Isnin, 20 September 2010

S.Manikavasagam membuat sainggan






SHAH ALAM: Naib ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kapar, S Manikavasagam mengesahkan beliau akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti yang dijadual November ini. 

Beliau berkata, sembilan cabang PKR di Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Sabah yang mengadakan mesyuarat agung tahunan pada Sabtu lalu dan semalam mencalonkannya bagi bertanding jawatan tertinggi itu. Manikavasagam berkata, cabang berkenaan adalah Kampar, Batu Gajah, Batu Kawan dan Ipoh Barat (Perak), Permatang Pauh (Pulau Pinang), Beaufort, Papar dan Kota Marudu (Sabah) dan Indera Mahkota (Pahang). "Keputusan untuk bertanding dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk sokongan "di luar dugaan" khususnya di Sabah. 

"Saya menganggapnya sebagai satu peluang bagi saya untuk meningkatkan peranan bagi membantu pucuk pimpinan dalam memperkukuhkan parti demi masa depan agama, bangsa dan negara," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Manikavasagam, yang juga Ahli Parlimen Kapar, berkata ramai pemimpin akar umbi keturunan India menyokong beliau bertanding jawatan itu. 

Daripada tujuh jawatan naib presiden, empat adalah menerusi pemilihan parti manakala baki dilantik oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP). 
Mesyuarat agung dan pemilihan peringkat cabang bermula 17 September hingga 3 Oktober ini manakala pemilihan bagi MPP akan diadakan pada 29 Oktober hingga 21 November, iaitu sebelum berlangsungnya kongres agung tahunan parti pada 27 November. 

Related Posts

S.Manikavasagam membuat sainggan
4/ 5
Oleh