Khamis, 16 Jun 2011

Kerajaan Barisan Nasional berjaya menghabiskan RM27.6 juta dalam masa tiga hari sahaja

Kerajaan Barisan Nasional berjaya menghabiskan RM27.6 juta dalam masa tiga hari sahaja bagi menampung kos publisiti hari terbuka, pelancaran dan pameran untuk Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata bagi GTP, jumlah kos untuk 3 hari di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, termasuk mengadakan pameran isu-isu rasionalisasi subsidi, adalah RM15.1 juta.

Ia adalah gabungan kos pengurusan dan pameran sebanyak RM5.4 juta dan kos komunikasi dan publisiti RM 9.7 juta.

Bagi ETP pula, jumlah kos untuk 3 hari berjumlah RM12.5 juta, iaitu gabungan kos pengurusan dan pameran RM5.7 juta dan kos komunikasi RM6.8 juta.

“Strategi komunikasi dan publisiti sememangnya melibatkan pelbagai saluran seperti Hari Terbuka, Hari Pelancaran, road show, iklan dan lain-lain,” kata Koh dalam jawapan bertulis sidang Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Kerajaan BN yakin bahawa perbelanjaan RM27.6 juta untuk pameran dan publisiti dalam masa 3 hari sahaja itu penting untuk memberi penjelasan terperinci mengenai tujuan dan pelaksanaan GTP dan ETP supaya kedua-dua transformasi itu dapat difahami, dihayati dan disokong oleh rakyat jelata.

Dalam jawapan bertulis kepada satu lagi soalan Liew mengenai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Koh berkata kerajaan BN telah membelanjakan RM36.3 juta kepada 7 syarikat juru runding untuk mengendalikan berbagai-bagai makmal.

Menurut Koh, Pemandu mempunyai 127 pegawai termasuk 75 secara kontrak, 39 dipinjam dari kerajaan, 8 dipinjam dari syarikat milik kerajaan (GLC) dan 5 dipinjam dari swasta.

Related Posts

Kerajaan Barisan Nasional berjaya menghabiskan RM27.6 juta dalam masa tiga hari sahaja
4/ 5
Oleh