SHAH ALAM 13 JUN : Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan 'Pilihan Raya Masjid' di negeri itu tidak menyalahi undang-undang pentadbiran negara, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak, Dr Mujahid Yusof Rawa.
Malah, menurut Dr Mujahid pelantikkan untuk setiap jawatankuasa masjid itu juga termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama 104 (b)(1).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menangguhkan pilihan raya masjid di negeri itu sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang merupakan ketua agama Islam di Pulau Pinang.
Mengulas lanjut perkara tersebut Dr Mujahid menegaskan, tidak timbul isu kerajaan negeri ingkar serta mengenepikan Seri Paduka sebagai ketua agama Islam di Pulau Pinang.
" Apa yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan Pakatan Rakyat tidak salah dari segi undang-undang, bahkan diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama 104 (b)(1) berhubung kaedah-kaedah pelantikkan.
" Dan tidak timbul disini apa-apa bentuk menafikan hak Yang Dipertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana akhirnya selaku ketua agama di Pulau Pinang ini Seri Paduka akan memperkenankan semua nama-nama yang telah kita muktamadkan,"tegas Dr Mujahid kepada Tv Selangor.
Jelas Dr Mujahid lagi, beliau tidak pasti bagaimana Jamil Khir dan kepimpinan Umno-Bn diberikan penerangan berhubung perkara tersebut.
Bagaimanapun, menurut Dr Mujahid beliau sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan bagi memberi penjelalasan teperinci mengenai pemilihan itu.
"Malangnya Umno tidak memahaminya dan dengan sebab itu mereka menggunakan kepentingan politik sempit mereka. Dan saya pun hairan mengapa Jamil Khir dan barisan kepimpinan Umno tidak mengetahui apa yang kita buat ini adalah satu perkara yang baik untuk reformasi pentadbiran agama khususnya masjid. Dan saya ucapkan syabas kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana berjaya melaksanakan pilihan raya masjid ini bahawa apa yang mereka lakukan ini adalah membetulkan sistem yang selama ini telah disalahgunakan oleh Umno-BN, katanya.
"Saya tidak tahu sejauhmana Jamil Khir ini telah diberikan taklimat, bagaimanapun saya bersedia untuk membantu untuk berbuat demikian di Parlimen nanti kalau diperlukan,"ujarnya.
Baru-baru ini, Kerajaan negeri pimpinan DAP Pulau Pinang memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri akan menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Katanya, kaedah itu bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah memilih pemimpin mereka.
Katanya lagi, Umno-BN sengaja mempolitikkan isu ini dengan memutar-belitkan fakta sedia ada bagi meraih sokongan rakyat khususnya masyarakat Melayu yang semakin terhakis.
" Kita melihat Umno sememangnya terdesak , khususnya di Pulau Pinang ini dimana mereka telah memainkan isu pelantikkan ini dengan menyelewengkan fakta-fakta dengan menyatakan bahawa DAP telah campur tangan, malah lebih buruk dari itu apabila Umno telah mempertikaikan bahawa pelantikkan ini tidak mendapat perkenan Seri Paduka terlebih dahulu. Sebenarnya isu-isu ini sengaja dipolitikkan atau sengaja tidak mahu rakyat mengetahui maksud sebenar pemilihan ini," ujarnya.
Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin sebelum ini juga menyifatkan, pemilihan jawatankuasa masjid di Pulau Pinang yang akan dilakukan menerusi 'pilihan raya masjid' mampu merawat institusi itu dari terus dinodai oleh sebarang unsur politik kepartian yang boleh membawa perpecahan di kalangan umat Islam
Malah katanya lagi, persoalan institusi masjid dicemari politik kepartian bukan satu perkara baru di Malaysia.
Tambah Dr Mujahid lagi, pelantikkan ahli jawatankuasa masjid melalui pilihan raya merupakan kaedah yang cukup inovatif dan merupakan usaha Pakatan Rakyat dalam memperbetulkan sistem yang telah disalahguna oleh Umno-BN selama ini.
"Memang itu agenda Umno untuk mempertikaikan apa sahaja kebaikan-kebaikan yang kita buat. Saya nak tegaskan bahawa pelantikkan kariah masjid di Pulau Pinang ini adalah satu kaedah yang cukup inovatif kerana selama ini ahli kariah tak pernah dilibatkan tetapi kita (PR) telah libatkan mereka dan dengan kuasa yang ada pada MAIP kita telah melaksanakan ia dengan penuh tanggungjawab iaitu dengan melihat sejauh mana ahli kariah menginginkan orang-orang tertentu untuk pemimpin mereka dalam kariah masjid mereka,"katanya lagi.

Pilihan Raya Masjid:Bila menteri tidak faham undang-undang
4/
5
Oleh
Admin