Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dilihat seperti hilang kepercayaan kepada Timbalan Perdana Menteri atau menteri-menterinya apabila mewakilkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor merasmikan majlis-majlis rasmi yang sepatutnya dihadiri oleh beliau.
Tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan protokal biasa, malah jelas menunjukkan sikap sebenar Najib terhadap timbalannya dan menteri-menterinya yang lain yang sanggup mengubah peraturan sesuka hati walaupun bertentangan dengan amalan biasa dalam kerajaan.
Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, mengikut peraturan, jika perdana menteri tidak dapat hadir ke sesuatu majlis rasmi yang dijadualkan untuknya, ia mestilah diwakilkan kepada timbalannya. Jika tidak timbalannya pun, mestilah diwakilkan kepada menteri-menterinya yang lain yang berkenaan.
“Jika tidak diwakilkan kepada menteri-menteri yang berkenaan, mestilah kepada timbalan-timbalan menteri. Jika tidak timbalan menteri, mestilah diwakilkan kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti ketua setiausaha dan ketua pengarah.
“Itulah yang sepatutnya dilakukan. Bukannya mewakilkan kepada ahli keluarga bagi menghadiri atau merasmikan program-program yang rasmi. Tetapi dengan apa yang berlaku, ia jelas menunjukkan keadaan luar biasa yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Politik kedai kopi:
Ini menjelaskan siapa yang berkuasa sebenarnya,lihat sahaja belanjawan baru-baru ini.
Baca berita penuh
PM kita RM
4/
5
Oleh
Admin