:
Home » » Sumber makanan kita di ragukan kesucianya

Sumber makanan kita di ragukan kesucianya

Ahad, 5 September 2010 | 0 comments

Jakim mengalakan kita mengunakan bahan makanan yang tidak meragukan.
Mengapa pihak Jakim membuat gesaan sebegini?
Apakah Malaysia bukan negara islam?
Kalau negara islam mengapa harus membuat gesaan sebegini?
Kita mengaku negara islam,tetapi sumber makanan kita di ragukan kesuciannya.

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri supaya memastikan persediaan makanan adalah daripada bahan halal atau tidak meragukan (syubhah).

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, amalan rumah terbuka digalakkan kerana ia dapat mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat serta memupuk keharmonian antara penganut pelbagai agama.

Namun, katanya penganjuran rumah terbuka tidak seharusnya membuka ruang kepada amalan dan pemakanan haram atau yang meragukan terutama dalam penyediaan juadah

"Sebagai pengguna, kita mempunyai hak untuk memilih dan bagi seorang Muslim adalah wajib bagi kita untuk mengenal pasti bahan yang dibeli adalah disahkan halal seperti ayam, daging dan produk yang berasaskan haiwan.

"Oleh itu pastikan hanya makanan halal yang terjamin kualitinya, bersih lagi selamat dijadikan sebagai hidangan. Sebagai seorang muslim, ingatlah bahawa kuasa memilih di tangan anda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger