Home » » Tarikf elektrik naik

Tarikf elektrik naik

Written By kiff isme on Selasa, 15 Mac 2011 | Mac 15, 2011

Tarikf elektrik naik


Tarikf elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Ia dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.



Fong bertanya menteri berkenaan sama ada akan terjadi peningkatan atau semakan terhadap tarif elektrik dalam tempoh setengah tahun lagi.

Chin bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kerajaan akan menjalankan penyelidikan terperinci sebelum menguatkuasakan sebarang kenaikan tarif.

Tambahnya, kerajaan akan sentiasa memastikan bahawa apa sahaja tarif baru hendaklah datang bersama keselamatan bagi melindungi pengguna, terutamanya yang berpendapatan rendah.

sumber:malaysiakini.

1 ulasan:

  1. bayaran subsidi kepada IPP perlu dikaji semula.kenaikan ini bukan sahaja melibatkan tarif elektrik tetapi implikasinya kepada barang keperluan lain.

    BalasPadam

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.