Khamis, 31 Mac 2011

Seandainya negara ini adalah   WARAS

Seandainya negara ini adalah WARAS

Seandainya negara ini adalah   WARAS


Seandainya negara ini adalah "waras", sudah tentunya isu klip video seks yang dibikin Datuk T tidak akan berlaku. Ini kerana bukan sahaja penayangan klip video seks kepada media gagal mencapai tujuannya untuk menfitnah, malah bakal mencungkil kemarahan umum sebaliknya. Lebih-lebih lagi, perbuatan sedemikian akan berdepan dengan tanggungjawab jenayah. Mustahil konspirator bodoh sehingga terlibat dalam kelakuan yang merugikan dirinya. Namun demikian, nampaknya Malaysia bukanlah sebuah negara yang "waras".

TPM kata parti selain BN hantu dan jembalang

 TPM kata parti selain BN hantu dan jembalang


KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.

Video lucah:Dalang ditemui

Video lucah:Dalang ditemui


Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Rabu, 30 Mac 2011

Video luncah: SMM minta pecat Rahim

Video luncah: SMM minta pecat Rahim

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar menggugurkan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik daripada jawatan Pengerusi Risda kerana mengakui terlibat dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Selasa, 29 Mac 2011

JPN bersekongkol menyediakan kad pengenalan untuk pendatang asing



SHAH ALAM 29 MAC : Umno dan Jabatan Pendaftaran Negara dilaporkan bersekongkol menyediakan kad pengenalan untuk pendatang asing supaya mereka mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang.

ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang membuat pendedahan itu berkata, ketua Umno cawangan tertentu dan kakitangan JPN “membuka kaunter’ di lokasi-lokasi tertentu di luar waktu pejabat bagi mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing.

komik lucah:Kisah Juara Raja Lawak

komik lucah:Kisah Juara Raja Lawak



Saya mendapat maklum tentang senaskhah komik 16-muka surat bertajuk, Kisah Juara Raja Lawak, yang mengandungi imej-imej lucah seorang watak yang kelihatan serupa seperti Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke semua pengundi baru di Lembah Pantai. Komik tersebut telah dihantar melalui sebuah pejabat pos di Shah Alam. Tindakan mengedar komik berniat jahat ini kelihatan seperti suatu kempen untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Ketua Pembangkang kami, dan juga imej seluruh Pakatan Rakyat.

Apabila media perdana dan blogger UMNO buta IT

Apabila media perdana dan blogger UMNO buta IT

Apabila media perdana dan blogger UMNO buta IT

Apabila media perdana dan blogger UMNO buta IT
Saya merujuk kepada laporan berterusan oleh Utusan Malaysia, media perdana dan blogger-blogger UMNO yang mempertikaikan kononnya masa pesanan-pesanan yang dibuat di laman Twitter pada 21 Februari 2011 adalah masa yang tepat. Mereka mendakwa Anwar Ibrahim hanya mula menghantar pesanan pada jam 11:40 malam, seperti yang dipetik di laman Twitter.

Isnin, 28 Mac 2011

POLITIK LUCAH dan POLITIK SELAK KAIN

POLITIK LUCAH dan POLITIK SELAK KAIN


Saya mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Kita menentang POLITIK LUCAH dan POLITIK SELAK KAIN. Semua rakyat Malaysia yang bermaruah dan mempunyai harga diri sebagai manusia bertamadun menuntut perkara-perkara berikut;

HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI

HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI

MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.

Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.

2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.

Pembangunan akan ada bila ada yang mati.

Pembangunan akan ada bila ada yang mati.

`

KUALA LUMPUR 28 MAC : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan BN agar tidak hanya menjalankan projek pembangunan bila ada pilihan raya.

Harakahdaily memetiknya berkata keadaan itu telah menimbulkan satu kefahaman di kalangan rakyat bahawa untuk mendapat kemudahan asas perlu berlaku pilihan raya di tempat mereka.

Ahad, 27 Mac 2011

Perhimpunan Anti Politik Lucah

Perhimpunan Anti Politik Lucah

KUALA LUMPUR 27 MAC : Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

Chua Soi Lek tidak layak bercakap soal moral



PETALING JAYA 27 MAC : Datuk Seri Chua Soi Lek tidak layak bercakap soal moral dan integriti apatah lagi menyeru Ketua Umum PKR membuktikan bahawa imej yang
dirakam dalam fitnah video lucah baru-baru ini bukanlah dirinya, tegas Naib Presiden Keadilan, Tian Chua dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut Tian, seorang ahli politik seperti Soi Lek yang mempunyai rekod tercemar tidak layak untuk mengkritik dan memberikan komentar bersabit isu moral individu lain.

Sabtu, 26 Mac 2011

Eskay dalam video lucah itu :Mohamad Mahti

Eskay dalam video lucah itu :Mohamad Mahti



KUALA LUMPUR 24 MAC : Datuk Shazryl Eskay dilaporkan memohon khidmat empat anggota Unit Tindakan Khas beberapa hari sebelum beliau menayangkan sebuah video seks untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Pengawal Peribadi kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, Mohamad Mahti Abdul Rahim, berkata Eskay memintanya mendapatkan khidmat anggota UTK itu untuk sebuah projek yang dipersetujui oleh “orang nombor satu’ negara.

Ceramah ‘DNA’ :Anwar diheret polis

Ceramah ‘DNA’ :Anwar diheret polis



KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.

Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.

Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.

Jumaat, 25 Mac 2011

Bekas Polis Dedahkan Eskay pembohong Besar

Bekas Polis Dedahkan Eskay pembohong Besar


Kuang, March 25 - Seorang polis bersara mengatakan hari ini bahawa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberitahu kepadanya bahawa ia akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum video yang dipercayai menunjukkan pemimpin pembangkang berkaitan seks dengan pelacur China muncul pada hari Isnin.

Fitnah:budaya dan amalan UMNO

Fitnah:budaya dan amalan UMNO


Fitnah telah menjadi budaya dan amalan UMNO sejak sekian lama, malah di saat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa. Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.

Fitnah:senjata yang paling tua

Fitnah:senjata yang paling tua

1. Meskipun senjata ini adalah senjata yang paling tua dan klasik, namun ia adalah senjata yang bahaya dan berbisa malah kesan radiasinya lebih dahsyat membawa kemusnahan berbanding letupan loji nuklear. Ia bukan sahaja mampu membunuh jasad manusia bahkan fitnah adalah senjata yang mampu membunuh jiwa manusia dan peradabannya. Maksud firman Allah swt:

"dan fitnah itu adalah suatu yang sangat besar [ dahsyat dosa dan akibatnya ] dari membunuh dan senantiasalah mereka memerangi kamu sehingga mereka boleh memalingkan kamu dari agama kamu jika sekiranya mereka mampu melakukannya."

Video lucah Anwar Ibrahim :Sepotong episod masa lalu

Video lucah Anwar Ibrahim :Sepotong episod masa lalu

 Video lucah Anwar Ibrahim

Berikut kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Norhayati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka ada 3hb November 1999:

Video lucah Anwar Ibrahim guna empat kamera

Video lucah Anwar Ibrahim guna empat kamera

Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul hari ini mendedahkan video lucah "Datuk T" sepanjang 21 minit tidak jelas menunjukkan wajah pelaku lelaki sungguhpun dirakam menerusi lensa empat kamera yang di pasang di bilik hotel berkenaan.

Kemelut NCR:BN Gagal Selesai

Kemelut NCR:BN Gagal Selesai


SHAH ALAM 25 MAC : Isu hak tanah adat atau NCR di Sarawak yang melibatkan hampir kesemua kaum di negeri itu gagal ditangani kerajaan Barisan nasional walaupun banyak gula-gula politik sudah ditabur menjelang pilihanraya negeri pada Apil in

Kenyataan yang dibuat oleh Shazryl Eskay Abdullah

kenyataan yang dibuat oleh Shazryl Eskay Abdullah


Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka "Dato T" berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Anwar Ibrahim.

Khamis, 24 Mac 2011

Pembahagian kerusi PAS selesai bagi pilihan raya negeri Sarawak

Pembahagian kerusi PAS selesai bagi  pilihan raya negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata pembahagian kerusi PAS bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak sudah selesai.

Pak Haji mendedahkan kes liwat fitnah dua

Pak Haji mendedahkan kes liwat fitnah dua

Pak Haji mendedahkan kes liwat fitnah dua



Dalam keghairahan untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay semalam mendedahkan bahawa pengadu kes liwat fitnah dua, Saiful Bukhari Azlan adalah pengamal hubungan seks sejenis.

Klip video luncah dari Carcosa Seri Negara

Klip video luncah dari Carcosa Seri Negara

Klip video luncah dari Carcosa Seri Negara


Cuba anda bayangkan, mungkinkah White House, kediaman Presiden Amerika Syarikat menyewa Blair House, iaitu rumah tetamu rasminya kepada orang yang tidak diketahui identitinya, untuk menayangkan filem lucah, sebagai serangan terhadap pembangkangnya?

Apabila,seorang lelaki yang menggelar dirinya Datuk T (gagal dikenalpasti kesahan gelaran Datuk-nya, memandangkan semakin ramai Datuk muncul buat masa kini) telah menayangkan satu klip video di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur. Pengamal media yang diundang menerima sms pada awal pagi, terlepas peluang keemasan kalau tak datang. Maka suasana pemandangan Tasik Perdana yang aman dan tenang di sekitarnya berkocak, diusik dengan kegemparan tersebut.

Kenyataan yang bercanggah dari Datuk Shazryl

Kenyataan yang bercanggah dari Datuk Shazryl

Kenyataan yang bercanggah dari Datuk Shazryl


Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rabu, 23 Mac 2011

video lucah menutup mulut Anwar Ibrahim

video lucah menutup mulut Anwar Ibrahim

SHAH ALAM 23 MAC : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.

video lucah Datuk Seri Anwar Ibrahim


SHAH ALAM 23 MAC : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.

Rare earth di Gebeng:Kerajaan nak bunuh rakyat sendiri

Rare earth di Gebeng:Kerajaan nak bunuh rakyat sendiri

KUALA LUMPUR 23 MAC : Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan kewajaran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengeluarkan lesen bagi membenarkan kawasan Gebeng di Kuantan dijadikan lokasi memproses ‘rare earth’ yang menghasilkan sisa buangan radioaktif.

Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak satu pasukan

Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak satu pasukan


Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak satu pasukan


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak akan bergerak sebagai “satu pasukan” dalam mencabar Barisan Nasional pada pilihanraya negeri itu.

SPR akan bermesyuarat esok untuk menetapkan hari penamaan calon dan tarikh mengundi untuk 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan dipertandingkan.

Selasa, 22 Mac 2011

Rakaman video seks:paksa, pujuk dan musnahkan

Rakaman video seks:paksa, pujuk dan musnahkan

Rakaman video seks


Siapa Datuk T? Maka mulalah cerita si penglipur lara berhubung kumpulan manusia bergelar "Datuk" yang berkeliaran di bumi 2Malaysia. Tetapi aksi berkeliaran mereka tidak serupa aksi yang dipersembahkan oleh Zarathustra, seorang watak ciptaan ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzsche dalam karya beliau "Thus Speak Zarathustra".

Nikah Di Masjid Seperti Kristian

Nikah Di Masjid Seperti Kristian


PETALING JAYA: Perbuatan menyamakan upacara akad nikah di dalam masjid dengan amalan penganut Kristian adalah menyimpang daripada ajaran Islam.

Demikian tegas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad yang menayatakan bahawa masjid adalah tempat yang suci dan penuh kemuliaan dan tidak ada hadis serta nas al-Quran yang melarang upacara akad nikah diadakan di masjid.

Utusan Malaysia berbohong

Utusan Malaysia berbohong

Utusan Malaysia berbohong



SHAH ALAM 22 Mac : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak laporan Utusan Malaysia kononnya kerajaan negeri ghairah memunggah hasil tanah adat orang asal di Kuala Langat.

Menurut Tan Sri Khalid, tanah yang dimaksudkan oleh akhbar kawalan Umno itu sebenarnya dipindahkan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) semasa parti itu (Umno) memimpin kerajaan negeri.

Isnin, 21 Mac 2011

BN mula menahan kebangkitan  rakyat

BN mula menahan kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat



Apabila Dun Sarawak dibubarkan hari ini,Pihak Umno/Bn mula menabur fitnah untuk menahan kebangkitan rakyat.Dun sarawak adalah penentu pemerintahan Malaysia,jika Umno/Bn dapat mengekalkan pemerintahan disarawak maka cerah harapan untuk meneruskan kekuasaan mereka,tetapi jika gagal maka punahlah harapan,begitu juga dengan pihak PR.

Rakaman Aksi Seks Pemimpin Utama Pembangkang?

Ahad, 20 Mac 2011

1:5 rakyat Malaysia berisiko jadi gila

1:5 rakyat Malaysia berisiko jadi gila

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya seorang daripada lima rakyat negara ini berisiko gila jika mengalami masalah kesihatan mental dan tidak mendapatkan rawatan dengan segera serta teratur.

Ramalan itu berasas jika mengambil kira hasil Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-3 yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia menderita masalah kesihatan mental. Lebih membimbangkan, masalah gangguan fikiran dijangka tersenarai di tangga kedua penyakit utama dunia selepas penyakit jantung koronari menjelang 2020.bh
Gani Patail terbabit dalam pemalsuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim

Gani Patail terbabit dalam pemalsuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim

SHAH ALAM 20 MAC :Pejabat Peguam Cara Malaysia masih belum memberikan jawapan kepada seorang bekas pegawai kanan polis yang mendakwa Peguam Negara Abdul Gani Patail terbabit dalam pemalsuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Surat memohon penjelasan itu dihantar oleh Senior Assistant Komisioner 11 Mat Zain Ibrahim, pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar pada awal tahun ini selepas usahanya untuk mendapatkan penjelasan itu tidak dilayan oleh pihak berkuasa.

Sabtu, 19 Mac 2011

DUN Sarawak Dibubarkan Isnin

DUN Sarawak Dibubarkan Isnin

KUCHING: Akhirnya berita yang dinanti-nantikan telah tiba. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pada petang Sabtu bahawa Dewan Undangan Negeri akan dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Kata Taib, beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Bebaskan Sarawak daripada pemerintahan rasuah

Bebaskan Sarawak daripada pemerintahan rasuah

Bebaskan Sarawak


SHAH ALAM 19 MAC : Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk membebaskan Sarawak daripada belenggu pemerintahan rasuah dan penyelewengan kuasa Barisan Nasional, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Isnin ini, kata pemimpin-pemimpin gagasan pembangkang itu.

DAP yang mempunyai enam kerusi DUN di Sarawak, berharap pilihanraya negeri yang bakal diadakan menjadi “kemuncak” yang melengkapkan tsunami politik PRU 12 tahun 2008 di Semenanjung, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Jumaat, 18 Mac 2011

Yayasan Selangor:Timbalan Pengurus Besar dipecat

Yayasan Selangor:Timbalan Pengurus Besar dipecat

Yayasan Selangor


SHAH ALAM 18 MAC : Kerajaan Selangor memecat Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Saifulruddin Sulaiman setelah badan itu mengalami kerugian hampir RM7.41juta ringgit sehingga November lalu akibat perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah.

Pengurusan tidak berhemah, antara lain, menyebabkan kos sambutan Ulang Tahun ke 40 yayasan itu mencecah hampir RM1 juta, dengan syarikat pengurus sambutan itu dibayar upahnya walaupun aktiviti belum dilaksanakan.

Khamis, 17 Mac 2011

RM5.968 juta wang rakyat hangus demi kuasa

RM5.968 juta wang rakyat hangus demi kuasa

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Bible Bahasa Melayu

Bible Bahasa Melayu



Demi kepentingan politik Umno sangup berbuat apa sahaja,walau dengan menjual agama.

Saya mengikuti isu ini dengan penuh kehairanan. Alasan-alasan yang diberi hanya menunjukkan betapa Pemimpin UMNO begitu keliru dan tidak memahami Islam. Apa yang lebih memburukkan ialah dalam kekeliruan ini mereka turut mengelirukan masyarakat Melayu melalui sikap-sikap mereka yang ekstrim dan songsang. Mari kita kaji alasan-alasan ini satu per satu dan memikirkan bersama sejauhmana ianya munasabah.

Rabu, 16 Mac 2011

Loji Nuklear di Malaysia jangan angkuhan.

Loji Nuklear di Malaysia jangan angkuhan.

Loji Nuklear di Malaysia


SHAH ALAM 16 MAC : Exco Pelancongan, Hal Ehwal Kepenggunaan dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong kesal dengan kenyataan sombong dan tidak berlandas fakta dan nilai saintifik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa projek Janakuasa Nuklear Malaysia tetap akan diteruskan walaupun ia mendatangkan bahaya seperti yang berlaku di Jepun.

Kenyataan yang memalukan

Kenyataan yang memalukan

t

Kenyataan yang memalukan dari seorang yang gila kuasa
Krisis nuklear Jepun membimbangkan

Krisis nuklear Jepun membimbangkan

TOKYO, 16 Mac : Krisis nuklear paling buruk selepas Chernobyl berhadapan dengan situasi getir hari ini ekoran kebakaran baru di kompleks tenaga nuklear di timur laut manakala jurutera bimbang mengenai kemungkinan letupan akan menimpa di dua reaktor lain di premis tersebut.

Dua pekerja kompleks itu dilaporkan hilang selepas kebakaran sebelum ini.

Selasa, 15 Mac 2011

Tarikf elektrik naik

Tarikf elektrik naik

Tarikf elektrik naik


Tarikf elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Ia dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Letupan Ketiga Loji Nuklear Jepun

Letupan Ketiga Loji Nuklear Jepun

Letupan Ketiga Loji Nuklear Jepun


JEPUN 15 MAC : Satu letupan dilaporkan di reaktor tenaga nuklear ketiga di kawasan timur laut Jepun awal hari ini - kejadian ketiga dalam empat hari selepas negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia).

Isnin, 14 Mac 2011

SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.

SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.

KEGIATAN RASUAH, SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa kami pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasa terpanggil untuk mendedahkan tentang salahlaku dan amalan rasuah seorang Pegawai Atasan SPRM iaitu TIMBALAN PENGARAH (TP) SPRM Selangor yang bernama PKPj I HISHAMUDDIN BIN HASHIM yang mana ianya adalah bersangkutan dengan kes TEOH BENG HOCK dan kes yang melibatkan pemilikan rumah banglo DATO’ SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Jabatan Wanita Pertama Malaysia (FLOM) tidak pernah wujud.

Jabatan Wanita Pertama Malaysia (FLOM) tidak pernah wujud.

Jabatan Wanita Pertama Malaysia


KUALA LUMPUR 14 MAC : Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menjelaskan tiada sebarang peruntukan khusus diberikan kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga Jabatan Wanita Pertama Malaysia atau FLOM.

Ahad, 13 Mac 2011

Kenapa kita harus mengeluh dengan berbagai kenaikan yang dibenarkan oleh kerajaan sekarang seperti insurans kenderaan,orang-orang kampung pun tak mengeluh sebab harga getah naik sawit naik,kereta-kereta lama yang premium insuransnya naik,apa susah tukar kereta baru habis cerita.


Kerana kenaikan berbagai barangan ini menyebabkan sokongan rakyat malaysia kepada kerajaan (BN)bertambah banyak,kalau tidak masakan BN boleh menang pada pilihan raya kecil nan lalu.


Tahniah untuk rakyat malaysia kerana menyokong kenaikan berbagai barangan ini.

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kerajaan diminta meneliti dengan serius isu premium insurans kenderaan yang didakwa pelbagai pihak sebagai terlalu mahal bagi memastikan rakyat tidak terbeban dan menjadi mangsa.

Anwar Ibrahim: tawan semua untuk ke Putrajaya

Anwar Ibrahim:  tawan semua untuk ke Putrajaya



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim mengulangi hasrat untuk menawan Putrajaya dan menyeru kerajaan agar menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas. "Kita mesti menang semua kerusi. Parlimen di Selangor mesti kita tawan semua untuk kita pergi ke Putrajaya".

Pakatan Rakyat akan berbincang dengan semua pemimpin

Pakatan Rakyat akan berbincang dengan semua pemimpin

KUCHING 13 MAC : Pakatan Rakyat akan berbincang dengan semua pemimpin negeri dalam menentukan calon dan manifesto bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan pilihan raya umum yang bakal berlangsung kelak.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pandangan dan krtitikan membina setiap pemimpin serta cabang parti akan diambil kira kerana calon dan manifesto yang dikemukakan akan menentukan kejayaan gagasan itu.

Sabtu, 12 Mac 2011

Pemilihan pemimpin tidak dilihat dari sudut perkauman

Pemilihan pemimpin tidak dilihat dari sudut perkauman

Pemilihan pemimpin tidak dilihat dari sudut perkauman


KUCHING 12 MAC : Pemilihan pemimpin tidak seharusnya dilihat dari sudut perkauman tetapi aspek yang penting perlu diambil kira adalah daripada segi kebolehan memimpin negara dan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat jelata.

Demikian kata, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Konvensyen PKR di Sarawak, hari ini.

Tsunami di Jepun:300 mayat ditemui di Sendai

Tsunami di Jepun:300 mayat ditemui di Sendai

Tsunami di Jepun


JEPUN 12 MAC : Pihak berkuasa melaporkan sekitar 200 sehingga 300 mayat ditemui di Sendai selepas tsunami melanda negara itu akibat gegaran gempa bumi kuat pada 8.9 skala richter berlaku pada 2.46 petang.

Jumaat, 11 Mac 2011

Dubur Saiful: Tiga  DNA berlainan dijumpai

Dubur Saiful: Tiga DNA berlainan dijumpai

KUALA LUMPUR 11 MAC : Pengadu Saiful Bukhari Adzlan hari ini enggan mengakui beliau mengadakan hubungan sejenis dengan lebih daripada seorang berasaskan bukti DNA Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Pendakwaraya, Yusof Zainal Abiden pula membuat kejutan apabila tiba- tiba meminta Hakim Zabidin Mohd Diah untuk menarik balik keputusan tidak membenarkan barangan yang dirampas dari lokap Anwar dijadikan bahan bukti.

Salam 1Malaysia RM63,000 duit rakyat dibelanjakan

Salam 1Malaysia RM63,000 duit rakyat dibelanjakan

Salam 1Malaysia RM63,000 duit rakyat dibelanjakan

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak membelanjakan RM63,000 duit rakyat untuk menghantar emel ucapan Salam 1Malaysia kepada lebih sejuta rakyat Malaysia mencerminkan sikap boros dan menyeleweng kerajaan secara terang-terangan, ksta Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Khamis, 10 Mac 2011

Bintang All Black Sonny Bill Williams telah memeluk Islam.

sonny bill williams

Menjadi sensasi dalam liga ragbi remaja, kemudian menyertai skuad bintang All Black, dan pada waktu yang sama menjadi peninju heavyweight yang berbakat.
Tidak setakat itu, Sonny Bill Williams juga telah memeluk Islam.

Sekalipun terdapat khabar angin tentang bintang berusia 25 tahun ini memeluk Islam, namun akhbar Herald, Ahad lalu, mendedahkan bahawa beliau telah bersyahadah sejak dua tahun yang lalu.

N. Gobalakrishnan jadi jutawan setelah keluar PKR

N. Gobalakrishnan jadi jutawan setelah keluar PKR

PKR menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat kewangan ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang didakwa mampu membayar segala hutangnya secara tiba-tiba.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang merujuk kepada Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR Januari lalu mempersoal keupayaan kewangannya selepas keluar parti, sedangkan beliau sebelum ini diketahui mempunyai masalah kewangan.

Rabu, 9 Mac 2011

Sarawak penentu kemenangan dan kekalahan?

Sarawak penentu kemenangan dan kekalahan?

Dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lalu, pembangkang memenangi 9 kerusi daripada 71 kerusi, prestasi pembangkang yang terbaik sejak tahun 1987. SUPP menjadi MCA di Sarawak, dan menjadi pentanda pertama tsunami politik pada tahun 2008.

Kini, pemerintahan Taib Mahmud yang telah memunggah kekayaan dari bumi kenyalang untuk 30 tahun dibandingkan dengan Mubarak di Mesir. Isu tanah adat bumiputera mungkin menjadi arus yang menderas di bawah untuk menumbangkan BN, dari kalangan kaum asal. Meskipun jentera pembangkang agak lemah, namun masih berkemungkinan menembusi beberapa kawasan.

Selasa, 8 Mac 2011

Harga petrol RON95 mungkin akan dinaikkan

Harga petrol RON95 mungkin akan dinaikkan

Kemungkinan rakyat malaysia akan dihadiahkan dengan kenaikan harga minyak berikut kemenangan di Kerdau dan Marlimau.Kita harus menyokong kerajaan yang akan menaikan harga minyak sebagai mana kita menyokong dengan memberikan kemenangan pada pilihanraya kecil lalu.

KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Interlok sebuah novel yang melukis suatu deretan waktu

Interlok sebuah novel yang melukis suatu deretan waktu

Sudah banyak perbincangan dan debat yang telah diadakan tentang buku Interlok oleh Abdullah Hussein - di akhbar, majalah, di tv dan dunia siber. Dalam wacana ini ada yang jernih di samping banyak juga yang keruh pada sungai perbincangannya. Akan tetapi yang agak dikesalkan ialah hakikat bahawa sangat sedikit golongan, terutama partai politik yang menjadikan pembelaan nasib dan martabat kaum Melayu sebagai landasannya, tampil memberi sokongan moral kepada seorang pengarang Melayu bernama Abdullah Hussein, yang melalui Interlok berbicara tentang kemanusiaan yang merentas sempadan ras dan etnik di tanah airnya.

Dr Abu Hassan Hasbullah:pesta di peringkat tempatan

Dr Abu Hassan Hasbullah:pesta di peringkat tempatan

SHAH ALAM 8 MAC : Pensyarah Jabatan Kanan Pengajian Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah menyifatkan keputusan pilihanraya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau dan Merlimau hanyalah sebuah 'pesta di peringkat tempatan' yang tidak harus dibanggakan oleh Umno-BN.

Menurut beliau, pertambahan majoriti untuk kedua-dua kubu kuat BN itu adalah sesuatu yang lazim apabila jumlah pemilih baru yang didaftarkan juga meningkat berbanding 2008.

Isnin, 7 Mac 2011

Sebab mengapa Anwar Ibrahim didakwa

Sebab mengapa Anwar Ibrahim didakwa

Sebab mengapa Anwar Ibrahim duduk di dalam kandang tertuduh setiap hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada masa ini dengan menghadapi perbicaraan jenayah sememangnya difahami oleh mereka yang benar-benar waras. Anwar sedang dalam usaha untuk membuat perubahan-perubahan asas terhadap sistem pentadbiran negara ini dan juga ke atas wacana politik nasional. Perubahan ini semestinya menghakis pengaruh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pastinya akan menyingkirkan dari kekuasaan.

Ahli Parlimen BN menjadi  pak turut secara keterlaluan

Ahli Parlimen BN menjadi pak turut secara keterlaluan

PARIT BUNTAR 7 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi membidas sikap ahli-ahli Parlimen Umno-BN yang boleh diumpamakan seperti 'lembu dicucuk hidung' yang hanya menurut perintah sehingga kepentingan rakyat terus diabaikan.

Menurut Anwar, sikap menjadi pak turut secara keterlaluan Ahli Parlimen BN yang menghalalkan perkara yang salah dan membebankan rakyat, seharusnya ditentang habis- habisan.

Ahad, 6 Mac 2011

BN menang dikedua-dua kerusi

BN menang dikedua-dua kerusi

Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang ditandingi dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti undi masing-masing sebanyak 3,643 dan 2,724 undi.

Calon BN di Merlimau Roslan Ahmad mempertahankan kerusi dengan undi sebanyak 5,962 berbanding calon Pas Yuhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi.

Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad meraih sebanyal 5,060 undi berbanding calon Pas Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.
Tidak terkejut jika BN mengekalkan kerusi DUN Merlimau dan Kerdau

Tidak terkejut jika BN mengekalkan kerusi DUN Merlimau dan Kerdau

Tidak sesiapa akan terkejut jika Barisan Nasional mengekalkan kerusi DUN Merlimau dan Kerdau pada pilihanraya kecil kali ini. Keputusan dijangka diumumkan pada kira-kira pukul lapan malam nanti.

Namun, dalam mengimbau kempen yang dijalankan oleh Umno di Merlimau dan Kerdau, persoalan yang pasti bermain di ruang fikiran pengundi, ahli politik dan wartawan adalah kenapa Umno masih “bertungkus lumus” menjalankan kempen sebegitu rupa untuk mencari kemenangan mutlak.

Proses pengundian (DUN), Merlimau berjalan lancar

Proses pengundian (DUN), Merlimau berjalan lancar

JASIN: Proses pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Merlimau yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, berjalan lancar sejak bermula jam 8 pagi ini.

Cuaca cerah memudahkan pergerakan 10,679 pengundi berdaftar di kawasan DUN itu untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing di tujuh pusat pengundian yang dibuka sehingga jam 5 petang ini.
Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berkata sehingga jam 9 pagi, sebanyak 14 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar itu telah mengundi.

Sabtu, 5 Mac 2011

Menang esok angkat sumpah Isnin

Menang esok angkat sumpah Isnin

JASIN 5 MAC : Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merlimau yang akan dipilih pada pilihan raya kecil kawasan itu esok, dijangka mengangkat sumpah Isnin ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Othman Muhamad berkata, upacara angkat sumpah itu dijangka diadakan sebelum perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Melaka Ke-12 pada 10 pagi hari tersebut.

Keputusan pilihan raya kecil diketahui jam 8 malam esok

Keputusan pilihan raya kecil diketahui jam 8 malam esok

Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau dijangka diketahui jam 8 malam esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pusat pengundian di dua DUN itu akan mula di buka pada jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang.

"Esok ramalan cuaca di Merlimau hujan pada sebelah petang jadi saya nasihatkan pengundi keluar awal," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

Jumaat, 4 Mac 2011

SMS berbaur ugutan tersebar di sekitar kawasan Merlimau

SMS berbaur ugutan tersebar di sekitar kawasan Merlimau

Perkhidmatan pesanan ringkas (sms) berbaur ugutan tersebar di sekitar kawasan Merlimau, memberi amaran supaya pengundi tidak menghadiri ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat. Calon PAS-PR, Yuhaizad Abdullah  bersama empat orang ahli PAS, menerima sms sedemikian pada petang semalam.

"Geng jebat derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR yang menjadi pentas memecah belahkan Melayu. Sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirla ke ceramah2 PR pd mlm ini dan seterusnya. awas keselamatan kenderaan anda tidak dijamin," demikianlah kandungan sms yang diterima oleh Setiausaha PAS Melaka, Harun Mohamad, daripada nombor telefon 0124496241.

fitnah Ummi Hafilda terhadap Ketua umum PKR,

fitnah Ummi Hafilda terhadap Ketua umum PKR,

umi


SHAH ALAM 4 MAC : Pengarah pilihanraya kecil PAS bagi kawasan Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyelar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang membenarkan siri ceramah BN diselubungi dengan kisah fitnah dan mengaibkan oleh Ummi Hafilda terhadap Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Halim, hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kes fitnah terhadap Anwar masih dibicarakan di mahkamah dan Ummi tidak ada kredibiliti untuk bercakap tentang hal itu.

Khamis, 3 Mac 2011

Mantan PM Abdullah Ahmad Badawi mudah ditipu

Mantan PM Abdullah Ahmad Badawi mudah ditipu

Menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. PRU13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir. Ini digambarkan dengan jelas apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy  atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.

Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini. Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Mahathir Mohamad. Kebanyakan dari mereka yang "tertipu" masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini.

Rabu, 2 Mac 2011

MB Selangor :Untuk kewibawaan perkhidmatan awam

MB Selangor :Untuk kewibawaan perkhidmatan awam

SHAH ALAM 2 MAC : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan teguran beliau terhadap pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Khusrin Munawi dibuat begitu lantang atas keperluan menegakkan kewibawaan perkhidmatan awam negara.

Mengimbau kontroversi pelantikan Khusrin awal tahun ini sehingga Dewan Undangan Selangor terpaksa mengadakan sidang khas, Tan Sri Khalid berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan selaku ketua perkhidmatan awam sepatutnya menunjukkan tahap profesionalisme tinggi dan berkecuali dalam politik kepartian.