Home » » Nik Aziz: Umno boleh guna BI tapi PAS dihalang guna kebajikan

Nik Aziz: Umno boleh guna BI tapi PAS dihalang guna kebajikan

Written By kiff isme on Isnin, 13 Jun 2011 | Jun 13, 2011

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pemimpin-pemimpin Umno yang menggesa partinya yang berusia lebih enam dekad agar menggugurkan perkataan Islam pada namanya hanya kerana mengetengahkan pendekatan negara berkebajikan.

Menjawab gesaan beberapa pemimpin Umno agar PAS menggugurkan nama Islam, Nik Aziz  yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jika Umno boleh menggunakan singkatan Bahasa Inggeris pada namanya, maka tidak salah bagi parti Islam itu menyebut nama “kebajikan.”

“Hari ini ada pihak yang mendesak PAS menggugurkan nama Islam dari nama parti. Seolah-olah Islam langsung tidak boleh menyebut soal kebajikan.

“Bila menyebut kebajikan, maka ia tidak Islam. Peliknya, pihak itu sendiri pun masih menggunakan bahasa asing pada nama partinya yang mendakwa memperjuangkan Melayu,” kata Mursyidul Am PAS dalam mesej yang dipaparkan pada laman sosial Facebook petang ini.

Ini bukan kali pertama pemimpin-pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan yang rapat dengan parti itu mahu PAS menggugurkan nama Islam pada namanya.

Ia pernah ditimbulkan akhir selepas pilihan raya umum 1999.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Utusan Malaysia meminta Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan penggunaan nama Islam pada PAS serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka.

Beliau berkata, sejak dari dahulu lagi, Umno menolak pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan politik dan kini terbukti ia dituruti oleh PAS.

Menurut Mohd. Ali, Umno bersama kerajaan BN sentiasa meletakkan kebajikan sebagai asas perjuangan mereka sejak sekian lama.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mencabar PAS agar menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu kerana ia “menimbulkan kekeliruan banyak pihak”.

Menurut beliau, bukan saja bukan Melayu tidak faham atau keliru tetapi PAS turut mengelirukan umat Islam sendiri, bila ia mempolitikkan akidah dan ini cukup bahaya.

“Jadi, kalau parti itu sudah sanggup dibuli oleh DAP sehinggakan akhirnya PAS boleh menggugurkan perjuangan negara Islamnya, maka kalau begitu saya cabar PAS supaya gugurkan sahaja perkataan Islam daripada nama parti itu,” katanya.

Isu negara berkebajikan menjadi bahan serangan Umno-BN sejak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada muktamar baru lalu menekankan soal negara berkebajikan.

Ekoran itu pemimpin-pemimpin Umno mahu PAS menggugurkan perkataan Islam.

Umno ditubuhkan pada tahun 1946 ketika era British dan selepas negara merdeka, Umno menggunakan singkatan Bahasa Inggeris sehingga kini.

Umno dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Malayu Bersatu.-mi

Kenyataan-kenyataan Banggang dari pemimpin Umno,bila PAS ingin menubuhkan negara berkebajikan untuk menolong Rakyat.Dengan kenyataan bangang tersebut maka sudah jelas selama ini Umno tidak mengambil tahu langsung soal kebajikkan Rakyat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.