Ahad, 22 April 2012

Petanda Umno BN sudah nak jatuh

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Mohd Zaid Ibrahim menyifatkan tindakan gelabah Umno yang banyak membuat pindaan undang-undang di Dewan Rakyat minggu lalu sebagai tanda 'BN sudah nak jatuh'.

Menurutnya, ianya termasuk meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan tergesa-gesa Khamis lalu.

“Saya rasa kerajaan dah kelam-kabut, gelabah. Saya nampak kerajaan panik. Buat pindaan (undang-undang) itu, buat pindaan ini.

“Dan saya rasa itulah punca-punca Umno-BN nak jatuh," katanya.

Beliau yang juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bercakap kepada pemberita pada Persidangan Perwakilan Tahunan 2012 Parti Kita di sebuah hotel di sini semalam.

Khamis lalu, Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 selepas melalui sesi perbahasan lebih tujuh jam.

Pindaan itu antara lain juga mengenakan larangan wakil calon berada di barong Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian dan barong panas parti bagi menyemak daftar pemilih yang diamalkan sebelum ini tidak dibenarkan.

Mengulas lanjut Zaid yang juga bekas menteri undang-undang berkata, pindaan yang membolehkan SPR menghadkan masa untuk petugas tempat mengudi dan mengira undi menimbulkan keraguan.

Beliau turut mendakwa bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diberi tanggungjawab mengurus pilihan raya kini dilihat ‘dikawal’ sepenuhnya oleh Umno BN.

"Kita bimbang bila SPR ada kuasa menentukan masa untuk petugas. Apakah muslihatnya membuat pindaan-pindaan saat akhir itu?” tanya beliau.

Beliau juga berpendapat kerajaan sepatutnya meraikan pandangan dan kritikan pembangkang malah mereka aharus diberi lebih masa meneliti sebgaran pindaan bukannya melihat pembangkang sebagai ancaman.

“Dan kalau tidak ada pembangkang, itu bukan demokrasi. Itu bukan demokrasi, itu Korea Utara, yang tidak ada pembangkang.

“Kalau kita ada demokrasi, sudah tentu ada pembangkang, tetapi janganlah kita nak hancurkan pembangkang pula. Sebab itu saya kata, selagi Umno BN memerintah, tidak ada demokrasi," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kebimbangan dengan trend pertambahan undi secara luar biasa di kawasan-kawasan tertentu khususnya di Selangor dan tempat-tempat lain.

“Di kawasan-kawasan tertentu seperti di Hulu Selangor, kita melihat penambahan 17,000 pengundi, dan di Kota Bharu sendiri penambahan 15,000 pada 2008. Itu daftar pemilih tahun lepas, namun bagaimana pula terkini.

“Terkini, saya melihat di Selangor terlalu ramai di kawasan tertentu, dan ini menimbulkan kecuriagaan parti," katanya.

Related Posts

Petanda Umno BN sudah nak jatuh
4/ 5
Oleh