Sabtu, 5 Mac 2011

Menang esok angkat sumpah Isnin

JASIN 5 MAC : Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merlimau yang akan dipilih pada pilihan raya kecil kawasan itu esok, dijangka mengangkat sumpah Isnin ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Othman Muhamad berkata, upacara angkat sumpah itu dijangka diadakan sebelum perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Melaka Ke-12 pada 10 pagi hari tersebut.



"Notis untuk persidangan DUN telah diserahkan kepada semua ADUN kira-kira sebulan lepas," katanya kepada pemberita.

Othman berkata, beliau akan menyerahkan notis mengangkat sumpah dan menghadiri persidangan DUN kepada ADUN baru Merlimau selepas menerima surat keputusan rasmi pilihan raya kecil itu daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Beliau menjangkakan surat keputusan rasmi itu akan diterimanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu malam esok dan menurutnya majlis angkat sumpah itu adalah yang terpantas dalam sejarah DUN Melaka.

"Kira-kira 12 jam selepas umum ADUN baru Merlimau, kita adakan angkat sumpah, selalunya kira-kira sebulan selepas pilihan raya di Melaka baru angkat sumpah, saya sudah rujuk semua peraturan dan tiada apa-apa halangan kita berbuat demikian," katanya.tvs

Related Posts

Menang esok angkat sumpah Isnin
4/ 5
Oleh