SHAH ALAM, 10 OKT - Program transpormasi ekonomi (ETP) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu tampak indah atas kertas tetapi hakikatnya tidak mampu digalas Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
Itulah rumusan dari perbincangan ETP oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, pada segmen 'Bincang-Bincang’ di TV Selangor.
Kata Dzulkefly, pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengenai ETP yang merangkumi 131 projek bermodalkan RM 1.4 triliion yang bakal dipacu sektor swasta, kelihatan baik dan mampu merubah kemajuan negara.
Namun, katanya, hakikat yang tidak boleh dielak ialah matlamat yang kurang realistik seperti pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus setahun dan kepercayaan pelabur terhadap Malaysia setelah berlaku penurunan 81 peratus Pelaburan terus Asing (FDI), tahun lalu.
"Mengikut World Investment Report, hanya RM4.24 billion - itu saja yang masuk dalam 2009. Yang keluar RM24 billion, maknanya net outflow, lebih banyak keluar dari masuk.
“Kalau itulah hakikatnya, kita mahu tanya Najib, apa langkah yang konkrit untuk tarik pelabur, sama ada dari dalam atau luar negara," kata beliau.
Dzulkefly berkata, ETP yang digarap sebagai pemangkin Model Ekonomi Baru (MEB) masih tidak dimuktamad lantaran kritikan dari kelompok Umno termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, selain kritikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
"Beza daripada dasar lain. Dulu kita ada Industrial Master Plan (IMP), Outline Perspective Plan atau OPP - semua ini kumpulan yang jauh lebih hebat daripada MEB yang baru disebut tetapi diserang Perkasa dan Tun (Mahathir)," katanya.
ETP didakwa mampu menyediakan 3.3 juta peluang baru pekerjaan kepada kelas pertengahan, seterusnya mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi dengan pendapatan perkapita RM48,000 setahun.
Dzulkefli bagaimanapun ragu-ragu kerana berdasarkan rekod BN yang gagal membuat pengagihan kekayaan secara adil kepada semua rakyat.
"Puratanya RM48,000 tapi kalau jurang antara kaya miskin itu makin melebar, untuk apa RM48,000? Jutawan yang akan bertambah kaya,” katanya.
Bercakap pada segmen sama, Azan pula mempersoa keupayaan Umno merancang perubahan sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang turut dicemuh orang Melayu sendiri.
Beliau kesal kerana tiada sistem pemantauan bagi memastikan projek khususnya Rancangan Malaysia ke-7 dibuat, sebaliknya diganti dengan Kunci Indeks Prestasi (KPI).
"Ketua Audit negara baru sebut tahun lal betapa 20 peratus perbelanjaan kerajaan adalah tidak perlu atau overpaid. Jadi, KPI ini hanya satu momokan," kata beliau yang menganggap kerajaan tidak merancang secara teliti dalam soal ETP mahupun MEB.
Kepimpinan Datuk Seri Najib Razak Lemah
4/
5
Oleh
Admin