Islam liberal |
PARIS – Sejak beberapa tahun lalu wanita Islam di Perancis cuba menjadi imam dalam solat.
Tetapi, dua wanita dilaporkan mengimamkan solat yang turut terdiri daripada 60 jemaah termasuk lelaki ketika insiden pada Sabtu lalu.
Akhbar Le Parisien melaporkan Eva Janadin dan Anne-Sophie Monsinay menjadi imam dalam satu acara di Paris, namun lokasi sebenar dirahsiakan atas faktor keselamatan.
Janadin dan Monsinay yang memeluk Islam kira-kira sedekad lalu merupakan pengasas bersama Voice of an Enlightened Islam (VIE) dengan tujuan untuk membuka tempat di mana mereka boleh memimpin solat Jumaat.
Menurut Janadin, detik itu kononnya amat penting kerana menjamin kesaksamaan jantina dalam Islam. "Hari ini, visi kami menjadi kenyataan. Ini dapat membangunkan model alternatif untuk mengatasi konservatisme," kata Monsinay.
Kedua-dua wanita itu juga tidak menutup aurat dengan sempurna dan salah seorang daripadanya turut memakai jeans.
Sejak 2005, Amerika Syarikat mempunyai imam wanita, Amina Wadud yang mencetuskan kontroversi apabila dia memimpin solat di New York.
Di Denmark, Imam Sherin Khankhan menubuhkan Masjid Mariam untuk wanita menjadi imam manakala Kanada, London dan Berlin juga mempunyai jemaah lelaki yang berimamkan wanita. - Agensi
sumber:berita harian
Islam liberal:Wanita jadi imam solat di Perancis
4/
5
Oleh
Admin