Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng dari Umno, Mustafa Salim didakwa menghina dan merendah-rendahkan masyarakat orang Asli apabila mengeluarkan bahawa kenyataan ‘orang Asal hanya penumpang di tanah kerajaan’.
Ungkapan itu dikatakan dibuat Adun itu pada satu majlis sambutan Hari Raya untuk orang Asli di Kampung Lumut, Ulu Beranang pada 22 September lalu anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Bercakap kepada TV Selangor, Panglima Garang Adat Jawatankuasa Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKOANS), Abu Ambang berkata, Mustafa didakwa berkata, orang Asli tidak mempunyai tanah warisan atau tempat bermastautin kerana menumpang di tanah kerajaan.
"Dia kata mana ada tanah turun temurun orang asli,itu tanah kerajaan, dia cakap macam itulah Di fikiran kami, kenapa tidak ada sedangkan ini merupakan tanah bapa kami, turun anak, turun cucu, turun cicit.
“Kami mengharapkan belas kasihan wakil rakyat untuk cakap hal tanah atau kemajuan Tak sangka, wakil rakyat ini menentang masyarakat orang Asli ," katanya yang menyatakan kelompoknya mengundi BN sejak menggunakan logo kapal layar lagi.
Ketua Jawatankuasa Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia, Tijah Yok Chopil pula menyatakan masyarakat orang Asli kesal dengan kenyataan Adun dari Umno itu yang jelas bertentangan dengan semangat 1 Malaysia.
Lebih menusuk perasaan, Tijah mendakwa Mustafa mendakwa orang Asli sebagai ‘pengecut kerana lari dari medan perang.’
"Dia cakap orang Asli masa perang dulu, bukannya tolong melawan musuh tetapi lari sana sini,” katanya yang turut marah kerana Adun Lenggeng itu menyatakan ‘semua tanah ini, tanah kerajaan dan bukan kamu punya tanah adat.’
Sumber:TV selangor
Adun Lenggeng menghina masyarakat orang Asli
4/
5
Oleh
Admin