Selasa, 21 September 2010

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan






 PUTRAJAYA 21 Sept. - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan tuduhan liwat yang dihadapinya.


Notis rayuan tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Peguam Anwar, Karpal Singh berkata, beliau akan menulis kepada Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi bagi memohon tarikh awal pendengaran kes rayuan itu.

Semalam, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Ogos lalu yang menolak permohonan keduanya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Related Posts

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan
4/ 5
Oleh