Ahad, 29 April 2012

Bersih 3.0:Kebenaran yang berlaku



Gambar atas dari blog ISA

Dalam posting sebelumnya aku ada memuatkan tulisan dari MSO

"Saya rasa dalam hal ini Utusan sudah merancang dan berkerjasama erat dengan pihak polis. Mungkin perbincangan rapi diadakan beberapa hari sebelum Bersih diadakan."

Sekarang aku merasakan kebenaran sedikit-demi sedikit akan tersingkap



Dalam posting bersih-30:apa-sudah-jadi.,aku juga ada mempertikaikan siapa yang buat kecoh di dataran,sehinga polis mengambil tindakan.





Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atas insiden tersebut.

Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam.

Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk-mk

fikirkan bersama
(internet buat hal tak dan nak ulas keta terbalik dengan panjang)

Bersih 3.0:Mengapa kereta polis terbalik?




Video yg aku paparkan semalam



Lihat betul-betul pemandu macam cuba mengelak sesuatu



Banyak andaian di keluarkan tentang kejadian,hanya mereka yang terlibat mengatahui.

"Saya rasa dalam hal ini Utusan sudah merancang dan berkerjasama erat dengan pihak polis. Mungkin perbincangan rapi diadakan beberapa hari sebelum Bersih diadakan." --dari MSO

Dari AMENO WORLD dengan fakta-faktanya.

Banyak video yang di paparkan tentang kejadian ini dan kita tungu apa kata polis.

Sabtu, 28 April 2012

[Update] Bersih 3.0:Apa sudah jadi (Terbalikan kereta nak selamatkan orang)

Ambe petang jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo.
YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

Maner tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO. Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu. Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu. Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu. Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari.

Ambe sempat tengok 10 anggota polis tangkap seorang pendemo dan belasah dia kat tepi SOGO tak lama selepas rempuhan kereta tu. Allah... Malaysiaku....... Ya Rahman ya Rahim, dengarlah rintihan hamba-hambaMU ini.-sumber


Polis mengunakan meriam air,apabila ada org.ramai cuba memasuki dataran.

Siapa mereka ini yg cuba membuat kecoh,sedang kan sebelum ini kita dengan aman berhimpun.

Memang mangkul betul mamat yg buat kecoh tu,atau polis sendiri yg merempuh sekadar mencari alasan.

Ada juga yg megatakan Senjata pistol anggota polis telah dirampas oleh peserta perhimpunan di hadapan SOGO.

Walau bagaimana pun kita telah berjaya

Image from iPhone!


Polis langgar 4 org peserta BERSIH. 2 parah dikepala,
2 org cedera patah tangan dan luka dikepala.



[UpDate] Bersih 3.0:Tian Chua dan Aziz Bari ditahan polis

Naib Presiden PKR Tian Chua dakwa ditahan polis bersama pakar perlembagaan Dr Aziz Bari



6.57pm Berdasarkan gambar dalam laman Facebook polis, dianggarkan lebih 100 ditahan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dekat Jalan Semarak.

6.22pm: Jln Sultan Abdul Samad - Konvoi berkereta polis terpaksa membuat pusingan-U berhampiran Masjid Jamek apabila bertembung dengan penyokong BERSIH yang melemparkan kasut dan objek ke arahnya.

6.10pm Jalan dari SOGO ke Dataran dibuka. Bagaimanapun kira-kira 600 peserta masih berlegar di sekitar.

6pm Jalan TAR - Beratus anggota polis berada di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), yang sesak kerana sekatan jalan raya. Para pemandu membunyikan hon tanpa henti, memaksa polis bersurai dan berkumpul semula di persimpangan Jalan Tun Perak. Mereka mula membenarkan lalulintas di situ.

5.50pm: Naib Presiden PKR Tian Chua dakwa melalui Twitter, beliau ditahan polis bersama Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Tian juga dakwa ramai dipukul ketika ditahan.

5.45pm Masjid Jamek - Sesetengah peserta masih mahu masuk ke Dataran Merdeka, tetapi polis datang balik dan mengejar mereka. Beberapa peserta ditahan. Ada di antara mereka yang membaling kasut dan botol ke arah polis.

5.30pm: JLN TAR Wartawan Malaysiakini antara 200 ditahan bersama 200 peserta dan wartawan lain. Mereka ditempatkan sementara di Kelab Diraja Selangor. Barangan dirampas dan ditumbuk polis.

5.21pm Dua anggota polis tercedera dan pistol yang hilang dijumpai semula, kata menteri dalam negeri melalui Twitter.

[Update] Bersih 3.0:Berita dari dataran polis guna bunyi frekuensi tinggi

Hotline peguam PAS sekiranya berlaku tangkapan 0102907174, 010290717 4, 0102907332......tolong sebar
Terkini dari dataran!
anak muda bersih tekad taknak balik dan akan terus berada di situ hingga jam 2 petang dan mungkin selama berhari hari..

Kecemasan! ! ! share! ! !
Dah lihat? ? ? Set peralatan AKUISTIK , JARAJ di pasang, bersedia untuk menyerang rakyat
DBKL telah memasang peralatan gangguan bunyi frekuensi tinggi,
Dipercayai digunakan untuk menyuraikan perhimpunan
Ini boleh menyebabkan rasa sakit dan kehilangan pendengaran sementara, sila membawa earplug!/penutup telinga.


Beginilah kenderaan yang akan di gunakan,

Boleh kunjungi Pesta Buku di PWTC sebelum kita berhimpun  BERSIH 3.0,jom kita beramai2 ke bangunan UMNO









Skg aku sudah sampai di Dataran Merdeka mungkin tidak dpt Update cerita terkini,tida peralatan cangih untuk di bawa hanya kamera shj(ipad=contoh peralatan cangih)

MAKLUMAT TERKINI:Ketua-ketua dan tempat-tempat bermulanya Himpunan Bersih 3.0.

Bersih 3.0

MAKLUMAT TERKINI ! Harap dapat sebarkan dengan kadar segera kepada semua peserta BERSIH 3.0
- RV untuk Bersih 3.0 :

Masjid Negara : Diketuai Mursyidul Am PAS, Presiden PAS, Timbalan Pres PAS, DSAI, CM Lim Guan Eng.
KLCC : Kumpulan Green Peace (HIJAU 3.0) dan Ngo's
KL Sentral/ Jalan Sultan : Dato Husam Musa, Dato Abu Bakar Chik, Marina Chin.
Menara Maybank : YB Salehuddin Ayob, Suhaizan Kayat, Onn Jaafar.
Masjid India : Dato Mahfuz Omar, Tian Chua, AMK Keadilan.
Pasar Seni/ Central Market : Dato Ambiga, Sivarasa - hanya untuk Ngo's sahaja.
Jalan Brickfields : Nik Abduh, Arunaselvan, Sani Hamizan.


Bersih 3.0

Bersih 3.0

Bersih 3.0



Jumaat, 27 April 2012

Himpunan Bersih 3.0:Dataran Merdeka bagai Zon perang

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula memasang penghalang di sekeliling Dataran Merdeka sekitar jam 2.30 pagi tadi - lebih tiga jam sebelum arahan awal dikuatkuasakan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menyifatkan keputusan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai isu keselamatan.

Beliau berkata, polis patut campurtangan membantu DBKL bagi menegakkan undang-undang.

Himpunan Bersih 3.0:


"Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran,"

Bersih 3.0

Himpunan Bersih 3.0

Himpunan Bersih 3.0

Himpunan Bersih 3.0

Himpunan Bersih 3.0

Himpunan Bersih 3.0

Himpunan Bersih 3.0

Himpunan Bersih 3.0
Bendera Bersih 3.0 kini di puncak Everest

Bendera Bersih 3.0 kini di puncak Everest


KUALA LUMPUR 27 April: Bendera Bersih 3.0 berjaya dipacak di puncak Gunung Everest beberapa jam sebelum Kuala Lumpur 'dikuningkan' dalam Himpunan Duduk Bantah esok.

Momen yang dimuatnaik oleh portal Bersih hari ini memaparkan kejayaan dua pendaki mengibar bendera 'Bersih 3.0 Mendaki Bantah Puncak Everest'. Turut dibawa bersama, bendera Malaysia.

Sekumpulan penyokong itu bergerak mulai 16 April lalu dan berbuat demikian kerana tidak dapat menyertai himpunan Bersih kali ini.

Ia sebagai tanda sokongan mereka bertujuan menunjukkan kepada dunia betapa sistem pilihan raya di Malaysia tidak bersih.

Padah ganggu isteri orang

Padah ganggu isteri orang



PETALING JAYA – Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang warga Afrika cedera teruk dibelasah penduduk yang berang dengan tindakannya itu.

Dalam kejadian 11 malam kelmarin, suspek bertindak mengetuk pintu rumah mangsa yang terletak di tingkat bawah blok P, Apartmen Harmoni, Damansara Damai dekat sini.

Menurut sumber, suspek mengetuk beberapa kali rumah mangsa tanpa diketahui sebab dia berbuat demikian.

“Bila mangsa buka pintu, tiada orang di luar namun niat jahat warga Afrika itu mahu menerjah masuk ke dalam rumah tidak menjadi.

“Wanita itu membuka pintu secara tiba-tiba dan dapat melihat dengan jelas suspek yang hanya berseluar pendek serta tidak berbaju.

“Terperanjat dengan kehadiran suspek, wanita itu kemudiannya menjerit sekuat hati dan jeritannya didengari oleh jiran berhampiran,” katanya.

Jelasnya, panik melihat kehadiran jiran mangsa, suspek melarikan diri dan akhirnya dicekup serta dibelasah penduduk di hadapan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT ) Apartmen Harmoni, Zahabu Ramli berkata, sebaik mendapat laporan, anggota KRT turun ke lokasi dan melihat warga Afrika sudah tidak bermaya.

“Kami serahkan suspek kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan wanita itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai,” katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.-sinarharian

Khamis, 26 April 2012

Banglo tiga tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis



SEORANG artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini. Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang Menteri Kabinet.

Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu. Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya tetapi segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.

Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.

Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya.

Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.

Baca lagi

Rabu, 25 April 2012

Skandal: Hot!!!! Nikah di Siam Bukan Di London



"Demo tidak tahu ke, pemimpin Umno itu sudah kahwin dengan artis berkenaan. Kawan tahu ini sebab puak-puak kita di Tanah Merah yang mengaturkan perkahwinannya di Siam,


"Bila mereka kahwin?" soal saya.

"Lama dah, tahun lepas lagi..." jawabnya selamba dan bersahaja seperti mana lagaknya sebelum ini.

Baca lagi 

Skandal:MP Ampang terima surat peguam dari Zahida



Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin hari ini berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada menteri Umno.

Zuraida berkata, surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zuraida berkata, surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan.

"Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya.

"Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagi peguam?" soalnya yang juga anggota parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida juga berkata, beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Zuraida enggan memberi gambaran apakah 'bukti kukuh' yang beliau ada.

"Saya akan buat satu sidang akhbar dan berserta bukti dan saksi jika terdapat keperluan.

"Tapi sekarang, mari kita tumpukan perhatian pada BERSIH 3.0," katanya merujuk kepada perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya Sabtu ini.

sumber

Nenek pun sokong Bersih anak Muda bagai mana





Anne Ooi, yang lebih dikenali sebagai 'Auntie BERSIH', menggesa golongan tua keluar beramai-ramai Sabtu ini bagi menyokong desakan BERSIH bagi pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam k lip video yang disiarkan di Facebook Ahad lepas, Anne, 66, menyeru mereka bangkit menyokong perhimpunan tersebut.

Beliau berharap lebih ramai golongan tua mengambil pendirian
mengenai isu penting itu.

"Saya minta orang tua, 60 tahun macam saya, jangan biar (pada0 budak-budak, polis selalu tangkap mereka, bantai mereka," katanya.

Walaupun sudah berusia ketika menyertai kempen reformasi sistem pilihan raya, Auntie Anne tegas dalam menyatakan komitmennya menyokong gerakan tersebut.

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, 77, turut dipaparkan klip video tersebut di mana beliau berkata pengalaman usia boleh digunakan dengan bijaksana.

sumber

Skandal:Zuraida akan membuat laporan kepada SPRM

 Shafie Apdal dan Zahida Rafik
Ahli Parlimen Ampang akan membuat laporan kepada SPRM minggu depan berhubung dakwaan bayaran sejumlah wang oleh Shafie Apdal kepada Zahida Rafik.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata saksi yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian wang RM1.5 juta oleh menteri kabinet kepada seorang pelakon wanita akan diketengahkan kepada umum tidak lama lagi.

Menurut Zuraida selain dari saksi utama, saksi-saksi yang terlibat juga akan ditampilkan beserta dengan bukti lain dan pihaknya akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.

Ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang yang bakal dihadapi beliau oleh individu terlibat, Zuraida berkata beliau sedia berdepan dengan perkara itu.

Zuraida menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.
“Kita rancang akan bawa saksi utama dan beberapa saksi terlibat termasuklah kenalan pelakon wanita berkenaan.

“Saya tunggu sekiranya mereka mahu saman. Kita yakin dengan bukti yang ada. Kita dan kaji setiap maklumat yang diperolehi,” katanya ketika dihubungi FMT.

Zuraida ketika sesi parlimen minggu lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida Mohd Rafik hanya dalam tempoh empat bulan.

Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya sebanyak RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.
Shafie Apdal menafikan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh bekas pemandu Zahida bahawa beliau telah membuat sejumlah bayaran kepada Zahida.
--freemalaysiatoday

PTPTN:DBKL rampas kotak derma pula

PTPTN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa merampas dua kotak derma yang berisi kira-kira RM200 dalam satu lagi serbuan ke atas perkhemahan peserta protes di Dataran Merdeka selepas tengah malam tadi.

Menurut peguam Fadiah Nadwa Fikri, DBKL juga merampas bekalan makanan mereka dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Ia adalah serbuan ketiga DBKL ke atas perkhemahan tersebut dalam tempoh kurang 24 jam. Aktivis yang berkumpul di situ enggan berganjak walaupun ada usaha mengusir mereka dan khemah serta bekalan mereka dirampas.

"Kami tiba selepas mendapatkan pembebasan empat pelajar (yang ditahan dalam serbuan sebelumnya) dari balai polis Dang Wangi dan mendapati berlaku kekecohan.

"Peserta protes itu kecewa kerana wang tersebut baru dikumpulkan hari ini. Mereka menganggarkan jumlahnya RM200 hingga RM300," katanya.

Fadiah berkata pegawai DBKL yang dikenali sebagai Fuat, yang berada di situ bersama 10 trak DBKL, memberitahu peserta protes tersebut bahawa mereka boleh mendapatkan barang-barang mereka semula esok di pejabat DBKL.

"Katanya, mereka tidak dapat memulangkannya sekarang kerana perlu disimpan di setor terlebih dahulu," kata Fadiah sambil menambah Fuat tidak menjelaskan mengapa kotak derma tersebut dirampas.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, Haziq Abdul Aziz berkata Fuat memberitahu mereka yang dia akan "cuba" mengenal pasti pegawai yang mengambil kotak derma tersebut.

Haziq menambah DBKL turut merampas beberapa khemah dan bendera, tetapi para pelajar berhasrat untuk terus berkhemah di situ malam ini.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berbuat apa-apa dengan begitu ramai kami di sini tetapi kita akan lihat apa yang berlaku pada waktu pagi," katanya.-mk

Saifuddin dakwa Misi Shafee Luar Negara ada Kaitan Kes Scorpene

Saifuddin dakwa Misi Shafee Luar Negara ada Kaitan Kes Scorpene

Reaksi Datuk Mohamad Shafee Abdullah dalam isu memohon penangguhan kes yang dikendalikannya bagi membolehkan beliau menjalankan suatu misi sulit di luar negara tidak menjelaskan apa-apa.

Sebaliknya reaksi beliau lebih banyak menimbulkan persoalan adakah misi sulit beliau di luar negara itu melibatkan inkues kes komisen pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di mahkamah Perancis yang melibatkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak sebagai saksi.

Demikian persoalan yang diajukan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti itu hari ini.

“Malangnya penjelasan beliau bahawa berita tersebut adalah mengarut dan langsung tidak menjawab isu pokok, malahan mengundang lebih banyak persoalan.

“Shafee hanya perlu menjawab jika benar beliau ada berkunjung ke Paris sepertimana beliau nyatakan dalam surat itu adakah ianya punya kaitan dengan perbicaraan kes pembelian kapal selam scorpene yang turut membabitkan PM yang dinamakan sebagai saksi,” kata saifuddin.

Menurut Saifuddin, Shafee hanya perlu menjawab beberapa persoalan yang dikemukan berhubung pemergian beliau ke luar negara dari 1 April hingga 25 April.

“Shafee hanya perlu menjawab samada beliau ada menghantar surat bertarikh 23 Mac 2012 kepada ketua hakim negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya memohon penangguhan kes mulai 1 April hingga 25 April dan memberikan salinan kepada PM dan isterinya, Datin Paduka Rosmah Mansor.

“Shafee hanya perlu jawab samada beliau ada menyatakan dalam surat tersebut bahawa beliau telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menguruskan suatu tugasan perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

Dalam sidang akhbar itu, PKR turut mencabar agar Shafee berani menyatakan kebenaran berhubung isu ini.

“Memetik kata-kata beliau, “if only they know the truth” kita mencabar Shafee tanpa perlu berbelit-belit, nyatakan apakah ‘kebenaran’ yang beliau sembunyikan itu,” kata Saifuddin.

Dalam sidang media yang sama, PKR turut menuntut Najib turut memberikan penjelasan adakah benar kerajaan telah melantik Shafee sedangkan sepatutnya tugasan ini dijalankan oleh Peguam Negara atau lebih wajar Najib dan Rosmah melantik peguam peribadi.

Saifuddin menjelaskan PKR akan memohon agar Majlis Peguam merujuk Shafee sebagai kes pelanggaran disiplin sekiranya Shafee dan Najib gagal memberikan jawapan berhubung isu terbabit.

“Kiranya Shafee tidak dilantik Kerajaan Malaysia, tidak juga sebagai peguam peribadi PM dan isteri dan langsung tidak berada di New York, London, Dubai, Paris dan Basel sepertimana dalam alasan penangguhan kes beliau, kita mendesak PM membuat aduan kepada Majlis Peguam supaya tindakan dapat diambil ke atas Shafee.

“Kiranya PM terus berdiam, maka PKR memohon kepada Majlis Peguam untuk merujuk Shafee sebagai suatu kes pelanggaran displin,” ujar Saifuddin lagi.

Selasa, 24 April 2012

Tanah pun sokong Bersih 3.0

 Tanah pun sokong Bersih 3.0

KUALA LUMPUR: Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) yang terdiri daripada gabungan 70 pertubuhan NGO dan parti politik menyokong himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada Sabtu, 28 April ini di Dataran Merdeka.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, ahli-ahli dan penyokong Tanah seramai 10 ribu orang akan berarak bermula daripada Menara Maybank di Puduraya mulai jam 1.30 petang menuju ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Ahli dan penyokong Tanah akan berpakaian putih berlambang Pulau Batu Puteh yang menjadi salah satu tuntutan untuk dibicarakan semula. Kain lilitan kuning akan di ikat pada tangan sebagai tanda sokongan Tanah kepada Bersih 3.0,” katanya dalam kenyatan kepada Harakahdaily.

Selain beliau, Mazlan berkata, antara pimpinan Tanah yang akan bersama dalam perarakkan intu adalah Salahuddin Ayub, Datuk Dr Mahfoz Mohamad, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Suhaizan Kaiat, Amni Jagat, Suhaimi Said, Man Kadir (Pak Jabit) dan ramai lagi.

Menruutnya lagi, beberapa bekas pimpinan Umno pun turut dijangka akan bersama dalam perarakan ini.

Beliau turut memberitahu, sepuluh tuntutan Tanah adalah:

1. Tuntut Semula Pulau Batu Putih.
2. Siasat Penyerahan Tanah KTM Tanjung Pagar
3. Hentikan Pengurniaan Tanah Kepada KPRJ/Kroni.
4. Rampas Tanah Penyeleweng.
5. Selamatkan Tanah Rizab Melayu.
6. Wartakan Tanah Rizab Orang Asal.
7. Ketelusan Pengurniaan Tanah.
8. Pemilik Tanah Miliki Ekuiti Projek Mega.
9. Selesaikan Projek Rumah Terbengkalai.
10. Hentikan Manipulasi & Kurangkan Birokrasi.

Katanya, Tanah akan mengadakan Himpunan Tanah Rakyat pada Sabtu, 5 Mei depan jam 2 petang di Plaza Angsana, Johor Baharu.

“Tanah menyeru semua rakyat Malaysia untuk turut serta bersama menyokong himpunan Tanah sebagai tanda simpati kepada nasib rakyat yang tertindas akibat kelemahan kerajaan menguruskan hal ehwal tanah di negara ini,” ujarnya.-hd

MyKas : Kad Pengenalan mempunyai tarikh luput LAYAK mengundi



 MyPR

Pada 1 Jun 2006, MyPR telah diperkenalkan sebagai mengganti kad pengenalan merah untuk pemastautin tetap Malaysia. 'My' membawa maksud yang sama seperti MyKad (Malaysia) manakala 'PR' adalah singkatan kepada bahasa Inggeris, Permanent Resident.

MyPR berwarna merah sepenuhnya mengandungi semua data utama sama seperti pemegang MyKad. Namun begitu di belakang MyPR mempunyai cetakan data mengenai negara asal pemegang MyPR termasuk nombor permit permastautin tetap.

Penggunaan set nombor kad pengenalan 12 digit yang sama digunakan pada MyKad dan MyKid dan cuma dibezakan dengan kod tempat kelahiran mengikut tempat dilahirkan, biasanya kod 71 yang mewakili kelahiran di luar negeri.



MyKas

Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (KP hijau)  mula dicetak di atas kad pengenalan bentuk baru (berwarna hijau) bermula 20 April 2010. Kad Pengenalan Sementara ini dinamakan MyKas dan tempoh sahlaku adalah selama 5 tahun./tarikh luput/ Expired Date

Bagi pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara sedia ada yang ingin menukar kepada MyKas adalah dibenarkan tetapi mereka akan dikenakan bayaran permohonan sebanyak RM40.00. Tiada sebarang perubahan mengenai prosedur penerimaan permohonan seperti mana sebelum ini.





Yang di pertikaikan,bukan tentang kad-kad ini.
Yang di pertikaikan,bagaimana Mereka ini akan Mengundi pada PRU ke 13 nanti(lihat cerita selanjutnya di sini)

PTPTN: Video DBKL rampas khemah

DBKL rampas khemah-PTPTN


KUALA LUMPUR 24 April: Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengganggu perkhemahan mahasiswadi Dataran Merdeka apabila merampas khemah dan kanopi serta memasang pita di sekitar kawasan itu, jam 6.45 pagi.

Mengikut twitter, mereka juga menghalau mahasiswa yang kebanyakannya masih tidur tanpa memberi cukup masa untuk mengambil barangan peribadi masing-masing.

Bagaimanapun, bekalan makanan dan minuman mereka tidak dirampas.
“Kamu boleh rampas khemah kami tapi kamu tak boleh rampas semangat kami!” tulis twitter kendalian kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai OccupyDataran, pagi ini.

Mereka bergabung dengan kumpulan mahasiswa yang merintis perkhemahan itu sebaik sahaja demontrasi Mansuh PTPTN berakhir Sabtu lalu.

Mereka bercadang untuk terus berkhemah sehingga 28 April – tarikh acara Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 berlangsung.

Dalam perkembangan terbaru, mahasiswa Umar Mohd Azmi yang ditahan dan dihadap ke mahkamah semalam atas dakwaan menghalang tugas pegawai DBKL, dibebas dengan jaminan RM1,000.

Twitter Zahida Rafik 'Panas' Dengan Sindiran

Rumah elit Zahida Rafik


PETALING JAYA: Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu.

Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan.

Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: “Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara.”

Zahida pula membalas dengan berkata; “Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau…Sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula?

Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: “Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran.”

Zahida pula membalasnya; “Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya.”

Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya.

Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; “Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim.”

Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; “Bersabarlah dengan dugaan yang diberi... Insya-Allah ada hikmahnya.

Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut.

Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Bagaimanapun, Zahida dan menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnah mereka.

Isnin, 23 April 2012

Gerakan Mahasiswa Kembali Berkhemah di Dataran

Gerakan Mahasiswa

SHAH ALAM 23 APR : Gerakan Mahasiswa menuntut pendidikan percuma dan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kembali berkampung di Dataran Merdeka hari ini.

Sebelum ini gerakan tersebut memberi laluan kepada penganjuran Konsert Diraja pada 21 April lalu setelah berkampung dilokasi itu lebih daripada seminggu.

Aktivis Mahasiswa, Adam Adli berkata setakat petang ini hampir 15 ke 20 mahasiswa telah kembali berkampung untuk meneruskan kempen mereka sehingga BERSIH 3.0 pada 28 April.

“Walaupun berlaku insiden serangan dan merampas barangan kami ditambah dengan penahan beberapa orang aktivis oleh DBKL dan polis, kami nekad untuk meneruskan protes ini.

“Alhamdulillah ada beberapa pihak yang tampil memberi sokongan dan bantuan seperti khemah baru kepada kami bagi mengantikan khemah yang musnah,” ujarnya.

Adam menambah, dengan berbakikan 5 hari hari sementara menunggu BERSIH 3.0, pihaknya akan terus bertahan walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan seperti yang dialami mereka sebelum ini.

“Tiada apa yang perlu ditakutkan, protes ini adalah suara kami, semakin kuat kita ditekan, bermaksud kita semakin hampir dengan kejayaan.

“Bila kita meletakan niat untuk turun memprotes, sewajarnya kita telah bersiap untuk terima sebarang bentuk ancaman, kita perlu ingat bahawa kita tidak keseorangan dalam perjuangan seumpama ini,” katanya.

Lokasi yang sama juga bakal digunakan untuk penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 yang bakal diadakan 28 April ini.

Minggu lepas, perkhemahan aktivis itu diganggu dan diserang beberapa kali. Khemah mereka dirampas dan dirobohkan dua kali oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Mereka juga diserang oleh 50 orang samseng pada malam April 19 yang memusnahkan perkhemahan mereka. Seorang aktivis cedera di dalam serangan tersebut.

Zuraida Kamaruddin menanti saman dari Shafie Apdal dan Zahida Rafik

 Shafie Apdal dan Zahida Rafik


SHAH ALAM, 23 APR : MP Ampang Zuraida Kamaruddin sedia untuk disaman berhubung kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita dengan menteri kabinet yang dibuat minggu lepas.

“Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak saman maka kita bersedia,” kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata demikian bagi mengulas reaksi pelakon, Zahida Rafik, yang menafikan dakwaan yang beliau terlibat di dalam hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.

Zahida di dalam kenyataan yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial twitter, menafikan dakwaan itu dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Zuraida, pendedahan perkara itu dibuat atas dasar ingin membantu pemandu peribadi Zahida yang dipercayai menjadi mangsa di dalam kes tersebut.

Katanya, pihaknya juga mahu menteri yang dikaitkan dengan kes itu untuk memberi penjelasan.

“Kita buat pendedahan ini atas dasar membantu pemandu pribadinya mendapat pembelaan sewajarnya. Ia adalah berdasarkan segala dokumen dan bukti yang dimilik.”

Zuraida berkata, beliau telah menjangka bahawa Zahida akan menafikan perkara itu.

Di dalam sidang media pada Apr 18 Zuraida mendedahkan satu laporan polis yang kononnya dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Mohd Azuan Abdullah.

Di dalam laporan itu, Mohd Azuan mendakwa Zahida mengkhianatinya dengan membuat laporan palsu kononnya dia telah melarikan wang sejumlah RM200,000.

Mohd Azuan mendakwa Shafie telah mengarahnya supaya menjadi pemandu peribadi kepada Zahida dan menjadi perantara antara pelakon itu dan Shafie.

Beliau menyatakan telah berkhidmat selama tiga tahun dan meletak jawatan pada 29 Februari lalu kerana tidak tahan dengan tekanan tinggi akibat jawatan itu.

Zahida menafikan dakwaan Mohd Azuan apabila menulis di dalam laman Twitter-nya, pada 19 dan 20 April lalu.

Beliau menulis:

“Wow!!! Besnya if tis story is tru!! Kesian my x driver tu, sanggup buat cite palsu semata2 utk buat duit!! May allah bless him!

(Wow, besnya kalau cerita ini benar. Saya berasa kesian pada bekas pemandu saya itu kerana sanggup buat cerita palsu semata-mata untuk buat duit. Moga Allah Merahmatinya!)

Zahida berkata beliau tidak berdiam diri dan sudah melantik peguam untuk menyelesaikan isu ini.