Sabtu, 13 November 2010

Nurul Izzah Terus Bertanding


Calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar terus bertanding atas jawatan tersebut walaupun sebelum ini pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap Pemilihan Keadilan 2010 ini.

Dalam satu kenyataan medianya, Nurul Izzah menegaskan mengambil keputusan untuk terus bertanding jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) walaupun terdapat dakwaan penipuan yang telah menyebabkan calon Timbalan Presiden Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada pertandingan ini.

Katanya "Biarlah saya sebutkan di sini bahawa saya menaruh kepercayaan penuh pada kebijaksanaan kesemua anggota parti, yang diberi kuasa mengundi secara demokratik, untuk menetapkan arah tuju parti ini,".

"Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya kepada anggota-anggota parti yang telah mencalonkan saya, dan juga kepada mereka di luar parti yang turut menaruh harapan dan kepercayaan pada parti, untuk saya meneruskan pertandingan ini." katanya lagi.

Menurut Izzah Jawatankuasa Pemilihan Parti telah memberi jaminan yang ia akan mengkaji semula proses dan keputusan-keputusan dalam Pemilihan 2010 dan pasti pihak JPP akan mengambil langkah-langkah yang betul untuk menangani dan menjawab dakwaan-dakwaan yang ditimbulkan.

"Seandainya saya memenangi kepercayaan dan mandat anggota parti untuk menjadi salah seorang dari empat Naib Presiden, saya akan mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan berani untuk memartabatkan Politik Harapan dan Pembebasan, langsung lebih mengukuhkan parti ini dengan asas-asas demokrasi dan keadilan yang menjadi impian semua rakyat Malaysia." ujar Izzah.

Tegas Izzah lagi masanya telah tiba untuk semua menuntut suatu budaya politik berasaskan nilai yang bersih lagi tinggi darjatnya. Hanya melalui tuntutan inilah maka akan berjaya membina sebuah negara Malaysia yang lebih baik.

Ujar Izzah lagi, "Setelah proses pemilihan ini tamat, marilah kita ketepikan perbezaan, bak pepatah - "carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua". Marilah kita teruskan kerjasama dengan teman-teman Pakatan, bersama-sama menuju ke hadapan demi memenuhi segala hasrat dan impian seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita maju ke hadapan, demi Malaysia yang lebih baik,".tvs

Related Posts

Nurul Izzah Terus Bertanding
4/ 5
Oleh