Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

Khamis, 5 September 2019

Insiden kematian anak AR.Badol PDRM jalankan siasatan penuh

ar.badul
Mejar Mohd Zahir Armaya

GERIK - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan penuh terhadap insiden kematian melibatkan seorang komando semasa melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah, semalam.

Menyifatkan insiden itu sebagai malang tidak berbau, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata siasatan dijalankan mengikut prosedur bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Saya yakin ada prosedur operasi standard (SOP) dan kemungkinan bukannya terlepas pandang. Ia (pertunjukan) telah diatur seeloknya namun ia (kemalangan) tetap berlaku," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Perak 2019 di sini, hari ini.

Seramai 300 pesara dan 200 pegawai berkhidmat dalam PDRM menerima pingat masing-masing bagi menghargai jasa serta pengorbanan mereka kepada negara. 

Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia. Abdul Hamid berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga Allahyarham tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa fakta dan pada masa sama meminta orang ramai agar tidak melontarkan komen-komen berunsur penghinaan sehingga melanggar undang-undang.

"Pesuruhjaya Polis Sabah akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat (mengenai perkembangan kes)," katanya sambil menambah pasukan khas PDRM sentiasa memantau media sosial dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang menyalahgunakan hak kebebasan bersuara. - Bernama

Jumaat, 8 April 2016

Mr. Os telah meninggal dunia


Mr. Os
ARWAH Mr.OS .

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pelakon Mohd. Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali Mr. Os telah meninggal dunia sebentar tadi. Perkara ini telah disahkan oleh anak perempuan arwah, Husna Yusof di laman sosial Facebook miliknya kira-kira 30 minit lalu.

"Abah saya telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak, jenazah akan di bawa pulang ke Gombak," tulis catatan laman sosial itu.

Sebelum ini arwah pernah menjalani pembedahan tonsil.



 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu". Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Rabu, 8 Julai 2015

Perdana Menteri letak jawatan


BEIRUT: Selepas tidak sampai dua tahun mentadbir Lubnan, Perdana Menterinya Najib Mikati akhirnya mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Pengumuman peletakan jawatan beliau diumumkan sendiri Mikati dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen tempatan

Dua faktor menyumbang kepada keputusan Mikati iaitu perdebatan mengenai undang-undang pilihan raya baru yang tidak selesai dan keengganan kabinet memanjangkan tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara

Selepas berbahas untuk tempoh yang lama parlimen gagal untuk mencapai persetujuan berhubung satu undang-undang pilihan raya yang dijadual diadakan tahun depan

Kabinet yang didominasi Hezbollah juga enggan melanjutkan tempoh khidmat Mejar Jeneral Ashraf Rifi yang dianggap sebagai musuh

Presiden Michel Suleiman perlu menerima peletakan jawatan Mikati itu

Mikati meletakkan jawatan ketika Lubnan tegang disebabkan siri keganasan.


Komen: Di Malaysia bila lagi agaknya.

Jumaat, 1 Jun 2012

Gambar-gambar Himpunan Hijau




Walaupun hujan,ia tidak mematahkan semangat perhimpunan




hanya 300 orang yang hadir,mengikut kiraan Rais yatim.....

sembahyang bersama

Queen elizabeth Terima Kritikan Rakyat



Dikatakan beberapa negara yang masih mendaulatkan monarki British itu seperti Australia, Kanada, New Zealand dan lain-lain akan turut menyambutnya.

Di UK, sambutan kelihatan agak besar. Masih nampak perasaan sayang rakyat pada ratu.

Saya sendiri merasakan, jika saya rakyat British yang asal, tentu saya juga akan berbangga dengan sumbangan yang pernah diberikan oleh keluarga diraja British itu.

Di samping pelbagai sudut yang dikritik, British pernah menjadi empayar yang begitu hebat dan luas sehingga disebut "the Sun never sets on the British empire".

Sebahagian kekayaan dan kemakmuran yang dirasai oleh rakyat British hari ini hasil usaha ‘penjajahan' yang dilakukan oleh keluarga diraja British, sama ada secara langsung ataupun tidak.

Di sudut itu, keluarga diraja British memang menyumbang untuk negaranya. Ia bukan keluarga diraja yang hanya menghisap hasil rakyat dan meminta mereka disanjung tanpa satu catatan sejarah yang boleh dibanggakan.

Mereka menjajah, ya! Itu suatu yang negatif bagi kita yang dijajah. Namun, untuk negaranya mereka telah membawa kekayaan pulang hasil ‘perahan' negara lain. Maka, keluarga diraja British adalah keluarga yang berjasa dan mencatatkan sejarah.

Sekalipun sebagai penjajah, mereka bukan keluarga diraja yang menjemput penjajah sehingga sanggup menyerah tanah dan rakyat untuk kepentingan diri, tetapi mereka menakluki negara lain dan membawa hasilnya ke Britain kembali.

Kritikan

Pun begitu sambutan Diamond Jubilee yang akan berlangsung itu tidak sunyi dari kritikan. Akhbar dan orang ramai ada yang memprotes sambutan tersebut sebagai membazir wang negara dalam keadaan ekonomi Eropah yang tidak stabil sekarang.

Ada yang membuat undian pendapat apakah sambutan itu membazir ataupun tidak. Ada pula yang mengira kos kerugian cuti disebabkan sambutan tersebut.

Hasrat Queen untuk mendapat hadiah sebuah kapal persiaran daripada kerajaan sempena Jubilee ini pun telah ditolak apabila tinjauan menunjukkan 64 peratus rakyat tidak bersetuju.

Demikian ramai juga yang mengkritik sambutan Jubilee ini disebabkan antara jemputan Queen ialah raja-raja yang dianggap tidak demokratik dan zalim dari pelbagai negara. Kritikan ditujukan kepada Queen sebagai tidak sensitif dengan isu kemanusiaan.

Apapun, kami di sini akan dapat cuti. Segala kritikan dan sokongan kepada Queen adalah asam garam kehidupan mereka di sini yang menghormati hak rakyat dalam bersuara. Setuju ataupun tidak satu hal.

Namun memberikan ruang rakyat bersuara adalah tanda pemerintah yang demokratik dan menghormati rakyat. Rakyat tidak dianggap derhaka hanya dengan memberikan pendapat yang berbeza.

Hanya kelompok ‘jakun' yang cuba hidup dalam dalam kalangan manusia berakal sahaja yang menganggap memberi pendapat itu satu jenayah, sekalipun ia tidak diikuti dengan aktiviti yang mengancam dan merosakkan keselamatan rakyat.

Ya, sudah pasti ada peraturan dan adabnya dalam setiap perkara. Namun hak bersuara tidak boleh dinafikan. Kita patut ‘tabik' kepada monarki British di ‘sudut itu'. Mungkin perkembangan politik British juga tidak memberikan mereka pilihan melainkan demikian.

Saya rasa itulah salah satu sebab monarki British itu masih disayangi dan rakyat merasakan mereka patut terus berada di situ.

Isu Malaysia

Saya terlambat ikuti perkembangan isu di Malaysia. Saya dimaklumkan bahawa ada isu tentang istana tertentu membida nombor kereta sehingga lebih RM 500,000.

Saya juga dimaklumkan bahawa ada yang telah kritik isu ini. Saya tidak tahu pendetilan isu tersebut. Saya tidak tahu siapa yang patut dipersoalkan.

Cuma, apabila ada yang bertanya dalam Twitter, saya jawab secara umum bahawa ‘JIKA' golongan istana tidak boleh dipertikaikan bererti rakyat telah mempertuhankan mereka.

Ini kerana hanya Tuhan sahaja yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia. Saya tweet hal itu secara umum tanpa ditujukan khusus kepada sesiapa.

Ada yang cuba menjadikan tweet itu khusus kepada isu berkenaan. Sebenarnya tidak. Ada pula yang menyunting rakaman ucapan saya dalam isu lain yang dah lama semasa saya masih di Malaysia, lalu dikaitkan dengan isu berkenaan.

Itu pun tidak betul. Saya tidak tujukan kepada peribadi, tetapi kaedah yang umum. Saya juga setuju, menegur pemerintah ataupun raja dalam isu peribadi memerlukan bahasa yang sesuai dan berkesan. Kritikan hendak membina (constructive criticism). Namun hak menegur tetap ada.

Saya mungkin tidak bersetuju dengan isi sesuatu kritikan. Bahkan saya mungkin menentang pengkritik itu sendiri dalam isu-isu yang lain.

Namun saya berpegang bahawa seseorang rakyat itu selagi dia menggunakan bahasa yang wajar dan hujah yang betul, tidak wajar untuk dia dihukum kerana mengkritik.

Mana-mana pihak yang menghalang orang mengkritik golongan bangsawan sekalipun dengan bahasa yang betul, adalah golongan feudal yang tidak wajar menguasai politik masa kini.

Adakah sesiapa dalam kalangan pemerintah kita yang lebih mulia, hebat dan gagah dari Saidina ‘Umar bin al-Khattab? Beliau pernah ditegur, namun beliau tidak menghukum pengkritiknya.

Khalifah Umar bin al-Khattab suatu hari pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai manusia dengarlah!"

Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: "Kami tidak mahu dengar."

Lantas Umar bertanya: "Kenapa wahai Salman?"

Jawabnya: Engkau berikan kami semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai."

Kata ‘Umar: "Jangan tergesa-gesa wahai Salman."

Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah.

Kata Umar: Aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku."

Jawabnya: Ya!

Maka kata Salman: "Sekarang kami akan dengar". (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).
Tiada hukuman pun, sedangkan itu ‘Umar bin al-Khattab. Apakah kita merasakan bahawa ada pihak yang lebih mulia dari Nabi SAW dan para al-khulafa ar-Rasyidin.

Nabi SAW sendiri pernah dipersoalkan beberapa tindakan baginda seperti tentang isi perjanjian Hudaibiah yang baginda meterai.

Baginda tidak menghukum pengkritik. Sedangkan baginda seorang nabi. Siapakah yang merasakan lebih mulia dari baginda?

Ulama

Ulama mestilah bersikap seperti tokoh ilmuan agung mazhab al-Shafie iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H). Saya telah petik kisah beliau dalam artikel saya semasa saya masih menjadi mufti Perlis.

Saya ketika itu mengkritik kenaikan harga barang. Artikel itu disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia. Saya petik kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.

Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan.

Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab:

"Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas.

"Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki seberkas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamba perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga Baitul Mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu.

"Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan Nabi-Nya SAW. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Inilah tokoh Mazhab al-Shafi'i yang sangat hebat dari segi ilmu dan akhlak. Di Malaysia, ada yang fanatik mazhab. Pantang dengar orang tidak berpegang dengan mazhab Shafie yang "dia faham", terus hendak diadukan kepada sultan dan raja.

Malang sekali, sikap dan budi tokoh-tokoh mazhab itu tidak diteladani. Kita tidak meminta pemerintah supaya jadi seperti ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Kita minta jangan buat sesuatu yang menimbul persoalan dan kegelisahan rakyat.

Kita ingin sayangkan pemerintah kita dengan ikhlas. Pihak istana akan lebih dihormati dan disayangi jika mereka mengikut perkembangan dan perasaan rakyat.

Hari ini dunia terbuka. Memaksa orang suka hanya membakar rasa kebencian. Namun, akhlak yang baik, teladan yang bagus dan kehidupan yang jujur akan menjadikan sesebuah institusi itu bertambah dekat di hati dan jiwa rakyat.

oleh-PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

Khamis, 31 Mei 2012

Umno/Bn kumpul HACKERS untuk menyerang Pakatan Rakyat

Cover photo

Sekumpulan BELIA yang mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dalam ilmu cyber dan berpotensi ke peringkat penggodam Malaysia telah hadir di satu program iaitu Malaysian Youth Cyber Conference atau lebih dikenali sebagai MCC yang telah di adakan di Hotel Heritage Ipoh, Perak pada 12 Mei 2012 yang lalu. Siapa disebalik program ini dan apa MATLAMAT sebenar mereka?

Didalangi oleh sebuah syarikat yang dipercayai KRONI dan mendapat dana dari kerajaan UMNO-BN. Nama syarikat ini adalah VYREC. Tujuan mereka mengumpulkan sebanyak mungkin hackers yang sanggup menjual maruah mereka demi kepentingan UMNO-BN. Pelbagai program telah dilaksanakan, ada yang terima tawaran, ada yang menolak tawaran.


ATUCARA MCC yang telah dijalankan tempoh hari adalah seperti berikut:

Aturcara Semasa MCC Adalah Seperti Berikut :-

18:30-19:00 : Pendaftaran
19:00-19:30 : Bacaan Yassin dan Persiapan Solat Maghrib
19:30-20:00 : Kata-Kata Aluan Pengarah Program
20:00-20:45 : Tayangan Video Cara-cara Penggodaman
& Makan Malam
20:45 -21:30 : Malaysian Cyber Youth Conference Forum
Panel 1 : Adnan Syukur ( Pakar Penasihat IT )
Panel 2 : Khaireel Azlee ( ITYM & VYREC )
21:30-21:45 : Soal Jawab
21:45-22:00 : Kata-Kata Akhir Panel ( Nasihat )
22:00-23:00 : Permainan Siber 23:00 (Sesi Fotografi dan Bersurai)
23:00-23:30 : Santai di persekitaran Ball Room

Sebenarnya ini semua perancangan rapi oleh pihak pihak tertentu untuk mendapatkan 'tentera cyber' yang bukan untuk berdebat atau kempen TETAPI adalah sebuah bala tentera yang akan ditugaskan untuk HACK mana mana Website Pakatan rakyat, Blog Pejuang2 Pakatan Rakyat, Facebook Pejuang2 pakatan Rakyat yang dianggap bahaya bagi pihak UMNO-BN. Tak semua yang hadir ni terima kerana ada antara mereka tak berminat langsung dengan POLITIK, dan ada juga antara mereka adalah cybertrooper dan blogger Pakatan Rakyat.

Difahamkan, ini bukan team yang dicipta untuk meroyan di fb mahupun blog, tak sama seperti UMB, Nadi Rakyat ataupun mana mana team cyber ciptaan UMNO-BN. Yang ini adalah 'penyerang senyap' yang ditugaskan untuk melumpuhkan terus jentera jentera maya milik Pakatan Rakyat. Tetapi ingin kami ingatkan pada mereka bahawa PAKATAN RAKYAT JUGA MEMPUNYAI BARISAN TENTERA SIBER YANG HEBAT tanpa menawarkan apa apa imbuhan dan mereka benar benar sukarelawan yang sanggup menggadai masa dan tenaga mereka untuk masa depan negara tanpa UMNO-BN.

Selasa, 29 Mei 2012

Artis Mustapha Kamal menyokong Usaha kerajaan Kelantan

LRKB

Lagi artis bersuara dan  menyokong penuh kerajaan negeri PAS Kelantan sekaligus menempelak umno dan kerajaan pusat dalam  berkenanaan isu pembinaan lebuhraya tanpa TOL

Sumbangan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai boleh disalurkan ke:

No Akaun : 0303 6010 0030 31
Bank : Bank Islam (BIMB)
Nama : Rowstead Systems SDN BHD yang akan dikenali sebagai Baldah Toyyibah(Prasarana) Kelantan SDN BHD, anak syarikat milik penuh PMBK.

Ahad, 27 Mei 2012

Lagi gambar sempena Himpunan Sejuta Belia

himpunan sejuta belia

Kita harus pertahankan awek-awek cun ini


himpunan sejuta belia

Awek-awek cun nyanyi sambil selak kain


himpunan sejuta belia

Tak takut ke dengan Rosmah yang dok menjeling tu....Bro


himpunan sejuta belia

Himpuanan Belia yang diadakan adalah untuk pengisian ROHANI para remaja,agar mereka menjadi belia yang beriman......Kah...kah....kah ....Berita pencacai...Boleh gelak guling-guling

Adakah persembahan artis-artis sedimikian untuk membina generasi belia Malaysia? Bincangkan.

Sabtu, 26 Mei 2012

Gambar-gambar Himpunan sejuta Belia telah menyaingi himpuna bersih 3.0

Himpunan sejuta Belia telah menyaingi himpuna bersih 3.0,dengan kedatangan melebihi sejuta orang kalau mengikut perkiraan Menteri penerangan Dato Rais yatim.

Terpaksa bermandi peluh untuk sampai ke stage tempat najib berucap dengan orang terlalu ramai sehingga kalau di kira pada peta kaki persegi seperti kata rais yatim ianya tidak lagi mampu untuk di kira oleh sesiapapun..


entertainment


Terlalu sesak

insurance

Tiada ruang lagi untuk bergerak

Automotif

Ada yang pengsan kerana terhimpit

Pelakon Hairie Othman sokong Pakatan Rakyat


Bila menteri bercakap tak guna OTAK, artis pun menyampah.

Jumaat, 25 Mei 2012

Gambar ceramah Lembah Pantai penuh provokasi

raja lawak

Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR 25 MEI : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejadian provokasi daripada Umno-BN sehingga menyebabkan seorang warga emas cedera di kepala sebagai perbuatan samseng dan tidak berakhlak.

Katanya, tindakan pemuda Umno-BN itu dilakukan bagi menghalang pimpinan PKR untuk memberi ceramah sempena Pelancaran Jentera Baru Keadilan Lembah Pantai.

“Kenapa Umno-BN takut kita bagi ceramah? Sanggup upah orang untuk baling batu. Ini Malaysia negara rakyat bukan negara samseng, kita ada adat,” katanya.

Dalam kejadian itu, seorang warga emas cedera di kepala akibat terkena balingan batu oleh pemuda Umno-BN yang menghadiri ceramah dianjurkan oleh “TIBAI” bersebelahan dengan khemah PKR.

Sementara itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan untuk menurunkan harga minyak, menghapuskan tol dan memberi pendidikan percuma sekiranya gagasan itu menang pada pilihanraya umum akan datang.

Beliau menambah Umno-BN bukan sahaja pandai mengamalkan budaya memfitnah tetapi juga mengadaikan tanah melayu di Kampung Baru.

Katanya, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyerahkan 40 peratus tanah Kampung Baru kepada pemaju bukan melayu.

“Siapa yang minta kawasan itu? Pemaju mana? Atau tauke-tauke yang dia jaga sebab itu senang beliau bagi,” katanya.

Tambah Anwar, taraf kewarganegaraan juga tidak diberi kepada kaum bukan melayu di kawasan ini walaupun mereka dilahirkan di negara ini.

“Jika dibawah Pakatan Rakyat, kita akan jaga semua kaum dan kita tidak akan bagi rakyat dari negara lain yang baru tiga bulan datang ke negara ini tetapi menerima taraf kewarganegaraan seperti yang dilakukan oleh Umno-BN,” katanya.

Katanya, rakyat juga boleh menilai banyak perkara yang dilakukan Umno-Bn masa kini termasuk kes fitnah ke atas dirinya mahupun pemimpin Pakatan yang lain.

“Saya dihina sudah 14 tahun, tetapi ramai rakyat pelbagai kaum sanggup menerima saya.

“Budaya ini kita tidak akan bawa dalam pakatan, kerana tuan guru selalu berpesan, jika kita hendak membawa perubahan, kita mestilah membawa contoh yang baik kepada rakyat,” katanya.

Turut hadir pada malam itu MP Lembah Pantai dan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar yang menyampaikan hadiah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sebelum itu, kira-kira 9 malam, seramai 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan “Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim).”

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada May 19.






Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Lagi kisah Kerajaan DAP P.Pinang Anti Islam

raja lawak

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.

Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar ‘Ceti’ dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang ‘menumpang’ di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu, berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.

Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.

1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Tahun 2008 (BN) …………..RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)……………RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)……………RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)……………RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)……………RM64.03 juta

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)…………..RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)……………RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)……………RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)……………RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)……………RM900,000.00

3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN)………….TIADA
Tahun 2009 (PR)…………..RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)…………..RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)…………..RM1.75 juta

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)…………TIADA
Tahun 2009 (PR)………….RM75,000.00
Tahun 2010 (PR)………….RM100,000.00
Tahun 2011 (PR)………….RM130,000.00

5. SUMBANGAN EHYA’ RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)…………TIADA
Tahun 2009 (PR)………….RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri

6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN
Tahun 2008 (BN)……….TIADA
Tahun 2009 (PR)………..RM100,000.00 setahun

*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

sumber

Khamis, 24 Mei 2012

Gambar Artis baru balik UMRAH mabuk sampai terselak seluar dalam

MENGUCAP panjang SS apabila menerima kiriman gambar daripada seorang pembaca menerusi emel kepada SS petang semalam. Memang mengejutkan hingga kawan-kawan pejabat SS semuanya terbeliak biji mata!

Khabarnya daripada pengirim itu, gambar itu adalah gelagat seorang pelakon popular bersama teman-temannya dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini. Kalau tidak silap SS, hujung minggu lalu di sebuah kelab hiburan.
Mungkin kerana terlalu letih menari dan kembung perut dengan minuman keras, pelakon tadi tersungkur berbaring hingga tidak menyedari terselak seluar dalamnya. Maklumlah pakaian pelakon itu malam ketika dia berparti pun bukanlah panjang sangat hingga boleh tersingkap menampakkan seluar dalamnya.

Memang berani mati sungguh gambar yang dikirimkan itu.

Melihat pada gambar itu, SS sendiri boleh membayangkan betapa mabuknya pelakon itu hingga tidak sedar ada orang merakamkan gambarnya.

SS tidak mahu menuduh sesiapa walaupun pengirim tadi ada menyebut nama pelakon itu kerana pada SS, biarlah pelakon yang makan cili itu sendiri sedar gambar miliknya sudah tersebar di akhbar dan portal.

Lebih mengejutkan lagi, sejak akhir-akhir ini, nasib pelakon ini memang bertimpa-timpa malangnya. SS rasa mungkin giliran dia pula kali ini. Biasalah adat industri hiburan, kadang-kadang kita di atas dan terselamat, tapi tidak mustahil esok kita terjatuh tersungkur sampai susah nak bangkit semula.

Kepada pelakon berkenaan, pandai-pandailah susun jawapan kalau dikejar wartawan. Jalan terbaik yang sering kali dilakukan artis, tutup saja telefon bimbit!

artis mabuk

artis mabuk telanjang

SS: Banyak lagi gambar artis separuh bogel kiriman pembaca sekarang yang sudah boleh jadi paparazzi.
sumber: disini

Rabu, 23 Mei 2012

Video dan gambar Sekitar Debat PTPTN Khairy Jamaludin Dan Rafizi Ramli

insurance

insurance

insurance

insurance

insurance

insurance

insurance

insurance


SHAH ALAM - Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.

Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.

Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan ‘idea yang dipetik dari awangan’.

Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.

Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.

“Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah AS$2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara.”

Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.

Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.

“Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?” soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

“Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar.”

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor.






Khamis, 3 Mei 2012

Skandal: Ummi Hafilda tidak yakin gambar itu abangnya

 azmin ali
Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali berkata, beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki dalam aksi panas dengan seorang wanita yang tersiar dalam akhbar dan beberapa laman blog adalah imej abang kandungnya itu.--tamat

Umi Hafilda menyatakan 99.99% gambar itu ialah gambar Azmin, sama macam kenyataan seorang peguam pencacai semasa video Anwar apabila menyatakan laporan dari "pakar luarnegara" menyatakan 99% sama dengan Anwar.Ketidak yakinan Umi sendiri itu abangnya,mengapa tidak 100% itu abangnya.

Kenyataan Azmin Ali

"Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro-Umno," katanya.

Jelasnya, modus operandi tersebut sama dengan tindakan trio Datuk T mendedahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan individu mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu.

Tambahnya, dakwaan ke atasnya itu ditimbulkan beberapa orang bekas sekutu politiknya yang mempertikai kesahihan hubungan darah daging beliau sebagai bapa anak-anaknya.

Beliau juga membuat ujian DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998 ke atas isteri dan anak beliau untuk menafikan dakwaan tersebut.

"Namun Umno masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata," katanya.

Beliau juga percaya fitnah melalui gambar lucah itu ditimbulkan kali untuk untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penipuan pilihan raya dan dan penyelewengan dana awam yang dibawa melalui perhimpunan BERSIH 3.0.

Gambar 

 azmin ali
CCTV di depan Pintu rumah
sex azmin ali
Gambar dariatas atau ada CCTV dari atas
 azmin ali
Gambar dari hadapan atau ada CCTV di ruang tamu
 azmin ali
CCTV di dalam bilik air

Cuba fikir dengan logik akal,apa kejadahnya meletakan banyak CCTV di ruang tamu,apatah lagi di dalam jamban.
Terlihat gambar sengajar di ambil dengan pelakon upahan yang mirip Azmin

azmin ali
Tarikh yang kononya sudah lama di posting,atau gambar ini sudah lama.

azmin ali
Tarikh sebenar artikal ini di posting kan

Inilah fitnah SEX yang cuba di mainkan oleh umno,menjelang PRU 13
UMNO dan SEX berpisah tiada,itu slogan yang sesuai untuk mereka.