Home » » BNM Keluar Amaran Penipuan Emel Untuk Dapatkan Maklumat Perbankan

BNM Keluar Amaran Penipuan Emel Untuk Dapatkan Maklumat Perbankan

Written By kiff isme on Khamis, 16 Jun 2011 | Jun 16, 2011

KUALA LUMPUR 16 Jun - Bank Negara Malaysia (BNM) menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan cubaan memancing maklumat yang menggunakan namanya bagi menipu mereka mendedahkan butiran perbankan peribadi masing-masing.

Dalam satu kenyataan di sini , BNM berkata mangsa yang disasarkan akan menerima emel kononnya dari BNM untuk memaklumkan bahawa ia sedang mengumpul maklumat perbankan peribadi bagi mengemas kini pangkalan datanya.

“Mangsa akan diminta klik pada pautan atau membalas terus emel itu.”

“Sebaik mangsa mengklik pautan itu, mereka akan dihalakan ke laman web palsu yang meminta mereka mendedahkan butiran kewangan peribadi seperti kad kredit atau debit, yang termasuk pengesahan kod kad atau nombor pengenalan peribadi yang lain.”

“Orang ramai perlu abaikan emel itu dan tidak mendedahkan maklumat perbankan peribadi kepada sesiapa sahaja walau dalam keadaan apa pun,” katanya.

BNM berkata institusi kewangan, yang termasuk pengeluar kad kredit, institusi perbankan serta BNM sendiri, tidak akan meminta maklumat perbankan apabila menghubungi para pelanggan, walau pun melalui panggilan telefon, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau emel.

Katanya orang ramai perlu menggunakan pelayar web yang terkini yang telah siap dipasang dengan penapis maklumat yang dipancing.

“Mereka jangan mempercayai emel, panggilan atau SMS yang menjanjikan hadiah wang tunai atau bayaran balik dan meminta maklumat perbankan peribadi dan hubungi perkhidmatan bebas tol bank atau Persatuan Bank-Bank di Malaysia, ABMConnect pada nombor 1-300-88-9980 semasa meragui emel, SMS atau panggilan itu,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti penipuan itu, katanya orang ramai boleh melawat laman amaran penipuan kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.