Pemimpin berjiwa rakyat seharusnya mempunyai maruah dan harga diri, ujar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambahnya pemimpin juga bukan menggadaikannya begitu sahaja apabila ditawarkan imbuhan oleh pihak tertentu.
Beliau berucap di dalam satu perjumpaan bersama rakyat di Restoran 88, Simpang Renggam semalam, Anwar berkata dakwaan Umno bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah, perlembagaan akan dipinda adalah tidak berasas sama sekali.
"Mereka berkata, Kita tidak akan benarkan orang-orang tertentu, Anwar Ibrahimlah siapa lagi (berjenaka), nak rebut Putrajaya, pinda Perlembagaan. Siapa yang kata nak pinda Perlembagaan?
"Saudara tahu tak, Perlembagaan dalam PR dipertahankan! Siapa sain? Tuan Guru Ustaz Awang Hadi sain," tegas beliau kepada kira-kira seribu hadirin yang membanjiri pekarangan restoran tersebut.
Kata beliau, tidak logik sama sekali jika mengatakan Ustaz Awang Hadi sanggup menggadaikan prinsip perjuangan agama dan bangsa semata-mata untuk kepentingan diri.
"Lim it Siang, bertarung berpuluh-puluh tahun, saya kat UM dah tahu dah siapa dia. Kita gaduh dengan dia, kita tak setuju dengan dia dalam beberapa perkara, kita bagi dia tengok. Satu, dia boleh pertahan, dia berani dia takkan gadai, itu prinsip dia. Kalau dia boleh dikompromi, boleh dibeli dah lama dah!" kata beliau lagi.
Anwar seterusnya menjelaskan bahawa beliau bersama Ustaz Awang Hadi serta Lim Kit siang telahpun menandatangani perjanjian bahawa perlembagaan akan terus dipertahankan, bersama-sama dengan bahasa Melayu, agama Islam dan hak keistimewaan raja-raja.
"Cuma kita kena faham, kita kena pertahankan bahasa Melayu, bahasa rasmi dan saya tidak akan bertolak ansur. Sekiranya kita mengambil alih Putrajaya, saya beri jaminan kedudukann bahasa Melayu lebih tinggi dimartabatkan penguasaan akan jauh lebiih baik daripada apa yang dijalankan oleh Umno sekarang ini. Saya janji!," tegas beliau lagi.tvs
Pemimpin Rakyat Tidak Gadai Maruah
4/
5
Oleh
Admin