Sabtu, 16 Februari 2013

UMNO makin meroyan

Hari ini facebooker mendedahkan gambar banner yang menyatakan hasrat UMNO bersatu dengan PAS berbunyi "Bersatu itu indah." dengan memaparkan bendera UMNO di sebelah kiri dan bendera PAS di sebelah kanan. Tulisan "BERSATU ITU INDAH" pula terletak di antara kedua-dua bendera tersebut.

UMNO telah berusaha keras untuk memujuk PAS bersatu dengan mereka. Pelbagai individu dan kumpulan dihantar untuk berunding dengan TGNA. Namun segalanya sia-sia apabila PAS menolak semua cadangan itu.

Apabila semua usaha memujuk PAS untuk bersatu gagal. Umno terus menekan PAS dengan pelbagai cara. Umno menggunakan agama untuk menarik keyakinan orang-orang Islam dengan memburukkan PAS dengan pelbagai kata nista, PAS parti ajaran sesat, syiah, wahabi, yahudi dan sebagainya.

Kekalutan isu nama ALLAH yang diperbesar oleh media adalah satu cerita bodoh di pihak UMNO kerana isu itu memakan diri mereka sendiri. Hanya pencacai bangang sahaja yang terus memainkan isu tersebut. Bagi yang terang hati isu itu selesai apabila Majlis Syura PAS menyatakan pendirian PAS.

Kebodohan pencacai terserlah apabila bukti-bukti dilampirkan penyokong PR menunjukkan kalimah Allah telah lama diluluskan untuk digunakan oleh orang-orang kristian. Surat kebenaran menerbitkan injil berbahasa melayu yang ditandatangani Najib juga disebar untuk menjelaskan situasi sebenar.

Rata-rata blog dan media sosial milik penyokong umno masih memainkan isu ini seolah-olah mereka di pihak yang benar. Jelas sekali mereka ini jenis putar belit yang sukar mendapat hidayah. Setelah bersalah mereka terus mengakkan kesalahan itu sebagai satu kebenaran dengan melempar tuduhan kepada PAS.

Ada juga blogger yang terus terang mengharapkan PAS bersatu dengan UMNO atas nama melayu. Demi masa depan melayu. hak istimewa orang-orang melayu dan sebagainya. Selagi TGNA berkeras dengan syarat yang ditentukannya maka impian UMNO tidak akan kesampaian.

Dikhabarkan 10 ribu banner gila talak UMNO untuk bersatu dengan PAS agar 
PAS keluar daripada Pakatan sedang giatdicetak di kilang sekitar Ampang & Pandan. 
Aikss Bukan ke UMNO kata PAS 'parti ajaran sesat' ?? UMNO sudah jadi gila babi! heh heh..



Sumber:
post-by- email

Related Posts

UMNO makin meroyan
4/ 5
Oleh