Isnin, 30 Ogos 2010

Kecaman ahli-ahli politik UMNO

Menteri di Jabatan Perdana Menteri , pernah berkata sebegini :-
"Tindakan pembangkang yang menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik tanpa mengira keadaan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini," 


Kemarahan itu datangnya dari orang-orang UMNO sahaja,bukannya dari orang-orang islam keseluruhanya.
Minda orang-orang UMNO ini masih lagi di jajah dengan islam itu melayu,Melayu itu islam


Dalam kemarahan orang islam umno,mengapa masih adalagi ahli AJK surau yang menjemput ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching untuk majlis berbuka puasa.


teo nie qing attending buka puasa at bangi surauMeskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.



Malah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya.

Teoh yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya.

Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal.

Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu.

Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan 
besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam.

Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teoh:-m/kini







Apakah adab sebegini tidak mencermarkan masjid








Di mana orang-orang UMNO,mana dia Datuk Seri Jamil Khir Baharom,yang memperjuang kan islam.

Related Posts

Kecaman ahli-ahli politik UMNO
4/ 5
Oleh