Isnin, 29 Ogos 2011

PSM: Teliti konteks ceramah Mat Sabu

PSM: Teliti konteks ceramah Mat Sabu

PSM berpendirian bahawa apa yang tertulis dalam Utusan Malaysia bukanlah isu sebenar dan konteks sebenar apa yang telah diceramahkan oleh Mohamad Sabu  Timbalan Presiden PAS mengenai isu Bukit kepong dan Kemerdekaan Tanah Melayu.

 PSM berpendirian sebegini kerana semasa penahanan ahli PSM pada bulan Julai lalu dan kemudiannya penahanan mereka dibawah EO, Utusan Malaysia dan PDRM juga membuat pelbagai tohmahan dan cerita palsu seperti ada senjata dalam bas, PSM mahu mencetuskan perang ke atas yang Dipertuan Agung, mahu menghidupkan PKM, ada agen luar negara dan sebagainya. Ajaran yang PSM belajar adalah Utusan Malaysia kebal bercakap bohong dan tidak ada apa yang boleh dilakukan. Begitu juga ada ahli PERKASA dan orang UMNO seperti Ezam yang boleh membuat ugutan berunsur jenayah tetapi mereka kebal dan tiada tindakan diambil terhadap mereka..

Justeru itu, PSM berharap konteks apa yang Mohamad Sabu katakan sebenarnya harus diteliti. Ini adalah kerana sejarah negara ditulis dari kacamata UMNO yang telah bersekongkol dengan British untuk mendapat kemerdekaan. Terdapat juga banyak buku sejarah yang telah dikarang mengenai versi ini oleh sejarahwan. Pejuang-pejuang kiri seperti Boestaman, Samsiah Fakeh, Burhanuddin Al-Helmy dan lain-lain pejuang kemerdekaan tidak diberi ruang secukupnya dalam sejarah yang dikarang dan diterbit oleh UMNO..

PSM juga sedih apabila Timbalan Ketua Polis negara begitu terburu-buru mengeluarkan kenyataan meminta Mohamad Sabu membaca buku sejarah. Sebagai seorang Pegawai Polis beliau sepatutnya menyiasat samada kenyataan Mohamad Sabu mempunyai unsur jenayah atau tidak. Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti seorang ahli UMNO atau ahli politik. Jika beliau ingin menyertai politik, bersaralah dan masuklah gelanggang politik..

PSM berharap pihak polis yang neutral atau badan bebas seperti SUHAKAM menyiasat kenyataan Mohamad Sabu.

Sabtu, 27 Ogos 2011

perpecahan Melayu semakin parah

perpecahan Melayu semakin parah

KUALA LUMPUR 27 OGOS : Bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff menegaskan perpecahan Melayu yang didakwa semakin parah turut disebabkan tindakan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan berbeza daripada rakyat.

 Selain itu tegas pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perpecahan Melayu juga berpunca daripada tindakan kerajaan mengetepikan hak orang Melayu sepertimana yang berlaku di Kelantan.

“Saya setuju sangat dengan padangan Harussani tapi saya nak tambah lagi dua iaitu perpecahan Melayu juga berpunca dari sikap kerajaan yang tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada rakyat... kalau kerajaan tidak mahu orang Melayu berpecah, kerajaan perlu dengar dan terima pandangan yang berbeza sebab itu punca orang Melayu berpecah tapi masalahnya kerajaan takut nak dengar.

“Berpecah orang Melayu ini juga sebab diskriminasi dan ketidakadilan kepada orang Melayu itu sendiri seperti mana yang berlaku di Kelantan sebab itu perpecahan ini berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti baru-baru ini, Harussani berkata perpecahan di kalangan Melayu berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Tegas Agus, perpecahan Melayu boleh dielakkan sekiranya kerajaan menerima setiap kritikan dan pandangan berbeza yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja termasuk Pakatan Rakyat.

“Sedangkan kerajaan boleh lakukan pelbagai cara dan saya takut perpecahan orang Melayu ini akan meruntuhkan negara, kita ada ramai ahli akademik dan pembangkang yang memberikan pandangan tapi kerajaan tidak mahu dengar.

“Sekarang kita lihat tiada lagi orang Melayu yang berani untuk beri pandangan yang berbeza dengan kerajaan, ini yang menyebabkan kelemahan orang Melayu... kerajaan perlu berani mendengar pendapat yang berbeza,” katanya. Tambah beliau:

“Tiada guna adanya ahli akademik kalau semua jadi pak angguk.”

Agus menambah isu perpecahan Melayu bukan isu politik dan pandangan Harussani perlu diambil berat.

“Ini bukan isu politik, ini pandangan mufti untuk beritahu kenapa orang Melayu lemah dan berpecah.

“Saya setuju dengan pandangan Harusani itu, ia adalah pandangan yang baik tapi kerajaan tidak mahu terima,” katanya.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu tampil membuat penjelasan sama ada bersetuju atau tidak dengan pandangan Harussani itu.

“Apa yang dikatakan Harussani itu antara sebab mengapa wujud perpecahan, barangkali perdana menteri perlu mengeluarkan kenyataan balas sama ada beliau setuju dengan pandangan mufti Perak itu atau tidak.

“Penjelasan harus diberikan supaya tiada lagi spekulasi lain kerana ia keluar daripada Harussani,” katanya.

Jelas beliau, banyak faktor yang menyebabkan perpecahan orang Melayu berlaku bukan hanya tiga perkara yang dibangkitkan Harussani.

“Bagi saya perpecahan orang Melayu itu mungkin berpunca daripada parti politik macam PAS dan Umno dan saya rasa kalau kedua-dua parti ini duduk bertemu perkara ini boleh diatasi.

“Sebab isunya sekarang adalah Melayu-Islam, utamakan perpaduan dan ketepikan fahaman politik dan titik imbangan itu, ini bukan kerjasama politik tapi untuk perpaduan orang Melayu,” katanya.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Askar berumur 111 tahun masih berkhidmat dalam tentera

Askar berumur 111 tahun masih berkhidmat dalam tentera

Keajaiban dalam daftar pemilih undi semakin menjadi-jadi dengan penemuan 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai, seorang askar dengan dua isteri yang nama mereka sama, seorang askar berumur 111 tahun yang masih lagi berkhidmat dalam tentera dan seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas.

 Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini..

Beliau berkata, DAP telah menemui 21 nama daripada beberapa keluarga Cina dan India yang berdaftar sebagai tinggal di sebuah kedai yang dijadikan pusat khidmat tidak rasmi seorang pemimpin MCA di Negeri Sembilan..

Kedai itu yang beralamat di A11-2 Metrix Medan Jalan Manikawasagan, Seremban mempunyai 10 pengundi Cina dan 11 India..

“Ini membuktikan satu penipuan yang jelas kerana tidak munasabah sebuah kedai, dan bukannya rumah, boleh mempunyai begitu ramai pengundi daripada keluarga yang berbeza,” katanya..

Menurutnya, satu lagi keganjilan yang ditemui ialah nama seorang pengundi di kem tentera Jalan Rasah, iaitu Nor Hisham bin Md Darus dengan kad pengenalan tentera T1091492..

“Apa yang pelik di sini ialah Nor Hisham ini mempunyai seorang isteri bernama Khadijah Binti Husin yang mempunyai dua kad pengenalan, iaitu 79022011518 dan 700220115182..

“Adakah Nor Hisham ini mempunyai dua isteri dengan nama yang sama dan ejaan nama yang sama?” katanya..

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, ini adalah tidak mungkin kerana Khadijah membuat pendaftaran baru sementara Khadijah ‘yang kedua’ baru sahaja mendaftar sebagai pengundi..

Dalam masa sama juga, beliau mempertikaikan bagaimana seorang anggota tentera bernama Hisni Bin Isnain yang bernombor tentera T1102918 dan lahir pada 24 Julai 1900, masih berkhidmat di kem tentera Sunggala, Bagan Pinang..

“Hebat sekali anggota tentera kita. Sudah berumur lebih 100 tahun pun masih berkhidmat,” ujarnya..

Loke yang juga Adun Lobak berkata, DAP juga menemui dalam daftar pemilih nama seorang pengundi Swee Lan @ Chia Swee Lan yang lahir pada 17 September 1918 yang mempunyai kad pengenalan baru dan lama bernombor 410917055006 dan 1559230..

Daripada maklumat dua kad pengenalan itu, tidak dapat dipastikan sama ada Swee Lan telah dilahirkan dua kali, iaitu pada 1918 dan 1941..

“Ini hanya di kawasan Parlimen dan DUN saya sahaja, dan hanya beberapa kes sahaja yang dapat kami kesan, kerana bukannya mudah untuk mengesan pengundi-pengundi misteri ini,” kata Loke..

Justeru, beliau berkata, walau pun penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) adalah satu langkah yang boleh diterima, tidak ada gunanya jika masalah pelik yang boleh menimbulkan keraguan dalam sistem pilihan raya negara gagal diatasi..

“Begitu juga kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya yang angkuh kerana mengatakan mereka boleh menolak apa-apa keputusan PSC. Maksudnya, masalah-masalah ini tidak akan selesai,” katanya..

Oleh itu, beliau berkata DAP bersama PAS dan PKR akan terus mengutarakan perkara berhubung pengundi hantu, penipuan daftar pemilih dan ketidakadilan pengundian pos agar setiap rakyat Malaysia sedar betapa kotornya sistem pilihan raya yang sedia ada..

Katanya, Pakatan Rakyat akan sentiasa mendesak reformasi menyeluruh berhubung masalah senarai pengundi yang kian meruncing..

“Kita melihat serius perkara ini dan ianya makin meningkat dari hari ke hari..

“Oleh itu kita sentiasa mendesak supaya ada iltizam politik oleh Perdana Menteri untuk reformasi dalam pilihan raya umum, dan ia bukan masalah remeh seperti yang dikatakan Pengerusi SPR bahawa tidak perlu digembar-gembur dalam media,” tambahnya..

Bukti-bukti penyelewengan dalam senarai SPR itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak bersedia untuk melaksanakan reformasi sistem pilihan raya secara serius. – Roketkini.com



UMNO terdesak hingga tersedak

UMNO terdesak hingga tersedak

Sudah terbukti, demi mengekalkan kuasa walau pun semakin tidak disenangi rakyat, UMNO sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira halal haram atau dosa pahala, apa lagi peduli dengan undang-undang ciptaannya sendiri.

 Umum sudah tahu tentang manipulasi sistem pilihan raya, tentang warga asing dijadikan pengundi, tentang isu perkauman dan keagamaan yang sempit dibangkitkan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Fitnah yang semakin menjadi-jadi berleluasa di seluruh negara termasuk melalui lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia dan media massa yang di bawah telunjuk UMNO-Barisan Nasional.

Paling teruk menjadi mangsa fitnah adalah negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat – Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Malah, Selangor tidak habis-habis menjadi sasaran UMNO yang secara tiba-tiba menjadi juara agama Islam sejak tewas dalam pilihan raya umum 2008. Perkara-perkara yang sekarang dikatakan “salah” yang dituduh terhadap Pakatan, semuanya itu halal dan baik belaka kepada UMNO sejak Merdeka lagi.

Memang nampak jelas kemaruk UMNO mahu merampas kembali Selangor dengan apa sahaja cara. Segala kebaikan pentadbiran Pakatan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim digambarkan sebagai buruk, jahat dan hina oleh media milik UMNO-BN.

Sehinggakan ada juga beberapa pemimpin Pakatan di Selangor yang termakan fitnah keji itu. Maka bersoraklah UMNO kerana kemungkinan untuk mengambil semula negeri terkaya di Malaysia itu semakin cerah.

Pekung dalaman UMNO

Tiba-tiba terdedah pekung dalaman UMNO yang tidak banyak diketahui umum kerana selama ini ditutup media kawalan UMNO.

Sumbernya tak lain tak bukan, bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo, pemimpin UMNO yang menjadi kambing hitam atas kekalahan BN di Selangor dalam PRU 2008.

Dalam blognya semalam, Dr Khir yang juga Adun Sungai Panjang telah menulis:

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya.

“Saya tidak mendedahkan nama menteri-menteri ini kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun beberapa sumber saya sangat boleh dipercayai.

“Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.”

Membaca fikiran Dr Khir ini, jelas sekali beliau sudah pasrah dengan kenyataan yang sedang beliau hadapi. Untuk beliau, kita ucapkan selamat maju jaya dalam urusan kesnya.

Namun apa yang menarik perhatian ialah ungkapan Dr Khir ini secara nyata menggambarkan usaha terdesak UMNO untuk merampas Selangor dengan pelbagai helah, tipu daya, konspirasi, hatta sanggup memangsakan Dr Khir, sahabat seperjuangan mereka sendiri.

Begitulah sikap pemimpin UMNO. Habis madu sepah dibuang. Dulu dipuja kini dihina.

Taktik kotor UMNO

Segelintir pihak dalam UMNO ini sudah memulakan usaha mereka sejak dari isu Kerajaan Perpaduan Melayu yang dicanang-canangkan – usaha menggabungkan tenaga UMNO dengan PAS – ketika Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor selepas Mac 2008.

Puak-puak ini tidak peduli kesan jangka panjang tindakan dan aksi jelek mereka. Yang mereka gilakan hanyalah kuasa.

Antaranya, protes menentang kuil Hindu dengan memijak kepala lembu dilihat sebagai sengaja memprovokasi sentimen agama dan kaum. Kemudian, seperti ada “bantuan dalaman”, isu-isu menjual arak, menyerbu majlis makan malam gereja dan sebagainya, yang sebenarnya tidak banyak menonjolkan kemuliaan dan keagungan Islam sebagai ad-Din.

Selain provokasi kaum dan agama, manipulasi pengundi semakin menjadi-jadi, bukan sahaja di Selangor, malah di seluruh negara. Ini semakin terdedah selepas perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu yang menuntut kerajaan melaksanakan pilihan raya yang bebas, adil dan bersih.

Ini juga berlaku ketika janji kosong kerajaan UMNO-BN kononnya mahu menubuhkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang kini terbukti hanya helah politik dan taktik mengalih pandangan.

Di Selangor sekarang, Pakatan Rakyat telah menemui dan mendedahkan daftar pemilih yang kotor; tentang bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya gagal mengesan dan menjelaskan mengenai sejumlah besar pengundi yang tiba-tiba muncul beralamatkan rumah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, yang juga Ketua PKR Selangor.

Begitu juga dengan pengundi klon yang dibangkitkan oleh PAS, yang mana pengundi jenis ini muncul dengan jumlah yang sememangnya boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Jumlah ini mendadak naik secara tiba-tiba.

Semua ini adalah usaha jahat dan terancang yang diusahakan oleh beberapa kerat elit UMNO Selangor demi mencapai cita-cita politik rakus mereka. Politik kotor ini terpaksa dihadapi oleh pimpinan Pakatan di negeri itu.

Sebagai catatan, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor adalah Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri manakala Timbalan Pengerusi Perhubungan adalah Datuk Seri Noh Omar, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Di kalangan orang UMNO Selangor, mereka sedar Noh adalah musuh dan saingan politik Khir Toyo.

Hancur budaya demokrasi

Jika UMNO benar-benar mahu mendukung aspirasi rakyat, mengapa perlu mereka merencana politik jahat dan kotor sebegini? Mengapa takut untuk bertanding atas level playing field seperti dalam mana-mana pertandingan dan sukan secara adil, bersih sihat dan berakhlak?

Bukankah baik mereka mengikut jejak langkah budaya politik baru yang sedang diamalkan oleh dalam Pakatan Rakyat dengan melakukan kebajikan dan membantu rakyat?

Kumpulan-kumpulan UMNO ini juga boleh mengemukakan manifesto sebagai tawaran menarik kepada rakyat. Dekati rakyat dengan ikhlas. Tidak perlu rencana dan konspirasi hitam. Itu budaya kongsi gelap.

Dan kemudian, bila datang pilihan raya, UMNO dan BN bertandinglah di mana-mana mereka inginkan. Bertandinglah dengan berhemah, jaga etika ketika berkempen. Jangan rasuah pengundi. Jangan perkudakan kakitangan kerajaan semasa berkempen. Jangan jadikan media sebagai alat perkakas UMNO-BN.

Masa itu rakyat akan adili UMNO dengan seadil-adilnya, sebagaimana rakyat akan mengadili Pakatan Rakyat. Bukankah ini asas dan amalan demokrasi yang kita idam-idamkan?

Mengapa perlu berkonsprirasi menggunakan jentera dan organisasi kerajaan hingga sanggup mengorbankan rakan mereka seperti Khir Toyo? Biarlah mahkamah yang menentukan kedudukan Dr Khir; ia bukan kerja UMNO untuk menyumbat sesiapa ke dalam penjara.

Tidak perlulah UMNO menggunakan agama dan ras bangsa untuk melaga-lagakan rakyat, mengadu domba DAP dengan PAS, memfitnah DAP supaya dibenci orang Melayu, mencucuk PAS, PKR dan DAP untuk menimbul kegelisahan rakyat.

UMNO semakin tak relevan

Orang Melayu zaman dulu menyokong UMNO kerana ia adalah wadah perjuangan bangsa. Kini sokongan itu semata-mata kerana mahukan sesuatu.

Sebab itulah semakin ramai orang Melayu sudah condong kepada PAS dan PKR, malah DAP juga mula mendapat tempat di hati Melayu. Ini amat membimbangkan UMNO.

Seperti yang dikatakan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, semakin ramai Melayu menyertai DAP, semakin gelisah UMNO kerana perkembangan itu bakal menghakis politik perkauman di negara ini.

Politik gelap dan kotor ini sudah tidak relevan lagi, seperti mana UMNO yang juga menjadi semakin tidak relevan. Taktik kotor tidak akan menarik minat rakyat untuk menyokong mana-mana parti. Malah semua ini akan merosakkan demokrasi dan nilai kemanusiaan.

Seperti kata Dr Khir, sekali pun dakwaan beliau, tentang tiga Menteri yang mahu menyumbat beliau ke dalam penjara, tidak ada bukti sahih tetapi melihat pada perkembangan mutakhir ini, tidak ada apa yang mengejutkan lagi tentang usaha jahat segelintir juak-juak UMNO untuk merampas Selangor yang dipimpin oleh Pakatan.

Sekali pun benar golongan pemimpin UMNO itu sanggup mengorbankan Khir Toyo semata-mata sebagai jaminan untuk mereka merampas Selangor, nyata sudah UMNO sebenarnya memang sebuah parti yang sudah dikorupkan oleh segelintir elit mereka.

Tidak ada apa yang mengejutkan juga jika ahli-ahli akar umbi UMNO sendiri yang akan mengundi untuk memilih calon-calon Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.

Ahli-ahli akar umbi UMNO lebih matang dan cerdik daripada sesetengah elit pimpinan parti mereka sendiri. Tentu mereka tidak rela melihat keharmonian dan muhibbah antara kaum dan agama dihancurkan oleh segelintir pemimpin yang gila kuasa. – Roketkini.com

Khamis, 25 Ogos 2011

Selepas Felda,Felcra pula akan disaman

Selepas Felda,Felcra pula akan disaman

PAS akan menggerakkan saman besar-besaran terhadap Felcra selepas sambutan Aidilfitri berhubung kepincangan dalam agensi itu terutama melibatkan bayaran dividen yang dibuat melalui koperasi.

 Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS pusat Mazlan Aliman berkata, kepincangan dan penyelewengan membabitkan pengurusan Felcra lebih teruk daripada Felda..

Jelas beliau, terdapat satu kes di Perak di mana peneroka berjaya mendapat perisytiharan mahkamah bahawa bayaran pendapatan melalui koperasi dibuat tanpa mendedahkan jumlah hasil yang diterima..

“Saman besar-besaran ini akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri ini dan ia adalah rentetan daripada siri saman sebelum ini yang kita telah buat ke atas Felda dan dalam isu Felcra kita lihat salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam Felcra jauh lebih buruk dariapda kepincangan yang berlaku dalam Felda..

“Di Felcra pendapatan peneroka dibayar dengan dividen melalui koperasi, dalam setahun peneroka akan dapat pembayaran sebanyak empat kali dan apa yang jadi isu adalah kiraan (pembayaran) itu tidak dibuat ikut jumlah tan... masalahnya peserta tidak tahu apa jumlah tan mereka dapat kerana pendapatan mereka dibayar secara langsung tanpa didedahkan jumlah tan sebenar,” katanya pada sidang media di sini.

Rabu, 24 Ogos 2011

Najib cakap Tungging terbalik

Najib cakap Tungging terbalik

Manipulasi adalah taktik lumrah di kalangan diktator. Di Malaysia, orang yang melakukan manipulasi ini adalah tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri Najib Tun Razak.

 Seperti imbasan kembali Malaysia pada tahun-tahun 1980-an, yang mana negara masa itu diperintah oleh Dr Mahathir Mohamad yang melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, Najib kini bersekongkol dengan kumpulan kaki buli untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat..

Inilah pujian paling jujur yang boleh saya berikan kepada Perdana Menteri kita..

Belum pun sempat kita menilai pengumuman Najib untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya, beliau telah pun membuat aksi putaran dengan mengatakan pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada keputusan PSC..

Kenyataannya memberi petunjuk jelas kepada kita bahawa Najib tidak serius dalam soal melakukan perubahan untuk sistem pilihan raya negara kita. Dan mengapa perlu dia membuat perubahan?.

Menipu undi, pengundian hantu, undi pos dan ketidakadilan dalam sistem adalah perkara-perkara yang Najib perlukan untuk mengekalkan jawatannya sebagai orang paling penting di negara ini..

Penyalahgunaan amalan dalam sistem pilihan raya bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Ia telah diamalkan sejak sekian lama oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk bergayut kepada kuasa tanpa perlu mematuhi undang-undang..

Melalui kenyataan Najib, kita boleh membuat andaian bahawa pilihan raya umum yang akan datang bakal menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah politik Malaysia..

Atau kita boleh mengandaikan alasan-alasan untuk kenyataan beliau yang tungging terbalik itu, yang banyak dikeluarkan sejak beberapa bulan lalu, bahawa sudah wujud perpecahan besar dalam UMNO, dan Perdana Menteri sedang menghadapi tekanan berat untuk tunduk kepada para pemimpin partinya sendiri..

Tidak berapa lama dahulu, dunia menyaksikan revolusi bumi Arab. Beratus ribu rakyat berhimpun di jalanan untuk menuntut hak mereka daripada para pemimpin yang dikatakan tiada siapa yang mampu menggantikan mereka. Saya bercakap tentang Hosni Mubarak, Muammar Gaddafi dan Zine al-Abidine Ben Ali..

Para penunjuk perasaan telah digerakkan oleh semangat enggan hidup sebagai hamba. Mereka bersemangat mahu menghentikan tindakan mana-mana pemimpin yang memijak harga diri dan hak asasi mereka..

Kebangkitan rakyat Arab itu tidak akan berhenti sehingga para pemimpin yang memerintah mereka melalui pemerintahan diktator, kuku besi dan korup, dijatuhkan..

Kita juga telah menyaksikan sejarah di negara kita pada 9 Julai lalu di mana berpuluh ribu rakyat Malaysia berhimpun secara aman di jalan raya untuk menuntut supaya jumlah undi yang mereka berikan sama dengan keputusan jumlah undi yang dikira..

Mereka meredah gas pemedih mata, meriam air dan anggota polis anti-rusuhan yang menghayun cota untuk menuntut supaya kerajaan tidak memijak hak mereka untuk mengundi dalam sistem yang bebas dari salah guna dan penipuan..

Sebaliknya, kita telah melihat bagaimana Najib dan menteri-menterinya telah menolak mentah-mentah apabila isu warga asing yang menjadi pemastautin tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi didedahkan..

Najib dan para menterinya juga tidak menyatakan pendirian tentang pengakuan pegawai-pegawai tentera yang menyatakan mereka telah mengundi bagi pihak beratus-ratus pengundi lain..

Melalui aksi terbarunya, Najib telah menghancurkan segala khayalan bahawa sistem pilihan raya di negara ini adalah bebas dan adil. Ia adalah pengakuannya yang sudah termaktub..

Kita sebagai rakyat perlu bangun dan menuntut supaya kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO tidak memijak hak kita untuk mengundi dalam satu sistem yang tidak bersifat anti-rakyat dan tidak korup..

Kerana apabila rakyat bangun secara aman, Najib dan kerajaannya akan tumbang. – Roketkini.com

Selasa, 23 Ogos 2011

Kerugian meningkat, MAS timbang tangguh terima A380

Kerugian meningkat, MAS timbang tangguh terima A380

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Malaysia Airlines (MAS) sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan keanggotaannya dalam pakatan kumpulan pesawat global, Oneworld dan penerimaan pesawat super Airbus A380 ketika pengurusan barunya sedang memfokus usaha mengurangkan kerugian.

 The Malaysian Insider difahamkan MAS akan mengumumkan kerugian terbesarnya bagi suku kedua hari ini, secara tradisi tempoh perniagaan yang lemah, daripada kerugian bersih RM242.3 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac.

Ia merekodkan kerugian pracukai RM532.6 juta pada suku kedua 2010.

“Exco bertemu minggu lalu dan kami sedang melihat opsyen-opsyen menangguhkan pakatan dengan Oneworld kerana ia akan menelan kos untuk menyediakan khidmat antara penyedia perkhidmatan dan juga menaik taraf ruang istirahat mengikut standar mereka,” kata sumber syarikat kepada The Malaysian Insider.

“Mereka juga melihat kemungkinan melewatkan penyerahan pesawat-pesawat A380. Ia sudah pun melewatkan penerimaannya sejak 2008 tetapi exco memikirkan sama ada ia boleh membawa hasil kepada MAS,” katanya lagi.

Jawatankuasa eksekutif yang diketuai oleh Pengerusi MAS Tan Sri Mohd Nor Mohd Yusof kini sedang menguruskan syarikat itu selepas pengarah urusannya Tengku Datuk Azmil Zahruddin meletakkan jawatan berkuat kuasa 9 Ogos lalu.

Peletakkan jawatan Azmil diumumkan selepas pemegang saham terbesar syarikat itu Khazanah Nasional Berhad menukar 20.5 peratus saham dalam MAS untuk mengambil alih 10 peratus saham dalam AirAsia pada 9 Ogos lalu.

Langkah itu membolehkan dua ketua AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan rakannya Datuk Seri Kamaruddin Meranun duduk dalam lembaga MAS dan membantu memperbaiki kedudukan syarikat penerbangan negara itu.

Satu lagi sumber mengesahkan mengenai kemungkinan kelewatan memandangkan MAS hanya anggota lantikan Oneworld sejak Jun lalu dan ia perlu melalui satu proses, yang kemungkinan mengambil masa 18 bulan sebelum menjadi anggota penuh kumpulan pesawat penerbangan terbesar dunia.

MAS telah menempah enam A380 pada 2003 dan pesawat pertama sepatutnya diserahkan kepadanya pada April 2012.

Penyerahan pesawat terbesar sudah pun dilewatkan tiga kali iaitu sepatutnya pada Januari 2007, Januari lalu dan kemudian suku kedua tahun depan.

Ahad, 21 Ogos 2011

PRU-13:Pemuda PAS mahu SPR dirombak

PRU-13:Pemuda PAS mahu SPR dirombak

KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Dewan Pemuda PAS menegaskan negara tidak boleh menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan berhakimkan kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia ada atas alasan agensi tersebut sudah cacat dari segi kepercayaan dan keyakinan awam.

 PAS bersama komponen Pakatan Rakyat melancarkan serangan bertubi-tubi sejak kebelakangan ini mempersoalkan kewibawaan sistem pilihan raya termasuk panel anggota SPR didakwa tidak memperlihatkan sikap berkecuali, sebaliknya memihak kepada parti pemerintah pusat Barisan Nasional (BN)..

Mandat semasa Parlimen akan berakhir April 2013..

Sehubungan itu Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya mahu SPR dirombak semula dengan menggantikan pengerusi dan timbalan pengerusi suruhanjaya itu..

Kini, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof merupakan pengerusi SPR manakala timbalannya ialah Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar..

Selain itu tegas Nasrudin, keseluruhan struktur SPR disusun semula dengan membawa penyertaan parti-parti politik..

Sambil berkata Dewan Pemuda PAS mahu agar salah satu pilihan tersebut dilakukan sebelum terlambat, Nasrudin berkata, “tiada makna lagi pilihan raya, jika pengurusnya tidak telus dan pengadilnya tidak adil.”.

“Sebelum negara kita dipersenda oleh dunia antarabangsa dan rakyat seluruhnya hilang keyakinan dan kepercayaannya kepada SPR,” kata beliau pada perhimpunan Front Bertindak Anti Murtad dan Bongkar Kepincangan SPR di Kajang malam tadi..

Teks ucapan diedarkan kepada media hari ini..

Pendirian itu diketengahkan ketika fokus semasa bertumpu ke atas jawatankuasa pilihan khas Parlimen, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu..

Nasrudin berkata, penubuhan jawatankuasa pilihan nkhas Parlimen untuk reformasi pilihan raya sehingga kini masih kabur fungsinya..

Katanya, tanpa penglibatan semua termasuk parti politik yang bertanding, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemantau bebas dalam jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, ia akan terus terdedah kepada keraguan terhadap tahap keberkesanan panel khas itu..

Sungguhpun begitu katanya, Pemuda PAS mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua bentuk makar dari pihak lawan dan sayugianya mengambil apa jua langkah berkesan untuk memenangi pilihan raya umum yang akan datang..

“Kekuatan asas pemuda PAS menghadapi pilihan raya sebagaimana yang telah digariskan oleh pihak Jabatan Pilihan Raya Pemuda mesti dimiliki bagi memastikan peluang memenangi pilihan raya sentiasa besar dan tinggi di samping kita terus berjuang menuntut pengendalian sistem pilihan raya yang adil dan telus,” katanya lagi..

Nasrudin juga berkata, tugas utama Pemuda PAS mesti diselesaikan mengikut ‘dateline’ yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pemuda..

“Jangan lengah dan tangguh kerja sehingga akhirnya semua perkara menjadi tunggakkan yang membebankan di saat akhir kita menghadapi pilihan raya..

“Perkara ini boleh dirujuk kepada manual tindakan atau manual operasi gerak kerja pilihan raya Pemuda yang akan dipimpin dan dipantau oleh Jabatan Pilihan Raya Pemuda,” katanya

Sabtu, 20 Ogos 2011

Tak Ada Makna Umum Laksana Reformasi

Tak Ada Makna Umum Laksana Reformasi

SHAH ALAM 20 OGOS : Jangan hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Itu ingatan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersabit pengumumannya bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa pun.

 Najib sebelum ini dilihat mahu melaksanakan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya pada Oktober ini setelah kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipersoal. .

Namun belum pun reda pertikaian rakyat tentang isu daftar pemilih yang bercelaru dan pengakuan lima bekas anggota tentera yang disuruh memangkah ribuan kertas undi pos, Najib sebaliknya berkata, pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat terhadap PSC yang ditubuhkan. .

"Kalau dia (Najib) mahu tengok satu perjalanan yang lebih bersih dan adil maka dia kena tunggulah apa-apa saranan daripada jawatankuasa parlimen ini dan melaksanakan (keputusan) supaya semua pihak berpuas hati tetapi sekadar nak tubuh, lepas itu nak buat pilihan raya lebih awal jadi tak ada maknalah (ia ditubuhkan)..

"Kita bercakap mengenai satu perubahan cara pilihan raya yang rata-rata pemimpin BN bercakap tak perlu, semua (kata) sudah ok. Jadi kalau kita menyerahkan majoriti jawatankuasa kepada orang yang tak berminat dengan satu perubahan yang positif kepada perjalanan pilihan raya, kita tak nampak jawatankuasa pilihan raya ini akan berjaya (tapi) dimanipulasi dan tidak ada apa yang signifikan yang akan dilakukan pada pilihan raya akan datang,"jelasnya.

 Menurut Najib, pilihan raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak perlu terikat dengan keputusan yang dibuat oleh PSC mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya negara. .

Perdana menteri berkata, kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan dengan cepat di samping masa yang singkat..

"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' semalam..

Namun menurut Hatta, reformasi pilihan raya memerlukan kesungguhan dan iltizam yang tinggi dan bukanlah sekadar penubuhan jawatankuasa yang kemudiannya tidak didengari keputusannya pada pilihan raya umum ke-13..

Oleh itu katanya, Pakatan Rakyat tidak akan berhenti daripada terus mempertahankan syarat-syarat yang dikemukakan sebelum ini dan akan membuat keputusan sama ada akan menyertai jawatankuasa itu atau tidak..

"Kita akan memperjuangkan dan berhujah, biar rakyat sendiri meneliti betapa seriusnya kita (Pakatan Rakyat), betapa seriusnya mereka (Barisan Nasional). .

"(Tetapi) sama ada kita menerima untuk menyertai jawatankuasa ini kita akan tengok macam mana perkembangan selanjutnya apabila kita membuat desakan-desakan ini,"katanya lagi. .

Najib semalam memberitahu, adalah mustahil untuk Pakatan Rakyat meletakkan wakil mereka untuk mengetuai jawatankuasa itu seperti yang dinyatakan sebelum ini..

Katanya, individu yang akan dilantik mengetuai jawatankuasa itu tentunya dari parti majoriti di parlimen. .

Malah ujarnya, pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Bajet JPM Meningkat Empat Kali Ganda

Bajet JPM Meningkat Empat Kali Ganda

PETALING JAYA 19 OGOS : Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bagaimana jabatannya membelanjakan dana persekutuan yang diperuntukkan setelah rekod menunjukkan bajet jabatannya meningkat secara drastik dalam tempoh 3 tahun.

 Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong berkata peningkatan perbelanjaan lebih daripada empat kali ganda di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini seolah- olah mencerminkan pentadbiran Najib boros dalam menguruskan dana awam.

"Peruntukan perbelanjaan untuk pembangunan JPM membolehkan Perdana Menteri meluluskannya dengan kuasa yang dia ada, berbeza dengan perbelanjaan atau pembayaran perbendaharaan lain yang mana mesti melalui pemeriksaan menteri yang lebih ketat.

"Rakyat berhak untuk mengetahui dengan tepat apa dan kemana JPM telah membelanjakan begitu banyak wang," katanya.

Sebagai rekod, bajet pembangunan daripada RM7.2 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) telah meningkat kepada RM29.6 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pertambahkan dana sebanyak RM22.4 bilion itu disifatkannya keterlaluan dan boleh dimanfaatkan kepada lebih banyak program yang memberikan hasil kepada rakyat secara langsung.

Bercakap kepada pemberita hari ini selepas siri Diskusi Jawatankuasa Alternatif Bajet Pakatan Rakyat, Chin Tong yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata Pakatan Rakyat mencadangkan agar bajet kepada JOM dikurangkan sebanyak RM 5 billion dan lebihan dana yang berjaya diselamatakan, akan diserapkan untuk dana persekutuan yang lain.

"Kita katakan bahawa bukannya memberi wang kepada Perdana Menteri, Perdana Menteri hendaklah memastikan bahawa semua jabatan mendapat jumlah perbelanjaan yang mencukupi dan membelanjakannya dengan bijak," katanya.

Rabu, 17 Ogos 2011

Tentera Mengaku Diarah Pangkah Kertas Undi Pos

Tentera Mengaku Diarah Pangkah Kertas Undi Pos

KUALA LUMPUR 17 OGOS : Lagi pendedahan mengenai salah guna kuasa oleh pegawai atasan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang meminta anggota bawahannya memangkah ribuan kertas undi pos.

 Membuat pengakuan pada satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Nasir Ahmad memberitahu, beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai atasannya dan terpaksa patuh kerana tiadak kuasa untuk melawan..

Menurut Nasir, beliau melakukan perbuatan itu ketika berkhidmat di Sandakan Sabah pada tahun 1986, ketika pilihan raya umum ke-7 sedang berlangsung..

Katanya, beliau diarahkan untuk memangkah undi sebanyak 900 kertas undi yang dibahagi dua bersama rakannya dan diselesaikan dalam masa 3-4 jam sebelum diserahkan..

"Salah guna kuasa berlaku di sini apabila pihak atasan memberi arahan sedemikian, di mana telah berlaku manipulasi terhadap undi pos berkenaan dan terdapat kemungkinan karung beg itu mungkin tidak sampai kepada SPR,"katanya. .

Menurut Nasir lagi, beliau juga khuatir untuk menentang arahan pihak atasan kerana tentera tidak dibenarkan sama sekali untuk terbabit dalam politik dan jika perkara itu berlaku negara akan berantakan..

Selain Nasir, turut menceritakan pengalaman masing-masing ialah Mej (B) Risman Mastor, Mohd Kamil Omar dan Kamarulzaman Ibrahim..

Kamarulzaman pula mengaku berbuat demikian bersama beberapa pegawai yang lain sepanjang tiga hari ketika bertugas di Kem Terendak, Melaka. .

Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut..

Turut hadir pada sidang media sama ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

Selasa, 16 Ogos 2011

Parlimen terakhir untuk anak seorang bangsawan

Parlimen terakhir untuk anak seorang bangsawan

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-12 (2011) berkemungkinan besar merupakan sesi Parlimen terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ketiga Belas (PRU Ke-13) diadakan. Mengikut takwim Parlimen, Dewan Rakyat dijadualkan untuk bersidang mulai 3 Oktober 2011 sementara Perdana Menteri (PM) merangkap Menteri Kewangan Najib Razak akan membentangkan Belanjawan Negara 2012 pada petang 7 Oktober 2011.

 Ramai yang menjangkakan bahawa Belanjawan akan datang merupakan "belanjawan pilihan raya" di mana pelbagai "gula-gula PRU Ke-13" akan diumumkan untuk menawan hati para pengundi. Belanjawan pilihan raya lumrahnya juga dianggap sebagai mempunyai kecenderungan bersifat populis. PM sendiri, seawal bulan Mei tahun ini, sebelum gelombang tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya menguningkan sebahagian besar halaman Facebook sebelum dan selepas perhimpunan besar-besaran BERSIH 2.0 pada 9 Julai, telah menyatakan bahawa Belanjawan 2012 "adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi", seakan-akan cadangan yang dibentangkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) berhubung pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) telah diterima pakai dan kuota Bumiputera yang termaktub dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) semenjak tahun 1970 telah dimansuhkan. Seolah-olah sifat inklusif telah mencorakkan keseluruhan langkah-langkah transformasi dan memanfaatkan segenap rakyat jelata tanpa dipengaruhi faktor-faktor seperti politik naungan, budaya rent-seeking dan perbezaan etnik.

Tatkala itu, agensi penarafan Standard & Poor (S&P) masih belum menurunkan penarafan kredit Amerika Syarikat daripada AAA kepada AA+, trend jualan saham masih belum menyaksikan pasaran saham sedunia, serantau dan dalam negara jatuh secara drastik melibatkan kehangusan nilai berpuluh-puluh bilion, bank pelaburan Goldman Sachs masih belum mengkaji semula dan menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini dan tahun depan.

Tatkala itu juga, PM masih mimpikan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan mencapai sasaran 6% tahun ini. Dasar "rasionalisasi subsidi" Kerajaan UMNO-BN yang pro-korporat dan membebankan rakyat masih mendominasi dunia buzzword dan hangat dipertahankan oleh ahli politik, badan pemikir dan ahli akademik yang tidak tergolong dalam kategori isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2300 atau secara purata RM1500.

Selepas Buku Jingga Pakatan Rakyat (Pakatan) menyarankan untuk "merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat", dan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu, kini, Najib sebagai "anak seorang PM" yang berlatar belakangkan golongan bangsawan dan menjalani kehidupan mewah sedang berbicara tentang bagaimana kerajaan "akan terus menyediakan subsidi bagi mengurangkan beban rakyat antaranya seperti pemberian subsidi minyak, makanan, bil perubatan", lantas memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) baharu dan ketujuh iaitu "Perangi Kos Kehidupan". Kakitangan kerajaan pula diberikan bonus setengah bulan atau sekurang-kurangnya RM500 pada bulan Ramadhan setelah tiga tahun berturut-turut tidak diberikan bonus.

Ciplak atau kebetulan? Buku Jingga Pakatan juga menjanjikan pemberian RM500 yang didakwa ahli politik dan badan pemikir kerajaan kononnya akan membangkrupkan negara! Buku Jingga "mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa." Kalau begitu, apakah pemberian bonus, gula-gula pilihan raya dan subsidi berbentuk insentif kepada syarikat kroni oleh kerajaan tidak membangkrupkan negara? Kalau begitu, apakah pemberian "duit raya" sejumlah RM42.6 juta kepada seramai 112,635 peneroka akan membangkrupkan FELDA?

Tentu tidak! Sebab pemberian-pemberian sedemikian bukan punca kepada kelembapan ekonomi negara. Yang menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi ialah masalah struktur seperti yang dibangkitkan oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Rafizi Ramli (gambar kiri) dalam kenyataannya bertajuk "Prestasi ekonomi mutakhir menjadi petanda kegagalan dasar ekonomi Najib" pada 10 Ogos 2011, bahawa setakat ini, 77% daripada 10 projek terbesar yang menelan pelaburan RM142 bilion, yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan dilaksanakan dan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), lantas "membuktikan bahawa sasaran 92 peratus pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai".

Yang menjadi penghalang kepada transformasi ekonomi dan negara ialah budaya berbau monopolistik seperti yang dibangkitkan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dalam kenyataannya bertajuk "Pakatan Malaysia Airlines dan AirAsia: Berbau monopolistik atau selamatkan ekonomi negara?" pada 12 Ogos 2011, yakni wacana baharu di sebalik penggubalan Akta Persaingan 2010 yang diluluskan pada bulan Mei 2010 dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 adalah bahawa, negara perlu memainkan peranan untuk menyediakan suasana persekitaran ekonomi yang menggalakkan persaingan yang sihat untuk membangunkan ekonomi negara dan bukannya menggalakkan amalan berbau monopolistik yang membantutkan semangat persaingan kompetitif. Tetapi sehingga hari ini kita masih menyaksikan realiti yang sebaliknya dalam banyak kes.

Apabila diteliti Belanjawan Negara yang dikemukakan semenjak Najib, anak seorang bangsawan, memegang jawatan Menteri Kewangan, trend projek mega yang bersifat membazir dan pro-kroni besar serta kekurangan ketelusan yang sewajarnya dalam kebanyakan tatakelola dan urusan kewangan masih mencorakkan kerangka pengurusan dan pembangunan ekonomi. Lantaran itu, defisit fiskal tahun ini yang disasarkan pada 5.4% oleh anak seorang bangsawan pasti menghampakan rakyat yang prihatin terhadap status kewangan negara. Dalam konteks ini juga, dakwaan wang zakat digunakan untuk membiayai kos guaman pegawai tinggi kerajaan ekoran ketidaktelusan pentadbiran wang zakat masih tidak dijawab sepenuhnya.

Begitu juga, kemelut yang melanda Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Dawama Sdn. Bhd, yang melibatkan pekerja Dawama tidak dibayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan seumpamanya, masih menanti-nanti jawapan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan "anak seorang PM dan bangsawan" berhubung pertanyaan-pertanyaan berkisar sekitar nisbah agihan perkongsian keuntungan tidak masuk akal iaitu 80:20 (Dawama-DBP) untuk judul umum dan 70:30 untuk buku teks.

Banyak isu dan persoalan yang menanti jawapan kementerian-kementerian berkaitan dalam siding Parlimen akan datang. Jangan pula wakil rakyat terlupa kepentingan isu-isu berkaitan kerana terlalu asyik dengan soal sama ada diri mereka akan menjadi calon pada PRU Ke-13.

Semasa bulan Merdeka tahun 2009, Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen merayu kepada rakyat bahawa "semua parti korup negara-negara seperti Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan telah digantikan, hal ini wajar seterusnya berlaku di Malaysia". Kini menjelang kemerdekaan tahun ini, Sasterawan Negara A. Samad Said (gambar kiri) pula menyeru rakyat Malaysia khasnya golongan muda bahawa, "Saya merasakan sudah tiba masanya kerajaan ini ditukar, cukuplah 54 tahun untuk mereka", semasa beliau merasmikan kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’ pada 8 Ogos 2011.

Tarikh akhir menghantar soalan Parlimen untuk sidang Dewan Rakyat bulan Oktober nanti ialah 9 September 2011, saya sedang merenungkan persoalan ini: Apakah reaksi anak seorang PM dan bangsawan, apabila beliau diajukan dengan soalan parlimen berikut.

"Minta Menteri menyatakan usaha kerajaan untuk meyakinkan Generasi 709 termasuk Pak Samad, bahawa masih belum tiba masanya kerajaan ini ditukar."

Isnin, 15 Ogos 2011

DAP akan sertai BN

DAP akan sertai BN

KUALA LUMPUR, 15 OGOS – Kepada pelawaan Datuk Seri Nazri Aziz supaya DAP menyertai Barisan Nasional: Terima kasih daun keladi, tak payahlah susah-payah kerana DAP tetap komited dengan Pakatan Rakyat.

 Isu itu ditimbulkan oleh Nazri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam wawancara dengan akhar Sin Chew Daily yang mencadangkan penyertaan DAP dalam BN yang mencerminkan hasrat agar DAP menggantikan MCA dalam gabungan pemerintah pusat itu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menjelaskan bahawa DAP bukanlah parti kaum Cina yang memperjuangkan hak kaum Cina tetapi ia adalah sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia.

Katanya DAP memperjuangkan hak setiap rakyat Malaysia, sama ada Cina, Melayu, India, Iban, Kadazandusun atau Orang Asli, sebagai warga negara Malaysia yang mempunyai hak dan peluang saksama.

“Para pemimpin DAP telah berusaha gigih dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka sejak 45 tahun lalu, ditekan dan didakwa di mahkamah, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, termasuk ada yang paling lama ditahan sehingga empat tahun sembilan bulan.

“Malah ada yang dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan dilarang bertanding selama lima tahun kerana berdiri teguh dan tegas atas prinsip memperjuangkan hak untuk semua rakyat Malaysia yang menjangkau kaum dan agama – semua pengorbanan ini bukannya untuk DAP menggantikan MCA dalam BN,” katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dan pernah ditahan di bawah ISA dua kali menyatakan wawasan dan komitmen para pemimpin sejak dari awal lagi adalah untuk melahirkan sebuah negara di mana semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama, dapat bersatu padu.

Menurutnya, usaha yang ingin dicapai itu adalah dalam bentuk perpaduan bersemangat patriotik bagi membentuk kerajaan yang cekap, bersih dan telus yang mampu melahirkan Malaysia yang adil, demokratik, progresif, makmur dan dapat bersaing dengan sihat.

“DAP mesti sentiasa berjuang untuk semua masyarakat, bukan sahaja untuk kaum Cina di Malaysia,” tambahnya.

Beliau berkata hanya politik baru secara menyeluruh dapat menyelamatkan Malaysia, iaitu melalui usaha memecahkan tembok yang dibina oleh BN:

* Cengkaman politik ‘pecah dan perintah’ mengikut garisan kaum;

* Kepentingan awam dikorbankan demi ketamakan peribadi yang mengakibatkan kehancuran institusi awam nasional;

* Korupsi dan kronisme yang menjadi-jadi di mana pengswastaan menjadi ‘rompakan’; dan

* Penyalahgunaan Dasar Ekonomi Baru yang dijadikan alat untuk mengangkat UMNOputra atas nama Bumiputera, yang menyebabkan segelintir Bumiputera semakin kaya dan tidak boleh disentuh oleh undang-undang manakala majoriti Bumiputera masih di takok lama.

Kit Siang berkata DAP tetap komited bersama PAS dan PKR untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Katanya, kejayaan yang bakal dicapai bersama Pakatan Rakyat akan merealisasikan usaha memartabatkan semula hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kepada semua rakyat.

“Jadi, tidak timbul sama sekali isu DAP mahu menyertai BN,” jelasnya. – Roketkini.com

Ahad, 14 Ogos 2011

Pemuda PAS:  jadikan Jumaat cuti hujung minggu

Pemuda PAS: jadikan Jumaat cuti hujung minggu

KUALA LUMPUR, 14 Ogos ─ Di sebalik kontroversi berkaitan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja, Dewan Pemuda PAS pusat menggesa kerajaan pusat mengadakan satu akta yang khusus bagi menangani isu-isu berkaitan dengan murtad.

 Perkara itu diputuskan dalam mesyuaratnya semalam bagi mempertahankan akidah umat Islam, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.
.
Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mahu kerajaan menukar kembali cuti hujung minggu hari Ahad kepada Jumaat sebagai hari kebesaran umat Islam.
.
Kini hanya beberapa negeri menetapkan Jumaat sebagai cuti hujung minggu.
.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Nasrudin  berkata, PAS pernah mengesyorkan Akta Murtad sebelum ini tetapi telah ditolak.
.
“Pada 25 Mac 1988, Abdul Hadi Awang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi malangnya ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru (Hadi) sekali lagi tidak dibenarkan membentang rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad.
.
“Demikian juga pada sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, YB Salahudin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian telah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad,” kata Nasrudin lagi.
.
Katanya, Dewan Pemuda PAS telah mempunyai Front Bertindak Anti Murtad (Forkad) untuk menangani isu pencemaran akidah khasnya berkait dengan kes murtad.
.
“Insya-Allah Forkad akan terus berperanan khasnya operasi pembanterasan usaha memurtadkan umat Islam dan operasi pemulihan akidah bagi Muslim yang tercemar akidah dan keliru terhadap pegangan agamanya.
.
“Dewan Pemuda PAS bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan PAS yang tidak pernah berubah,” kata beliau sambil menambah, “kita sokong Jais yang bertindak untuk menyelamatkan akidah ummat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini.”
.
Namun katanya, Jais juga mestilah bermuhasabah dan jika jelas agensi itu tersalah langkah, mestilah memohon maaf kepada umat Islam atas tindakan mereka meroboh, merantai dan menutup rumah Allah seperti yang pernah berlaku ke atas Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Kampung Berembang di Ampang dan Masjid Fatimah az Zahra’ Taman Kosas Ampang.
.
“Begitu juga mengenai tangkapan yang dilakukan ke atas penceramah-penceramah hanya kerana kesalahan tidak mempunyai tauliah sedang Jais boleh mengeluarkan tauliah kepada penceramah tersebut untuk membolehkan mereka berdakwah,” katanya lagi.
.
Katanya, murtad di negara ini berlaku disebabkan beberapa punca, tetapi sama ada faktor itu kecil atau besar, ia perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak khasnya pihak berkuasa negara dan juga pihak berkuasa negeri.
Nasrudin juga berkata, Pemuda PAS mahu pihak berkuasa mengekang sebarang aktiviti yang melemahkan iman, akhlak dan pemikiran ummat Islam seperti hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan apa jua aktiviti maksiat dan mungkar.
.
Selain itu, Pemuda PAS juga mengusulkan agar Kementerian Pelajaran mewajibkan silibus pengajian agama sebagai silibus wajib ambil dan wajib lulus dalam semua jenis dan peringkat sijil peperiksaan.

Menurut Nasrudin, Pemuda PAS juga menggesa supaya agensi seperti Pusat Pungutan Zakat dan Baitulmal dapat membuat agihan adil dan tepat kepada golongan yang memerlukannya termasuk membantu menaikkan taraf kehidupan mereka.

Sayap PAS itu juga mencadangkan supaya agensi kerajaan membiayai atau mengeluarkan peruntukan untuk menghantar pendakwah Islam ke kawasan-kawasan perlu seperti pendalaman, perkampungan Orang Asli, Sabah dan Sarawak dan juga mendesak kerajaan menambah pegawai agama di semua sektor agar dakwah Islam dapat digerakkan secara sistematik.

Dalam kenyataannya, Nasrudin berkata, Dewan Pemuda PAS juga tidak mahu berlakunya pelanggaran hak bukan Islam yang telah dipelihara seperti menafikan hak mereka melaksanakan aktiviti agama mereka dan melakukan pencerobohan terhadap hak-hak mereka.

“Umat Islam mestilah peka dan sensitif dengan sebarang bentuk aktiviti yang boleh merosakkan nilai akidah dan keperibadian mereka sebagai seorang Muslim.

“Serentak itu menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim mendalami agama Islam melalui sumbernya yang betul agar keyakinan atau pegangan agamanya tidak mudah tergugat dan tercemar,” katanya lagi.

Jumaat, 12 Ogos 2011

SPR Tak Neutral

SPR Tak Neutral

PETALING JAYA 12 OGOS : Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) kesal dengan kenyataan 'beria-ia' Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar apabila cuba mempertahankan parti pemerintah dan menuduh Pakatan Rakyat cuba mengulangi “agenda politik kotor” untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.

 Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 berkata, Wan Ahmad sepatutnya bersifat tidak berpihak kepada mana-mana parti politik sekali gus tidak mengambil pendekatan terhadap perselisihan ini hingga menyebabkan badan itu hilang kredibiliti dalam mereformasikan pilihanraya di negara ini

 "Kami berpendapat bahawa SPR dan Datuk Wira Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi-institusi awam dan bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik. Ulasan terkini yang dibuatnya mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat “non-partisan” SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai," kata Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

 Semalam, akhbar kawalan UMNO Utusan Malaysia memetik Wan Ahmad turut menuduh parti pembangkang mengulangi strategi sama seperti sebelum pilihan raya umum ke-12 apabila parti politik tertentu menyertai demonstrasi jalanan menuntut pilihan raya adil, mereka telah berjaya menaikkan kemarahan rakyat dan hasil perbuatan itu memberi kemenangan besar kepada mereka. Hal itu jelas dilihat cuba menyindir Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 yang berjaya mengumpulkan puluhan ribu rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil.

 Jawatankuasa Pemandu Bersih juga turut menyatakan bahawa Wan Ahmad dan SPR sepatutnya menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka terlebih dahulu termasuk masalah-masalah daftar pemilih lain termasuk seperti kejadian pengundi bernama “Kg Baru”, penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya daripada mempertahankan serta menjadikan perkara-perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak.

 "BERSIH 2.0 berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar yang dihadapi daftar pemilih dalam penemuan baru-baru ini seperti “Skandal Mismah” yang telah mendedahkan perkembangan yang membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya," tegas kenyataan tersebut lagi. Dalam pada itu mereka turut membidas sebarang cubaan untuk menyamakan Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu dan rusuhan yang berlaku di United Kingdom minggu ini.

 Malah para peserta BERSIH mempamerkan tahap displin yang tinggi serta tidak bertindak ganas walaupun diasak teruk oleh Polis seperti yang dilihat oleh video serta gambar yang tersebar luas di laman maya.

 "BERSIH 2.0 sepenuhnya menolak apa sahaja perbandingan perhimpunan aman 9 Julai di Kuala Lumpur dengan rusuhan di UK. Meskipun dengan tindakan keras pihak polis, berbagai rakaman video dan pengakuan saksi yang tidak terkira ramainya telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa rakyat Malaysia benar-benar mampu untuk berhimpun secara aman selari dengan hak-hak perlembagaan kita untuk sama-sama menuntut sebuah negara yang lebih demokratik dan sihat,"tambahnya.

Rabu, 10 Ogos 2011

Apa yang UMNO-BN beri kepada kita

Apa yang UMNO-BN beri kepada kita

Sudah 54 tahun rakyat Malaysia memberi amanah kepada UMNO dan Barisan Nasional (dan Perikatan sebelum 1974) untuk mengurus dan mentadbir negara kita. Tetapi apa sebenarnya yang kita nikmati hari ini?

 Ya, memang kita sudah ada bangunan pencakar langit, kita ada pusat membeli-belah gergasi, pasaraya besar, ada rumah, ada kereta, ada motosikal; tetapi dalam kita sibuk menghitung apa yang telah kita perolehi, sedarkah kita apa yang kita sudah hilang?

 Jati diri, maruah bangsa, kehormatan diri, kejujuran dan keadilan sudah tercabut dari nilai-nilai bangsa kita bangsa Malaysia. Apakah nilai-nilai ini setanding dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang bukan milik kita itu?

 Tidak sukar untuk membayangkan jika UMNO-BN terus memerintah Malaysia, masalah yang kita hadapi akan lebih teruk jadinya.

 Majoriti rakyat akan menanggung beban hidup yang lebih buruk kerana:

Harga minyak tidak akan turun, malah akan terus mencanak naik;
Harga barang keperluan harian, lebih-lebih lagi makanan, akan melambung dan kuasa beli rakyat akan lebih mengecil akibat inflasi dan seterusnya ekonomi negara akan terus malap dan menjejaskan kewangan keluarga kita;
Tarif elektrik akan terus naik dan membebankan rakyat, lebih-lebih lagi kepada golongan miskin Bandar; Sumber air akan terus dimanipulasi dan harga pula semakin meningkat;
Harga tol akan terus naik, dan pembinaan plaza tol akan lebih banyak, namun kesesakan lalu lintas akan kekal teruk.

Majoriti rakyat tidak akan mendapat jaminan keadilan kerana:

 Sistem kehakiman dan badan perundangan telah dilihat oleh rakyat sebagai pilih kasih dan tidak telus. Segala suara dan tuntutan rakyat dianggap sebagai mengancam keselamatan negara; Pasukan Polis, SPRM, SPR akan terus dimanipulasi oleh UMNO-BN demi menjayakan niat mereka untuk mengekang dan menindas rakyat. Barangkali, kes kematian sewaktu dalam tahanan pihak berkuasa akan terus berlaku;

Majoriti peniaga akan semakin rugi kerana pertumbuhan ekonomi akan lebih menguncup kerana:

 Peluang perniagaan tidak adil kerana semua tender akan terus diberi kepada kroni UMNO-BN; Pelabur akan lari dan para pelabur takut untuk melabur kerana pentadbiran kerajaan dan undang-undang tidak telus, malah korup; Persaingan perniagaan tidak sihat dan monopoli kepentingan perniagaan menerusi kroni politik akan terus kekal. Rakyat tiada pilihan manakala syarikat monopoli boleh naikkan harga sesuka hati kerana tiada saingan.

Majoriti golongan tua dan orang kurang upaya (OKU) tidak akan terbela kerana:

 Kos perubatan dan bantuan kesihatan akan terus mahal dan sukar diperolehi. Peluang bagi golongan ini untuk mendapatkan mutu kesihatan akan terus terabai; Bantuan kewangan akan lebih lambat diterima kerana karenah birokrasi yang terus berlarutan. Ini akan menyebabkan keperluan warga tua dan OKU akan terabai.

 Majoriti ibu tunggal dan wanita yang memerlukan bantuan akan terabai kerana:

 Skim bantuan perniagaan dan latihan kemahiran akan menjadi projek untuk hanya membantu ahli-ahli UMNO sahaja. Mangsanya adalah mereka yang bukan ahli UMNO; Kuota 30 peratus penglibatan wanita dalam barisan pimpinan perkhidmatan awam dan politik tidak akan tercapai kerana ia telah menjadi medan memilih kroni. Hingga kini perkhidmatan awam belum mahu laksana kuota itu walau pun sudah ada ramai wanita yang layak; Perlindungan hak, keselamatan dan undang-undang tidak akan mampu dilaksanakan khususnya jika Menteri tunduk kepada kepimpinan yang hanya pentingkan kroni.

Majoriti golongan muda akan dimandulkan idealism mereka menerusi:

 Kekangan untuk berpersatuan, halangan beraktiviti secara terbuka dan semua pandangan akan disekat menerusi Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU); Peluang untuk kaum muda mengembangkan potensi diri akan terbantut kerana UMNO-BN akan sentiasa menjadikan mereka kambing hitam (dipersalahkan) apabila berlaku gejala sosial dan remaja; Peluang untuk kaum muda menimba ilmu akan lebih mengecil kerana kos dan beban hutang PTPTN. Golongan muda yang baru bekerja tidak akan mampu membeli rumah kerana harga dan faedah yang dikenakan terlalu tinggi. Mereka akan menjadi golongan baru dalam kategori miskin bandar atau miskin terpelajar.

 Majoriti golongan pekerja akan terus ditindas kerana:

 Kerajaan akan terus menekan kesatuan sekerja dengan pelbagai akta yang tidak munasabah; Golongan pekerja tidak akan mendapat layanan yang adil baik dari segi upah dan kebajikan mereka; Kerajaan UMNO-BN akan menganggap golongan ini sebagai golongan nyamuk yang hanya banyak cakap tetapi tidak berani buat apa-apa, maka golongan ini akan terus terabai. Kerajaan akan menganggap jika mereka terikat dengan masalah gaji kecil, mereka tidak akan pedulikan politik dan hak kerana hanya tumpukan kepada kewangan diri dan keluarga.

Media massa akan terus menjadi alat perkakas kerajaan UMNO-BN kerana:

 Media akan terus dikongkong oleh akta-akta yang menyekat, termasuk tidak dibenarkan mengkritik kerajaan walau pun kerajaan melakukan kesalahan; Media akan terus mengikut telunjuk orang-orang politik UMNO-BN. Profesion kewartawanan akan terus dihina kerana membiarkan diri menjadi balaci pemimpin UMNO-BN.

Ini antara beberapa gambaran yang jelas jika rakyat, sama ada kerana termakan fitnah atau kerana takut kepada perubahan positif, terus memilih UMNO-BN sebagai kerajaan.

 Malah di kalangan cerdik pandai kita, sama ada bijak dengan ijazah atau bijak street smart, dapat menggariskan lebih banyak lagi bencana yang akan menimpa kita jika UMNO-BN kekal berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang.

 Kita sebagai warga yang rasional dan bermaruah, dan jika kita yakin bahawa rasuah itu jijik, penyelewengan itu besar dosanya dan salah guna kuasa itu akan menghancurkan bangsa, maka sudah tentu kita akan memilih sebuah kerajaan yang menjamin ketelusan sistem dan keadilan untuk semua warganya. – Roketkini.com
Ekonomi BSKL Menjunam

Ekonomi BSKL Menjunam

SHAH ALAM 10 OGOS : Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menyifatkan kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur (BSKL) sejak Jumaat lalu membayangkan ekonomi negara akan terus malap.

 Rafizi berkata keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5 peratus bagi tahun 2011 mencerminkan dasar dan inisiatif ekonomi yang disuntik Perdana Menteri, Najib Razak, gagal sejak dari awal lagi.

 "Dato Seri Najib Tun Razak juga perlu menerima hakikat bahawa pentadbiran beliau telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkannya sendiri walaupun ia dicanang sebagai penjana ekonomi Negara. "

 Tambah Rafizi, sekirannya program ekonomi seperti Transformasi Ekonomi (ETP) gagal menarik perhatian pelabur dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, ianya petanda yang tidak sihat untuk tahun-tahun mendatang.

 "Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah." Mengulas lanjut senario yang membelenggu ekonomi negara hari ini, Rafizi mejelaskan sekirannya krisis hutang di Eropah terus berlaku, bukan sahaja tiga kumpulan ekonomi terbesar terkesan malah prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkena tempias.

 Analisis 10 projek terbesar seperti berikut membuktikan pentadbiran sekarang masih menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk mewujudkan peluang ekonomi, tetapi kini ia disalurkan melalui GLC:
PROJEK TERBESAR ETP
PELABURAN DIUMUMKAN
 (RM BILLION)
GLC/BUKAN GLC
Pembangunan kompleks loji penapisan dan petrokimia (RAPID) di Johor
60.0
GLC (PETRONAS)
MRT (kos pelaburan tidak termasuk kos tanah dan koc/kenderaan)
36.6
GLC
(sebuah syarikat khas ditubuhkan)
Pembangunan minyak dan gas di lapangan Tapis dan lapangan Teluk (dijadualkan bermula 2013)
10.0
GLC
(PETRONAS & ExxonMobil, pelaburan semula kekayaan minyak negara)
Pembangunan Karambunai Integrated Resort City
9.6
Bukan GLC
Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) untuk membangunkan kedai-kedai runcit
5.43
Tidak diketahui
Program pelaburan baru Shell Malaysia (menaiktaraf dan membina loji baru termasuk membabitkan kompleks Shell Middle Distillates, kompleks Port Dickson dan pembangunan lapangan Gumusut)

5.1
GLC
(PETRONAS & Shell, pelaburan semula kekayaan minyak negara)
Pembangunan terminal petroleum laut dalam di Johor
5.1
Dialog Group
(syarikat swasta dengan pegangan saham yang besar oleh badan berkaitan kerajaan)
3 loji penjanaan elektrik yang baru, 2 loji penjanaan hidro-elektrik, 1 loji penjanaan elektrik arang batu dan pelaburan dalam infrastruktur transmisi
4.0
GLC
(TNB)
Pembangunan kompleks petroleum dan lojistik di Tanjong Agas, Pekan, Pahang
3.0
GLC
(di bawah Koridor Ekonomi Pantai Timur)
Pembangunan MINES Wellness City
3.0
Bukan GLC

Setakat ini, 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82 peratus daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion.

 Hakikatnya, 77 peratus daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Pertama sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai.

Selasa, 9 Ogos 2011

BN dibenarkan tiru bajet Pakatan

BN dibenarkan tiru bajet Pakatan

KUALA LUMPUR, 9 OGOS – Bajet alternatif Pakatan Rakyat akan berasaskan kepada tiga realiti utama yang membelenggu orang ramai, termasuk hakikat bahawa 60 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang mewakili DAP dalam Jawatankuasa Bajet Pakatan Rakyat berkata dua lagi realiti yang menjadi teras bajet alternatif itu adalah krisis ekonomi antarabangsa memberi impak kepada rakyat Malaysia, dan dasar-dasar Barisan Nasional yang lebih memihak kepada kroni, dan bukannya rakyat. “Daripada tiga realiti itu, jawatankuasa ini akan menghuraikan sedikit demi sedikit setiap minggu sebelum dibentangkan sebagai alternatif kepada bajet kerajaan BN yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak nanti,” katanya kepada Roketkini. Selain Liew, DAP turut diwakili oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam jawatankuasa itu. Anggota-angota lain adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Yang Dipertua PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaakob bagi pihak PAS, dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dari PKR. Liew menjelaskan tiga realiti itu menggambarkan kehidupan majoriti rakyat Malaysia yang sentiasa tertekan akibat kos sara hidup dan perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Dalam kesempitan hidup sedemikian, katanya, kerajaan BN tidak pula mempedulikan nasib mereka. Justeru, beliau berkata bajet itu sebenarnya adalah strategi alternatif untuk meletakkan dasar-dasar yang membawa kesejahteraan untuk semua rakyat Malaysia. “Realiti-realiti ini memerlukan dasar-dasar baru yang tidak memihak kroni. Dan kami berharap dasar-dasar kami ini akan memberi impak positif untuk semua,” katanya. Pakatan Rakyat bercadang untuk membentangkan bajetnya sebelum Bajet 2012 dibentangkan oleh kerajaan BN di Parlimen kerana mahu setiap rakyat tahu dan sedar apa yang ditawarkan kepada mereka. “Malah, kalau BN berhasrat untuk tiru bajet kami, mereka boleh tiru. Kita tiada masalah kalau mereka tiru dasar kita. “Inilah budaya baru yang kami mahu ketengahkan, iaitu budaya berbincang dasar dan persaingan dasar yang sihat dan ilmiah supaya kesimpulan yang baik dapat dicapai. Dan yang terbaik itu perlu dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan demi kebaikan rakyat,” katanya. Liew berkata BN perlu mengubah dasarnya kerana tumpuan berlebihan kepada kroni mereka telah menjejaskan kehidupan rakyat. “Kita faham mengapa BN suka tolong bagi projek kroni. Ini adalah kerana kroni itu pula akan tolong BN dengan beri banyak wang untuk menang pilihan raya. “Tetapi apa guna pertolongan seperti ini jika rakyat jelata yang menderita akhirnya,” tambahnya. Beliau memberi contoh syarikat korporat Bernas yang memonopoli import eksport beras dan padi serta dikawal dan keuntungannya hanya dinikmati oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sahaja. “Beras merupakan makanan asasi rakyat Malaysia, tidak wajar ia dikawal oleh hanya satu syarikat swasta yang memonopoli tanpa saingan sihat daripada syarikat-syaraikat lain,” katanya. – Roketkini.com

Isnin, 8 Ogos 2011

A.Samad: waktunya untuk "regime change"

A.Samad: waktunya untuk "regime change"

"Sudah tiba waktunya kita adakan regim change. Kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun. Dan kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih dari itu."

 Demikianlah kata-kata daripada Sasterawan Negara, A.Samad Said  kepada anak-anak muda, ketika merasmikan pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, petang tadi. Beliau menyebut, antara hal yang boleh dilakukan oleh anak-anak muda adalah "merubah" - dan "regim change" itu hanya menjadi "mungkin" di tangan-tangan anak muda.

 A. Samad Said, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad mengakui bahawa dirinya "gemar mendengar daripada mereka yang oppose". "Saya langsung tak gemar dengar mereka yang sokong. Sokong tu maksudnya, sokong kerajaan."

 Kata-katanya disambut dengan tepukan dan sorakan oleh kira-kira 70 orang hadirin. Pak Samad yang sudah hampir setahun tidak membaca akhbar mainstream, menjelaskan mengapa dirinya memilih media alternatif, "Saya dapat melihat benda-benda yang tidak dapat kita lihat dalam akhbar mainstream."

 "Saya mendapati bahawasanya, tanpa media alternatif, akhbar mainstream akan menjadi gangster," dakwa Pak Samad, yang mendakwa gambaran yang dipaparkan dalam media mainstream, hanya "hitam-putih", dengan "Yang memerintah sentiasa betul, yang membangkang, yang tidak memerintah sentiasa salah."

 Beliau melihat media alternatif lebih sesuai untuk anak-anak muda, yang akan menjelajah ke ceruk-ceruk untuk memperjelaskan apa yang sedang berlaku kepada rakyat.

 Fathi Aris Omar: Media alternatif perlukan sokongan kewangan 

 Sebelum ini, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar mengakui bahawa media alternatif berdepan dengan masalah di mana sebarannya lebih terbatas kepada kawasan bandar, sementara penduduk kampung masih bergantung kepada media cetak dan elektronik sebagai sumber maklumat.

 Fathi Aris Omar juga berkata, media alternatif berdepan dengan masalah kewangan, di mana ramai peniaga yang masih tidak yakin bahawa iklan di ruang internet mampu membawa pulangan. Lebih-lebih lagi, di Malaysia, sebahagian iklan dikaitkan dengan syarikat GLC (Syarikat Kaitan Kerajaan), yang berkepentingan bersama parti pemerintah. Justeru itu, media alternatif memerlukan bukan sahaja sokongan dari segi audiens, tetapi juga sumber kewangan daripada pembaca, sama ada dalam bentuk langganan atau lain-lain.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Harga minyak dunia turun di Malaysia naik

Harga minyak dunia turun di Malaysia naik

Harga minyak mentah antarabangsa menurun ke paras USD86 setong pada Jumaat, mencatat magnitud penurunan terbesar dalam seminggu sejak Mei 2011, berikutan kekhuatiran pelabur terhadap ekonomi dunia yang diperlahankan.

Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu.

Harga minyak RON97 telah meningkat sebanyak 85 sen dari Julai 2010 hingga Mei 2011. Penurunan pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80. Harga RON97 pernah mencatat paras RM2.90/liter pada Mei 2011. Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010.

Harga minyak mentah mula memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011 sehingga kini, setelah mencatat paras USD120 setong pada April tahun ini.

Menurut laporan Reuters hari ini, harga minyak mentah Brent Crude telah menurun kira-kira 9% dalam minggu ini, sementara harga minyak U.S Crude pula menurun 10% dalam minggu ini. Ini kerana kebimbangan yang menyelubungi pasaran, bahawa US akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi, yang bakal menggugat keperluan petroleum. Selain itu, krisis hutang di Eropah juga menggugat harga minyak mentah.

Harga minyak U.S Crude menurun 6% pada Khamis, mencipta magnitud penurunan harian yang terbesar sejak 5 Mei 2011. Pada Jumaat ini, harganya menurun USD1.40 sehingga USD 85.23 setong, mencatat paras terrendah sejak 17 Februari 2011. Harga minyak Brent Crude pula menurun secara mendadak dengan USD6 pada Khamis, dan kini mengekalkan harga pada USD 107.25 setong pada Jumaat.

Barclays Capital yang paling optimis dengan perkembangan harga minyak mentah pada tahun ini, mengakui bahawa keperluan dunia dijangka akan diperlahankan. Bank pelaburan itu menganggar, keperluan petroleum dunia bakal bertambah 1.1 juta tong, mencatat 88.68 juta tong pada tahun ini.

Ia memperlihatkan perubahan sikap bank pelaburan ini. Sebelum ini, bank pelaburan ini menjangka pertambahan keperluan 1.56 juta tong minyak, malah pernah menjangkakan pertambahan 1.7 juta tong, dua bulan yang lalu.
My kad lagi

My kad lagi

SHAH ALAM 5 OGOS : Semakin banyak pembongkaran salah laku data daftar pengundi dikesan muktahir ini terutamanya yang melibatkan warganegara asing menjelang pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Dakwaan pemberian status kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu kini mencuri tempat selepas gabungan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat menggerakkan jentera mengumpul segala bukti bagi mengukuhkan dakwaan tersebut.

Sehubungan itu, Pas Selangor hari ini mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salahgunakuasa oleh JPN yang dianggap menguggat kedaulatan negara.

"Saya yakin selepas insiden ini rakyat merasa sangat keliru dan bimbang dimana keselamatan pengeluaran kad pengenalan kita," kata Setiausaha Pas selangor Mohd Khairuddin Othman pada sidang media tadi.

Menurut Mohd Khairudin, pihaknya telah mengadakan sebanyak 1,860 bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku ke 2 tahun 2011 yang tamat pada 2 Julai lalu.

Antara perkara yang disuarakan termasuk SPR sengaja tidak menyertakan alamat lengkap pengundi selain dakwaan terdapat pihak tertentu yang membawa masuk pengundi-pengundi yang tidak berkelayakan ke negeri Selangor.

Ini termasuk dakwaan bahawa SPR gagal memasukkan seramai 240 nama pengundi Cina yang telah didafarkan sebagai individu layak memilih.

"Melebihi 240 nama yang kita daftarkan tapi tidak keluar dalam rang daftar pemilih untuk suku kedua," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairudin berkata pihaknya baru-baru ini berjaya mengesan kelibat mengedar kad pengenalan biru kepada warga Indonesia dan Kemboja di DUN Paya Jaras.

Dalam dua kejadian yang berasingan itu Khairuddin berkata, seorang individu tempatan dipercayai menjadi agen pengedaran kad pengenalan dan borang permohonan warganegara kepada yang lain.

Kata beliau, setelah kad pengenalan biru tersebut dimasukkan ke dalam pengimbas cip, nama yang tertera adalah betul namun perkara yang mengejutkan apabila pihaknya menyemak dilaman web JPN, kesemua nama tersebut berstatus Penduduk Tetap (Merah).

"Yang peliknya apabila kita ambil kad pengenalan ini dan dimasukkan dalam pembaca kad, ianya dapat dibaca. Tapi bila kita semak dalam laman web JPN, kad pengenalan merah," kata beliau.

Pas sebelum ini telah menyenaraikan 610 nama yang dikesan memiliki kad pengenalan berwarna merah di dalam senarai layak mengundi SPR.

Berdasarkan pecahan, DUN Semenyeh mendahului dengan 261 pengundi diikuti DUN Paya Jaras 225 pengundi, DUN Kajang 140 pengundi dan DUN Dusun Tua 49 pengundi.

Kejadian pada 2 Julai lalu turut disentuh Mohd Khairuddin apabila berjaya mengesan rekod kerakyatan Penduduk Tetap bagi 610 orang warganegara asing bertukar kepada warganegara dalam masa 24 jam setelah Pas mendedahkan perkara tersebut kepada media.

Walhal menurutnya, proses menukar status kad pengenalan memerlukan kehadiran secara fizikal individu tersebut untuk diimbas menerusi sistem biometrik.

"Tan Sri SPR menyebut bahawa JPN tidak kemaskini data. Kalau data tidak dikemaskini, kenapa nama-nama ini boleh ada dalam Rang Daftar Pemilih yang disebut telah disaring dan diproses?" ujar beliau.

Justeru, Pas menyatakan kebimbangan berdasarkan jumlah individu layak mengundi yang memegang kad pengenalan merah kian bertambah saban hari akibat tindakan meragukan oleh JPN dan SPR.

Oleh yang demikian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein digesa untuk tampil memberi penjelasan kerana ianya melibatkan isu keselamatan negara yang semakin membimbangkan.

Sejurus sidang media itu tadi, Pas membuat laporan polis terhadap JPN untuk menyiasat dalam disebalik konsporasi yang dipercayai menjaga kepentingan kerajaan.