Khamis, 4 November 2010

Pengundian bermula hari ini


Pengundi-pengundi mula membanjiri pos mengundi di Galas sejak jam 7 pagi lagi.

Murshidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat kelihatan bersama calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed melawat tempat mengundi.

Keadaan di UPU Sg.Terah riuh apabila penyokong mojoriti PAS membanjiri sepanjang jalan menuju ke pos mengundi manakal pengundi Barisan Nasional kelihatan sepi.

Polis terpaksa memisahkan kedua-dua penyokong dengan garisan kuning berikutan provokasi yang cuba dicetuskan diselang dengan laungan takbir.

Pasukan FRU tiba bersama senjata pemedih mata bersedia sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Sg. Terah merupakan kubu kuat PAS DUN Galas.

Dalam masa yang sama, Murshidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyeru masyarakat Kelantan untuk terus menyokong gerakan Islam bagi mengekalkan kesinambungan pentadbiran berlandaskan agama di negeri Kelantan.

Beliau juga turut menyeru agar penyokong tidak membuat sebarang kekecohan yang boleh menimbulkan masalah.

Nik Aziz bersama calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamed hadir ke SMK Indra Petra 1, pos mengundi UPU Kg. Baru, Gua Musang.

Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi. Beliau menjangkakan 400 orang pengundi akan turun menjelang jam 11 pagi ini.tvs

Related Posts

Pengundian bermula hari ini
4/ 5
Oleh