Selasa, 31 Mei 2011

Tetamu Luar Negara Hadiri Muktamar Pemuda PAS



Buat pertama kalinya, Presidennya, Ir Jupri Bade dari Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan berucap di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS kali ke- 57 pada tahun ini.

Mereka yang mewakili Kelab PAS Luar Negara di Zon Eropah turut ditemani banyak lagi tetamu luar negara antaranya, Speaker Parlimen Palestin, Dr Ahmed M. A. Bahar, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Fathurahman Mahfuz, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Heelman Affandi.



Turut mengesahkan kehadiran mereka adalah, Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Bapak Ansor, Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Dr Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan, Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura, Najeeb Sahul serta beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.

Perwakilan PAS Timur Tengah turut mengesahkan kehadiran meraka untuk menyampaikan ucapan sempena muktamar tahunan PAS itu.

Ketua Lajnah ANtarabangsa PAS, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob berkata, kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , Jalan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM).

Pentas Pemuda itu akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat, Mohammad Sabu, Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz.

Turut tersenarai adalah Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia.

Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ini dijangka dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada 1 Jun 2011, jam 8 malam di Dewan MBSA.

Related Posts

Tetamu Luar Negara Hadiri Muktamar Pemuda PAS
4/ 5
Oleh