JAMBI - Fenomena langit bertukar menjadi warna merah semalam berpunca daripada keadaan jerebu yang sudah berada pada lapisan tinggi di atmosfera kesan daripada kebakaran hutan yang meluas.
Ketua Data Pusat Data dan Informasi (Kapusdatin) Badan Nasional Penanggulangan Bencana ( BNPB), Agus Wibowo Soet berkata, kejadian itu juga yang dikenali sebagai Hamburan Rayleigh disebabkan berlakunya pergerakan jerebu daripada titik panas.
"Warna merah tersebut merupakan kabut asap (jerebu) yang bergerak dari titik panas yang ada di wilayah bahagian selatan Riau," ujar Agus petik laporan Kompas.com, sambil berkata titik panas ini sudah muncul sejak pertengahan Ogos 2019.
Dalam pada itu menurut ahli astronomi Indonesia, Marufin Sudibyo menjelaskan bahawa fenomena langit berwarna merah bukanlah disebabkan berlakunya peningkatan suhu yang luar biasa.
"Ini nampaknya fenomena Hamburan Rayleigh. Hamburan Rayleigh itu berlaku apabila cahaya matahari telah diserakkan oleh asap, habuk atau zarah dengan menapis cahaya gelombang pendek dan melepaskan cahaya gelombang panjang yang selalunya berwarna jingga atau merah menyebabkan keadaan menjadi malap dan kemerahan," katanya.
Katanya lagi, dalam kes di Jambi, kepadatan partikel-partikel mikro dan nano di udara dianggap cukup besar sehingga lebih padat berbanding kepadatan partikel ketika udara normal. Tambahnya, kejadian ini bagaimanapun tidak memberi gangguan kepada penglihatan manusia.
Dilaporkan kejadian ini pernah terjadi di Indonesia sebelum ini ketika berlakunya letupan gunung berapi Krakatau pada tahun 1883 dan Pinatubo pada tahun 1991.
Sebelum ini tular di media sosial kejadian di Jambi yang menunjukkan langit di kawasan berkenaan tular menjadi merah meskipun ketika itu baharu jam 11 pagi
Langit merah di Jambi
4/
5
Oleh
Admin