1) Mengatasi kekejangan ketika menstruasi
Berita baik untuk kaum hawa yang biasa mengalami kekejangan di bahagian abdomen ketika tempoh menstruasi. Amalan meminum teh herbal bunga lawang secara rutin mampu meredakan kesakitan bulanan. Wanita yang mengalami kekejangan abdomen ketika haid boleh amalkan teh herbal bunga lawang.
2) Meredakan batuk
Caranya mudah saja. Rendam bunga lawang dalam air suam dan sebaiknya minum pada waktu pagi. Jika anda kurang gemar meminum airnya sahaja, bunga lawang boleh diletakkan dalam minuman kesukaan anda. Ikut kreativiti masing-masing.
3) Mengatasi insomnia
Insomnia atau kesukaran untuk tidur boleh menyebabkan mood seseorang berubah menjadi buruk, konsentrasi terjejas dan lemah tubuh badan ekoran tidak mendapat rehat yang secukupnya. Oleh itu, amalan meminum teh herbal bunga lawang dapat mengatasi masalah itu kerana ia bertindak sebagai ubat penenang di mana kandungan anti-oksidan dan magnesium memberikan efek rileks untuk tubuh, sehingga lebih mudah cepat tidur. Kandungan anti-oksidan dan magnesium dalam bunga lawang boleh memberi efek rileks untuk tubuh.
4) Meningkatkan sistem imun badan
Kandungan anti-oksidan yang tinggi seperti vitamin A dan vitamin C dalam bunga lawang membantu menjadi 'perisai' tubuh badan daripada radikal bebas yang menyebabkan penyakit, misalnya influenza.
5) Menyeimbangkan kadar gula dalam darah
Sebilangan besar daripada kita mesti menggemari makanan manis, dan pengambilan secara tidak terkawal boleh mendorong kepada penyakit diabetis. Bunga lawang menyeimbangkan kadar gula dalam darah. Sebatian organik dikenali sebagai anethol di dalam bunga lawang melancarkan peredaran darah dan menyeimbangkan kadar gula dalam darah dengan cara mengatur beberapa enzim utama yang terlibat dalam metabolisme karbohidrat.
Khasiat Bunga lawang
4/
5
Oleh
Admin