Jumaat, 4 Mac 2011

fitnah Ummi Hafilda terhadap Ketua umum PKR,

umi


SHAH ALAM 4 MAC : Pengarah pilihanraya kecil PAS bagi kawasan Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyelar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang membenarkan siri ceramah BN diselubungi dengan kisah fitnah dan mengaibkan oleh Ummi Hafilda terhadap Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Halim, hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kes fitnah terhadap Anwar masih dibicarakan di mahkamah dan Ummi tidak ada kredibiliti untuk bercakap tentang hal itu.



Oleh kerana sikap yang ditonjolkan oleh ketua menteri itu, Halim tidak menolak kemungkinan, Ali Rustam mungkin adalah dalang yang membawa Ummi dalam usaha terdesak BN untuk meraih undi di Merlimau.

"Bukan dia (Ali Rustam) nak ambil tindakan, dia lah yang menaja ini (Ummi Hafilda) datang kemari.

"Adakah pihak Ali RUstam ini terdesak sangat? Sampai bawa dia ke mari. Maknanya Umno Melaka ini benar-benar terdesak sehingga bawa Ummi Hafilda ke pilihanraya kecil,"katanya kepada Tv Selangor.

Halim juga turut mempersoalkan tujuan Ummi Hafilda berceramah dalam kempen pilihanraya DUN Merlimau jika bukan didorong atau diminta oleh pihak tertentu berbuat demikian.

Senada dengan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, Halim juga menyifatkan Ummi sebagai askar upahan rejim Umno-BN.

"Kenapa sekarang dia bangkit. Tak kena mengena datang cerita keburukan orang di sini. Kes liwat ini masih bicara di mahkamah. Siapa dia ini? Askar upahan ?

"Pengundi di sini tak makan dengan isu begitu. Dia bertindak sebagai askar upahan saja. kalau tidak, dia tak akan datang sini, datang sini buat apa,"kata Halim.

Ummi Hafilda seperti yang dijangka terus menabur fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saudara kandungnya sendiri, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.tvs

Related Posts

fitnah Ummi Hafilda terhadap Ketua umum PKR,
4/ 5
Oleh