Khamis, 11 November 2010

Kedai kopi S'wak perlu disiasat

Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis agama islam negeri turut menyiasat dakwaan bahawa menjadi kebiasaan bagi kedai kopi di Sarawak menjual makanan halal dan haram di tempat yang sama.

Presiden PPMM Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ini kerana makanan yang bercampur boleh menukarkan yang halal kepada haram.

"Apatah lagi cara penyucian peralatan yang digunakan seperti pinggan mangkuk, sudu garpu dan sebagainya perlu juga diteliti.

"Halal bukan sahaja bermakna tiada daging babi tetapi ia lebih daripada itu kerana Islam menitikberatkan kesucian," katanya merujuk kepada kenyataan ahli parlimen Kuching daripada DAP Chong Chien Jen semalam.

"Mungkin ahli parlimen (Bandar) Kuching tidak memahami hukum Islam sehingga menganggap remeh isu ini."

Sehubungan itu, Zainul Rijal menegaskan sekali lagi bahawa perlembagaan mememberikan keistimewaan yang tinggi kepada agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, walaupun agama lain boleh dianut dan diamalkan.

Kerajaan telah mengarahkan bahagian penyelidikan Jakim untuk menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak di Sarawak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah.

Isu itu dibangkitkan dalam parlimen semalan yang menyebabkan ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad diarahkan keluar.

Ketika bertegang dengan ahli palimen bebas Zulkufli Noordin, pemimpin PAS itu berkata, isu yang dibangkitkan bukan berhubung agama pelajar tetapi tindakan sekolah yang merotannya.

Dalam satu awal pagi ini, PPMM juga mengalu-alukan langkah kerajaan mengarahkan JAKIM menyiasat agama bapa murid berkenaan kerana bapanya Beginda Minda atau Noor Azman Abdullah adalah seorang Islam.

"Sekiranya bapa murid tersebut telah memeluk Islam sebelum dari berkahwin dengan ibu murid tersebut yang didakwa sebagai penganut Kristian, maka anak tersebut adalah anak luar nikah bapa murid tersebut.

"Menurut Hukum Islam nasab bagi anak luar nikah adalah kepada ibu semata-mata dan tiada pertalian yang sah dengan bapanya.

"Manakala sekiranya bapa tersebut memeluk Islam tetapi ibu enggan memeluk Islam setelah berkahwin dengan ibu tersebut, maka mengikut hukum syarak perkahwinan tersebut menjadi terbatal dan status agama anak hasil perkahwinan tersebut adalah mengikut mana-mana ibu atau bapa yang memeluk Islam," katanya.

Tambahnya, berdasarkan kes Subahsini melawan Saravanan, di mana Mahkamah Persekutuan mentafsirkan peruntukan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan sebagai salah seorang ibu atau bapa atau penjaga boleh mengislamkan anaknya yang di bawah umur.

Related Posts

Kedai kopi S'wak perlu disiasat
4/ 5
Oleh