Selasa, 17 September 2019

Kopi dalam kehidupan manusia

kopi
Kopi

Kopi minuman popular dunia dengan Brazil pengeluar kopi terbesar diikuti oleh Vietnam dan Colombia.

Serbuk kopi juga boleh digunakan dalam pelbagai perkara selain dijadikan minuman.

Menghilangkan bau
Kopi menyerap dan meneutralkan bau yang tidak menyenangkan.Letak beberapa sudu serbuk kopi di dalam bekas kecil di dalam peti ais untuk menyerap bau. Cara ini juga boleh digunakan untuk menyerap bau bilik yang baru dicat ,serbuk kopi juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau tangan selepas memotong bawang dan pelbagai lagi, Sapukan tangan anda dengan serbuk atau hampas kopi, bilas dengan air bersih.

Menghalau semut
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekitar kawasan semut. Aroma kopi yang kuat akan menghalau semut.

Mencantikkan rambut
Campurkan serbuk kopi dengan perapi rambut dan basuh rambut dengan campuran tersebut. Amalkan seminggu sekali,rambut anda akan lebih cantik dan berkilat.

Menyuburkan tanaman
Gunakan serbuk atau hampas kopi sebagai baja kerana kandungan nitrogen kopi mampu membuatkan tanaman lebih subur.

Mengurangkan selulit
Serbuk kopi juga boleh dijadikan lulur badan bagi mengurangkan selulit. Kafein di dalam kopi mengandungi khasiat antioksidan untuk kulit.

Rabu, 11 September 2019

Islam liberal:Wanita jadi imam solat di Perancis

Islam liberal
Islam liberal
Islam liberal bukan ajaran Rasulullah SAW,ajaran Islam yang benar berlandaskan Al-Quran dan as-Sunnah.

PARIS – Sejak beberapa tahun lalu wanita Islam di Perancis cuba menjadi imam dalam solat.

Tetapi, dua wanita dilaporkan mengimamkan solat yang turut terdiri daripada 60 jemaah termasuk lelaki ketika insiden pada Sabtu lalu.

Akhbar Le Parisien melaporkan Eva Janadin dan Anne-Sophie Monsinay menjadi imam dalam satu acara di Paris, namun lokasi sebenar dirahsiakan atas faktor keselamatan.

Janadin dan Monsinay yang memeluk Islam kira-kira sedekad lalu merupakan pengasas bersama Voice of an Enlightened Islam (VIE) dengan tujuan untuk membuka tempat di mana mereka boleh memimpin solat Jumaat.

Menurut Janadin, detik itu kononnya amat penting kerana menjamin kesaksamaan jantina dalam Islam. "Hari ini, visi kami menjadi kenyataan. Ini dapat membangunkan model alternatif untuk mengatasi konservatisme," kata Monsinay.

Kedua-dua wanita itu juga tidak menutup aurat dengan sempurna dan salah seorang daripadanya turut memakai jeans.

Sejak 2005, Amerika Syarikat mempunyai imam wanita, Amina Wadud yang mencetuskan kontroversi apabila dia memimpin solat di New York.

Di Denmark, Imam Sherin Khankhan menubuhkan Masjid Mariam untuk wanita menjadi imam manakala Kanada, London dan Berlin juga mempunyai jemaah lelaki yang berimamkan wanita. - Agensi

sumber:berita harian

Sabtu, 7 September 2019

Khasiat Bunga lawang

rempah
 Bunga lawang
Bunga lawang nyata tidak hanya menyedapkan masakan dan menaikkan aroma.Ternyata, bunga lawang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

1) Mengatasi kekejangan ketika menstruasi
Berita baik untuk kaum hawa yang biasa mengalami kekejangan di bahagian abdomen ketika tempoh menstruasi. Amalan meminum teh herbal bunga lawang secara rutin mampu meredakan kesakitan bulanan. Wanita yang mengalami kekejangan abdomen ketika haid boleh amalkan teh herbal bunga lawang.

2) Meredakan batuk
Caranya mudah saja. Rendam bunga lawang dalam air suam dan sebaiknya minum pada waktu pagi.  Jika anda kurang gemar meminum airnya sahaja, bunga lawang boleh diletakkan dalam minuman kesukaan anda. Ikut kreativiti masing-masing.

3) Mengatasi insomnia
Insomnia atau kesukaran untuk tidur boleh menyebabkan mood seseorang berubah menjadi buruk, konsentrasi terjejas dan lemah tubuh badan ekoran tidak mendapat rehat yang secukupnya. Oleh itu, amalan meminum teh herbal bunga lawang dapat mengatasi masalah itu kerana ia bertindak sebagai ubat penenang di mana kandungan anti-oksidan dan magnesium memberikan efek rileks untuk tubuh, sehingga lebih mudah cepat tidur. Kandungan anti-oksidan dan magnesium dalam bunga lawang boleh memberi efek rileks untuk tubuh.

4) Meningkatkan sistem imun badan
Kandungan anti-oksidan yang tinggi seperti vitamin A dan vitamin C dalam bunga lawang membantu menjadi 'perisai' tubuh badan daripada radikal bebas yang menyebabkan penyakit, misalnya influenza.

5) Menyeimbangkan kadar gula dalam darah 
Sebilangan besar daripada kita mesti menggemari makanan manis, dan pengambilan secara tidak terkawal boleh mendorong kepada penyakit diabetis. Bunga lawang menyeimbangkan kadar gula dalam darah. Sebatian organik dikenali sebagai anethol di dalam bunga lawang melancarkan peredaran darah dan menyeimbangkan kadar gula dalam darah dengan cara mengatur beberapa enzim utama yang terlibat dalam metabolisme karbohidrat.

Khamis, 5 September 2019

Insiden kematian anak AR.Badol PDRM jalankan siasatan penuh

ar.badul
Mejar Mohd Zahir Armaya

GERIK - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan penuh terhadap insiden kematian melibatkan seorang komando semasa melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah, semalam.

Menyifatkan insiden itu sebagai malang tidak berbau, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata siasatan dijalankan mengikut prosedur bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Saya yakin ada prosedur operasi standard (SOP) dan kemungkinan bukannya terlepas pandang. Ia (pertunjukan) telah diatur seeloknya namun ia (kemalangan) tetap berlaku," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Perak 2019 di sini, hari ini.

Seramai 300 pesara dan 200 pegawai berkhidmat dalam PDRM menerima pingat masing-masing bagi menghargai jasa serta pengorbanan mereka kepada negara. 

Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia. Abdul Hamid berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga Allahyarham tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa fakta dan pada masa sama meminta orang ramai agar tidak melontarkan komen-komen berunsur penghinaan sehingga melanggar undang-undang.

"Pesuruhjaya Polis Sabah akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat (mengenai perkembangan kes)," katanya sambil menambah pasukan khas PDRM sentiasa memantau media sosial dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang menyalahgunakan hak kebebasan bersuara. - Bernama

Jumaat, 8 April 2016

Mr. Os telah meninggal dunia


Mr. Os
ARWAH Mr.OS .

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pelakon Mohd. Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali Mr. Os telah meninggal dunia sebentar tadi. Perkara ini telah disahkan oleh anak perempuan arwah, Husna Yusof di laman sosial Facebook miliknya kira-kira 30 minit lalu.

"Abah saya telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak, jenazah akan di bawa pulang ke Gombak," tulis catatan laman sosial itu.

Sebelum ini arwah pernah menjalani pembedahan tonsil.



 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu". Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Selasa, 28 Julai 2015

Akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan

Akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan

PUTRAJAYA - Dalam perkembangan mengejutkan dan menjadi tanda tanya sejak semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memutuskan barisan Kabinet baharunya dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Isnin, 27 Julai 2015

Jerat TPPA buat Malaysia tiada kuasa.


TPPA
Ulangan: BANYAK yang telah di­per­­katakan tentang Per­janjian Pelaburan Trans Pa­sifik (TPPA) yang se­dang giat dicanang Ameri­ka Syarikat untuk ditandatangani menjelang akhir tahun ini. Pelbagai pihak khususnya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), ga­bungan NGO – Bantah TPPA serta pertubuhan-pertubuhan Islam Bu­kan Kerajaan (NGI) - telah membuat pendirian jelas mengenai arah tu­ju yang sepatutnya ditempuh Ma­laysia. Gesaan mereka jelas – iaitu jangan menandatangani perjanjian tersebut oleh kerana pelbagai ke­san yang tidak memihak kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Selain hakikat bahawa siri perundingan TPPA dijalankan dengan penuh kerahsiaan, penulis berpandangan bahawa mekanisme Penyelesaian Pertelingkahan Pelabur-Negara (Investor-State Dispute Settlement - ISDS) merupakan isu paling dikhuatiri dan menjadi sebab mengapa Malaysia tidak sepatutnya menyertai perjanjian ini

Meka­nisme ini membuka ruang seluas-luasnya bagi para pelabur asing atau syarikat multinasional mengheret sebuah negara yang berdaulat ke sebuah mahkamah timbangtara antarabangsa (international court of arbitration) lantas mengetepikan peranan sistem kehakiman domestik. Mekanisme ISDS boleh menyebabkan sesebuah negara berdaulat dituntut untuk membayar pampasan atas kehilangan pendapatan masa depan (lost of future earnings) akibat perubahan polisi awam yang dilakukan negara tersebut. Kerajaan perlu sedar bahawa kekhuatiran sebegini mempunyai asas kukuh, khususnya setelah amaran demi amaran dikeluarkan oleh beberapa pakar ekonomi dunia, termasuk yang mutakhir oleh pemenang anugerah Hadiah Peringatan Nobel dalam Ekonomi (2001), Profesor Joseph Stiglitz yang menyatakan pada Mei lalu bahawa

“Terdapat pelbagai kekeliruan mengenai ISDS, tetapi secara terang dan mudah: ISDS ialah cara merangka semula bagaimana ekonomi harus dikendalikan, dengan memberi lebih kuasa kepada syarikat-syarikat besar dengan mengorbankan nasib pekerja dan orang awam di sini (Amerika Syarikat) dan juga di negara lain.” Pada hakikatnya, ISDS direka untuk “mengukuhkan kedudukan syarikat-syarikat besar (corporation) dengan mengorbankan kepentingan awam.” Ini adalah asas kebimbangan yang paling nyata.

Selain itu, sikap AS terhadap penilaian kedudukan hak asasi manusia Malaysia juga membuktikan manipulasi yang boleh berlaku sekiranya kerajaan membiarkan Malaysia tunduk menyertai TPPA. Sumber media barat, Reuters melaporkan pada 8 Julai lalu bahawa pentadbir­an Presiden Barack Obama akan mengeluarkan Malaysia dari senarai rasmi pesalah pemerdagangan manusia yang paling teruk di dunia.

Di AS, tindakan ini telah dikritik kumpulan pejuang hak asasi manusia kerana menurut mereka akan merosakkan kredibiliti AS. Namun yang lebih dikhuatiri penulis ialah sikap manipulasi dan kepura-puraan AS mengenai penilai­an mereka tentang rekod hak asasi manusia sesebuah negara demi memperoleh peluang mencapai keuntungan perdagangan yang berat sebelah.

Apakah muslihat Presiden Obama di sebalik tindakan tersebut? Manipulasi itu akan membolehkan pentadbirannya meneruskan run­dingan perjanjian perdagangan kontroversi dengan Malaysia dan 10 negara Pasifik lain. Undang-undang yang dikarang oleh Senator Robert Menendez (DN.J.) dikatakan berkesan melarang AS daripada menggubal perjanjian perdagangan de­ngan negara-negara yang dianggap “Tahap 3” melanggar piawaian perdagangan manusia - yang tercorot dalam perhitungan rasmi Jabatan Negara AS berkenaan isu ‘perhambaan moden’.

Secara tidak adil Malaysia telah dituduh dan disenaraikan di dalam kedudukan sebegitu, di samping Iran dan Korea Utara, dan dikatakan terlibat bertahun-tahun di dalam jenayah penyeludupan manusia, termasuk perhambaan seks yang berleluasa dan kewujudan buruh paksa dalam sektor pertanian dan industri tekstil.

Tanggapan tersebut, yang diperoleh daripada laporan tahun 2014 Jabatan Negara AS turut menu­duh industri elektronik Malaysia dipenuhi buruh paksa.

Selanjutnya Reuters melaporkan bahawa Malaysia bakal dinaik taraf kepada “Tahap 2”, yang boleh mengetepikan larangan yang dikenakan oleh undang-undang Menendez itu. Dalam satu kenya­taan kepada media, Menendez berkata gerakan itu akan menjejaskan kesahihan antarabangsa usaha hak asasi manusia AS.

Pada hakikatnya, tuduhan berat sebelah AS terhadap Malaysia, dan kemudiannya manipulasi mereka untuk mengetepikan larangan tersebut demi meneruskan rundingan TPPA jelas menzahirkan sikap mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab terhadap negara-negara lain.

Gambaran yang dilaporkan di dalam penilaian tahunan senarai rasmi pesalah pemerdagangan manusia sering dibuat berdasarkan fakta-fakta yang tidak tepat, berat sebe­lah serta diwujudkan semata-mata untuk menakut-nakutkan negara-negara lain.

Sekiranya mereka jujur mahu meningkatkan hubungan perda­ga­ng­an dengan negara seperti Malaysia, maka pada hakikatnya, laporan Jabatan Negara AS tersebut perlu mengambil kira secara tepat inisiatif domestik Malaysia di dalam menangani isu jenayah pemerdagangan manusia, dan bukan kerana hendak berunding mendapatkan hak perjanjian perdagangan

Penyeludupan manusia telah lama diharamkan di Malaysia. Sementara keadaan sedia wujud di Malaysia masih mempunyai ruang untuk diperbaiki, masalah jenayah pemerdagangan manusia ini perlu usaha kolektif dan berterusan kerana sebahagian besarnya melibatkan kerjasama serta upaya politik negara-negara ASEAN

Pada hemat penulis, perkembangan ini sangat tidak sihat dan jangan kita terlalu naif untuk meneruskan hasrat menandatangani TPPA. Bukan sahaja tindakan menilai rekod hak asasi manusia Malaysia sering dilakukan secara berat sebelah, malah seringkali negara-negara barat tidak menghormati kedaulatan Perlembagaan Persekutuan apabila secara terang-terang menyerang kita dengan pelbagai isu

Tindakan-tindakan tersebut termasuk mempersoalkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan (fasal 3(1) dan fasal 11(4)) khususnya di dalam isu tuntut­an penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian, hak kebebasan beragama, hak-hak LGBT, keabsahan sistem pentadbiran undang-undang dan Mahkamah Syariah serta tuduhan-tuduhan liar terhadap penguatkuasaan prinsip nahi mungkar yang diiktiraf melalui peruntukan-peruntukan di dalam enakmen-enakmen jenayah syariah di negeri-negeri

Jika perkara-perkara asas di dalam Perlembagaan Persekutuan dipersoalkan, maka tidak mustahil AS akan menuntut peruntukan-peruntukan lain di dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai hak istimewa Bumiputera dan keduduk­an tanah rezab Melayu diketepikan melalui medium seperti TPPA

Sekiranya kerajaan AS tidak boleh menghormati perkara-perkara asas Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedaulatan negara, dan terus-menerus tidak jujur apabila menyentuh rekod hak asasi manusia negara kita, maka adakah patut kita menyertai TPPA yang terang-terangan akan menjejaskan kedaulatan dan kebebasan sistem kehakiman negara kita?

Implikasi ISDS yang jelas boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat perlu menjadi sebab utama kerajaan menolak menyertai perjanjian tersebut. Jika negara seperti Australia boleh melakukannya, mengapa Malaysia tidak boleh membuat keputusan yang tegas dan berani terhadap perkara yang sama?

Penulis percaya bahawa perdagangan di antara kedua-dua negara akan tetap berjalan baik meskipun tanpa TPPA yang jelas diselubungi kerahsiaan dan berat sebelah untuk dijadikan suatu perjanjian perdagangan yang bermanfaat kepada pihak-pihak yang menyertainya. Penulis juga percaya bahawa kerajaan akan lebih berwaspada dan tidak terpesona dengan tindakan mereka menaikkan taraf Malaysia di dalam isu pemerdagangan manusia ini

Pada hakikatnya, muslihat seumpama ini perlu dinyahkan de­ngan ketegasan kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan tidak terpedaya untuk menandatangani TPPA

PENULIS ialah seorang peguam dan ketua eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA). sumber:Utusan.