KUALA LUMPUR, 22 Okt :- UMNO cuba menutup kepincangan dan kelemahan parti itu sendiri dengan menyebarkan fitnah dan tohmahan yang tidak masuk akal dan beretika supaya perhatian rakyat tidak ditumpukan kepada mereka.
Pengerusi Jentera pilihanraya pilihanraya kecil Galas PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memfitnah dan membuat tohmahan keji sememangnya telah menjadi kelaziman bagi UMNO setiap kali sesuatu pilihanraya diadakan.
Menurutnya, pengundi sudah lali dengan taktik kotor sedemikian yang sentiasa diamalkan oleh UMNO setiap kali menjelang pilihanraya.
"Ini semua fitnah dan tohmahan untuk memburukan calon Pakatan Rakyat yang dipertandingkan kerana isu sebenarnya UMNO masih lagi gagal pilih calon mereka.," katanya kepada TV Selangor.
Beliau, yang juga Naib Presiden PAS mengulas satu laporan yang disiarkan oleh web portal Umno-Online kononnya calon PAS, Dr Zulkefly Muhamad pernah ditangkap kerana berkhalwat suatu masa dahulu dan pemilihan beliau sebagai calon juga dipertikaikan kerana mengenepikan beberapa calon lain yang dikatakan lebih berkelayakan dan berkemampuan.
Tuan Ibrahim menambah, UMNO cuba mengalihkan perhatian daripada masalah dalaman mereka kepada calon parti Pakattan Rakyat sekaligus bermakna mereka khuatir Dr Zulkefli diyakini boleh memenangi hati pengundi.
Beliau menambah, Dr Zulkefli telahpun dikenali ramai kerana sebelum ini pernah bertanding sebagai calon PAS bagi Parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dalam PRU 12.
Katanya lagi, di pilihanraya ke12 lalu, Dr Zulkefli telah mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang.
Bagaimanapun Ku Li memenangi kerusi itu selepas menang lebih besar di dua Dun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri yang juga terletak di bawah Parlimen Gua Musang.
Menurutnya, melalui tinjauan yang dibuat sebelum ini, ramai dari akar umbi bersetuju untuk menerima beliau sebagai calon.
"Dia diterima dalam konteks pengundi...majoriti pengundi adalah bangsa melayu namun juga terdapat masyarakat Cina, India ...Dr Zul suka bergaul dengan semua bangsa dan faktor itu adalah satu kelebihan untuknya," tambah beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau juga berkata PAS sudah bersiap sedia menghadapi pilihanraya kecil Galas dan menambah dari sudut jentera pilihanraya, hampir semua negeri turun membantu.
Disamping itu, katanya, persiapan mengkukuhkan lagi persedian dalam parti juga berjalan dengan baik.
"PAS menggunakan pendekatan dari konteks selama lebih 20 tahun Pas menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, rakyat dapat melihat kemajuan dan pembangunan ekonomi sepenuhnya dan keduanya, kejayaan kerajaan negeri pakatan rakyat mentadbir negeri di bawah pakatan rakyat
"Ketiga, adalah isu bajet 2011 disamping soal-soal kebajikan penduduk dan permasalah penduduk seperti soal tanah dan sebagainya,: katanya lagi.
Seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya ini dengan Melayu berjumlah 7,123 atau 61.67 peratus dari jumlah pemilih itu. Cina 2317 (20.06 peratus), Orang Asli 1,889 (16.35 peratus) manakala India 185 (1.6 peratus).-TVS
Fitnah dan tohmahan umno sudah bermula di Galas
4/
5
Oleh
Admin