:

1.8.2010.Jika anda mempunyai sebarang info, pandangan, artikel untuk dikongsi e-mailkan ke: dotkiff @ gmail.com. penulis - Kiff

Pengumuman

Di sebabkan Bertukar Template, artikel lama kelihatan gelap,Gunakan paparan "Dinamic View" di Menu Bar atas.

Chop Mohor

Jangan tengok je.. ye..

Advertise

Pengerusi Persatuan Sekolah Mubaligh Kristian jadi Timbalan Menteri Pelajaran

Khamis, 16 Mei 2013 | 0 comments



Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan pembentukan kabinet baharu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai bukti bahawa perjuangan akidah dan bangsa bukanlah merupakan agenda utama UMNO dan Barisan Nasional

Ini terbukti apabila berisan kabinet tersebut tidak banyak mengetengahkan individu-individu yang dilihat vokal dalam isu akidah dan bangsa Melayu.

Dari sudut akidah sebagai contoh, Datuk Seri Najib jelas mengambil risiko dengan melantik Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia ( Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia) adalah merupakan antara tokoh yang memperjuangan status sekolah mubaligh agar disamakan dengan sekolah kebangsaan. Hasil perjuangan beliau juga, sebanyak RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah Bajet 2013.

DPPNK ingin mempersoalkan apakah agenda Datuk Seri Najib membawa masuk individu sebegini di dalam Kementeria Pelajaran jika tidak untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah mubaligh dan dalam masa yang sama tiada tokoh yang akan memperjuangkan sekolah agama rakyat? Tidakkah ini juga merupakan tindakan berisiko untuk silibus pengajian murid-murid di sekolah kebangsaan yang pastinya akan turut menerima kesan ialah anak-anak kita semua?

Demikian juga tindakan Datuk Seri Najib membawa masuk Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy ke dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengenepikan suara-suara badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bangsa Melayu turut dianggap sebagai umpan untuk menarik kembali undi bukan Melayu kepada Barisan Nasional.

Dalam hal ini, DPPNK ingin sekali mengetahui sikap badan-badan bukan kerajaan seperti PERKASA dan JATI yang jelas hanya dibakulsampahkan dalam pembentukan kabinet ini.

Selain itu, kegagalan Datuk Seri Najib untuk membawa masuk lebih ramai tokoh agama ke dalam kabinet membayangkan slogan UMNO selama ini sebagai pejuang agama Islam hanyalah retorik semata-mata.

Jika sebelum ini sekurang-kurangnya kabinet Malaysia mempunyai Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Dr Masyitah Ibrahim, kini hanya tinggal satu nama iaitu Jamil sebagai tokoh yang berlatarbelakangkan agama dalam kabinet baharu ini.

Di mana suara para ulama yang sebelum ini kuat membela UMNO/Barisan Nasional dalam isu kalimah Allah dan sebagainya? Adakah sudah menjadi kukur kelapa yang digunakan ketika kenduri dan disandar di hujung dapur apabila musim kenduri sudah habis?

Bagaimanapun konteks Kelantan, DPPNK mengharapkan agar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dilantik untuk penggal seterusnya dapat memainkan peranan yang lebih aktif membantu membawa pembangunan ke Kelantan. Ini ditambah pula dengan kejayaan besar beliau memenangi DUN Ayer Lanas dengan majoriti 47 undi membolehkan beliau untuk menajdi jambatan penghubung di antara kerajaan Kelantan dan kerajaan Pusat.

Apapun, bagi pihak DPPNK, tiada yang mengejutkan dalam kabinet baharu Datuk Seri Najib ini, transformasi yang dilaungkan hanyalah transformasi label dan pembungkus sahaja sedangkan isi dalamannya masih sama bahkan lebih tidak mustahil lebih teruk daripada yang sebelumnya.


MENJELANG pilihan raya umum lalu, seorang penceramah agama berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku, menangkanlah BN dalam pilihan raya ini. HambaMu ini bimbang ya Allah, kalau-kalau surau kami ini bertukar menjadi gereja jika Pakatan menang."

Doa ini dibacakan oleh seorang bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah di negeri Terengganu yang bergelar datuk, bukan calang-calang guru agama Umno.

Ia dibacakan sebaik sahaja dia selesai memberikan kuliah bulanan di surau yang asalnya masjid itu di bawah parlimen Marang.

Namun memandangkan Marang adalah kubu kuat PAS dan politik bandar mempengaruhinya, sentimen tidak betul ini ditolak oleh masyarakatnya.

Calon BN kalah di peringkat DUN dan juga Parlimennya. Namun, menggunakan sentimen masjid akan bertukar gereja jika Pakatan menang, PAS jadi tunggangan DAP dan nasib orang Melayu akan tergadai di bawah Pakatan, Terengganu tidak berjaya berubah sepenuhnya.

Sentimen yang sama juga berjaya menambahkan bilangan anggota Parlimen Umno dan mengekang kerajaan Pusat dari jatuh ke tengan Pakatan Rakyat.

Sentimen yang sama juga berjaya menghalang orang Melayu di kebanyakan kawasan di Johor masih mengundi BN walaupun semua rakan-rakan Cina mereka sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Semuanya kerana orang Melayu khasnya yang tidak terdedah kepada maklumat mengundi dengan sentimen sedangkan orang Cina mengundi dengan fakta.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya walaupun tidak berapa lengkap. Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.

Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya. Sekarang boleh kah orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia? Tentu tidak lojik tetapi ia satu yang wajar diperkatakan.

Mary dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam. Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin manakala Menteri Pelajaran II adalah Datuk Seri Idris Jusoh yang ditolak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu oleh istana.

Perlantikan Mary dibuat ketika Najib mengumumkan berlakunya 'tsunami Cina' dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia pula menyiarkan kenyataan agen Umno yang mengajak "Bersatulah Melayu". Sebelum itu, Utusan jugalah yang menyiarkan berita di muka depannya, "Apa lagi yang Cina mahu".

Inilah hipokritnya politik BN. Di bawah, jentera penerangan dan kempennya berkempen Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan menang.

Surau dan masjid pula akan jadi gereja jika Pakatan menang. Mereka yang tidak cukup maklumat dan hanya membaca Utusan dan menonton TV3 termakan dengan kempen ini. Ia kerana kempen ini menggunakan sentimen bukannya fakta. Sampai bila sebenarnya Umno mahu bergantung dengan kempen sebegini? Rakyat Malaysia semakin bermaklumat. Semakin hari semakin ramai rakyat yang akan akses kepada maklumat melalui internet.

Kita berharap, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru faham sentimen ini. Janganlah menipu rakyat dan percayalah jika hendak ditipupun, hanya sekali orang akan percaya. Tetapi selepas dua atau tiga kali kena tipu, percayalah rakyat akan humban kamu ke tong sampah zaman.

Kita terkedu apabila mereka meluluskan pembinaan gereja terbesar Asia Tenggara di Bukit Jalil yang telah pun siap dan dibuka pada 1 April 2013. Kini kita disajikan dengan berita Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dipilih menganggotai kabinet Najib.

PRU13:Terimalah ketentuannya

Isnin, 6 Mei 2013 | 1comments

Ingat pesan Tuan Guru Dr Harun Din -

 "Kalau Allah nak bagi kita menang, Dia boleh memberinya dgn sekelip mata. Tapi saja Allah tangguhkàn nak uji istiqamah kita, kesabaran kita.."

Ayuhlah sahabat seperjuanganku..!! Kita pujuk balik hati kita yg tengah remuk dan kecewa dgn hakikat ini.. Ini adalah pengaturan Yang Maha Esa, bukan pengaturan manusia..

Kita tidak kalah, cuma kita belum menang! Jika kita menganggap ini satu kekalahan, jgn jadikan ia peluntur semangat utk putus asa dlm istiqamah mujahadah kita.. Tapi anggaplah kekalahan ini sebagai permulaan utk kemenangan kita..

Insya Allah.. Bersangka baiklah pada Allah.. Dia sedang mengatur sesuatu yg terlebih baik utk kita di depan sana.. Jgn luntur, jgn mundur.. Teruslah beristiqamah!

Allah Memantau, Memerhati, Menguji sebelum Memberi.. Jgn takut, jgn sedih, Allah Bersama kita !

Hasbunallah wa ni'mal wakiil...


Dalil Al Hadis Dari Nukman bin Basyir, katanya…

‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’ Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan. Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda. “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu sepertiyg Dia kehendaki.” Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian Rasulullah SAW pun diam…. ~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalamkitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.]

PRU13:Umno Tidak Pernah Buka Al-Quran

Khamis, 2 Mei 2013 | 0 comments


HULU LANGAT 2 MEI: Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa Umno-BN tidak pernah membuka Al-Quran semasa menguruskan parti sepanjang beliau menjadi ahli dan pemimpin parti berkenaan

 Meskipun Umno-BN bertanggungjawab di dalam pembangunan serta pembinaan institusi masjid dan sekolah agama namun mereka tidak pernah melaksanakan tuntutan seperti yang diajar di dalam Al-Quran.

Lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib, tindakan ini berbeza dengan perjuangan PAS yang menggunakan sepenuhnya kreadibiliti ulama dan Ilmuan agama dalam memacu pentadbiran parti malah menjadikan Al-Quran sebagai panduan perjuangannya.

“Saya tengok masa saya dalam parti (Umno-BN) dari peringkat rendah hingga Malaysia, minta maaf tuan-tuan dan puan-puan Umno tidak pernah sekalipun membuka Al-Quran.

“Kalau ada Ketua Cawangan dan semua di sini pernah tak anda membuka Al-Quran, ikut ajaran Quran semasa mentadbir parti. Pernah tau tidak?” soalnya kepada penduduk Kampung Jawa.

Menurutnya, berbeza dengan Umno-BN, pimpinan PAS dipandu oleh golongan ulama sambil diseimbangkan oleh golongan profesional selain menjadikan Al-Quran sebagai panduan perjuangan.

Turut hadir sama, calon PAS yang juga penyandang Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dan calon PAS DUN Dusun Tua, Razaly Hassan.

Tegas Mat Taib, Pakatan Rakyat bersedia untuk mentadbir negara berdasarkan keupayaan yang ditunjukkan sepanjang mentadbir Selangor.

Ini diikuti dengan pemilihan calon yang berkredibiliti berbanding Umno-BN meskipun mereka melaungkan ‘transformasi’.

“PR sudah bersedia dan mempunyai orang yang cukup untuk memerintah Putrajaya.

Dengan nada yakin, Mat Taib percaya Selangor akan terus kekal ditadbir Pakatan Rakyat dan mentadbir semula Negeri Perak selain mengharapkan kerajaan baru di Putrajaya.

PRU13: Kempen DSN dapat Liputan dari TV ABC Australia

| 1comments


Liputan dari crew TV ABC dari Australia prjalanan kempen DSN di kg bercat, dun Changkat Jering bersama petugas.



PRU13: Calon P088 diugut "Terimalah Darah dan Daging Babi ini"

| 0 comments


Rumah penginapan calon P088, Ustaz Nasrudin Hassan di Taman Sri Semantan, Temerloh dibaling bungkusan berisi darah dan kepala ayam yang mengandungi nota ugutan.Kejadian disedari oleh beberapa pembantu beliau yang berada di dalam rumah tersebut, pada jam 7 pagi.Dijangka kerja terkutuk ini belaku sekitar jam 3-7 pagi.



Selesai buat laporan Polis Berkenaan rumah Calon P088 Temerloh dibaling dengan bungkusan berisi daging dan kepala ayam serta nota bertulis "Terimalah Darah dan Daging Babi ini"

sumber
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger