UMNO masih lagi cuba mempolitikan isu bukan islam memasuki masjid/surau
hanya ingin menarik sokongan orang melayu terhadap umno/bn
hanya ingin menarik sokongan orang melayu terhadap umno/bn
SIK 29 Ogos - Tindakan pembangkang yang menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik tanpa mengira keadaan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Katanya, isu seperti doa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat dan majlis ‘tazkirah’ seorang wakil rakyat DAP di sebuah surau di Selangor menyebabkan banyak pihak marah kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan.
Oleh kerana itu, katanya, kerajaan terpaksa tampil membuat penjelasan mengenai keadaan sebenar kepada pihak terbabit agar tidak menjadi masalah besar hingga boleh menimbulkan pergeseran.
Cuba baca pula keputusan Majlis Fatwa yang membenarkan orang bukan islam memasuki masjid
Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Keterangan/Hujah:
- Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
- Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
- Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
- Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.
Datuk Seri Jamil Khir Baharom masih mempolitikan isu masjid
4/
5
Oleh
Admin