Memaparkan catatan dengan label LGE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LGE. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Mei 2012

Haram jadah, Lim Guan Eng Buat hal lagi

 Lim Guan Eng

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memainkan sentimen perkauman ekoran dakwaan beliau bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membina rumah mampu milik serta mengusir 18,000 orang Melayu dari negeri itu.

1. Jumlah pengurangan penduduk Melayu sebanyak 18,000 orang adalah satu fitnah jahat yang boleh disangkal dengan menunjukkan daftar pemilih akhir tahun 2011 menunjukkan tambahan pengundi Melayu sebanyak 34,931 orang berbanding dengan pilihan raya umum 2008.

2. Berikut adalah data pembinaan rumah mampu milik yang telah dibina kerajaan PR Pulau Pinang:-


Kos Rendah Kos Sederhana Rendah Jumlah

Kerajaan 1194 2227 3421

Swasta 2612 5563 8175

Jumlah 3806 7790 11596


Fasa 1 adalah di Batu Kawan sebanyak 12,000 unit di atas 200 ekar tanah. Manakala Fasa 2 pembangunan rumah mampu ini melibatkan 77 ekar tanah di Pulau Pinang yang boleh menyumbang 6,000 unit rumah mampu milik. Tanah untuk perumahan mampu milik telahpun dikenalpasti di kesemua lima-lima daerah di seluruh Pulau Pinang seperti berikut:

Seberang Perai Utara 28.90
Seberang Perai Tengah 31.71
Daerah Timur Laut 10.21
Daerah Barat-Daya 5.84
Seberang Perai Selatan 200(PDC)
JUMLAH 277 EKAR

Lagi kisah Kerajaan DAP P.Pinang Anti Islam

raja lawak

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.

Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar ‘Ceti’ dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang ‘menumpang’ di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu, berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.

Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.

1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Tahun 2008 (BN) …………..RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)……………RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)……………RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)……………RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)……………RM64.03 juta

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)…………..RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)……………RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)……………RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)……………RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)……………RM900,000.00

3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN)………….TIADA
Tahun 2009 (PR)…………..RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)…………..RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)…………..RM1.75 juta

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)…………TIADA
Tahun 2009 (PR)………….RM75,000.00
Tahun 2010 (PR)………….RM100,000.00
Tahun 2011 (PR)………….RM130,000.00

5. SUMBANGAN EHYA’ RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)…………TIADA
Tahun 2009 (PR)………….RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri

6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN
Tahun 2008 (BN)……….TIADA
Tahun 2009 (PR)………..RM100,000.00 setahun

*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

sumber

Ahad, 20 Mei 2012

Sekali lagi Lim Guan Eng bersikap kurang ajar terhadap Melayu Pulau Pinang

 Lim Guan Eng


MASALAH umat Islam di Jelutong yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri era Barisan Nasional sejak 13 tahun lepas berjaya diselesaikan oleh pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, proses pengambil alihan tanah seluas 3.208 ekar milik bukan Islam yang bernilai RM20 juta bagi menangani masalah kepadatan tanah perkuburan Islam di Jelutong dilakukan sungguhpun Kerajaan Pusat sebelum ini berjanji untuk membeli tanah bernilai tinggi itu.

“Tanah yang diambil untuk tujuan perkuburan kini dimiliki oleh orang bukan Islam.

"Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan bukan Islam di Pulau Pinang," ujar beliau pada satu sidang media di Komtar baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman, Abdul Malik Abul Kassim (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Mohd Salleh Man (Adun Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri) turut hadir pada sidang akhbar tersebut.

Justeru katanya, isu tersebut tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak khususnya pihak pembangkang memandangkan inisiatif Kerajaan Negeri nyata demi kepentingan rakyat terbanyak di Jelutong.

Sumber Pejabat Tanah Daerah Timur Laut (DTL) mendedahkan, pihaknya telahpun meluluskan proses perbincangan dan pengambilan balik tanah Lot 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 Seksyen 4 Bandar Jelutong, Daerah Barat Daya untuk tujuan tanah perkuburan Islam dan perumahan am sejak 1999 lagi.

Nilai pasaran tanah berkenaan semasa itu adalah sekitar RM5 juta hingga RM6 juta sahaja.

Namun, Kerajaan Negeri di bawah Umno serta Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah itu sungguhpun mendapat sokongan langsung daripada Kerajaan Pusat ketika itu.

Apabila masalah ini dibangkitkan semula, kerajaan pusat enggan membantu sungguhpun Kerajaan Negeri era Pakatan Rakyat membuat permohonan demikian demi kepentingan umat Islam di negeri berkenaan.

“Tetapi malangnya, kerajaan pusat tidak mempertimbangkannya atas faktor kepentingan umat Islam di negeri ini, apabila memutuskan untuk tidak akan menyalurkan peruntukan untuk proses pengambilalihan tanah perkuburan tersebut,” ujar Guan Eng.

Dari 3.208 ekar tanah yang terlibat, 1.55 ekar akan dijadikan tanah wakaf perkuburan manakala baki 1.657 ekar akan dijadikan perumahan am rakyat setempat yang menelan belanja RM60 juta lagi.

Proses pengambilan lot-lot tanah berkenaan mula diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pada 9 Disember 2010.

Difahamkan, Kerajaan Negeri menggunakan Akta Pengambilan Tanah, 1990 bagi mengeluar perintah pada 30 Disember tahun lepas dengan kesemua 14 tuan tanah masing-masing diberi pampasan yang menasabah.

Kerajaan Negeri turut memberi pampasan yang munasabah kepada empat pemilik bangunan yang hadir dalam satu proses siasatan.

Manakala 25 pemilik bangunan yang tidak hadir pada proses siasatan itu turut boleh menuntut pampasan masing-masing seperti yang didipositkan oleh Kerajaan Negeri di bank sebelum ini.

Perkembangan terbaru ini sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mampu memartabatkan umat Islam dan rakyat yang berbilang kaum sungguhpun seakan dipinggirkan dari segi kewangan oleh Kerajaan Pusat yang diteraju oleh Umno serta Barisan Nasional.

Itu cerita orang bukan Islam tentang kepentingan Islam,berlainan pula cerita Najib/BN yang mengaku memperjuangkan Demi Ugama ,Bangsa dan tanahair

Najib serahkan tanah wakaf di Pulau Pinang kepada bukan Islam?

Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan replika kunci rumah Taman Sejahtera secara percuma kepada sembilan keluarga Hindu dari Kampung Buah Pala pada 22 April lepas menerima amarah Melayu tempatan kerana didakwa membabitkan tanah wakaf Islam.
Penyelaras Kawasan DUN (PPK) Teluk Air Tawar, Salihin Mohamed semasa dihubungi menegaskan bahawa hartanah di bawah ketegori wakaf sama sekali tidak boleh dijual atau diberikan kepada orang bukan Islam jika dirujuk pada hukum syarak.

"Saya percaya penduduk Teluk Air Tawar ini akan sokong perdana menteri sekiranya rumah-rumah yang diserahkan kepada sembilan keluarga Hindu itu tidak membabitkan pembangunan di atas tanah wakaf Islam.

"Tanah wakaf untuk orang Islam, tidak boleh dijual atau diserah begitu sahaja kepada bukan Islam. Tanah wakaf tidak patut diseleweng atas nama agama atau politik sekalipun," ujar beliau pagi tadi ketika diminta mengulas sekumpulan penduduk setempat mengedarkan risalah membantah penyelwengan tanah wakaf tersebut.

September 2009, sembilan keluarga Hindu berkenaan antara penduduk Kampung Buah Pala yang hilang kediaman disebabkan pemaju dan pemilik tanah meroboh rumah-rumah mereka untuk pembangunan komersial.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut campur tangan serta membela penduduk berkenaan dengan memberi rumah dua tingkat bernilai sehingga RM600,000 tetapi dibantah oleh sembilan keluarga berkenaan.

Pun begitu, sembilan keluarga Hindu berkenaan masing-masing akhirnya menerima dua buah teres rumah teres dua tingkat yang setiap satu bernilai kira-kira RM220,000 dalam satu majlis rasmi di Universiti Sains Malaysia (SUM), George Town bersama perdana menteri baru-baru ini.

Difahamkan, pemaju perumahan atas tanah wakaf tersebut adalah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), iaitu anak syarikat berkaikan kerajaan pusat (GLC) di bawah pentadbiran Najib sendiri.
Menurut risalah yang diedarkan, penduduk setempat yang membeli rumah di Taman Sejahtera melahirkan rasa marah kerana rumah yang mereka beli secara ansuran bank masih terbengkalai.

Mereka turut mempersoal kewibawaan perdana menteri kerana menyerahkan beberapa rumah di Taman Sejahtera kepada sembilan keluarga Hindu sungguhpun tanpa sijil pendudukan atau OC.

Mereka turut mempersoal langkan perdana menteri menyerahkan rumah di atas tanah wakaf Taman Sejahtera kepada sembilan keluarga bukan Islam berkenaan.

"Mengapa tanah wakaf Taman Sejahtera ini boleh diberi kepada bukan Islam?

"Bangunlah! Bangunlah mempertahankan hak kamu wahai sahabatku, bangsaku!" ujar sumber dipetik dari risalah tersebut.
Risalah tersebut menjelaskan bahawa penduduk Teluk Air Tawar akan melancarkan protes terhadap pentadbiran Najib Razak kelak.

Cerita lain http://kiff-isme.blogspot.com/2012/04/lim-guan-eng-bersikap-kurang-ajar.html

Lihatlah video Orang kuat UMNO di bawah ini