Isnin, 21 Mac 2011

BN mula menahan kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat



Apabila Dun Sarawak dibubarkan hari ini,Pihak Umno/Bn mula menabur fitnah untuk menahan kebangkitan rakyat.Dun sarawak adalah penentu pemerintahan Malaysia,jika Umno/Bn dapat mengekalkan pemerintahan disarawak maka cerah harapan untuk meneruskan kekuasaan mereka,tetapi jika gagal maka punahlah harapan,begitu juga dengan pihak PR.

Rakaman Aksi Seks Pemimpin Utama Pembangkang?



Inilah bahan kempen mereka yang pertama,untuk menahan kebangkitan  rakyat.
Baca disini Rakaman Aksi Seks
Jika Dakyah ini dapat mengpengaruhi pemikiran rakyat Sarawak maka untuk pihak PR untuk menguasaai pemerintahan Malaysia amat sukar sekali.

Harus di ingat,mengapa pihak polis berdiam diri tentang hal-hal sebegini,dan mengapa juga Datuk T mendedahkan disaat pembubaran DUN sarawak..

Penafian dari pihak berkuasa 

Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” kata beliau.Baca seterusnya Jatuhkan seteru politik

Mengapa awal-awal lagi pihak KDN menafikan pembabitan polis,yang sepatutnya pihak KDN menyuruh polis menyiasaat Datuk T atau menangkap Datuk T dibawah akta penyebaran bahan luncah.

Menurut Kanun Keseksaan, adalah tidak menjadi kesalahan bagi sesiapa memiliki barang lucah melainkan untuk tujuan menjual, menyewakan, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam, atau dengan apa-apa cara mengedarkan, atau bagi maksud menjual, menyewakan, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau ada dalam miliknya apa-apa buku, risalah kertas, rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda yang lucah. jelas daripada peruntukan melakukan perbuatan mengedarkan dan sebagainya tetapi tidak kepada penerima. Dalam erti kata lain, pelayar internet boleh melayari dan memuat turun bahan-bahan lucah tanpa bersalah di bawah Kanun Keseksaan.

Oleh hak yang demikian, kesalahan hanya yang menghantar kandungan jelik berserta niat tetapi sekiranya hanya untuk keseronokan, ia bukan satu kesalahan. Hukuman bagi kesalahan seksyen 211 (i) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 adalah di bawah seksyen 211 (ii) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 iaitu:


Seseorang yang melanggar sub(i) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 50000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh di denda selanjutnya RM 1000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.


Akta 558 Komunikasi 1998



Akta penapisan filem


Bibit-bibit pertama bahawa video seks yang menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim direka cipta semakin menyerlah selepas lebih ramai wartawan menyaksikan video itu menjelang petang ini.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata beliau mendapat maklum balas bahawa orang yang ditayangkan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita mempunyai perut “buncit’ yang bukan iras Anwar.

Baca lanjutan di sini Bahan reka cipta

Kepada rakyat Sarawak khasnya dan seluruh rakyat Malaysia Umumnya haruslah berfikiran dengan penuh terbuka tentang hal-hal politik semasa,agar kita tidak lagi dijajah oleh bangsa sendiri di bumi yang bertuah ini.
Pilihlah pemimpin yang boleh memimpin,bukan pemimpin yang menjahadamkan bangsanya sendiri.
Bolehkah Umno/Bn menahan kebangkitan  rakyat yang ingin melihat perubahan?

Related Posts

BN mula menahan kebangkitan rakyat
4/ 5
Oleh