Memaparkan catatan dengan label anwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anwar. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Mei 2012

Video ceramah bukti terbaik

Automotif

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menolak dakwaan Umno Lembah Pantai bahawa PKR memulakan provokasi sewaktu kejadian baling batu dan telur pada ceramah berkembar di Pantai Dalam Khamis lalu.

"Saya nak tanya dua jam lebih Ummi Hafilda dan penceramah lain keluar kata-kata kesat kepada Anwar, kami tak buat apa-apa.

"Itu pun, on record, kita minta semua bersabar," kata naib presiden PKR itu.

Menurutnya, bukti terbaik yang akan menjelaskan kejadian sebenar pada malam itu adalah rakaman video yang dibuat wartawan portal berita yang membuat liputan ceramah itu.

"Bukti terbaik adalah video rakaman," katanya.

Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan pagi tadi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat provokasi menyebabkan berlakunya ketegangan dan kecederaan dalam insiden itu.

Beliau mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka".

Nurul Izzah berkata, tindakan Umno Lembah Pantai yang tidak menafikan insiden itu dan hanya menuding jari kepada Anwar merupakan "pengakuan" mereka memang terlibat.

Katanya, Ketua Umno bahagian Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin juga tidak tampil menafikannya.

"Jadi saya anggap itu merupakan satu pengakuan," kata Izzah lagi.

Beliau membuat kenyataan itu selepas menemani mangsa yang terkena balingan objek keras di kepala pada malam ceramah, Raja Ismail Raja Din, 60, membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai dekat ibu negara.

Ahli PKR Petaling Jaya Selatan itu mendakwa beliau terasa dilastik berulang-kali dengan objek dipercayai besi gegalas (bearing) pada malam kejadian.

Turut menemani Raja Ismail membuat laporan tengah hari tadi ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha.

Isnin, 23 April 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim kena TIBAI

KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 orang dari pelbagai bangsa dan agama menghadiri pelancaran Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di sini malam Ahad yang dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Kelab itu ditubuhkan bekas-bekas pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyedarkan rakyat supaya menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya yang jelas dilihat membawa ancaman kepada keselamatan negara.

Ia diketuai bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Zahid Md Arip sebagai Mursyidul Am TIBAI manakala 28 bekas pemimpin parti itu dilantik ahli majlis syura yang akan menggerakkan segala usaha bagi memastikan cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri dihalang.



Ketika berucap di majlis berkenaan, Muhammad Zahid berkata, beliau tidak gentar untuk berdepan penyokong Anwar dan Ketua Pembangkang itu sendiri meskipun menerima kecaman hebat menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.

"Dia kata saya tali barut Umno tapi saya tidak gentar dengan setiap ugutan malah akan turun padang ke setiap pelosok negeri untuk mendedahkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar.

"Kita juga akan menyeru rakyat supaya menolak Anwar dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Kita akan guna pendekatan seperti Gerakan Sumpah Keramat yang pernah digerakkan Angkatan Muda PKR pada lewat tahun 90-an dahulu," katanya.

Muhammad Zahid turut menyatakan kesanggupan untuk bertanding menentang Anwar di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya akan datang.

"Andai diberi peluang oleh Perdana Menteri untuk bertanding di sana, saya sanggup menentang Anwar," katanya.

Malah, beliau memberi jaminan bahawa TIBAI akan memberi sokongan penuh kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi PRU-13.

"Kita akan guna pelbagai cara untuk menghalang cita-cita Anwar. Kalau ada 10 cara, kita akan guna 10 cara itu. Dia tidak layak menjadi pemimpin di negara ini," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, rakyat wajib menolak dan menggagalkan cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri kerana beliau bukan sahaja dikaitkan dengan masalah moral tetapi semakin jauh tersesat dalam perjuangannya.

Katanya, Anwar turut mendokong fahaman pluralisme agama, pengkhianat negara dan menyokong usaha melindungi Israel.

"Saya mengenali Anwar sudah lama ... sejak tahun 1970 lagi sewaktu kami sama-sama menjadi pemimpin pelajar. Dahulu beliau idola semua orang termasuk saya tapi selepas ditunjukkan dengan segala bukti, saya sedar Anwar tidak layak memimpin negara.

"Kerana dia (Anwar) umat Melayu berpecah belah, DAP dapat untung, PAS hancur, tindak-tanduk dia memecah belahkan kuasa politik orang Melayu inilah yang saya tidak boleh terima," katanya.

Menurutnya, rakyat di negara ini perlu bersyukur dan berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat keputusan tepat memecat Anwar sebelum beliau berada di kemuncaknya.

"Saya percaya Dr Mahathir buat tindakan yang berani dan tegas. Pemecatan beliau bukan satu konspirasi kerana Dr Mahathir merupakan individu yang menaikkan Anwar," katanya.

TIBAI=Terbaik Individu Bernama Anwar Ibrahim,hakikat yang ingin di katakan oleh Muhammad Zahid Md Arip,BUKTInya Video di atas.