Home » » Salam 1Malaysia RM63,000 duit rakyat dibelanjakan

Salam 1Malaysia RM63,000 duit rakyat dibelanjakan

Written By kiff isme on Jumaat, 11 Mac 2011 | Mac 11, 2011

Salam 1Malaysia RM63,000 duit rakyat dibelanjakan

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak membelanjakan RM63,000 duit rakyat untuk menghantar emel ucapan Salam 1Malaysia kepada lebih sejuta rakyat Malaysia mencerminkan sikap boros dan menyeleweng kerajaan secara terang-terangan, ksta Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.



Dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, Najib berkata selain emel, empat juta khidmat pesanan ringkas dihantar oleh tiga syarikat-syarikat telekomunikasi - DiGi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd - sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.

Syarikat yang mengendalikan penghantaran emel berpangkalan di Amerika Syarikat mengenakan bayaran RM63,000 itu.

"Wang itu bukanlah dana peribadinya, tetapi wang pembayar cukai, yang perlu diuruskannya dengan cermat untuk kebaikan semua rakyat Malaysia, " kata Teresa.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa bahawa Najib telah menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California.

Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat terbabit, boleh dilihat dengan mengklik pada pautan 'tidak melanggan' (unsubscribe) pada emel.

Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik 'tidak melanggan' (unsubscribe) senarai penghantaran 'Salam 1Malaysia' bagi menyelamatkan wang pembayar cukai serta untuk menghantar satu mesej protes terhadapnya.tvs

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.