PEKAN 21 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang membuat siasatan sepenuhnya berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Perdana Menteri berkata, pihak terbabit yang melakukannya perlu dikenakan tindakan sepatutnya mengikut peraturan sedia ada.
"Saya minta perkara ini disiasat sepenuhnya, siapa yang melakukan perkara ini, sebab peraturan membaca khutbah itu mesti ditentukan majlis agama dan kita tidak ada kebenaran untuk membaca skrip kita sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian kuih raya Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini. - Bernama
Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.
Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah.
Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.
''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri.
''Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan.
"Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya ketika ditemui di masjid tersebut di sini hari ini.
Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka.
"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," -kedahlanie
Nama Lim disebut kerana mendoakannya supaya mendapat petunjuk. Tentulah Khatib itu orang PAS.
Mengapa Umno terkejut dengan doa ini? Kerana, pemimpin Umno termasuk Zahid tidak pernah mendengar khatib Umno mendoakan Koh Tsu Koon semasa beliau menjadi KM dulu.
Sama macam orang DAP baca ayat al-Quran dalam ceramah. Pemimpin Umno bising macam nak meletup dunia. Puncanya kerana pemimpin Umno tidak pernah mendengar pemimpin MCA dan MIC melakukannya.
Bagi sebahagian pemimpin Umno, apa yang mereka tidak lakukan sebelum ini, apabila dilakukan oleh orang lain, itu adalah salah.
Zahid gunakan hujah khatib tidak menyebut nama SPB YDP Agung. Rasanya, ini cuma ‘alasan’ untuk menyalahkan sebutan nama Lim sahaja.
Berlambak khatib yang tidak menyebut nama SBP YDP Agong, tidak pula dibisingkan sebagai salah oleh pemimpin Umno. Khatib Umno juga turut melakukan begitu, tidak bising pun.
Maknanya tidak menyebut SBP YDP Agong tidak penting sangat bagi pemimpin Umno, tetapi menyebut nama Lim itu yang salah.
Betul, secara etikanya, tidak menyebut nama SBP YDP Agung dalam khutbah adalah salah. Tetapi itu tidak menjadi salah jika tidak disebut nama Lim. Masalahnya ialah menyebut nama Lim, bukan tidak menyebut nama SBP YDP Agong.
Bagaimana kalau ada khatib yang tidak menyebut nama SBP YDP Agong, tetapi disebut nama Najib pula, adakah itu dikira salah juga?
Secara tidak langsung, doa untuk SBP YDP Agong memang wujud dalam doa untuk semua orang Islam. Tidak dikhususkan sebutan namanya bukan bermakna tidak ada doa untuknya.
Sementara mendoakan orang orang bukan Islam supaya menerima hidayah memang dibenarkan. Nabi pernah mendoakan salah seorang daripada dua Umar agar mendapat hidayah untuk mengukuhkan kedudukan Islam.
Apa kata ulama muda Umno mengenai perkara ini?-sauhdibongkar

Ramai di kalangan UMNO, mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib
4/
5
Oleh
Admin