Khamis, 30 Disember 2010

Perdana Menteri Najib Razak orang yang paling gembira sekali dalam 1 Malaysia


Perdana Menteri Najib Razak mungkin orang yang paling gembira sekali dalam 1 Malaysia apabila mengisytiharkan cuti umum esok sempena kejayaan Malaysia merangkul Piala AFF buat julung kalinya semalam.

Syabas kepada pasukan bolasepak Malaysia. Sebagai Perdana Menteri, Najib tentunya mahu mempamerkan beliau mempunyai kuasa, bukan sahaja untuk mengucapkan tahniah, malah mengisytiharkan cuti umum bagi 1 Malaysia.

Namun Najib harus berhati-hati menggunakan kuasa itu ...kerana segelintir rakyat dan peminat sukan yang lebih objektif akan bertanya - kenapa tidak ada cuti umum semasa Nicol David menang kejuaraan dunia untuk kali ke lima September lalu?

Beberapa kejayaan atlit lain juga boleh diungkit sebagai perbandingan namun cukup sekadar mengingatkan bahawa rakyat tetap tabik kepada pasukan bolasepak Malaysia walaupun tanpa diberi cuti umum.

Cuti umum tidak menjadikan kejayaan wira-wira Malaysia semalam lebih bermakna untuk rakyat. Ia sekadar mengingatkan kita keperluan untuk memberi pengiktirafan yang setara kepada setiap atlit dan sukan apabila mereka mengecapi kejayaan di peringkat antarabangsa.

Tidak perlu juga diungkitkan sumbangan wira-wira seperti Nicol dan Lee Chong Wei kepada imej negara dengah pengorbanan dan sumbangan mereka di arena masing-masing.

Kejayaan pasukan bolasepak Malaysia semalam tidak diperkecilkan. Mereka harus diraikan dan diberi pengiktirafan.

Namun Perdana Menteri perlu untuk menggunakan kuasa dan kebijaksaannya secara berhemah supaya tidak ada pihak yang tersinggung atau merasa dianak tirikan di sebalik keghairahan untuk mempamerkan pemimpin bersama rakyat.

Lebih-lebih lagi di bawah konsep Satu Malaysia.tvs

Related Posts

Perdana Menteri Najib Razak orang yang paling gembira sekali dalam 1 Malaysia
4/ 5
Oleh