Home » » Menyampaikan tazkirah boleh mengancam keselamatan negara

Menyampaikan tazkirah boleh mengancam keselamatan negara

Written By kiff isme on Sabtu, 28 Ogos 2010 | Ogos 28, 2010

Memberi tazkirah boleh mengancam keselamatan negara...
Mana dia belajar ni....

 SHAH ALAM 28 Ogos – Pemuda UMNO Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tindakan seorang Ahli Parlimen Selangor daripada DAP yang menyampaikan sumbangan dan memberi ”tazkirah” di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.


Ketua Penerangannya, Safarizul Mustafa berkata, tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching itu tidak harus dipandang ringan kerana jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara.

"Kami memandang serius ahli politik dan orang bukan Islam memberi ucapan dalam masjid atau surau di Selangor sebab ia seolah-olah tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam serta boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan memorandum itu di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini.

Safarizul berkata, memorandum tiga muka surat itu antara lain mendesak kerajaan Selangor menerusi Pejabat Menteri Besar, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyingkirkan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali daripada jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Adat-adat Melayu negeri.
Katanya, ini kerana Dr. Hasan yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, dilihat gagal memberi nasihat kepada wakil rakyat bukan Islam daripada DAP berhubung apa yang dibenarkan dan batasan dalam Islam.

"Pemuda UMNO Selangor juga mahu pengerusi, imam dan anggota jawatankuasa Surau Al-Huda yang menjemput dan membenarkan Nie Ching menyampaikan ”tazkirah” tanpa tauliah di surau itu dipecat serta-merta,” katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.