Memaparkan catatan dengan label rencana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rencana. Papar semua catatan

Selasa, 17 September 2019

Kopi dalam kehidupan manusia

kopi
Kopi

Kopi minuman popular dunia dengan Brazil pengeluar kopi terbesar diikuti oleh Vietnam dan Colombia.

Serbuk kopi juga boleh digunakan dalam pelbagai perkara selain dijadikan minuman.

Menghilangkan bau
Kopi menyerap dan meneutralkan bau yang tidak menyenangkan.Letak beberapa sudu serbuk kopi di dalam bekas kecil di dalam peti ais untuk menyerap bau. Cara ini juga boleh digunakan untuk menyerap bau bilik yang baru dicat ,serbuk kopi juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau tangan selepas memotong bawang dan pelbagai lagi, Sapukan tangan anda dengan serbuk atau hampas kopi, bilas dengan air bersih.

Menghalau semut
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekitar kawasan semut. Aroma kopi yang kuat akan menghalau semut.

Mencantikkan rambut
Campurkan serbuk kopi dengan perapi rambut dan basuh rambut dengan campuran tersebut. Amalkan seminggu sekali,rambut anda akan lebih cantik dan berkilat.

Menyuburkan tanaman
Gunakan serbuk atau hampas kopi sebagai baja kerana kandungan nitrogen kopi mampu membuatkan tanaman lebih subur.

Mengurangkan selulit
Serbuk kopi juga boleh dijadikan lulur badan bagi mengurangkan selulit. Kafein di dalam kopi mengandungi khasiat antioksidan untuk kulit.

Sabtu, 7 September 2019

Khasiat Bunga lawang

rempah
 Bunga lawang
Bunga lawang nyata tidak hanya menyedapkan masakan dan menaikkan aroma.Ternyata, bunga lawang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

1) Mengatasi kekejangan ketika menstruasi
Berita baik untuk kaum hawa yang biasa mengalami kekejangan di bahagian abdomen ketika tempoh menstruasi. Amalan meminum teh herbal bunga lawang secara rutin mampu meredakan kesakitan bulanan. Wanita yang mengalami kekejangan abdomen ketika haid boleh amalkan teh herbal bunga lawang.

2) Meredakan batuk
Caranya mudah saja. Rendam bunga lawang dalam air suam dan sebaiknya minum pada waktu pagi.  Jika anda kurang gemar meminum airnya sahaja, bunga lawang boleh diletakkan dalam minuman kesukaan anda. Ikut kreativiti masing-masing.

3) Mengatasi insomnia
Insomnia atau kesukaran untuk tidur boleh menyebabkan mood seseorang berubah menjadi buruk, konsentrasi terjejas dan lemah tubuh badan ekoran tidak mendapat rehat yang secukupnya. Oleh itu, amalan meminum teh herbal bunga lawang dapat mengatasi masalah itu kerana ia bertindak sebagai ubat penenang di mana kandungan anti-oksidan dan magnesium memberikan efek rileks untuk tubuh, sehingga lebih mudah cepat tidur. Kandungan anti-oksidan dan magnesium dalam bunga lawang boleh memberi efek rileks untuk tubuh.

4) Meningkatkan sistem imun badan
Kandungan anti-oksidan yang tinggi seperti vitamin A dan vitamin C dalam bunga lawang membantu menjadi 'perisai' tubuh badan daripada radikal bebas yang menyebabkan penyakit, misalnya influenza.

5) Menyeimbangkan kadar gula dalam darah 
Sebilangan besar daripada kita mesti menggemari makanan manis, dan pengambilan secara tidak terkawal boleh mendorong kepada penyakit diabetis. Bunga lawang menyeimbangkan kadar gula dalam darah. Sebatian organik dikenali sebagai anethol di dalam bunga lawang melancarkan peredaran darah dan menyeimbangkan kadar gula dalam darah dengan cara mengatur beberapa enzim utama yang terlibat dalam metabolisme karbohidrat.

Sabtu, 2 April 2011

Semangat Badar yang perlu diteladani kepada ahli-ahli PAS

Semangat Badar yang perlu diteladani kepada ahli-ahli PAS

 Semangat Badar yang perlu diteladani kepada ahli-ahli PAS


Mohd Aizat Mohd Salleh
Di antara pengajaran yang paling agung tatkala Rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin menghadapi peperangan Badar adalah pertolongan Allah s.w.t.

Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfury di dalam Sirah Ar-Rahiq al-Makhtum menyatakan, kemenangan besar yang diperolehi adalah daripada bantuan dan pertolongan secara ghaib kepada umat Islam.

Khamis, 28 Oktober 2010

Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk masjid

Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk masjid


Para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat.

Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri.

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Athal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w.

Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: “Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?” Jawabnya: “Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu”. Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya.

Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?”. Jawabnya: “Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih”. Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?”. Jawabnya: “Seperti yang aku katakan kepadamu”. Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: “Bebaskan Thumamah”.

Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”. Beliau juga berkata: “Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi.

"Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..”.

Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Athal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam.

Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i.

Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi’i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka”. (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair).

Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut: “Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Athal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)

Kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi ‘centre for Islamic Information’ yang mesra pelanggan. Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; muslim dan bukan muslim. Di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam.

Jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka. Sudahlah dalam negara ini banyak fatwa ala-taliban yang cuba menggambarkan seakan tiada rahmah antara muslim dan bukan muslim, ditambah lagi dengan ditutup ruang untuk mereka mendengar ajaran Islam.

Masjid digambarkan musuh mereka dan mereka dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan berbagai bantuan.

Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah, atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama hidayah ini. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini? Oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

Isnin, 11 Oktober 2010

Jawatan kosong hantu-hantu di perlukan sebagai.........

Jika akta jenayah sihir di gubal bolehlah kita ambil hantu-hantu yang banyak di malaysia ini (Muzium negara pernah membuat pameran hantu-hantu) untuk menjadi penguatkuasa undang-undang seperti Polis,Pendakwaraya,Hakim dan yang berkaitan denganya.
Kalau kita manusia hendak mendapatkan DNA hantu-hantu ini mungkin payah,kerana kita tak nampak
kalau sesama hantu mungkin boleh kut.

                                                     

KUANTAN -- Malaysia disaran agar menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam melalui mekanisme perundangan.

Pensyarah Undang-Undang Kolej Antarabangsa Ikip Dr Mahyuddin Ismail berkata, penggubalan akta berkenaan memberikan kuasa kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan berhubung jenayah membabitkan sihir.

"Bukan hanya di Malaysia, tetapi negara-negara lain juga mengalami masalah sama (sihir) tetapi tidak ada penyelesaian dari segi undang-undang. Sebenarnya, jenayah sihir ini boleh dibuktikan di mahkamah syariah dan sivil," katanya ketika membentangkan kertas kerja Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Sihir pada seminar Undang-Undang Jenayah Sihir di sini hari ini.

Seminar itu dirasmikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Rahman Md Yunus.

Dr Mahyuddin berkata akta tersebut juga perlu mengandungi peruntukan bagi penubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Sihir di bawah Polis Diraja Malaysia, yang berkuasa menyiasat dan menjalankan segala prosedur berkaitan untuk membanteras kegiatan jenayah membabitkan ilmu sihir.

Beliau juga mencadangkan jabatan itu dibantu lembaga penasihat khas daripada golongan berpengalaman luas dalam bidang berkaitan sihir kerana mereka perlu menyiasat suatu jenayah yang sukar dikesan dengan mata kasar.

Dengan penubuhan jabatan berkenaan, maka proses undang-undang iaitu aduan, siasatan, tangkapan, penggeledahan, pendakwaan dan perbicaraan akan dapat dilaksanakan, katanya.

Pada sidang akhbar selepas itu, Rahman berkata perlaksanaan undang-undang jenayah sihir tidak mustahil untuk direalisasikan, namun memerlukan kajian menyeluruh.

Beliau berkata cabaran utama pelaksanaan akta itu ialah pendakwaan di mahkamah kerana memerlukan bukti zahir dan kukuh.
Justeru, katanya, seminar anjuran bersama Kolej Antarabangsa Ikip dan Yayasan Pahang itu diharap dapat membincangkan isu berkenaan dengan lebih mendalam, selain menjadi perintis kepada pihak lain bagi merealisasikan perlaksanaan undang-undang jenayah sihir.

Sabtu, 25 September 2010

Ramai tertipu dengan ikan terubuk  masin  Sarawak

Ramai tertipu dengan ikan terubuk masin Sarawak




SEBUT saja terubuk Sarawak, pasti ramai yang akan terliur dengan keenakan isinya yang lemak dan manis, apa lagi kalau dapat menikmati ikan terubuk bertelur.

Malah tidak sah rasanya kunjungan pelawat ke Bumi Kenyalang, kalau tidak membawa pulang 'ole-ole' ikan terubuk Sarawak, terutama terubuk masin dan telur terubuk masin, yang ada dengan banyaknya di Pasar Tamu Satok di Kuching. Terubuk ini juga laris ketika Ramadan yang menjadi juadah wajib penggemarnya ketika berbuka mahu pun sahur.

Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini.

Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.

Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lupar (Lingga dan Sebuyau dalam Bahagian Sri Aman), selain di Sungai Saribas (Pusa, Beladin dan Maludam di Bahagian Betong) dan Sungai Lassa (Teba’ang dan Daro di Bahagian Mukah).

Bagaimanapun, berbeza dengan mudahnya terubuk itu dibeli, hakikatnya, terubuk tempatan kian terhad dan sukar diperoleh yang disebabkan usaha kerajaan mengawal tangkapan ikan yang kian pupus dengan mengehadkan kegiatan menangkap ikan terubuk. Semua ini demi membolehkan spesies ini membiak.

Biarpun bilangannya terhad, ramai peraih yang masuk ke kawasan berkenaan setiap kali musim terubuk untuk membeli bekalan yang terhad itu secara borong dan mengeksportnya ke luar negara terutama Singapura.

Tidak hairanlah harga ikan terubuk tempatan bertelur kini boleh mencecah antara RM36 hingga RM45 sekilogram berbanding sekitar RM28 sekilogram satu ketika dulu. Terubuk masin tempatan atau lebih dikenali sebagai ‘terubuk masin local’ di kalangan pembeli pula dijual pada harga RM18 seekor berbanding RM8 seekor untuk saiz sama bagi ikan terubuk import.