Rabu, 18 Ogos 2010

Gimik politik oleh pihak BN menjadi

Gimik politik oleh pihak BN untuk memperolehi sokongan orang-orang melayu
nampaknya menjadi.
Maka isu ini akan terus di permainkan oleh pihak BN,jadi kita sebagai penyokong
pakatan rakyat harus pandai menilai sesuatu isu yang di mainkan oleh pihak BN ini.


SHAH ALAM – Pemuda UMNO menyelar pendirian MCA yang cuba menagih undi simpati daripada masyarakat Cina dalam isu membabitkan kepentingan Bumiputera baru-baru ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, MCA tidak wajar mengeluarkan kenyataan tersebut kerana ia menyakiti hati parti komponen Barisan Nasional.

“Mereka sepatutnya membantu keadaan untuk membentuk satu kerjasama yang lebih erat antara orang Melayu dan kaum lain.

“Malahan kenyataan MCA dilihat memandang remeh tentang ekonomi Melayu dalam negara ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan MCA tersebut disifatkan kerana terlalu mengejar undi masyarakat Cina sehingga lupa terhadap perkara yang sepatutnya dilakasanakan.

Related Posts

Gimik politik oleh pihak BN menjadi
4/ 5
Oleh