Khamis, 29 September 2011

Mesyuarat Pakatan Rakyat: Tiada hudud

Mesyuarat Pakatan Rakyat: Tiada hudud

PKR dan PAS akhirnya bersetuju untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud, setelah mengambil kira bantahan keras daripada satu lagi parti komponen Pakatan Rakyat, iaitu DAP.  Perlaksanaan Hukum Hudud memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti, malah pindaan perlembagaan, maka PAS dan PKR akhirnya bersetuju untuk menghormati pendirian DAP.

Dengan kata lain, Pakatan Rakyat gagal mencapai muafakat untuk perlaksanaan Hukum Hudud buat masa ini.

Demikianlah keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang mengambil masa lebih tiga jam, bermula jam 9 malam tadi di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.  Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim memberi jawapan sedemikian ketika ditanya dalam sidang media yang mengambil masa kira-kira 10 minit, bermula pada 12.20 tengah malam tadi.

Anwar berkali-kali menegaskan bahawa Pakatan Rakyat menghormati hak PAS dalam isu Hukum Hudud, namun ia perlu tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.  Ketika ditanya sama ada PAS dilarang untuk membangkitkan isu Hukum Hudud pada masa depan, Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak akan menafikan hak PAS untuk bersuara.  Malah, Anwar berkata isu ini masih boleh dibincangkan pada masa depan.

Selain Anwar Ibrahim, pimpinan PKR yang hadir dalam mesyuarat termasuklah Wan Azizah,  Azmin Ali, Nurul Izzah, Tian Chua, Saifuddin Nasution; PAS pula diwakili Hadi Awang, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Mustafa Ali; sementara DAP diwakili Lim Kit Siang, Karpal Singh, Tan Seng Giaw, Ngeh Koo Ham, Anthony Loke dan pimpinan-pimpinan yang lain.

Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat, juga Menteri Besar Kelantan, yang terlibat dalam pertikaian perlaksanaan Hukum Hudud kali ini, bagaimanapun tidak hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat  malam tadi. Anwar Ibrahim berkata mesyuarat menghormati pendirian Nik Aziz, malah menghubungi Nik Aziz melalui telefon berhubung hal ini.  Kerajaan negeri Kelantan juga mewakilkan EXCO-nya Takiyuddin Hassan untuk menghadiri mesyuarat ini.

Yang berikut adalah kenyataan media bersama yang dibacakan:

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini seperti mana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihata dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat di samping menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak UMNO-Barisan Nasional untuk memecah-belahkan kesatuan Pakatan Rakyat.  Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihan Raya Umum (PRU ke-13) ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh UMNO-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Natural Justice), Pentadbiran yang baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

Rabu, 28 September 2011

Najib mengaku hasil duit judi tauke Cina milik BN

Najib mengaku hasil duit judi tauke Cina milik BN

SHAH ALAM, 28 SEPT – Kerana amat terdesak, Datuk Seri Najib Razak sanggup mengaku wang sektor swasta sebagai milik Barisan Nasional apabila mengumumkan dana RM100 juta untuk sekolah-sekolah bahasa Cina dan Tamil serta sekolah mubaligh.

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok, wang Dana Kebajikan Pendidikan ‘Community Chest’ hasil kutipan dari tauke-tauke judi itu bukan milik Najib atau kerajaan BN.

“Beliau tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan berkata seolah-olah peruntukan itu disediakan oleh kerajaan atau BN,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh meluahkan rasa kesal apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa dana-dana itu akan dibayar berdasarkan hubungan rapat sekolah-sekolah itu dengan BN.

“Apa yang cuba disampaikan beliau ialah, ‘jika anda sokong MCA, Gerakan, MIC dan NGO yang berkait dengan BN, saya akan memberi ganjaran kepada sekolah anda melalui dana pendidikan,’ yang maknanya sama dengan kata-katanya yang terkenal iaitu, ‘Anda tolong saya, saya tolong anda’,” katanya.

Tambah Teresa yang juga Adun Kinrara, ‘Comunity Chest’ yang merupakan dana sektor swasta dan bebas dari mana-mana naungan parti politik perlu bebas pengagihannya dan ditentukan oleh pemegang amanah, bukan oleh Najib atau pun BN.

“Rakyat telah sedar bahawa kerajaan telah meminggirkan sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh bertahun-tahun lamanya dengan menafikan mereka dari menerima dana kerajaan negeri, memaksa mereka mengumpul dana sendiri,” katanya.

Menurutnya, kerajaan telah memperuntukkan pelajar sekolah kebangsaan dengan RM1,106 setiap seorang, manakala sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang diterima hanya RM146 setiap seorang dari tahun 1991 hingga 2005.

“Saya menggesa pemberi dana swasta yang telah menyumbang kepada ‘Community Chest’ untuk mengekalkan autonomi mereka terhadap dana tersebut dan tidak mendekatkan diri dengan BN atau mana-mana parti politik apabila memberikan dana,” katanya.

Jelas Teresa, pendidikan merupakan keutamaan rakyat yang patut melangkaui politik kepartisan.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata program Kayuhan (Basikal) Amal Untuk Pendidikan 1Malaysia di Pulau Pinang baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak jujur dalam usaha mengangkat status sekolah-sekolah Cina.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, walau pun derma itu diterima, wang itu datangnya dari rakyat prihatin, dan bukan BN; malah terdapat 68 sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan 56 sekolah persendirian Cina yang tidak tersenarai dalam acara amal itu.

“Perdana Menteri sebenarnya mempunyai kuasa untuk membangunkan kembali sekolah-sekolah menengah swasta Cina di Kuantan dan Segamat, mengiktiraf sijil sekolah-sekolah persendirian Cina, serta menginstitusikan sekolah-sekolah SMK dan vernakular.

“Di antara semua perkara-perkara ini, yang mana satu yang tidak berada di bawah kuasa beliau?” katanya
Dasar kuota: Najib khianati Melayu

Dasar kuota: Najib khianati Melayu

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Dewan Pemuda PAS menggesa Datuk Seri Najib Razak menarik balik hasrat beliau yang mahu menghapuskan terus kuota dan menggunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing secara terbuka.
Semalam Perdana Menteri berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada Bumiputera tetapi mereka perlu terus dibantu bagi berkembang.
Beliau berkata kuota menghindarI keupayaan usahawan Bumiputera dari membangunkan kebolehan mereka.
Najib yang juga Menteri Kewangan khuatir “sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan.”
Sehubungan itu kata Ketua Penerangan Pemdua PAS Riduan Mohd Noor, penghapusan kuota Bumiputera ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan.
“Jika kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus.
“Rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang yang bertanggungjawab menurunkan kuota ekuit Bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan Bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus,” katanya.
Riduan berkata demi merealisasikan Model Baru Ekonomi (MBE) kuota Bumiputera dimangsakan sedangkan banyak lagi perkara lain yang belum dilakukan Umno sepanjang hampir 12 penggal pemerintahannya.
Kata beliau, kegagalan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Jabatan Perdana Menteri memainkan peranannya menunjukan bahawa Najib dan Umno tidak serius dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu.
“Cadangan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) juga hanyalah satu helah untuk menunjukan bahawa mereka telah melakukan sesuatu sedangkan MTEM ini hanyalah dianggotai oleh ahli-ahli yang bernaung dalam Biro Ekonomi Umno yang terus menerus diberikan projek-projek khas oleh agensi kerajaan,” katanya.
Sehubungan itu kata beliau, Pemuda PAS menyeru agar rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan khususnya kalangan Melayu bangkit menentang dasar dizahirkan Najib selaku Presiden Umno semalam.
“Jangan biarkan Presiden Umno sekarang menggadai kepentingan Melayu demi meraihkan pelaburan asing dan juga meningkatkan kekayaan kroni-kroni beliau.
“Rakyat wajib menolak Umno-BN dalam pilihan raya akan datang jika mahu negara ini tidak digadaikan oleh pengkhianat,” katanya.

Selasa, 27 September 2011

Malaysia Negara Islam yang tidak boleh tegakan hukum Allah

Malaysia Negara Islam yang tidak boleh tegakan hukum Allah

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Dalam konteks sosiopolitik atau al-Waqi, yang sentiasa diberikan perhatian oleh ulama sebagai salah satu prasyarat kepada pelaksanaan hudud, undang-undang itu masih belum sesuai diperkenalkan di negara ini sekarang, kata Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa.

Justeru menurut beliau, penyertaan para intelektual terutama yang mahir dalam sains sosial diperlukan dalam perdebatan tentang isu pelaksanaan hudud.

“Oleh itu, dalam konteks hari ini, apakah berkemungkinan untuk melaksanakan hudud? Apakah keadaan yang diperlukan daripada segi sistem politik dan pelaksanaan kebebasan bersuara, kesamarataan di sisi undang-undang, pendidikan awam, penghapusan kemiskinan dan keadilan sosial?

“Yang manakah dalam bahagian ini menjadi perbezaan pandangan dan atas asas apa perbezaan ini terjadi?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Isu hudud muncul semula minggu lalu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kini adalah masa yang kondusif dan mahu kerajaan pusat tidak terus mengenakan sekatan.

Kerajaan negeri sudah pun menggubal undang-undang berkaitan pada 1993.

Farouk juga berkata soalan-soalan itu bertujuan menjernihkan lagi isu yang diperdebatkan dengan memberi perhatian kepada keluasan penafsiran terhadap nas-nas dan mengambil kira faktor penentu keadaan kontemporari dan evolusi sosial.

“Proses muhasabah ini perlu bermula dengan memahami seiringan teks dan konteks serta berpegang teguh kepada objekti dan mesej Islam,” kata beliau lagi.

Malah menurut beliau, ia memerlukan sepenuh kesungguhan, masa dan penyediaan ruang untuk berdialog dan berdebat.

“Ia tidak sepatutnya sekadar di peringkat nasional tetapi juga internasional, di antara para ulama, golongan intelektual, dan di kalangan komuniti Islam itu sendiri.

“Sesungguhnya perkara ini bukan hanya berdasarkan kepada perhubungan dengan teks yang memerlukan kepakaran ulama an-nusus, tetapi juga perhubungan dengan konteks, yang selayaknya mewajibkan keterlibatan golongan ‘ulama’ al-waqi’,” katanya.

Dengan merujuk kepada pandangan sarjana Prof Tariq Ramadan, Farouk menegaskan, beberapa persoalan asas perlu ditujukan kepada badan-badan penguat kuasa Islam di serata dunia berkaitan hudud.

“Tidak kira mana-mana tradisi baik Sunah mahupun Syiah. Tidak kira mana-mana mazhab. Juga tidak kira kecenderungan aliran baik literalis, salafi, reformis dan sebagainya,” katanya sambil menambah, perkara itu amat perlu diberi perhatian sebelum boleh terus menganggap perbahasan tentang hudud ini sudah pun selesai.

“Apakah nas-nas, termasuklah tahap kesahihannya yang menjadi rujukan untuk hudud? Di manakah garis pembeza untuk penafsiran-penafsiran yang ada dan di titik manakah perbezaan itu berlaku dalam sejarah perundangan Islam dan era kontemporari?

“Apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk setiap hukuman menurut sumber itu sendiri, kesepakatan para ulama atau secara persendirian oleh ulama tertentu melalui sejarah perundangan Islam dan fekah?” katanya.

Oleh itu kata beliau, “di titik manakah perbezaan pandangan terhadap syarat-syarat itu?”

“Apakah ‘keadaan yang meringankan’ yang kadangkala dihuraikan oleh autoriti agama sepanjang sejarah berlalu serta di dalam mazhab-mazhab yang berbeza?” kata Farouk lagi.
Harapan baru untuk Sabah

Harapan baru untuk Sabah

Harapan baru untuk Sabah
Buku Jingga sebagai agenda Pakatan Rakyat telah menyarankan secara am bahawa semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil di antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.

“Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur,” demikian menurut buku itu yang menjadi garis panduan pendirian bersama Pakatan.

Menjelaskan lagi, Buku Jingga menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan:

* Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka;

* Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing;

* Menjamin hak tanah adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak; dan

* Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

20 Perkara yang baru

Bagi menghalusi lagi Buku Jingga di peringkat negeri Sabah, satu konvensyen Pakatan Rakyat Sabah telah diadakan di Kota Kinabalu pada 16 September lalu yang menampilkan kehadiran Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Satu agenda khusus telah diperkenalkan, iaitu Tawaran Baru Untuk Rakyat Sabah – Reformasi Pentadbiran Pakatan Rakyat Sabah yang menyediakan 20 perkara. Ia selaras dengan pendirian Buku Jingga dengan dikhususkan kepada isu-isu utama yang perlu disegerakan penyelesaian yang telah merumitkan kehidupan warga Sabah.

Perkara-perkara yang ditawarkan kepada rakyat Sabah itu adalah:

1.  Mengiktiraf dan menghormati Islam sebagai agama rasmi manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

2.  Menjunjung kedaulatan Sabah sebagai negeri sah dalam Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan  bertindih termasuk menghentikan bayaran kepada negara asing yang membuat tuntutan itu;

3.  Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi mencari menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin.

4.  Menjaga, menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik semula semua kes mahkamah berkaitan, yang dibawa kerajaan negeri sekiranya kes-kes tersebut jelas mencabuli hak tanah adat.

5.  Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat-peringkat untuk memastikan jawatan utama dipegang rakyat Sabah.

6.  Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri untuk menuntut hak Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah, termasuklah mengambil tindakan sivil dan jenayah ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab menyerahkan Blok L dan M tanpa izin dari rakyat Sabah.

7.  Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara-perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.

8.  Menyempurnakan tuntutan kenaikan royalti hasil minyak petroleum kepada 20% dengan menandatangani perjanjian baru dengan Kerajaan Persekutuan agar bayaran kepada rakyat Sabah adalah berkadar langsung dengan keuntungan tambahan dari hasil petroleum di negeri Sabah.

9.  Mengurangkan beban rakyat Sabah dengan mengkaji semula dasar polisi sabotaj yang menyebabkan harga barang di Sabah jauh lebih mahal.

10. Mengkaji semula bidang kuasa mengawal cukai, kewangan, dana pembangunan, tarif dan hasil-hasil Kerajaan Negeri dengan mencari formula pembahagian hasil yang adil dan saksama dengan Kerajaan Persekutuan.

11. Mengkaji semula peranan FELDA, FELCRA dan RISDA di Sabah supaya hasil pengagihan penanaman komoditi dinikmati oleh semua rakyat Sabah.

12. Mewujudkan Yayasan Orang Asal dengan dana RM1 bilion bagi merangsang sosio ekonomi komuniti Orang Asal.

13. Menaikkan bantuan kewangan untuk warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal serta golongan miskin.

14. Mewujudkan Skim Perumahan untuk semua rakyat di Sabah.

15. Menggalakkan pelaburan dan memperkasakan sektor pertanian dan pelancongan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perkhidmatan.

16. Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil di perairan Sabah yang tuntutannya belum diselesaikan demi menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan hasil minyak dan gas di perairannya.

17. Menubuhkan Tabung Warisan Sabah dengan modal awal RM1 bilion dari wang royalti hasil industri minyak dan gas bagi tujuan program-program pembasmian kemiskinan kepada semua rakyat Sabah di bawah paras kemiskinan.

18. Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dengan tujuan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dapat dibimbing oleh Petronas untuk bersaing di persada dunia dan menyediakan peluang pekerjaan serta membina kepakaran rakyat Sabah dalam industri minyak dan gas.

19. Mewujudkan semula jawatan Kementerian Pendidikan, Pengangkutan dan Kesihatan Sabah untuk pelaksanaan polisi yang berkesan dan saksama.

20. Menyemak semula dan memastikan peranan Yayasan Sabah kembali kepada tujuan asalnya.

Yakin rakyat akan menyokong Pakatan

Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Dr Hiew King Cheu, yakin tawaran itu akan diterima baik oleh rakyat di Sabah yang selama ini telah dipinggirkan oleh kerajaan UMNO-Barisan Nasional.

“Saya yakin kerjasama ketiga-tiga parti Pakatan – PKR, PAS dan DAP – akan memberi semangat kepada warga Sabah untuk membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Kit Siang pula dalam ucapannya di konvensyen itu menyatakan rakyat di Sabah adalah antara golongan yang berani membuat perubahan kerana telah empat kali menukar kerajaan sejak menyertai penubuhan persekutuan Malaysia pada 1963.

Menurutnya, kemenangan awal telah pun tercapai apabila suara rakyat berjaya memaksa Perdana Menteri memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta berjanji untuk meminda undang-undang lain yang zalim.

Walau pun janji-janji Datuk Seri Najib Razak mungkin gagal dikotakannya, beliau menganggap, jika rakyat terus bangun menuntut hak, Perdana Menteri terpaksa tunduk kepada apa yang rakyat mahukan.

Sabtu, 24 September 2011

Ambiga terima anugerah tertinggi Perancis

Ambiga terima anugerah tertinggi Perancis

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini menerima anugerah tertinggi Perancis  Chevalier de Legion d’Honneur, sekali gus menyertai kelab eksklusif sekitar 20 penerima pingat itu sebelum ini.
Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety berkata anugerah itu disampaikan demi menghargai dedikasi Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia.
Barety sendiri menyampaikan anugerah itu di sini hari ini, pada satu majlis kecil tetapi bermakna yang dihadiri sekitar 20 kawan rapatnya.
Sebelum ini anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, tokoh industri penerbangan Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Hollywood kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh.
Ambiga berkata penganugerahan pingat hari ini oleh kerajaan Perancis menggambarkan semangat perjuangan masyarakat madani Malaysia.
“Ia sebenarnya menggambarkan sejauh mana pentingnya masyarakat madani, mereka merupakan mata dan telinga rakyat,” kata beliau sambil menegaskan mahu terus berjuang memperbaiki keluruhan undang-undang.

Jumaat, 23 September 2011

Perlembagaan tidak halang pelaksanaan hukum hudud

Perlembagaan tidak halang pelaksanaan hukum hudud

Perlembagaan tidak menghalang pelaksanaan hukum hudud sebab tidak ada peruntukan mengatakan tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam itu dan Kelantan harus mencabar Akta Mahkamah Syariah 1965, kata pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

“Di sisi undang-undang hudud boleh dilaksanakan di Malaysia, di peringkat persekutuan atau negeri. Atau di kedua-dua,” kata beliau mengulas kontroversi berkaitan pelaksanaan undang-undang hudud yang muncul semula sejak awal minggu ini.

“Bahkan sebahagian undang-undang Islam telah pun dilaksanakan. Contohnya keluarga Islam, perbankan dan jenayah syariah,” kata beliau sambil menambah, jika pihak kerajaan pusat mengatakan bahawa undang-undang Islam dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan, “apa akan jadi dengan undang-undang itu?”

“Nak mansuhkan?” soal ahli akademik ini merujuk kepada undang-undang semasa.

Jelas beliau, hukum hudud dan qisas bermakna ada keperluan untuk meningkatkan undang-undang jenayah syariah yang sedia ada kerana kini hukuman yang disediakan, contohnya zina, tidak mengikut peruntukan prinsip Islam.

Aziz menambah, sekiranya Umno mendakwa bahawa komited dengan pelaksanaan hukum Islam, ia perlu mengambil inisiatif untuk memansuhkan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang membataskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Pada pendapat saya akta ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Islam adalah bidang kuasa negeri sedangkan akta berkenaan ialah undang-undang yang dibuat oleh persekutuan,” kata Aziz hari ini.

“Dan, kita tahu Mahkamah Syariah di bawah kuasa negeri. Jadi mengapa Parlimen buat undang-undang untuk menyekat mahkamah milik negeri? Ini salah di sisi perlembagaan kita yang mengamalkan semangat federalisme,” tambah beliau.

“Kalau Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kata belum sampai masa nak buat hudud, itu soal dia. Tapi dia tidak harus menghalang negeri yang hendak buat hudud,” jelas beliau.

Sehubungan itu kata Aziz, ekoran keengganan kerajaan pusat pilihan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri Kelantan ialah mencabar Akta Mahkamah Syariah 1965.

“Kita lihat bagaimana mahkamah dengan ketua hakim yang baru ini akan bersilat,” katanya.

Aziz juga berkata, apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam betul kerana apa yang dihasratkan oleh Kelantan tidak melanggar dasar Pakatan Rakyat.

“Selama ini pun negeri-negeri Pakatan menjalankan dasar-dasar tertentu yang tidak standard di peringkat negeri asalkan ia tidak menyalahi undang-undang,” katanya.

Malah tegas beliau, ini satu kesempatan untuk Pakatan Rakyat menunjukkan betapa mereka mengamalkan kesatuan dalam kepelbagaian.

“Mereka sudah berjaya mengamalkan dasar sama rata di kalangan anggota, tidak seperti BN yang mengamalkan dasar komponen utama yang dimainkan oleh Umno.

“DAP tidak harus berdegil dengan perspektif perlembagaan mereka yang belum tentu betul dan muktamad. Umno sendiri sudah menerima hudud yang secara tidak langsung bermakna ia akur dengan perspektif perlembagaan yang saya nyatakan tadi,” katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini dan menambah, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin PAS.

Awal pagi tadi, dua pemimpin kanan PAS mengambil tindakan segera ‘merawat mudarat politik’ pagi ini dengan menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat agar memberi fokus ke atas isu-isu kebajikan rakyat dan tidak terperangkap dengan serangan Umno-BN termasuk soal hukum hudud sekarang.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mutakhir ini media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

Pendirian yang sama dilahirkan oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menggesa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meletakkan fokus ke atas isu-isu semasa lebih penting bagi menghadapi pilihan raya umum.

Beliau memberi amaran Pakatan Rakyat akan berakhir jika pemimpin-pemimpinnya tidak berhati-hati dengan terperangkap dengan isu ‘tidak perlu buat masa sekarang’, yang dibesarkan oleh Umno-BN sekarang.

Isu hukum hudud muncul semula susulan idea yang dibangkitkan pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru pada Selasa lalu.

Ia berkembang sehingga semalam apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tengah hari semalam, Anwar secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Kelmarin, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.
MCA akan keluar BN

MCA akan keluar BN

PETALING JAYA, 23 Sept — MCA akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.

“Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah,” kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada pemberita hari ini.

“Pendirian kami sangat jelas. Umno mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu (pelaksanaan). Kami akan keluar,” kata beliau lagi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.

“Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Khamis, 22 September 2011

Hudud: Nik Aziz kata respons Dr M lucu

Hudud: Nik Aziz kata respons Dr M lucu

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.

“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...,” kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.

Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya.

Rabu, 21 September 2011

Setakat hapus ISA tidak boleh dianggap negara terbaik demokrasi

Setakat hapus ISA tidak boleh dianggap negara terbaik demokrasi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap kenyataan Perdana Menteri bahawa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia adalah sebagai kenyataan yang tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata.

Ini kerana, ISA adalah satu daripada ratusan isu serta akta yang menyekat kebebasan rakyat Malaysia selama ini.  ISA adalah akta drakonian yang ketinggalan zaman.  Hanya sekarang Perdana Menteri menyedarinya, itupun kerana desakan rakyat, maka Perdana Menteri terpaksa mansuhkannya.  Hakikat sebenarnya Malaysia telah jauh ketinggalan daripada negara-negara yang tinggi amalan demokrasinya di dunia ini, apatah lagi untuk dinobatkan sebagai negara demokrasi yang terbaik.

Jika benar Perdana Menteri berhasrat menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik, banyak perkara yang perlu diubah dalam negara ini.  Selain ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Ordinan Darurat (EO), Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta lain-lain lagi perlu dinilai kembali keberkesanannya.  Ini kerana akta-akta ini sudah tidak relevan lagi untuk dilaksanakan ketika ini.

Selain itu, kredibiliti golongan penting yang mewakili agensi utama kerajaan seperti Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, dan lain-lain lagi perlu diangkat martabat mereka.  Untuk memulihkan imej mereka di mata rakyat, Perdana Menteri mesti berjanji untuk membebaskan mereka dari sebarang pengaruh parti politik.  Sebarang campurtangan politik dalam setiap keputusan atau tindakan akan menjejaskan integriti mereka di depan rakyat.

Perdana Menteri juga perlu membebaskan kongkongan parti pemerintah terhadap media utama di negara ini.  Rakyat melihat media di negara ini pada hari ini sebagai agensi yang terpenjara dengan berita dan maklumat yang bersifat berat sebelah semata-mata.  Saban hari yang menjadi mangsa serangan bertali arus media adalah PAS dan Pakatan Rakyat sementara yang dipuja dan suci dari sebarang dosa adalah pemimpin UMNO-BN.  Bagi mereka yang celik maklumat, berita daripada media arus perdana sangat memualkan.

Akhir sekali Perdana Menteri juga perlu memberi komitmen untuk membersihkan sistem pilihanraya dari sebarang penipuan.  Dengan daftar pemilih yang semakin dicurigai, undi pos yang masih digunakan, dakwat kekal yang masih tidak dilaksanakan, pengundi bangsa asing yang semakin kerap dijumpai, kempen yang berat sebelah, dan lain-lain lagi menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan untuk menjadi negara demokrasi terbaik di dunia.  Mungkin juga Malaysia boleh menjadi negara demokrasi terbaik di dunia, tetapi dari kalangan negara yang mengamalkan kuku besi dan autokratik!
Permainan politik Mahathir-Najib

Permainan politik Mahathir-Najib

Tun Mahathir Mohamed telah cuba ‘menasihatkan’ kepada anak didiknya Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan pilihan raya umum yang ke-13 atas alasan bahawa imej UMNO-Barisan Nasional masih tidak menentu.

Bagi orang UMNO khususnya, pandangan seorang yang berpengalaman seperti Mahathir pastinya berasas. Justeru, para pemimpin UMNO pasti tidak akan ‘masuk telinga kiri keluar telinga kanan’.

Hari ini pula menurut laporan lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, dengan tajuk besar “ISA: Barat patut contohi Malaysia”, seharusnya mengembalikan kelegaan kem Najib yang sejak kebelakangan ini menghadapi tekanan kerana semakin kurang popular di kalangan rakyat.

Mahathir berpendapat, Amerika Syarikat dan Britain patut mencontohi tindakan Malaysia (baca: UMNO ) memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang didakwanya turut diamalkan di kedua-dua negera tersebut.

Ini bererti Mahathir memberi isyarat yang agak jelas bahawa imej Malaysia, khususnya imej Najib, sama ada di mata rakyat atau pun di kaca mata media antarabangsa sudah mula meningkat naik. Modal-modal ini akan terkumpul untuk dijadikan bahan kempen pada pilihan raya umum yang akan datang.

Realiti sebenar di Malaysia

Tiada siapa yang rasional akal fikirannya akan menyokong mana-mana akta yang zalim dan menindas, sama ada di Amerika Syarikat atau pun di Britain.

Namun apa yang Mahathir tidak katakana ialah sistem undang-undang di negara-negara yang beliau sebutkan itu, dari segi amalannya, amatlah berbeza dengan amalan di Malaysia.

Badan kehakiman dan institusi undang-undang Barat itu adalah bebas dari tekanan dan cengkaman eksekutif. Kebarangkalian untuk kerajaan mereka melakukan salah guna kuasa dengan mengenakan tekanan atau ugutan terhadap rakyat mereka sendiri amatlah rendah berbanding rekod penggunaan ISA yang digunakan oleh kerajaan terhadap rakyat Malaysia.

Tangkapan di Barat hanya dilakukan khusus untuk suspek keganasan (terrorism). Contohnya, kerajaan Presiden Barack Obama dari Parti Demokrat tidak pernah dan tidak menahan tanpa bicara mana-mana pemimpin atau ahli Parti Republikan, malah parti-parti kecil lain, walau pun mereka ada kalangan mereka yang memaki hamun presiden, membakar bendera Amerika, dan mengadakan himpunan aman berpuluh ribu orang.

Begitu juga Perdana Menteri David Cameron tidak akan menahan tanpa bicara mana-mana orang dari parti pembangkang Buruh atau mana-mana parti sosialis, komunis, fasis dan apa sahaja kumpulan yang bebas bersuara mengikut undang-undang negara Britain.

Yang menjadi sasaran mereka adalah suspek pengganas yang mahu mengebom tempat-tempat awam. Malah, tindakan itu pun dikecam oleh rakyat di negara Barat sendiri yang tidak mahu kebebasan dicengkam.

Di Malaysia, yang sering menerima bahana ISA ini rata-ratanya orang politik, golongan mazhab agama dan sebilangan kecil yang dianggap pengganas. Majoriti mangsa-mangsa ini adalah warganegara Malaysia.

Di Malaysia juga, badan kehakiman sudah tidak bebas lagi sejak Mahathir mengambil alih pentadbiran pada 1981.

Peguam Negara pula yang sememangnya menjadi peguam untuk kerajaan diberi hak yang luas dan besar untuk menentukan kes-kes untuk didakwa atau tidak; ini bererti beliau berhak menolak pendakwaan kes terhadap kerajaan. (Bukankah lebih baik jika wujud Jabatan Pendakwaan supaya lebih adil, manakala Peguam Negara cukup sekadar menjadi peguambela untuk kerajaan?)

Mansuhkan ISA atas nama sahaja?

Dengan sikap dan amalan yang telah lama dilaksanakan itu, tidak mengejutkan jika rata-rata rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebebasan tidak yakin dengan pengumuman Najib.

Malah, undang-undang yang bakal menggantikan ISA kelak juga pastinya tidak banyak berubah. Kata-kata para menteri UMNO-BN dalam sehari dua ini sudah jelas membayangkan hasrat itu.

Maka, walau pun nama ‘ISA’ sudah tidak ada dengan ganti nama lain dan entah bila pula ia akan dilaksanakan, ia tetap tidak akan mengubah apa-apa pun. Hanya ubah nama. Malah, ISA akan digantikan dengan dua undang-undang baru.

Persoalannya, mengapa perlu digantikan dengan dua undang-undang pula? Bukankah sudah ada peruntukan untuk menangani keganasan atau terrorism dalam Kanun Keseksaan?

Inilah silap mata Najib dan guru politiknya Mahathir buat media dan rakyat Malaysia; tukar nama dengan harapan imej juga turut bertukar. Isinya tetap sama, kebebasan rakyat masih terkongkong.

“ Tiru macam saya ”

Hujah kedua Mahathir turut menambah dalam kenyataannya bahawa dunia Barat dahulu mengkritik hebat penggunaan ISA harus mengakui keterbukaan undang-undang dan mengikut jejak langkah Malaysia.

Kenyataan beliau ini mengesahkan bahawa Mahathir menghidap sindrom ‘pengiktirafan’. Sejak zaman pemerintahannya, beliau amat dahagakan pengiktirafan dunia kepada dirinya dan Malaysia.

Dari hal sukan, pembinaan bangunan pencakar langit, slogan Malaysia boleh dan pelbagai lagi. Sehingga dicipta slogan ‘Malaysia Boleh’ walau pun hasilnya masih dipertikaikan lagi.

Malah sering juga kita dengar bagaimana media UMNO BN mengasosiasikan Mahathir dan Malaysia sebagai entiti yang ‘satu’. Sekali lagi, sedap bunyinya tapi amalannya mungkin bermaksud satu pemerintah yang tidak boleh ditegur atau dipertikaikan.

Jika rakyat mengkritik Mahathir, ia bermakna rakyat mengkritik Malaysia. Jika rakyat menyebut tentang amalan politik korup di Malaysia, maka rakyat dituduh mencemar nama baik dan jasa Mahathir. Inilah corak propaganda mereka yang tidak berkesudahan, dan kini diteruskan oleh Najib.

Pada realitinya, ungkapan Mahathir yang menyeru agar negara Barat mencontohi Malaysia ini amat memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Negara Barat mana yang dimaksudkan Mahathir itu? Kita ingin sekali mahu tahu negara Barat mana yang masih mundur, tidak terbuka, korup serta dikekang kebebasan seperti Malaysia yang Mahathir maksudkan dalam kenyataannya itu.

“UMNO jangan lupa”

Modal ketiga Mahathir ialah menyatakan bahawa “pemansuhan ISA membuktikan negara kita kini berada pada kedudukan yang tinggi dari segi moral (moral high ground). Bahkan kita juga lebih terbuka berbanding negara Barat dengan memansuhkan undang-undang tersebut”.

Sewajarnya ditambah lagi agar kenyataan ini lebih lengkap lagi iaitu:

Pemansuhan ISA ini membuktikan bahwa undang-undang ini benar-benar zalim, dan kerajaan yang mendukungnya dahulu dan sekarang sedang melakukan kezaliman kepada rakyatnya sendiri.
Pemansuhan ISA ini adalah hasil perjuangan parti-parti politik, NGO dan masyarakat madani dari semua kaum warganegara Malaysia yang selama ini menentangnya. UMNO-BN nampaknya cuba mentafsir semula sejarah ISA seperti mana mereka menulis sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu yang hanya ada satu hero – UMNO sahaja.
Pemansuhan ISA ini membuktikan bahawa zaman pemerintahan UMNO-BN khususnya zaman Mahathir telah dengan terang melakukan kezaliman terhadap musuh-musuh politiknya dan rakyat Malaysia amnya.
Justeru, bagi mana-mana bekas tahanan ISA yang masih ditahan atau telah dibebaskan – yang tidak pernah didakwa atau dibicarakan – wajar bagi mereka menerima pampasan atau sekurang-kurangnya mendapat permohonan maaf secara terbuka dari kerajaan UMNO-BN khususnya dari Mahathir yang telah memenjarakan begitu ramai pejuang rakyat tanpa bicara speanjang 22 tahun pemerintahannya.

Pemansuhan ISA ini menunjukkan bahawa amalan politik dan perundangan di Malaysia selama lebih 50 tahun ini tidak terbuka, sebaliknya menyekat kebebasan dan terkongkong dengan kerajaan memerintah secara diktator.
Jika keyakinan sudah tinggi dan moral high ground sudah ada, Mahathir seharusnya menyarankan kembali kepada anak didiknya Najib untuk segera mengotakan apa yang dijanjikan.

Jangan pula rakyat Malaysia mudah lupa kerana Najib juga berjanji untuk mereformasikan sistem amalan pilihan raya negara yang telah dicemar dengan begitu teruk, penuh penipuan, rasuah dan kongkongan.

Lebih dari itu, janji Najib tentang 1Malaysia di mana setakat ini rakyat masih belum didahulukan dan pencapaian pula tidak sampai ke mana.

Jika semua janji ini hanyalah permainan politik kotor Najib dan UMNO-BN melalui nasih Mahathir yang pakar dalam perkara ini, tidak mustahil ini akan menjadi pembohongan kali terakhir kepada rakyat yang sudah lama sedar tentang betapa tidak relevannya UMNO-BN dalam lanskap politik hari ini.

Selasa, 20 September 2011

Akta Kg Baru: MAS OK jika pindaan ditunai, pemilik masih ragu

Akta Kg Baru: MAS OK jika pindaan ditunai, pemilik masih ragu

KUALA LUMPUR, 20 Sept - Walaupun Putrajaya tetap berhasrat meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru bulan depan, namun pemilik tanah di kawasan penempatan eksklusif orang Melayu itu tetap menentang keras akta itu.

Ketika ditemui The Malaysian Insider semalam, rata-rata pemilik dan pewaris tanah berusia 111 tahun itu mahu Putrajaya membatalkan terus cadangan penubuhan sebuah perbadanan khas.

Selain itu, ada juga antara mereka menegaskan tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang digubal bagi membangunkan kawasan itu.

Kamal Hussein, 78, menegaskan cadangan menubuhkan sebuah perbadanan untuk membangunkan kawasan itu tidak diperlukan.

Selain itu, kata anak jati Kampung Baru ini, kerajaan tidak perlu mengadakan rang undang-undang baru, sebaliknya membantu pemilik dan pewaris dalam bentuk kewangan untuk membangunkan sendiri kawasan tersebut.

“Mengapa kerajaan berhasrat sangat untuk membangunkan Kampung Baru? Apa matlamat sebenarnya kerajaan... selama ini kami bantah pembangunan di kawasan ini, tetapi itu tidak bermakna kami menolak pembangunan.

“Kami mahukan pembangunan tapi biarlah mengikut saluran yang betul. Apa faedah yang kami dapat jika rang undang-undang ini dilaksanakan, yang kami sendiri masih kurang jelas tentang matlamat sebenarnya,” katanya.

Kata Kamal, Kampung Baru tidak memerlukan pembangunan yang moden, sebaliknya ia harus kekal dengan imej kampung Melayu yang menjadi tarikan.

“Imej Kampung Baru sebagai kampung Melayu harus dikekalkan, bangunan tinggi tidak diperlukan cuma menaik taraf mana-mana yang patut.

“Eloklah kalau kampung Melayu ada, lagipun Kampung Baru ini terkenal, kalau tiada imej kampung Melayu apa gunanya Kampung Baru,” katanya.

Tinjauan The Malaysian Insider juga mendapati masih ramai penduduk di kawasan itu meletakkan kain rentang sebagai membantah cadangan rang undang-undang itu.

Sabtu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, rang undang-undang yang tertangguh tiga kali sebelum ini akan dibawa ke Parlimen pada sesi yang bermula bulan depan bagi membolehkan pembangunan dilakukan di kawasan itu.

Beliau berkata, input dalam rang undang-undang itu antara lain adalah hasil perbincangan mendalam dengan beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan, pemilik dan waris tanah di kawasan itu.

Tambah beliau, pihak Peguam Negara juga meneliti rang undang-undang tersebut tanpa membelakangkan pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan.

Raja Nong Chik berkata, dengan adanya akta khusus bagi pembangunan Kampung Baru, ia akan membawa kawasan itu setanding dengan lain-lain kawasan yang pesat membangun di bandar raya ini.

Sementara itu pemilik tanah generasi keempat Kampung Baru Mohamad Efendi Ishak, 36, berkata walaupun Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah membuat penjelasan kepada pemilik dan pewaris tanah, namun ia masih gagal untuk meraih sokongan mereka.

“Ia masih tidak jelas, kita tidak tahu apa yang kerajaan mahu lakukan dengan rang undang-undang ini, sebab itu ramai di kalangan kami tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan ini.

“Kami tidak membantah pembangunan tapi apa yang kami bantah adalah rang undang-undang ini. Kalau kerajaan betul-betul ikhlas nak bantu kami, rang undang-undang tidak diperlukan,” katanya menambah Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) boleh membangunkan kawasan itu dengan bantuan kewangan kerajaan.

Yusof Abu Bakar, 55 pula berkata masih terdapat banyak keraguan tentang cadangan itu termasuk jaminan bahawa tanah akan kekal menjadi milik pemilik dan pewaris meskipun pembangunan dilaksanakan kelak.

“Sebelum ini kami tidak bersetuju dengan beberapa perkara terutamanya tentang pembubaran MAS, jumlah anggota dalam perbadanan dan peruntukan yang beri kuasa penuh kepada menteri selain tidak boleh dicabar.

“Dalam sesi penerangan, kerajaan bagi jaminan pindaan akan dilakukan dan klausa-klausa ini akan dikeluarkan dalam rang undang-undang tapi sekarang apa perkembanga terkini? Adakah ia akan dibawa dulu ke Parlimen atau bawa kepada kami dulu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi berkata tiga klausa penting yang mendapat bantahan keras daripada pemilik dan pewaris tanah harus dipinda sebelum ia dibawa untuk bacaan kali kedua di Parlimen Oktober ini.

“Kita mahu MAS tidak dibubarkan, keanggotaan kepada pemilik dan pewaris tanah ditambah dan imuniti kepada perbadanan dipinda, ini yang perlu dilakukan.

“Sebelum ini ia telah banyak kali dibincangkan dan kerajaan bersetuju untuk meminda tiga perkara ini, jadi saya harap ia dilaksanakan,” katanya.

Ditanya mengenai borang referendum yang dihantar kepada pemilik dan pewaris tanah untuk membuat keputusan, Shamsuri berkata pihaknya masih belum mendapat maklumat terkini.

Sebaliknya beliau meminta agar perkara itu dipanjangkan kepada wakil Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang ditugaskan.

“Saya tidak tahu maklumat terkini, elok ditanya sendiri kepada kementerian,” jawabnya ringkas.

Rang undang-undang itu sepatutnya dibahaskan semula di Parlimen pada sesi Jun lalu.

Bagaimanapun pada akhir Jun lalu, majlis pentadbir Kampung Baru meminta Putrajaya agar menangguhkan bacaan kali kedua memandangkan respons ke atas referendum melibatkan pemilik tanah eksekutif orang Melayu itu dingin

Isnin, 19 September 2011

PAS: Tidak perlu tukar Jalur Gemilang, tapi kerajaan BN

PAS: Tidak perlu tukar Jalur Gemilang, tapi kerajaan BN

KUALA LUMPUR, 19 Sept — PAS melahirkan pendirian tiada keperluan untuk menukar Jalur Gemilang sebagaimana didakwa disarankan oleh wakil rakyat DAP Jumaat lalu, sebaliknya menegaskan usaha penting buat masa sekarang ialah mengambil langkah untuk menukar kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Tiada keperluan untuk menukar bendera negara kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara. Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, isu utama kini bukanlah bendera tetapi BN yang memerintah negara khususnya kerajaan pusat sejak lima dekad lalu.

“Slogan Barisan Nasional, 1 Malaysia yang menggunakan lambang bendera Malaysia itu juga bukan isu utama kerana slogan akan sentiasa bertukar.

“Pada zaman Tun Dr Mahathir (Mohamad), berapa banyak slogan yang telah digunakan Barisan Nasional hanya sebagai penyedap kata? Demikian juga zaman Tun Abdullah Badawi dengan Islam Hadharinya dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan dengan promosi 1 Malaysia yang hebat, namun tetap gagal memahamkan orang sebijak Tun Dr Mahathir mengenai maksud slogan tersebut sehingga kini, apatah lagi rakyat Malaysia,” kata Tuan Ibrahim.

Katanya, “sama-sama Barisan Nasional pun mereka tukar slogan apatah lagi apabila bertukar kerajaan.”

Oleh itu jelas Pesuruhjaya PAS Pahang ini, isu terbaru tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun.

“Mari kita bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

“Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik,” kata Tuan Ibrahim.

Dalam reaksinya seamalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hasrat pemimpin Pakatan Rakyat untuk menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain sebagai bendera Malaysia adalah bukti pakatan itu tidak menghargai hak dan warisan bangsa yang sudah diterima pakai sejak dahulu lagi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata tindakan itu juga menunjukkan pembangkang terutamanya DAP tidak dapat menerima kejayaan yang dicapai hasil perjuangan BN sehingga semuanya hendak dinafikan dan ditukar.

“Kita tahulah, itu niat Pakatan Rakyat, segala-gala yang sudah diterima sebagai sebahagian daripada warisan kita hendak dibuang. Itu bendera, mungkin banyak lagi mereka nak lakukan, tukar segala-galanya hanya mereka nak kata mereka sudah berkuasa, mudah-mudahan mereka tidak berkuasa.

“Jadi, tidak ada sesuatu penghormatan kepada sejarah dan penghargaan kepada apa yang sudah menjadi kepunyaan rakyat Malaysia tidak dihargai langsung,” katanya.

Jumaat lalu, Adun Kota Alam Shah daripada DAP M Manoharan menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu didakwa disiarkan Adun terbabit menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Sabtu, 17 September 2011

Najib mansuh satu ISA, mahu gubal dua ‘ISA’

ISA

Lim Guan Eng menegaskan langkah pentadbiran Najib mahu menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan dua undang-undang baru satu perkembangan yang mengecewakan dan penjenamaan semula akta yang kontroversial itu.

Justeru kata beliau, inisiatif pembaharuan politik yang diumumkan malam tadi adalah sesuatu yang tidak bermakna jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu mengadakan undang-undang baru bagi tujuan yang sama.

“Ya, sudah pasti ia berita yang baik tetapi jika anda mahu menggantikan dengan dua undang-undang baru, maka ia akan menjadi dua ISA?

“Kami tidak mahu melihat satu situasi di mana anda memasukkan wain yang lama dalam satu botol yang baru,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Lim , seorang bekas tahanan ISA berkata, rakyat Malaysia mahukan elemen peruntukan boleh menahan seseorang tanpa perbicaraan dibuang daripada mana-mana undang-undang pencegahan yang mahu diadakan.

Setiausaha Agung DAP menambah, satu tempoh yang pendek boleh dibenarkan bagi penahanan tetapi tahanan mesti dibicarakan di mahkamah.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kata Najib, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib semalam.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Putrajaya seharusnya memansuhkan undang-undang berkaitan media selari dengan usaha memansuhkan ISA.

“Saya juga mangsa PPPA . . . saya ditahan selama 18 bulan,” kata beliau.

Lim juga membidas pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, Gerakan dan MIC kerana menyokong pembaharuan diumumkan oleh Najib kerana mereka juga menyokong ISA sebelum ini.

“Sekarang, mereka cuba untuk mengambil kredit dengan pengumuman Najib,” kata Lim lagi.

Sehubungan itu kata Lim, rakyat Malaysia seharusnya diberikan pujian atas pengumuman Najib semalam, yang dilihat sebagai hasil perubahan landskap politik menerusi pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya umum 2008 menyaksikan tsunami politik dengan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan lima negeri dikuasai komponen Pakatan Rakyat.

“Mereka menyokong pembangkang yang berjuang untuk kebebasan yang lebih luas. Ia juga kesan kebangkitan di negara-negara Arab . . . jadi kerajaan-kerajaan, diktator-diktator jatuh pada era moden ini, ia tidak lagi berfungsi lain,” katanya lagi.

Jumaat, 16 September 2011

Seri Dr Wan Azizah : Najib ikut Buku Jingga

Seri Dr Wan Azizah : Najib ikut Buku Jingga


SHAH ALAM 16 SEPT : Biarpun pengumuman perdana menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah hasil perjuangan getir rakyat dari parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO), sejak berdekad-dekad, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Malah katanya, pengumuman yang dibuat Datuk Seri Najib semalam jelas menunjukkan bahawa akhirnya Umno-Barisan Nasional (BN) tunduk dengan tuntutan Pakatan Rakyat yang dimuatkan dalam Buku Jingganya.

"Ia sudah lama tertangguh, namun tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana tidak putus-putus memperjuangkan pemansuhan ISA ini. Ini juga membuktikan apa yang kita galur di dalam Buku Jingga memberi kesan," katanya melului sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Tv Selangor.

Wan Azizah berkata demikian bagi mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri semalam yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Wan Azizah berkata, beliau berharap pengumuman Najib itu tidaklah dibuat kerana terdesak untuk menarik sokongan rakyat bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.


Ujarnya lagi, jika benar Najib Ikhlas melakukan perubahan politik, perdana menteri itu perlu juga memastikan hak rakyat di negara ini diberi keutamaan dalam mendapatkan apa yang sepatutnya menjadi milik mereka tanpa dibebani mana-mana pengaruh politik. 

"Pada masa yg sama kerajaan di gesa melihat juga masalah rakyat hari ini degan kenaikan kos sara hidup yang kian menekan dan terlalu tinggi untuk ditanggung. Ini kerana hak mendapat kesejahteraan hidup sama pentingnya degan hak kebebasan," tambahnya. 

A.Samad: Tunku bukan pejuang

A.Samad: Tunku bukan pejuang

"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

 "...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said , atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.

Lee Ban Chen: UMNO mewarisi penjajahan

Sementara itu, penganalisa politik Lee Ban Chen menyifatkan kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 sebagai "kemerdekaan tiga suku", dan bukan "kemerdekaan yang tulen". Ini kerana British telah menolak perlembagaan rakyat ketika itu, sebaliknya memilih UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk kerjasama.

Bagaimanapun, UMNO dalam Perikatan ataupun Barisan Nasional kemudiannya tidak mengisi nama dan bentuk kemerdekaan, sebaliknya mewarisi penggunaan akta-akta zalim dalam zaman penjajahan, misalnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang merintangi proses reformasi dan pendemokrasian negara kita, kata Lee Ban Chen

Pak Samad turut bersetuju bahawa "kita sebenarnya masih dalam pemerintahan penjajahan", kerana undang-undang zalim yang digubal ketika zaman British masih kekal sehingga kini. Malah, Menteri Dalam Negeri siang-siang mengingatkan tentang ISA ketika menangani isu BERSIH 2.0.

Dengan nada menyindir, Pak Samad berkata "yang menjadi wira sentiasanya UMNO", sementara "orang awal yang berjuang semuanya tenggelam". "Dan paling mudah untuk mengatakan bahawasanya mereka semua ini kelompok komunis yang jahat, dan komunis yang ingin mencengkam...",dan pada waktu yang sama pula kita berbaik-baik dengan komunis (China) yang ada - antara beberapa "keanehan" yang sedang berlaku di negara dewasa ini, katanya.

Seorang lagi panelis dalam forum ini adalah Arumugam, selaku Penasihat Tamil Foudation dan Pengerusi SUARAM. John Brian, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Dayak dan blogger Dayak baru yang dibariskan sebagai panelis sebelum ini, gagal menghadirkan diri kerana masalah tertentu. Forum ini dipengerusikan oleh Adam Adli Bin Abd Halim, iaitu Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif UPSI.

Khamis, 15 September 2011

Umno tiru Buku Jingga

Umno tiru Buku Jingga

Sekiranya benar apa yang dilaporkan media, PAS akan menyambut baik cadangan bagi memansuhkan akta zalim ISA, kerana ia bertentangan dengan dasar Islam dan tamadun manusia.

 PAS menentang akta ini sejak hari pertama ia dibentangkan dalam parlimen kerana ia memberi kesan besar kepada mangsa yang dituduh..

Ajaran Islam sangat menentang sebarang unsur kezaliman, sehingga Allah memberi amaran "jangan kamu cenderung hati untuk menyokong kezaliman, kelak kamu akan dihumban ke neraka". Demikian juga, Rasulullah S.A.W ada bersabda "kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat.".

PAS melihat dan sudahpun mengalami terlalu banyak penyalahgunaan akta zalim ini sejak mula ia dikuatkuasakan..

Ratusan orang yang tidak bersalah dihumban ke Kamunting dan mereka tidak diberi peluang untuk membela diri. Sekiranya benar pentadbiran Najib Razak akan memansuhkan akta ISA bagi mendapat lonjakan politik, PAS mengalu-alukannya dan percaya rakyat yang kini semakin matang boleh menilai segala tindakan beliau..

"Kilat ikan di air, kita tahu jantan betinanya" - berapa ramai dah diktator di dunia ini yang membuat perubahan peraturan dan menunjukkan kebaikan kepada rakyat pada saat-saat kuasanya meruncing dan menjunam turun, namun rakyat tetap menghukum mereka..

PAS menggesa agar kerajaan menghapuskan juga beberapa akta lain yang sering disalahgunakan dan bertentangan dengan nilai tamadun manusia - seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, AUKU, Akta Hasutan dan Akta Pilihan Raya..

Sekiranya benar, tindakan Najib dan kerajaan BN kini semakin jelas meniru apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang dikritik mereka habis-habisan..

Di satu tangan, Buku Jingga dikutuk sebegitu rupa mereka bakal menjahanamkan dan bankrapkan negara negara, satu tangan pula mereka meniru satu persatu..

Tindakan ini membuktikan hipokrisi UMNO-BN, yang semakin lemas dan kekeringan idea dalam menjalankan pentadbiran. Sehinggakan pakar dan penasihat, yang dibayar berjuta-juta sekelilingnya gagal memberi idea yang bernas sehingga terpaksa meniru apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat..

Kita juga difahamkan kerajaan akan menaikkan gaji guru-guru sebanyak RM200 dan pelbagai kemudahan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Jingga dalam pembentangan Belanjawan 2012 nanti..

Ini sekali lagi akan melondehkan hipokrisi UMNO BN dan membuka mata rakyat bahawa lemahnya kerajaan yang ada kini, sehingga tidak mampu lagi berfikir kerana perut terlalu kenyang dan minda terlalu sibuk untuk menutup segala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kesombongan..

Diharap rakyat dapat bangkit dengan azam untuk menukarkan kerajaan yang lemah ini dengan sebuah kerajaan baru yang memberi harapan baru lebih adil dan amanah - sebuah negara berkebajikan yang akan betul-betul menjaga nasib mereka..

Bukanlah nak kata Pakatan Rakyat ini sempurna dan baik sepenuhnya, tapi belum cuba belum tahu. Sudah cuba, anda pasti berkata, "Kalau tahu begitu nikmatnya bawah Pakatan Rakyat, dah lama kita buang UMNO yang lemas ini." InsyaAllah.

Rabu, 14 September 2011

Mohamad Sabu:Perayaan Merdeka Adalah Perayaan UMNO

Mohamad Sabu:Perayaan Merdeka Adalah Perayaan UMNO

KUALA LUMPUR 14 SEPT : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan sambutan hari Kemerdekaan yang disambut selama 54 tahun ini bukannya perayaan bersejarah yang disambut seluruh warga Malaysia tetapi sebaliknya lebih tepat digambarkan sebagai hari 'Perayaan Umno'.

 Ini kerana, semua catatan dan fakta kemerdekaan yang agresif diwar- warkan media arus perdana kini, hanya mengangkat pejuang Umno dengan mengenetepikan pejuang berhaluan kiri.

Walhal, pejuang berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Baris Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA) dan banyak lagi, turut berjuang menuntut kemerdekaan negara.

"Sebenarnya semangat patriotik dikalangan rakyat hari ini hampir tidak ada, sebab itu saya gambarkan perayaan kemerdekaan sebagai 'Perayaan Umno' bukannya perayaan rakyat Malaysia.

"Hal ini kerana semangat memperjuangankan merdeka hanya ditumpukan kepada pemimpin Umno dan tidak kepada perjuang-perjuang yang lain, jadi ia lebih tepat dikira sebagai 'Perayaan Umno' dan realitinya rakyat seolah-olah tidak sambut perayaan kemerdekaan," katanya.

Mohamad berkata demikian ketika ditemui TvSelangor diluar Mahkamah Sesyen Jenayah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, selepas menghadiri perbicaraannya dan 44 yang lain berhubung kes Himpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Barangan Dan Perkhidmatan (PROTES).

Beliau juga berpandangan, kerajaan pemerintah kini berdepan dengan jalan sukar untuk kembali menyuburkan erti dan semangat kemerdekaan dalam segenap jiwa rakyat Malaysia melainkan, berlakunya peralihan pucuk pimpinan negara.

"Tidak mampu menghidupakan kembali erti kemerdekaan ini, melainkan kerajaan lain mengambil alih, Umno tidak akan berubah melainkan kerajaan lain melainkan kerajaan lain ambil alih pada pilihanraya ke-13 ataupun akan datang," katanya lagi.

Isnin, 12 September 2011

Fakta sejarah: PAS bidas ‘bomoh Umno’ kelirukan rakyat

Fakta sejarah: PAS bidas ‘bomoh Umno’ kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Sambil membidas “bomoh Umno” nampaknya menentukan bahaya atau tidak seseorang, PAS berkata, rakyat dan ahli Umno sendiri bertambah keliru dengan percaturan politik pemimpin parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

 “Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini..

Kata beliau, apabila terbongkarnya fakta bahawa parti Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (PKM) dengan menandatangani perjanjian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”.

“Jika kita mengikut logik Perdana Menteri, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara..

“Sekiranya rakyat mengikut logik Perdana Menteri yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini..

Tuan Ibrahim juga membidas kepimpinan Umno-BN dengan berkata, mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia..

“Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin (Parti Sosialis Malaysia) PSM dalam Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis..

“Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri?” kata Tuan Ibrahim..

Justeru soal beliau, sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat?.

“Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain asalkan bukan Umno, maka komunis itu komunis jahat..

“Maka, sesiapa yang nak mengadakan MoU dengan mana- mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya,” katanya lagi..

Beliau seterusnya berhujah, “kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (MPN) atau mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad..

“Rasanya MPN dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja. Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian Sejarah patut diberi markah kosong,” tambah beliau..

Pesuruhjaya PAS Pahang ini juga berkata bila mana MPN membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu..

“Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu. Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak..

“Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno, kalau Melayu tu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi – segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram,” kata beliau.

Ahad, 11 September 2011

Mat Sabu: Umno mewarisi sikap penjajah

Mat Sabu: Umno mewarisi sikap penjajah

GOMBAK, 11 Sept ─ Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menjadi serangan Umno terus-menerus sejak tiga minggu lalu berkata, parti Melayu kebangsaan itu mewarisi sikap penjajah yang menghukum sesiapa sahaja yang menentang mereka

Bercakap pada ceramah Negara Berkebajikan: Tawaran PAS malam tadi, Mohamad berkata, beliau sedih apabila dituduh mengagung-agungkan komunis.

“Saya dulu pernah ditahan ISA atas tuduhan pelampau agama, walaupun sudah lebih 30 tahun saya melalui jalan yang mendokong perjuangan Islam, bersama-sama mendokong kepimpinan ulama yang bermula pada 1983, berada di sini sehingga sekarang sebagai timbalan presiden, terus mendokong dasar Islam, tiba-tiba sekarang dituduh komunis... tak sedihkah? Jahat sungguh,” kata beliau.

“Tuduhan ini bukan perkara baru, pemimpin kita yang berjuang lebih awal dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk pengganas sehingga orang seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dilabel sebagai penjahat ditangkap dan diletakkan di Pulau Jerejak, begitu ulama yang lain yang menerima tuduhan seperti itu oleh penjajah.

“Dan, serangan penjajah Umno mewarisinya. Apa punca jadi begini? Saya amat cintakan tanah air, kita berada di Malaysia tanah tumpah darah,” katanya.

Mohamad yang lebih dikenali “Mat Sabu” menegaskan, apa yang dibangkitkan dalam ceramahnya di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu adalah rasa terkilan melihat ramai rakyat tidak menyambut seruan meraikan ulang tahun Hari Kemerdekaan.

“Saya melihat makin tahun orang tak sambut hari Merdeka, saya dah bercakap hal ini 10 tahun kebelakangan ini, menjelang Hari Merdeka kawan-kawan dah boleh hafal apa yang saya mahu katakan. Cuma tahun ini cukup ketara, pemerintah melalui televisyen, radio dan akhbar menyuruh rakyat meletakkan bendera untuk tanam sifat patriotik sambut Merdeka, saya lihat tiada orang pun yang buat.

“Kenapa rakyat tidak sambut? Ini bukan pasal ucapan saya di Pulau Pinang, saya sebut perayaan Merdeka sudah jadi perayaan Umno, bukan perayaan rakyat Malaysia,” katanya.

PAS. terutamanya timbalan presiden Mohamad telah diserang pemimpin-pemimpin Umno kerana didakwa mengagung-agungkan komunis.

Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis pada 1950.

Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

Menurut Mohamad, sambutan Hari Kemerdekaan akan menjadi lebih bermakna sekiranya tokoh-tokoh kemerdekaan lain diletakkan sebaris dengan pemimpin Umno.

“Saya kata kalaulah meletakkan Tunku Abdul Rahman dan Dato Onn Jaafar, silakan... letakkan bersama tokoh-tokoh lain seperti Burhanuddin al-Helmy, di samping Pak Sako, Ahmad Bustamam, Abu Bakar Al-Baqir dan lain-lain, kalau ini RTM ceritakan semua tokoh-tokoh kemerdekaan.

“Semua akan rasa terpanggil, Umno, PAS dan pemimpin berhaluan kiri untuk merayakan Hari Merdeka. Ini tidak, bila Merdeka yang dipamerkan tokoh Umno maka Umnolah yang sambut,” katanya menambah sejarah kemerdekaan negara perlu ditulis semula.

Bagaimanapun beliau percaya Umno tidak akan melakukan perkara yang boleh membongkar kembali sejarah kemerdekaan negara.

“Sejarah kemerdekaan ini perlu diperbetulkan semula, ingat Umno nak perbetulkankah sejarah tanah air kita? Melainkan kita mengambil alih pentadbiran kerajaan.

“Nanti kalau Umno tulis semula sejarah, macam-macam akan terbongkar,” katanya.

Tambah Mohamad, beliau masih berniat mahu berdebat dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan negara.

“Perkara ini jadi heboh sampailah timbalan presiden Umno minta saya bertaubat, kemudian datanglah Khairy Jamaluddin ajak saya berdebat, saya tengok balik Khairy nak cabar saya, bagi saya Khairy ini budak baik... dia berpontensi untuk jadi pemimpin PAS masa depan, kenapa saya nak berdebat dengan Khairy? Yang maki saya timbalan presiden Umno, biarlah dia berdebat dengan saya,” katanya.

Jumaat, 9 September 2011

Kemerdekaan: PAS dakwa Umno hanya buat pusingan akhir

Kemerdekaan: PAS dakwa Umno hanya buat pusingan akhir

KUALA LUMPUR, 9 Sept ─ Sementara kontroversi semasa masuk minggu ketiga, PAS menjelaskan pendiriannya dalam isu sejarah kemerdekaan hari ini menerusi lapan perkara, antara lain menegaskan, Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan, sebaliknya mengambil nama dengan muncul di peringkat akhir.

 PAS berkata, apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah..

“Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini..

Kontroversi semasa tercetus ekoran dakwaan media Umno bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu..

Pun begitu tegas Tuan Ibrahim, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara..

“Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu ‘peaceful cooperation’ dengan penjajah British,” katanya..

Oleh itu, tambah beliau, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu..

“Ini pendirian PAS dalam mentafsir sejarah prakemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno..

“Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat sesuatu isu,” tegas Tuan Ibrahim..

Pesuruhjaya PAS Pahang ini menjelaskan, PAS percaya sebagaimana jelas pun pendirian parti, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang, penyelewengan daftar pilihanraya, memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, rasuah, pembaziran Kementerian Pertahanan, penjualan saham Esso dan MAS, cincin RM24 juta, Bersih 2.0 dan terbaru cukai kad prabayar Telco enam peratus..

Tuan Ibrahim juga mengingatkan semua pihak bahawa prinsip utama dalam mentafsir sejarah ialah perlunya “bersetuju untuk tidak bersetuju” dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini..

“Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-memfitnah di media,” tambah beliau..

“Kita harus bersetuju untuk tidak bersetuju dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat,” katanya..

Mengenai soal status Ahmad Indera atau Mat Indera, Tuan Ibrahim menyarankan semua pihak bersangka baik ketika menilai status beliau sedangkan tiada siapa tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya..

“Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau,” tambah beliau..

Malah katanya, fakta yang ada sekarang saling bertentangan antara satu sama lain..

“Di satu pihak, Mat Indera dikatakan tidak pernah menganut fahaman komunis, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor..

“Belah satu lagi pula membuat pelbagai tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya..

“Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada beliau?” kata beliau.

Khamis, 8 September 2011

Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal

Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal

KUALA LUMPUR 8 SEPT : Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.

 Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu. Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam. pulau ketam village head election 310711 indelible inkLaporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda. Ketika dihubungi hari ini, Nazri berkata: "Saya juga tak tahu." Beliau menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya memutuskan semua isu yang berkaitan dengan reformasi pilihan raya. Sebelum ini, Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa semua cadangan berhubung reformasi pilihan raya perlu dibincang dan diputuskan oleh jawatankuasa khas berkenaan. Jawatankuasa khas itu yang akan dibentuk dalam sidang parlimen akan datang - mulai 3 Oktober ini - dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu ekoran tekanan pembangkang dan pertubuhan sivil untuk reformasi sistem pilihan raya. Pembangkang masih belum memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas itu, dan mendakwa Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk reformasi pilihan raya.-Malaysiakini

Rabu, 7 September 2011

PAS: Jangan sampai isu tauliah jadi bahan gurau masyarakat

PAS: Jangan sampai isu tauliah jadi bahan gurau masyarakat

KUALA LUMPUR, 7 Sept – PAS pusat mengingatkan agensi-agensi agama tidak menjadi penghalang kepada pengembangan agama, sekali gus urusan pemberian tauliah menjadi “bahan ketawa” ekoran ketegasan keterlaluan Jais ke atas dua pemimpin parti itu di Selangor.

 Mengikut laporan semalam, Jais atau Jabatan Agama Islam Selangor mengenakan tuduhan ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana menyampaikan tazkirah tanpa tauliah manakala tauliah Adun Meru Dr Rani Osman pula ditarik balik ketika Ramadan baru lalu.

Dr Rani dan Khalid masing-masing merupakan Pesuruhjaya PAS dan Timbalan Pesuruhaya PAS Selangor.

Dalam kenyataannya petang ini, Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika pihak berkuasa agama membimbangi mereka terbabit menyampaikan ajaran salah atau bercanggah dengan syarak, “bagaimana pula dengan kuliahnya di universiti dan tempat lain?”

Bahkan, katanya, kalau seseorang mufti pun kena memohon tauliah, sudah tentu ia menjadi bahan tertawa orang jahil dan ini antara sebab utama mengapa wibawa institusi agama sangat rendah di mata masyarakat.

“Itulah juga antara sebab mengapa pendakwaan mengajar atau menyampaikan kuliah tanpa tauliah kini mengundang pelbagai gurau senda dalam masyarakat.

“Bagi mengatasi masalah ini, jabatan agama Islam negeri-negeri mesti memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang ingin membantu mendidik masyarakat ini. Lebih-lebih lagi dengan hakikat bahawa mereka yang mengajar ini tidak pernah meminta upah dari pengajaran yang disampaikannya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Tuan Ibrahim, para ilmuan Islam mempunyai tanggungjawab agama bagi menyampaikan ilmu agama selaras dengan hadis, “sampaikanlah apa yang kamu terima dariku, walau sepotong ayat.”

“Di atas asas ini, maka golongan agama mempunyai amanah menyampaikan ilmu yang wajib disampaikan.

“Tugas utama menyampai dan membimbing rakyat adalah terpikul di atas bahu para pemimpin Islam di akhirat. Sejajar itu, golongan agama bertanggungjawab membantu para pemimpin ini untuk meringankan hisaban di akhirat,” katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau, para pemimpin yang dibantu ini hendaklah berterima kasih kepada golongan agama kerana membantunya meringankan hisaban di akhirat dan melepaskan bebanan mengurangkan kejahilan rakyatnya.

“Untuk itu, pemerintah mestilah menyediakan ilmuan Islam yang cukup bagi mendidik masyarakat ke arah penghayatan Islam yang syumul. Adalah satu kesalahan besar bagi seseorang pemimpin untuk membiarkan rakyatnya terus jahil.

“Ulama atau golongan agamawan pula dipertanggungjawabkan mesti memelihara amanah ilmu dengan menyampaikan ilmu tersebut walau pahit sekalipun rintangan yang bakal dihadapinya,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, masjid dan surau adalah antara tempat strategik dan sistematik untuk menyampaikan Islam dan mengukuhkan kefahaman umat Islam terhadap cara hidup berlandaskan syariat Islamiah.

Katanya, ia bagai benteng akhir bagi umat Islam untuk berpaut guna menyelamatkan fikrah dan akidah mereka dan terlalu sukar untuk mencari kelas atau majlis pengajian Islam secara terancang dan sistematik selain masjid dan surau.

Tetapi, katanya, alangkah malang bagi masa depan umat Islam jika masjid dan surau juga terdapat kekangan atau halangan untuk menyampaikan Islam dan peringatan kepada umat Islam agar menjalani kehidupan berasaskan panduan dan pedoman agama.

“Saya yakin bahawa penyebaran Islam mesti dipantau serta dipastikan tulen prinsip dan maudhunya. Tetapi pastikan juga pengajian dan penyebarannya berjalan lancar tanpa sebarang kekangan terutama saat umat Islam sangat memerlukan agamanya untuk hidup selamat dan diredhai oleh Allah swt,” katanya.

Nasrudin menambah, tauliah adalah untuk memastikan usaha jua aktiviti penyebaran Islam dan kelas-kelas pengajiannya berjalan secara terancang, sistematik dan mampu menampung keperluan ummat Islam masa kini terhadap agama yang mereka anut. Pihak berkuasa agama mesti mempunyai satu mekanisme yang berkesan bagaimana mengurus tauliah.

“Tidak munasabah, seorang yang mahu menyampaikan Islam dan memberikan peringatan kepada masyarakat khasnya umat Islam agar sedar tanggungjawab dan amanah hidup sebagai seorang Muslim terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang semata-mata kerana isu tauliah.

“Munasabahnya ialah pihak berkuasa agama selayaknya membantu, membiayai, menyokong dan memudahkan usaha murni tersebut bukan menyusahkan. Jika tauliah menjadi isunya, kenapa tidak ditauliahkan kepada mereka yang boleh menyampaikan Islam dengan baik dan berkesan,” katanya.

Tegas beliau, pada masa sekarang tauliah menjadi igauan dan hambatan yang menyulitkan para pendakwah dan ilmuan untuk menyampaikan Islam dan mendidik umat Islam sedang terperangkap dalam iklim sosial yang mendorong mereka untuk rosak dan binasa akhlak, pemikiran dan akidah mereka.

“Apakah pihak berkuasa agama tidak peka perkara ini?” katanya.

Katanya, masjid dan surau terlalu banyak, ruang pengajian dan dakwah yang perlu dimanafaatkan juga terlalu banyak.

“Cendekiawan Islam yang diiktiraf ilmu mereka oleh universiti di mana mereka menuntut dan akhirnya pula dengan segulung ijazah, sarjana atau PhD juga terlalu ramai, tetapi berapa jumlah tauliah yang dikeluarkan?

“Jika tuan-tuan guru, alim ulama, para ilmuan Islam, cendekiawan Muslim masih belum layak mendapat tauliah, kriteria bagaimana yang layak untuk dapatkan tauliah tersebut ? Atau pihak berkuasa agama nantinya digelar sebagai pihak penghalang agama!” katanya lagi.
UMNO kata benci komunis tapi jalin hubungan komunis China

UMNO kata benci komunis tapi jalin hubungan komunis China

UMNO bersikap hipkorit apabila mengecam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana kononnya membela komunis dalam kejadian Bukit Kepong 1950 sedangkan UMNO sendiri bersekongkol dengan Parti Komunis China.

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming berkata putar belit sejarah oleh UMNO membahayakan hubungan harmoni antara kaum di Malaysia kerana cuba menggambarkan fakta melalui fitnah.

Katanya, Mohamad atau Mat Sabu cuma merujuk kepada sejarah negara sebelum Merdeka sedangkan UMNO kini mempunyai hubungan rapat dengan komunis di China melalui perjanjian kerjasama antara parti.

“Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sendiri telah menandatangani perjanjian atau memorandum kerjasama antara Parti Komunis China dan UMNO pada bulan Ogos, tahun 2010.

“Memorandum tersebut ditandatangani di Beijing, China dan pernah mendapat laporan meluas oleh akhbar tempatan.

“Adalah jelas ini terbukti bahawa apabila UMNO mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap Parti Komunis Malaya serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, UMNO secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan bapa komunis kepada PKM iaitu Parti Komunis China,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, Parti Komunis China juga sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan agung UMNO.

Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata UMNO bersikap seperti meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri, iaitu akibat melakukan fitnah.

Beliau berharap rakyat semua kaum tidak mudah termakan fitnah UMNO yang disebarkan secara meluas melalui media kawalan UMNO-BN. – Roketkini.com

Selasa, 6 September 2011

Dunia kiamat: 2012

.

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012...

 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, Jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 sahaja....

( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) [Anda Boleh Cari Di YouTube Atau Di Google Tentang Ini..].

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah...

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:.

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul..."Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis).


Ya Allah, Engkau Lindungilah Hambamu Ini Yang Sungguh Kerdil, Yang Sungguh Hina Ini, Kau Ampunilah Segala Dosa Hambamu Ini Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang, Sesungguhnya Hambamu Ini Berasa Sungguh Kerdil, Lindungilah Kami Sekeluarga.. Aammmiinn Ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn......

Sumber petikan dari :http://bloggercrew.in-malaysia.org/2011/09/astaghfirullah.html

Sumber dari blogger seberang juga ada mengatakan (sumber:http://www.eramuslim.com/konsultasi/konspirasi/kiamat-2012.htm)


tahun 2012 memang penuh dengan kontroversi. Dalam buku ‘Apocalypse 2012’ (Lawrence E.Joseph: 2007), penulis berdarah Lebanon yang menjabat sebagai Ketua Dewan Direksi Aerospace Consulting Corporation di New Mexico ini dipaparkan dengan sangat jelas dan juga ilmiah tentang kemungkinan terjadinya bencana alam di tahun tersebut.

Bencana itu antara lain: siklus aktivitas matahari yang memuncak di tahun 2012 yang menyebabkan panas yang luar biasa di bumi, terlebih atmosfer kita sudah mengalami penipisan dan bolong di beberapa bagian sehingga selain memanaskan bumi dengan radikal juga melelehkan es di kutub dan juga menimbulkan badai serta topan yang dahsyat.

Medan magnet bumi yang berfungsi sebagai pertahanan utama bumi terhadap radiasi sinar matahari mulai retak bahkan ada yang sampai sebesar kota California di sana-sini. Pergeseran kutub juga tengah berlangsung.

Tata surya kita tengah memasuki medan awan energi antar bintang. Awan itu mengaktifkan dan merusak keseimbangan matahari serta atmosfer planet-planet. Para ahli geofisika Rusia berpendapat bahwa ketika bumi akan memasuki awan energi tersebut di tahun 20120 hingga 2020 dan akan menimbulkan bencana besar yang belum pernah ada sebelumnya.

Fisikawan UC Berkeley menyatakan dinosaurus serta spesies lainnya telah punah akibat tumbukan asteroid raksasa 65 juta tahun silam. Menurut siklus yang diperhitungkan secara ilmiah, seharusnya hal itu sudah terjadi lagi di saat-saat sekarang.

Supervulkan Yellowstone yang memiliki siklus letusan dahsyat setiap 600 hingga 700 ribu tahun tengah bersiap untuk meletus kembali. Beberapa perhitunmgan ilmiah lainnya turut mendukung pandangan ini.

Menariknya, ramalan bangsa Maya (juga suku Hopi, Mesir Kuno, dan beberapa suku kuno lainnya) di dalam kalendernya dengan detil mengungkapkan jika tahun 2012 merupakan akhir sekaligus awal zaman baru. Bagaikan kelahiran seorang anak manusia, maka kelahiran zaman baru ini akan dipenuhi dengan darah. Suku Maya merupakan salah satu suku kuno di dunia ini yang dikenal sebagai suku yang sangat detil memperhatikan dan menghitung bintang-bintang dan benda langit lainnya.

Kitab kuno dari Cina, I Ching, juga menyatakan akan terjadi bencana besar di tahun 2012.

Beberapa ativitas modern juga terkait dengan tahun 2012, yakni dateline modernisasi besar-besaran Pentagon paska ditubruk rudal dalam peristiwa 11 September 2001, batas akhir pelaksanaan Codex Alimentarius yang berupaya mengurangi populasi manusia di bumi dengan rekayasa genetika dan makanan transgenik, dan sebagainya.

Seorang tokoh spiritual Yahudi dunia bernama Titzchak Qadduri jauh-jauh hari sudah menyerukan kaum Yahudi agar sesegera mungkin meninggalkan daratan Amerika Serikat karena menurut perhitungannya, sebuah komet atau asteroid raksasa tengah meluncur di alam semesta dan mengarah serta akan menumbuk menuju daratan Amerika.

Semua itu merupakan ramalan-ramalan para pakar di bidangnya masing-masing.Menurut Islam, kiamat adalah hal yang tidak bias dihindarkan. Hanya saja, kita tidak akan pernah tahu kapan pastinya akan terjadi. Bisa dua jam lagi, bisa besok, atau entah kapan. Umat Islam adalah umat akhir zaman.

Hari ini kita tengah menghadapi bencana nyata yakni krisis global yang sebentar lagi akan tiba di Indonesia. PHK massal, ratusan ribu pekerja sangat mungkin terjadi, juga bangkrutnya sejumlah kegiatan usaha. Hal ini ditambah dengan keputus-asaan masyarakat kita yang kian hari kian hidup susah. Kekecewaan ini menumpuk tatkala melihat para tokoh dan pejabat negara hidup dalam kemewahan. Bisa jadi, dalam waktu dekat kita akan menghadapi bencana lain di negeri ini, apalagi Pemilu 2009 kian dekat dan elit politik kita masih saja bagaikan orang-orang autis yang tidak peka terhadap kesulitan hidup dan kemiskinan rakyat di sekelilingnya.
Aziz Bari: ‘Secara teknikal tidak, pada hakikat British jajah kita’

Aziz Bari: ‘Secara teknikal tidak, pada hakikat British jajah kita’

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Pakar perlembangaan Prof Abdul Aziz Bari berkata meskipun negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah oleh British, tetapi pada hakikatnya telah “dijajah kerana pentadbiran negeri dikawal” oleh kuasa Eropah itu sehingga negara merdeka lima dekad lalu

. “Pendeknya dari segi teknikal memang negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah... hatta pentadbiran agama pun dipantau oleh British,” kata beliau dalam reaksi kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Secara teknikal memang betul bahawa kita tak pernah dijajah; negeri-negeri Melayu hanya negeri lindungan. Hanya Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang pernah dijajah,” kata beliau.

Bagaimanapun menurut ahli akademik ini, negeri-negeri Melayu bukan negeri yang bebas dan berdaulat kerana mereka tidak bebas mengadakan hubungan luar.

“Raja-raja, contohnya, dipaksa menerima kejatuhan Empayar Uthmaniah yang dihancurkan oleh British dan sekutu-sekutunya pada 1924. Ini semua berlaku kerana Raja-raja di bawah tangan British meskipun mereka tidak dijajah.

“Selain itu meskipun di sisi undang-undang, yakni secara teknikalnya, mereka berdaulat kita semua tahu dasar dan undang-undang semuanya ditentukan oleh British,” kata beliau sambil menambah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tidak harus membesar-besarkan kedudukan teknikal itu sehingga menafikan hakikat yang berlaku ketika itu.

Aziz mengulas mengenai kritikan beberapa pihak ekoran pandangan tokoh sejarah itu bahawa negara ini sebenarnya tidak pernah dijajah oleh British, sebaliknya berada di bawah naungan negara Eropah itu.

Khoo melahirkan pandangan itu dalam satu temu bual dengan akhbar arus perdana kelmarin ketika kontroversi berkaitan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hangat diperkatakan sehingga ada yang mahu fakta sejarah diteliti semula.

Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 bersama hari pembentukan Malaysia — buat julung kali pada 16 September ini.

Menjawab soalan mengenai kenyataan Mohamad bahawa Allaharham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan pejuang kemerdekaan sebenar kerana mereka pegawai British, Khoo berkata: “Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja.”

Katanya, kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada raja.

“Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu: ‘They were, they are and they must remain Malay states. These states were when our cooperation in government was first invited Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right nor the desire to vary the system of government’,” katanya lagi.

Kata beliau, dalam undang-undang ada dua keadaan iaitu ‘de jure’ dan ‘de facto’.

“Datuk Onn mula-mula bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku dengan kerajaan Kedah. Mereka bekerja di negeri yang dianggap Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Raja masih ada banyak autonomi.

“Selepas perang, mula-mula Datuk Onn kemudian Tunku diterima oleh British sebagai presiden Umno yang diakui British sebagai parti politik orang Melayu. Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan Union, British tidak melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya berunding dengan Raja-Raja juga Umno untuk menentukan sistem lebih sesuai,” kata Khoo lagi dan menambah, “akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan.”

Mengulas lanjut, Aziz berkata, Khoo perlu faham beza antara kedudukan teknikal dan formal dengan kenyataan atau hakikat, yakni sesuatu yang benar-benar berlaku.

“Sama seperti hari ini, Raja-raja adalah ketua agama. Soalnya apakah mereka benar-benar ketua agama dalam erti kata yang sebenar? Tidakkah pentadbiran agama dijalankan oleh kerajaan?” kata beliau lagi.