Home » » Jam tangan Mohd. Shafiq Abdullah, 37, menjadi petunjuk

Jam tangan Mohd. Shafiq Abdullah, 37, menjadi petunjuk

Written By kiff isme on Rabu, 22 September 2010 | September 22, 2010

                                                                     


SUNGAI PETANI 22 Sept. – Seutas jam tangan yang disahkan milik seorang kontraktor yang dilapor hilang April lepas, Mohd. Shafiq Abdullah, 37, menjadi petunjuk kemungkinan lelaki itu senasib dengan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Isteri kontraktor itu, Samson Nahar Mohamed Dali, 35, berkata, dia dipanggil oleh polis untuk mengenal pasti jam tangan berkenaan ketika ke Banting minggu lepas bagi membantu siasatan.

"Saya tak pasti macam mana polis jumpa jam itu tapi yang saya ingat jumpa di ladang, saya cam jam itu sebab suami ada banyak jam berjenama tapi satu itu saja yang bertali kulit jenama Puma,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Bunga Raya, di sini hari ini.

Samson Nahar berkata, beliau dipanggil oleh polis kerana dalam kenyataannya mengenai kehilangan suami di balai polis Petaling, Kuala Lumpur April lepas, beliau memberitahu telah menghubungi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati untuk mencari Mohd Shafiq.

Beliau berkata, laporan polis mengenai kehilangan suaminya dibuat pada 13 April lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini dan kes itu kemudian dipindahkan ke balai polis Petaling kerana suaminya hilang di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, polis juga telah mengambil sampel untuk ujian DNA daripada ibu Mohd. Shafiq yang kini menetap di Dengkil, Selangor.

"Polis juga ada meminta barang-barang peribadi suami, saya ada serahkan kasut suami minggu lepas kerana itu sahaja yang ada untuk membantu siasatan dan saya dimaklumkan keputusan DNA akan siap dalam dua minggu,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.