Home » » Proses pengundian (DUN), Merlimau berjalan lancar

Proses pengundian (DUN), Merlimau berjalan lancar

Written By kiff isme on Ahad, 6 Mac 2011 | Mac 06, 2011

JASIN: Proses pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Merlimau yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, berjalan lancar sejak bermula jam 8 pagi ini.

Cuaca cerah memudahkan pergerakan 10,679 pengundi berdaftar di kawasan DUN itu untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing di tujuh pusat pengundian yang dibuka sehingga jam 5 petang ini.
Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berkata sehingga jam 9 pagi, sebanyak 14 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar itu telah mengundi.



Tinjauan di beberapa pusat mengundi di sini, mendapati kebanyakan pengundi yang keluar mengundi di sebelah pagi terdiri daripada golongan warga emas dan wanita.

Suasana sibuk tetapi terkawal di pusat mengundi jelas kelihatan dengan petugas parti bertanding membantu menghantar pengundi ke pusat pengundian.

Pusat tersebut ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Chin Chin, SJK Tamil Ladang Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Merlimau 2, Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, dan Sekolah Kebangsaan Merlimau dan SJKC Merlimau.

SPR hanya membenarkan kenderaan parti yang digunakan untuk mengangkut pengundi, dilekatkan kertas biru bersaiz A4 pada cermin kenderaan Barisan Nasional (BN) menakala PAS berwarna hijau.
Kerusi roda juga disediakan bagi memudahkan pengundi yang uzur untuk memasuki pusat pengundian.

Dalam pilihan raya itu, calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad, 44, Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Jasin, ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.