Home » » Kegagalan Umno untuk mencari pemimpin pelapis

Kegagalan Umno untuk mencari pemimpin pelapis

Written By kiff isme on Selasa, 28 Disember 2010 | Disember 28, 2010


SHAH ALAM 28 DIS : Senarai baru ketua badan perhubungan Umno negeri yang diumumkan semalam mencerminkan kegagalan Umno untuk mencari pemimpin pelapis dan sebaliknya menonjolkan perpecahan dalam parti itu.

Keengganan Perdana Menteri Najib Razak memberi laluan kepada pimpinan Umno Selangor menerajui badan perhubungan negeri menunjukkan beliau tidak mempercayai kebolehan Menteri Asas Tani dan Industri Noh Omar.

Di Perlis, keputusan untuk mengekalkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa sebagai pengerusi Umno negeri di kritik oleh Shahidan Kassim yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Mantan Menteri Besar Perlis itu menyifatkan Md Isa sebagai duri dalam daging dan berkata beliau belum membuat keputusan sama ada untuk menerima perlantikan itu.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata secara keseluruhan senarai kepimpinan baru Umno mencerminkan sebuah parti yang masih bergolak dengan politik dalaman.

" Sepatutnya rakan-rakan pimpinan Umno di negeri Perlis harus akur bahawa dengan meletakkan Shahidan sebagai Timbalan, bahawa Datuk Najib memang tidak berhasrat untuk melihat Umno negeri Perlis itu aman," katanya.

Shahidan menyifatkan Md Isa sebagai pemimpin lemah yang gagal menyatupadukan ahli-ahli Umno di Perlis.

Malah Shahidan membidas Najib kerana tunduk kepada tekanan luar untuk mengekalkan Md Isa sebagai pengerusi Umno di Perlis, akhbar The Star melaporkan.

Di Selangor, Mahfuz berkata najib mengambil keputusan untuk kekal sebagai pengerusi badan perhubungan kerana mahu memastikan negeri itu dirampas balik oleh pemerintah.

" Saya melihat bahawa dengan Datuk Najib terus memegang kerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor, ada satu perancangan dengan unsur-unsur jahat dan tidak demokratik untuk dilakukan ke atas negeri Selangor, " kata Mahfuz.tvs

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.