Home » » Bebaskan Sarawak daripada pemerintahan rasuah

Bebaskan Sarawak daripada pemerintahan rasuah

Written By kiff isme on Sabtu, 19 Mac 2011 | Mac 19, 2011

Bebaskan Sarawak


SHAH ALAM 19 MAC : Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk membebaskan Sarawak daripada belenggu pemerintahan rasuah dan penyelewengan kuasa Barisan Nasional, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Isnin ini, kata pemimpin-pemimpin gagasan pembangkang itu.

DAP yang mempunyai enam kerusi DUN di Sarawak, berharap pilihanraya negeri yang bakal diadakan menjadi “kemuncak” yang melengkapkan tsunami politik PRU 12 tahun 2008 di Semenanjung, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.



Pihaknya telah membuat persiapan rapi bersama rakan komponen dalam Pakatan untuk menamatkan pemerintahan 30 tahun Abdul Taib Mahmud, tambah Kit Siang.

"Saya tidak mahu meramal berapa kerusi kita boleh menang, Namun, pilihanraya Sarawak 2006 menandakan satu permulaan untuk perubahan yang diikuti oleh tsunami politik di Semenanjung pada tahun 2008. Kali ini kami berharap ia akan menjadi kemuncak tsunami politik untuk perubahan Malaysia khususnya di Sarawak," kata Kit Siang.

PRU 12 menyaksikan Pakatan Rakyat menamatkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen dan menguasai Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah selain mengekalkan Kelantan. Bagaimanapun Perak kembali kepada BN selepas tiga ADUN Pakatan Rakyat lompat keluar gagasan itu.

Kit Siang berharap Suruhanjaya Pilihan Raya akan menetapkan tempoh berkempen yang “lebih daripada seminggu’ memandangkan saiz negeri terbesar di Malaysia itu dan masalah logistik untuk menyampaikan mesej di kawasan luar bandar.

"Kita harap tempoh yang cukup diberikan untuk berkempen, bukannya hanya satu minggu kerana ini tidak munasabah dan tidak adil.

Namun ini yang kita khuathir kerana (kita tahu) SPR bukannya satu badan yang bebas seperti yang diperlukan "
Namun Kit Siang berharap SPR yang akan bermesyuarat minggu depan untuk menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi akan “mengambil pendekatan demokratik" dengan menetapkan tempoh berkempen yang realistik.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga ahli Biro Politik PKR menyifatkan pilihanraya negeri Sarawak sebagai detik yang paling penting untuk masa depan anak negeri itu.

“Inilah masa untuk membuat perubahan. Perubahan ini bukan untuk kami, tetapi untuk anda sekalian, “ kata Khalid Ibrahim kepada wakil-wakil penduduk Penan dari Baram Sarawak.

ADUN Padungan Dominique Ng, satu-satunya wakil PKR dalam DUN Sarawak, yakin Pakatan Rakyat mampu mengubah landskap politik Sarawak bersandarkan sentimen politik semasa di kalangan pengundi negeri itu.

Beliau berkata Pakatan Rakyat tidak lagi menampilkan diri sebagai pembangkang semata-mata tetapi sebagai sebuah gagasan yang mampu mengubah nasib penduduk Sarawak, jika diberi mandat.

“Kali ini agak berlainan kerana kita akan bertanding di semua 71 kerusi DUN Sarawak dan kita harap kali ini kita boleh bawa perubahan yang terbesar sekali di Bumi Kenyalang iaitu untuk membebaskan Sarawak daripada BN,” kata beliau.

BN kini menguasai 63 kerusi di DUN Sarawak , dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pimpinan Taib menang 35 kerusi, Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) 12 kerusi.

Dua parti komponen lain dalam BN Sarawak, iaitu Parti Rakyat Sarawak dan Parti Progresif Demokratik (SPDP) masing-masing memegang lapan kerusi.

Pakatan Rakyat pula mempunyai tujuh kerusi, enam daripadanya dimiliki DAP enam dan satu lagi oleh PKR.

Parti Cinta Malaysia (PCM) memiliki satu kerusi.tvs

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.