dan keluarganya melakukan kesilapan besar, jika beranggapan mereka akan tunduk kepada ugutan sebegitu.

Semalam anak sulung Anwar, Nurul Izzah membuat laporan polis terhadap sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengancam "sesuatu yang tidak elok" ke atas kepada anaknya jika beliau terus menyokong ayahnya.

“Saya boleh tahan. Ini kemudian isteri, anak dan terbaru cucu. Tapi saya rasa orang yang telah cuba untuk membuat ugutan ini telah melakukan kesilapan yang besar. Jika mereka ingin menumpulkan semangat, mereka silap dan kita akan terus menumpukan gerak kerja kita,” kata Anwar.

Rabu, 11 Mei 2011

Surat KM P.Pinang kepada Menteri KDN

Surat KM P.Pinang kepada Menteri KDN

YB Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein Onn,
Menteri Dalam Negeri,
Kementerian Dalam Negeri Malaysia

Yang Berhormat Datuk Seri,

Tindakan Keras Ke atas Laporan Palsu Utusan Malaysia Tentang Konspirasi Di Antara DAP Dan Paderi-paderi Kristian Di Pulau Pinang Untuk Menubuhkan Sebuah Negara Kristian Dan Melantik Perdana Menteri Beragama Kristian.

Kerajaan negeri Pulau Pinang secara rasmi ingin meminta Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan keras ke atas laporan palsu yang dibuat oleh Utusan Malaysia pada muka depannya tanggal 7 Mei tentang konspirasi di antara DAP dan paderi-paderi Kristian di Pulau Pinang untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian.

Isu Kewarganegaraan : Umno Hulu Selangor Digesa Beri Kerjasama

Isu Kewarganegaraan : Umno Hulu Selangor Digesa Beri Kerjasama

SHAH ALAM 11 MEI : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Umno khususnya bahagian Hulu Selangor memberi kerjasama baik kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan berhubung surat rasmi memohon kelulusan menukar taraf kewarganegaraan kira-kira 2,000 warga asing demi memastikan kemenangan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata kerjasama dari pejabat Umno kawasan itu amat diperlukan bagi merungkai masalah yang bukan sahaja melibatkan proses keadilan di negara ini, sebaliknya sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara.

"PKR Selangor menggesa Umno khususnya Bahagian Hulu Selangor agar memberi kerjasama kepada polis apabila siasatan dijalankan dengan membenarkan pihak polis untuk meneliti surat dan fail yang terdapat di dalam pejabat mereka sekaligus ia mampu untuk membuktikan mereka benar atau salah," katanya kepada Tv Selangor.

Utusan Malaysia dan ancaman terhadap keselamatan negara

Utusan Malaysia dan ancaman terhadap keselamatan negara



Nikmat keamanan yang dikecapi oleh lebih 27 juta rakyat Malaysia sekali lagi diancam oleh akhbar Utusan Malaysia! Dari isu kuil, kepala lembu, bakar gereja, sehinggalah isu "Kristian sebagai agama rasmi". Nasib kita dan Malaysia terus diperjudikan oleh kelompok terdesak yang suka memanipulasi isu agama dan bangsa sehingga dikhuatiri mampu menimbulkan kekacauan. Malangnya, mereka nampaknya kelihatan kebal dari sebarang peruntukan undang-undang; Akta Hasutan contohnya.

Isu pengundi:Umno nafi,PKR ada bukti



KUALA LUMPUR, 11 Mei — Umno Hulu Selangor menafikan pihaknya ada menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing untuk membolehkan mereka didaftar sebagai pengundi kawasan tersebut menjelang pilihan raya umum ke-13.
Sehubungan itu, Umno bahagian tersebut juga menggesa timbalan pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin menarik balik dakwaan itu, yang dibuat pada satu sidang media pagi semalam.

“Pengurusan Umno Selangor mengadakan mesyuarat khas petang tadi (semalam), dipengerusikan oleh Datuk (Mohamed) Idris (Abu Bakar) sendiri dan kami memutuskan dua perkara iaitu pihak yang membuat tuduhan perlu menarik balik tuduhan mereka dan jika tidak, kami akan saman mereka... ini fitnah,” kata jurucakap Umno Hulu Selangor ketika menghubungi The Malaysian Insider.

Selasa, 10 Mei 2011

Pemandu dakwa kesan usaha mahu bunuh Anwar

Pemandu dakwa kesan usaha mahu bunuh Anwar

PETALING JAYA, 10 Mei — Pemandu Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihaknya mengesan usaha untuk membunuh majikannya dengan cuba merosakkan sistem brek kereta Mercedes Benz dipandunya, bulan lalu.

Laporan polis dibuat di balai polis Tropicana di sini petang ini oleh pemandu Anwar  Abdullah Sani Said.
Balai polis itu terletak beberapa pintu dari ibu pejabat PKR di sini.

Abdullah Sani, 51, yang merupakan pemandu bagi Anwar sejak 28 tahun lalu mengesan usaha itu pada 19 April lalu selepas satu insiden ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Perak, memandu Mercedes Benz S350 bernombor KCD 77.

Najib Patut Siasat Utusan Bukan Paderi Kristian

Najib Patut Siasat Utusan Bukan Paderi Kristian

SHAH ALAM 9 MEI: Utusan Malaysia dan dua blogger yang dikaitkan kepada laporan fitnah negara Kristian harus menjadi sasaran utama dalam sebarang siasatan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Rawa.

Ini berikutan tindakan akhbar milik Umno itu menyiarkan dakwaan melibatkan sensitiviti agama tanpa pengesahan sahih, kata Mujahid.

Mujahid berkata jaminan Najib untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu harus berpaksi kepada Utusan dan dua blogger berkenaan, dan bukannya paderi Kristian yang hanya mengadakan perbincangan keagamaan.

"Bila blogger yang membuat laporan, mengapa Utusan Malaysia terus bawa ke muka hadapan akhbar. Bagi saya Utusan yang harus didakwa dan disiasat. Berita utama yang dibawa boleh membawa kepada ketegangan kaum.

Isnin, 9 Mei 2011

Reaksi Menteri Yang Berjiwa Kerdil(Dunggu)

Reaksi Menteri Yang Berjiwa Kerdil(Dunggu)



Memang jelas jarak firasat dan kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dengan sekurang-kurangnya tiga menteri Umno yang nyata kontang idea mengenai soal kenegaraan dan juga bagaimana membaja keharmonian di Malaysia.

Apabila diminta komen beliau berhubung kegemparan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia pada Sabtu 7 Mei lalu, dengan tenang pemimpin dan ahli agama itu menguis soalan dengan mengatakan “tidak mungkin beliau boleh mempercayai laporan Utusan Malaysia”.

Pendirian Nik Aziz memang berasas. Ini kerana komponen utama Barisan Nasional, MCA sendiri kini menggerakkan kempen untuk memboikot akhbar millik Umno itu.

Timbalan presiden: Mat Sabu atasi senarai pencalonan

Timbalan presiden: Mat Sabu atasi senarai pencalonan

Timbalan presiden: Mat Sabu atasi senarai pencalonan


KUALA LUMPUR, 9 Mei — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu sedang mendahului senarai pencalonan bagi jawatan timbalan presiden mengatasi jumlah yang diterima penyandangnya Nasharudin Mat Isa, setakat hujung minggu lalu.

The Malaysian Insider difahamkan Mohamad yang turut dikenali sebagai “Mat Sabu” sudah memperoleh 70 pencalonan manakala Nasharudin hampir 40 pencalonan daripada lebih 130 kawasan sudah bermesyuarat.

PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.

Setakat hujung minggu lalu, hampir 75 peratus kawasan atau bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan masing-masing. Ada kawasan yang tidak mencalonkan sesiapa pun.

Sabtu, 7 Mei 2011

Persiapan PRU 13 agenda penting

Persiapan PRU 13 agenda penting

GOMBAK, 7 Mei: Kekuatan PAS mesti diterjemahkan dalam pilihan raya umum ke-13 dan persiapannya harus dijadikan agenda penting untuk dibincangkan dalam muktamar parti Jun ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS harus memenangi pilihan raya umum kerana ianya akan mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti itu dan ianya merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua pimpinan dan ahli parti.

"Cabaran dalam muktamar kali ini, bagaimana PAS nak perkukuhkan persiapan untuk menghadapi PRU ke-13. PAS parti yang paling lama, paling banyak pengalaman, cawangan banyak, ahli banyak tapi data yang ada tak mencukupi kalau tak diterjemahkan dalam konteks pilihan raya.

Kristian-Islam: Laporan Utusan pembohongan

Kristian-Islam: Laporan Utusan pembohongan

KUALA LUMPUR, 7 Mei – DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng  menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno.

“Utusan mahu meletakkan (gagasan) 1 Malaysia di atas api... ia elemen paling jahat dan bahaya di negara kita pada masa sekarang,” kata beliau hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau telah meminta pemimpin-pemimpin partinya agar membuat aduan polis berhubung laporan tersebut.

Jumaat, 6 Mei 2011

Pilihan Raya Umum Ke 13, 11.11.11?

Pilihan Raya Umum Ke 13, 11.11.11?



KUALA LUMPUR 6 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

Najib Razak:Guna apa saja senjata rampas Selangor

Najib Razak:Guna apa saja senjata rampas Selangor



Gendang perang sudah dibunyikan diselangor,gunakan apa sahaja, yang baik atau buruk.!
fitnah!
video seks!
pengundi hantu!
polis!

SHAH ALAM, 6 Mei — Datuk Seri Najib Razak malam tadi menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 — yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”

Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

Pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum bulan Ramadan, awal Ogos ini.

Khamis, 5 Mei 2011

Malaysia Negara Polis

Malaysia Negara Polis

Malaysia Negara Polis


"Dalam masa sehari semalam, Malaysia telah bertukar kepada sebuah negara polis", itulah kata-kata yang diungkapkan Tunku Abdul Rahman berikutan Operasi Lalang yang berlaku pada tahun 1987 yang yang menyaksikan penangkapan pemimpin-pemmpin barisan pembangkang dan aktivis-aktivis yang lantang bersuara dalami mengkritik dasar pemerintahan Barisan Nasional.

Operasi Lalang 1987 yang didalangi Mahathir Mohamad  ketika itu dengan menggunakan kuasa polis di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan sebuah kematian demokrasi, pencabulan hak asasi dan prinsip kebebasan, dan penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

Lim Guan Eng : MCA berbohong

Lim Guan Eng : MCA berbohong



KUALA LUMPUR 4 MEI : Lim Guan Eng mendakwa MCA berbohong sambil menegaskan tiada siapa yang percaya komponen Barisan Nasional (BN) itu akan berada di luar kerajaan jika sokongan pengundia Cina kepadanya merosot pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung DAP itu berkata sejarah telah menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Cina dalam BN tidak dapat ‘mengelak’ diri mereka daripada keistimewaan dan ganjaran yang dinikmati hasil pemegangan kuasa.

Rabu, 4 Mei 2011

Osama bin Laden mati atau tidak

Osama bin Laden


PKK:
Siapa Osama bin Laden?
Seorang pejuang Islam?
Seorang agen CIA?
Persoalan ini banyak dibahaskan didunia.
Pencarian di: http://whatreallyhappened.com/

NEW YORK, 4 Mei — Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul.

Malah, saudara mara mangsa peristiwa 11 September 2001 mengatakan kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama dalam ucapannya di White House mencetuskan banyak persoalan.

Kerajaan AS mengatakan bahawa Osama  ditembak mati di kepala ketika pasukan elit SEALS tentera laut menyerbu pekarangan awal pagi Isnin lalu (waktu Malaysia) selepas lelaki paling dikehendaki itu membolosi buruan negara berkenaan lebih satu dekad.

Selasa, 3 Mei 2011

Zambry, Pakatan Rakyat dan Si Puntum

Zambry, Pakatan Rakyat dan Si Puntum

Zambry, Pakatan Rakyat dan Si Puntum


"Pemerintahan mestilah bertunjangkan persetujuan dan kehendak rakyat, dalam kata-kata Abraham Lincoln yang masyhur itu: 'sebuah kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat'. Juga pemerintahan ini mestilah berdasarkan undang-undang, dan bukan berdasarkan kehendak seorang autokrat atau sekumpulan elit agama atau politik."- Kassim Ahmad

Malangnya "demokrasi telah mati" (Paul Kingsnorth). Rakyat Perak samasekali tidak boleh melupakan saat-saat tumbangnya kerajaan yang telah dipilih secara sah pada PRU 12 tahun 2008. BN menguasai semula Perak pada 5 Februari 2009 melalui kudeta atas sebab-sebab tertentu seterusnya menenggelamkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Tarikh 5 Februari 2009 merupakan sebuah tarikh bersejarah untuk Malaysia yang membuktikan "segalanya adalah mungkin". Tarikh yang memperlihatkan gagalnya institusi kehakiman negara dan perlembagaan negeri dalam memberi keadilan sewajarnya. Justeru, tarikh ini memperlihatkan bagaimana institusi istana dipergunakan sedemikian rupa oleh ahli politik berkepentingan. Langsung, tarikh ini adalah titik hitam yang terukir di hati dan jiwa majoriti rakyat.
Persatuan Pengguna : Rakyat Terbeban

Persatuan Pengguna : Rakyat Terbeban

SHAH ALAM 3 MEI : Kedudukan ringgit yang semakin kukuh dan pelaburan asing yang meningkat seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi manfaat kepada masyarakat umum jika Bank Negara tidak memberikan tanda aras kesan kenaikan ringgit kepada kehidupan seharian rakyat.

Akibat dari itu, rakyat tidak merasakan sebarang penurunan pada harga barangan sebaliknya merasakan beban tanggungan semakin meningkat.

Demikian pandangan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dr Jacob George.

Isnin, 2 Mei 2011

Video seks: Hanya permainan Politik

 Video seks: Hanya permainan Politik

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Tindakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang mengatakan bahawa polis tidak akan tunduk kepada desakan pelbagai pihak untuk mendedahkan kepada umum pelaku dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali ada keperluan undang-undang untuk berbuat demikian hanyalah mainan politik semata-mata untuk memburukkan seseorang.

“Kalaulah yang menyimpan dan membuat tayangan pun tidak dihukum, sedangkan ada peruntukan yang jelas mereka telah melakukan kesalahan; apatah lagi kepada yang berlakon yang tiada peruntukan undang-undang.

“Jelas, ianya hanya mainan politik bagi memburukkan seseorang,” bidas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Osama bin Laden ikon radikalisme Islam

Osama bin Laden ikon radikalisme Islam

Osama bin Laden


ANALISIS, 2 Mei – Osama bin Laden, anak orang kaya atau bangsawan Arab Saudi, mengubah dirinya menjadi ikon radikalisme Islam, yang mendorong keganasan menentang mereka yang berlawanan kepercayaannya, dan kemudian menjadi pemimpin rangkaian pengganas terkenal – yang menggerakkan siri serangan ke atas Barat.
Serangan yang paling segar dalam ingatan ialah peristiwa 11 September 2001.

Ahad, 1 Mei 2011

Tinggalkan Umno, sertai PAS

Tinggalkan Umno, sertai PAS



KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).

SHAH ALAM, 30 April: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya mengingatkan seluruh rakyat Malaysia jangan terus menjadi seperti pokka yang asyik mengangguk sahaja kerjanya sepanjang hayat.

Datuk Hashim  berkata, rakyat negara ini mesti berani menggunakan kuasa mereka untuk membuat perubahan setelah lebih 50 tahun mengiyakan apa sahaja dilakukan oleh kerajaan.

"Jika rakyat negara lain seperti Tunisia menjadi pokka (sejenis haiwan yang suka menganggukkan kepala) lebih 30 tahun, Mesir juga lebih 30 tahun, rakyat Malaysia pula menjadi pokka lebih dari 50 tahun," kata beliau serius dalam seloroh.

Anwar ramal PRU-13 sebelum bulan Ramadan

Anwar ramal PRU-13 sebelum bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 1 Mei — Pendirian ultra Melayu makin ketara yang diperlihatkan oleh Umno selain kemunculan seks video yang bertujuan mencemar imej kepimpinan Pakatan Rakyat adalah petanda-petanda jelas pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Ogos ini.

Barisan Nasional (BN) menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti mudah.

“Saya boleh kata sebelum (bulan) puasa, sebelum Ogos (bulan Ramadan mengikut kalendar Islam). Jika tidak, sejurus selepas bulan puasa,” kata Anwar kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.

Bulan Ramadan akan bermula awal Ogos di mana umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri awal September.