Home » » Bob kuman kembali ke Rahmatullah.

Bob kuman kembali ke Rahmatullah.

Written By kiff isme on Khamis, 3 Mei 2012 | Mei 03, 2012

Bob Kuman



dalam kenangan beliau bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Bob Kuman

Al-Faatihah buat Bob kuman yg telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi,semoga roh beliau ditempatkan diantara org2 yg solihin .. Amiin..

Pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Jenazah dibawa dengan van ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan. (Kanan)

Jenazah akan disolatkan selepas Isyak dan kemudiannya akan dibawa untuk dikebumikan di kampung allahyarham di Rantau, Negeri Sembilan.
Sent from iPhone

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.