Jumaat, 30 Disember 2011

Aziz Bari  calon Pakatan PRU 13

Aziz Bari calon Pakatan PRU 13




KUALA LUMPUR, 30 Dis — Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau “tidak ghairah” tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.

“Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel.

Beliau mengesahkan menerima tawaran “tidak rasmi” dari semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP namun berkata “masih terlalu awal untuk membuat keputusan” parti mana yang akan ditandinginya.

Abdul Aziz menambah beliau tidak memilih tentang bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan “semua parti komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan ia pentung bagi mewujudkan sistem dua parti.”

Namun bekas pensyarat Universiti Islam Antarabangsa ini berkata keputusannya adalah untuk terlibat dalam politik dan berminat menyertai pilihan raya dan bukan sebagai anggota parti yang disifatkan tidak mempunyai “stamina” melakukannya.

“Ini adalah perkara yang dihalang untuk dilaksanakannya. Menyertai politik bukan bermakna terlibat dalam politik parti.

“Apa pun dalam politik, seperti kerjaya dalam akademik atau NGO, ia hanya platfom untuk perubahan. Tidak kisah apa pun saya terlalui tua untuk menjadikan politik sebagai kerjaya. Jika saya berumur 40 tahun ia berbeza tapi saya akan mencecah 53 tahun,” tambahnya.

Abdul Aziz terlebih dahulu digantung tugas dari UIA kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau dilaporkan memperhatikan kerusi Parlimen Sabak Bernam yang dipegang Abdul Rahman Bakri, yang dijangka akan dibicarakan pada Jun kerana didakwa membuat sembulan tuntutan palsu.

Pensyarah kontroversi ini berdepan dengan siasatan dalaman oleh UIA kerana mengkritik Sultan Selangor.

Selain itu Abdul Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Adam Adli wira rakyat

Adam Adli wira rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Adam Adli Abdul Halim hanya seorang aktivis mahasiswa sehingga perbuatannya menurunkan bendera bergambar Datuk Seri Najib Razak semasa satu demonstrasi aman mendapat perhatian utama media.

Berikutan insiden itu, bermula sebagai satu bantahan kecil mahasiswa menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember kini menjadi pergerakan yang semakin besar, melibatkan mahasiswa, pensyarah universiti, rakyat bersatu dan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), yang mana dengan tegas tidak membenarkan berpolitik di kampus.

Ia juga telah meletakkan mahasiswa berumur 22 tahun dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang publisiti awam.
Walaupun dikenali secara tiba-tiba, Adam Adli tetap berharap apa yang berlaku itu “akan berakhir selepas 40 tahun memperjuangkannya.”

“Kebebasan akademik akan menjadi satu masalah besar yang perlu diperjuangkan bersama untuk membina semula negara yang sudah rosak. Ia sangat penting seperti isu-isu lain yang dibincangkan dalam masyarakat,” kata Adam Adli kepada The Malaysian Insider.

“Ramai orang termasuk mahasiswa tidak pernah mendengar tentang kebebasan akademik, AUKU dan carta magna (satu undang-undang yang dirangka mahasiswa bagi menggantikan akta itu) sehingga ia (insiden) terjadi. Sekarang penulis blog pro-kerajaan berusaha keras untuk memahaminya,” tambahnya.

Tambah Adam Adli, beliau tetap mempertahankan tindakannya itu sambil menyifatkan “menurunkan bendera adalah tanda bantahan.”

“Tetapi ada satu sebab lain yang tidak disedari iaitu jika saya menurunkan bendera, bagaimana saya boleh menaikkan kebebasan akademik?” soalnya.

“Ia seperti membuat satu perkara dengan dua atau tiga faedah. Ia adalah satu tanda bantahan terhadap (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) dasar mahasiswa dan universiti serta tanda kemenangan.”

Adam Adli berkata penglibatan dalam aktivis mahasiswa bermula pada 2010 semasa beliau dilarang bertanding dalam pilihan raya kampus kerana terlibat Demonstrasi Air 2009, bantahan terhadap kenaikan harga air di Selangor.

“Sejak itu, tiada ruang untuk saya berpatah balik. Alasannya jelas. Kami perlu buktikan kepada orang ramai bahawa kami sebagai mahasiswa merupakan sebahagian daripada sistem. Kami mahu mewakili rakyat,” katanya.

“Mahasiswa mempunyai peranan dalam sejarah perjuangan rakyat, maka dalam masa yang singkat ini kami mahu mengukir sejarah kami sendiri. Tetapi, pertama kami perlu membebaskan mahasiswa dan universiti maka kami akan buktikan kepada rakyat apa yang kami mampu lakukan untuk negara,” tambahnya.

Di laman sosial Facebook hampir 30,000 pengguna menyokong tindakan Adam Adil di halaman “We Are All Adam Adli”, walaupun ada yang tidak bersetuju dengan apa yang berlaku.

Selain itu, kritikan dari orang awam dan ramai pegawai kerajaan semakin bertambah, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihak berkuasa akan memantau Adam Adli dan menasihatkannya supaya berwaspada semasa melakukan aktiviti.

Ia membangkitkan semangat mahasiswa ini dengan mengatakan berkeyakinan tidak berasa terancam dengan kenyataan begitu.

“Saya tidak akan menyerah. Bagaimana mereka boleh menghalang saya? Saya tidak nampak mengapa mereka perlu buat begitu,” kata Adam Adli.

“Saya percaya dan saya tahu apa yang saya lakukan tidak salah dan tidak melampaui lunas undang-undang. Saya hanya menyuarakan hak membantah dasar kerajaan dan pelaksanaannya,” tambahnya.

“Mahasiswa bukan bodoh. Mereka nampak, mereka belajar, mereka dapat pengetahuan dan mereka bersedia membina negara yang lebih baik. Saya percaya lebih ramai yang akan tampil,” katanya.

“Masa depan milik anak muda.”

Selasa, 27 Disember 2011

Aziz Bari bertanding di Sabak Bernam



Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari mungkin bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, seandainya terdapat permintaan dan sokongan agar beliau bertanding di situ.

Dalam PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi. Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain.

Menurut seorang sumber maklumat yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan mendapati kawasan Sabak Bernam mungkin ditembusi Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. Sumber berkata, PKR sepatutnya telah menembusi kawasan itu dalam PRU 12 yang lalu, namun berlaku "politiking" dalaman sehingga calon PKR tewas tipis dengan perbezaan 1,335 undi. Meskipun mengakui bahawa Badrul Amin  juga seorang pemimpin yang baik, namun sumber tersebut mendakwa bahawa "politiking" yang berlaku di PKR Cabang Sabak Bernam menyebabkan akar umbi gagal disatu-padukan.

Menurut sumber lagi, seandainya Aziz Bari direstui pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding di Sabak Bernam, beliau yakin bahawa kemunculan Aziz Bari mampu "meneutralkan" keadaan yang sedia ada. Sumber yang dekat dengan parti komponen Pakatan Rakyat ini berkata, penampilan Aziz Bari mampu menyuntik keyakinan agar PR menawan kerusi Sabak Bernam.

Badrul Amin juga mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), terlibat dalam gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun, bersama Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungib, Mohd.Ezam Mohd Nor dan lain-lain.

Aziz Bari mencetus kontroversi apabila mendakwa "tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim", ketika ditemuramah Malaysiakini. Kenyataan pakar perlembagaan ini dibidas dalam Utusan Malaysia, malah ada yang membuat aduan polis terhadap Abdul Aziz Bari dan Malaysiakini. Ekoran daripada itu, Abdul Aziz Bari dan wartawan Malaysiakini disoal-siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 17 Oktober 2011.

Jawatan Aziz Bari digantung, dan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada UIAM pada 19 Oktober 2011. Siswa-siswi dan orang awam bangkit mempertahankan Aziz Bari, mengutuk tindakan mencabul kebebasan akademik. Keputusan penggantungan tersebut ditarik balik kemudian lantaran desakan umum, namun Aziz Bari akhirnya memilih untuk meletak jawatan.

Ahad, 25 Disember 2011

Kebangkitan mahasiswa

Kebangkitan mahasiswa

Isu Akta Univerisiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kembali 'panas' selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 bagi membenarkan mahasiswa universiti awam menjadi ahli parti politik. Bagaimanapun, cadangan itu mendapat tentangan daripada beberapa persatuan pelajar yang meminta agar Auku dimansuhkan, bukan dipinda.

Sebelum isu ini dibincangkan dengan lebih mendalam, eloklah jika kita imbau kembali detik-detik bagaimana kehidupan mahasiswa sebelum Auku diwujudkan.

Ikuti temubual ZULAIKHA ZULKIFLI bersama bekas Setiausaha Umum Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU) yang paling lama berkhidmat, iaitu Syed Hamid Ali.

Syed Hamid kini merupakan Ketua Cabang PKR Batu Pahat, Johor dan menetap di sana. Beliau yang kini berusia 67 tahun memiliki dua orang cahaya mata masih lagi bergiat aktif di arena politik.

Menceritakan detik-detik kebangkitan mahasiswa sebelum wujudnya Auku, menurutnya, mahasiswa khususnya di Universiti Malaya (UM) sebelum ini mentadbir dan menguruskan 100 peratus persatuan mereka sendiri tanpa campur tangan pihak universiti.

UMSU

Syed menceritakan, UMSU pada masa itu berperanan untuk menjaga kebajikan dan hal ehwal mahasiswa. Persatuan itu pada mulanya lebih menjurus kepada kebajikan pelajar seperti membantu pelajar yang tidak mempunyai rumah dan sebagainya. Bagaimanapun, dengan adanya isu-isu yang melanda luar negara pada masa itu, ia meningkatkan kesedaran mahasiswa untuk lebih aktif berbanding hanya menjaga kebajikan pelajar.

"Antara peristiwa yang terjadi pada masa itu ialah perang Vietnam. Itu antara isu pokok. Kami sangat memihak kepada perjuangan yang membebaskan negara dan Amerika Syarikat (US) yang sepatutnya tidak melakukan perkara itu bahkan mahasiswa sedunia turut bangkit menentang tindakan US," katanya.

Selain itu, Syed berkata, pada tahun 1966, UMSU yang diketuai oleh Khong Kim Hoong telah menyedarkan mahasiswa mengenai kepentingan isu rakyat pada masa itu. Beliau berkata, mahasiswa pada zaman itu tiada bezanya dengan rakyat biasa dan jika rakyat ada perananya, begitu juga dengan mahasiswa.

"Ada satu persamaan di antara mahasiswa dengan rakyat iaitu bertangunggjawab dan harus menyumbang kepada negara," katanya.

Mengimbau kenangan lalu, beliau berkata, antara perkara yang dibuat oleh UMSU pada masa itu ialah mereka menyediakan perkhidmatan bas, memiliki bagunan sendiri dan turut memberi gaji kepada kerani.

Mungkin nampak pelik dan sukar bagaimana persatuan mahasiswa dapat melakukan semua perkara ini sendirian tanpa bantuan pihak universiti.Justeru, Syed berkata, tiada yang mustahil kerana mereka mewajibkan semua pelajar UM membayar yuran persatuan UMSU.

"Dari situlah kami dapat duit untuk membeli dan membayar semua benda. Pihak universiti pula langsung tidak dibenarkan untuk mengambil tahu apa yang UMSU lakukan pada masa itu," katanya.

Menurut Syed, walaupun tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak, tetapi hasil yuran yang dibayar pelajar sebanyak RM10 setahun itu mampu membeli bas untuk kegunaan pelajar, mengupah kerani, pemandu bas dan memiliki kantin.

Selain itu, Syed menceritakan, dengan memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengurustadbir persatuan mereka 100 peratus, ia dapat menjadikan seseorang mahasiswa itu mempunyai daya fikir yang tinggi dan mampu berdikari.

"Bukan hanya menjadi mahasiswa 'pak angguk' yang mana hanya tahu menerima arahan sahaja," katanya.

Beliau berkata, universiti pada ketika itu mempunyai autonomi dan kebebasan serta tidak dikawal oleh menteri. Malahan mempunyai majlisnya yang tersendiri yang terdiri daripada bekas pelajar dan pensyarah.

"Pada masa itu universiti dan menteri langsung tidak mengganggu. Dulu, UM terkenal dan antara ranking tertinggi dunia, tetapi sekarang UM sudah jatuh. Mengapa UM jatuh? kerana universiti telah dipolitikan," katanya.

Student Manifesto

Menceritakan detik-detik kebangkitan mahasiswa, beliau memberitahu, pada tahun 1969, ketika musim pilihan raya, UMSU mengadakan perbincangan untuk meletakkan calon dalam pilihan raya.

"Mula-mula kita ingat nak letakkan calon. Tapi lepas itu bila difikirkan balik tidak jadi letakan calon tetapi kami hasilkan dengan satu manifesto yang diberi nama 'Manifesto Mahasiswa' yang mempunyai tujuh perkara penting yang kita fokuskan," katanya.

Syed menambah, antara perkara yang dituntut oleh mahasiswa pada ketika itu ialah untuk menuntut hak-hak kebesasan dan asasi kemanusiaan seperti menentang ISA, hal-hal pendidikan dan kemiskinan.

Beliau berkata, timbulnya idea untuk membuat manifesto ini juga kerana bagi UMSU, sudah tiba masanya mahasiswa untuk mengambil tindakan positif bagi menentukan masa depan negara.

Syed Hamid berkata, dengan membawa tujuh tuntutan itu, UMSU telah mengelilingi 13 bandar di semenanjung untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang tuntutan mereka.

"Kami telah pergi ke bandar-bandar di semenanjung Malaysia seperti Batu Pahat, Bandar Melaka, Kuala Lumpur, Kuala Pilah untuk membuat rapat umum dan beritahu pada masyarakat apa yang telah kami tuntutkan. Semakin lama, orang yang hadir ke rapat umum itu semakin ramai, tetapi apabila kami hendak pergi ke pantai timur, polis sudah menghalang.”

“Hasil daripada rapat umum yang mahasiswa lakukan di 13 bandar itu, sembilan calon Barisan Nasional (pada masa itu Perikatan) telah kalah dan ini yang membimbangkan kerajaan pada masa itu. Pengaruh kita pada masa itu sangat ramai," katanya.

Jelasnya, sambutan yang menggalakan daripada penduduk setempat sangat memberangsangkan sehingga mereka diberi duit untuk mencetak puluhan ribu manifesto untuk diberi kepada orang ramai.

"Kita tak mewakili mana-mana parti pada masa itu. Caranya senang sahaja. Apa yang kita hendak ialah jika ada parti yang boleh terima manifesto ini, sokong parti itu," katanya.

Beliau menambah, sambutan yang diterima oleh penduduk setempat sangat positif sehingga ada yang membandingkan rapat umum UMSU dengan kehadiran Lim Kuan Yew ke Pulau Pinang pada masa itu.

Syed berkata, selain daripada manifesto yang dituntut oleh mahasiswa, mahasiswa pada zaman itu juga telah ke depan.

"Pada tahun 1967 atau 1968, ada beberapa isu negara seperti isu tanah, peristiwa Baling dan sebagainya telah mahasiswa perjuangkan. Mahasiswa tidak lagi hanya tertumpu pada isu kebajikan mahasiswa tetapi turut terlibat dengan isu yang menuntut keadilan dan ini yang membimbangkan kerajaan pada masa itu dan diatas sebab ini jugalah, ramai mahasiswa dan pensyarah telah ditangkap dan dimasukan dalam ISA," katanya.

Beliau menambah, kemungkinan besar Auku telah diwartakan pada 1971 adalah disebabkan kebangkitan mahasiswa pada masa itu.

Auku tidak relevan

Ketika ditanya samada kewujudan Auku relevan ataupun tidak kepada mahasiswa, Syed berkata, Auku merupakan satu akta yang tidak relevan kerana menekan hak asasi manusia. Katanya, apa sahaja tindakan yang menekan masyarakat tidak kira sektor apa, tidak relevan.

“Sebab itu kita tentang ISA pada zaman 1960-an kerana ISA itu zalim. Tangkap tanpa bukti. Bermula daripada tahun 1960-an lagi saya telah nampak undang-undang ini zalim dan tidak relevan," katanya.

Tambahnya, dengan adanya Auku, ia telah memberi bebanan kepada mahasiswa kerana mahasiswa telah dibebankan dengan ISA dan juga Auku.

"Mahasiswa sekarang lebih teruk daripada masyarakat biasa. Masyarakat biasa perlu berdepan ISA, tetapi mereka perlu berdepan dengan ISA dan Auku. Auku tidak pernah relevan malah Auku ini tambahan daripada ISA.”

“Auku juga tidak perlu dipinda. Kalau sebuah pokok, akarnya sudah busuk, cabut sahaja. Tidak perlu dicantas, atau ditabur baja. Buang masa," katanya.

Bob Lokman disiasat Jaip


Bok Lokman, bekas pelakon, kini terkenal sebagai penceramah bebas dalam kalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.
Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.

Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.

Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.

Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu.
Fitnah Utusan terhadap mahasiswa

Fitnah Utusan terhadap mahasiswa

Lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia sekali lagi melemparkan fitnah apabila menuduh Penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif Adam Adli memijak dan mengoyak bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman mahasiswa menuntut kebebasan akademik 17 Disember lalu.

Menurut Adam yang mengakui beliau hanya menurunkan tetapi kemudian menaikkan kembali bendera itu sebagai tanda protes aman, fitnah ‘memijak’ dan ‘mengoyakkan’ bendera tersebut dilaporkan Utusan mencerminkan ketakutan kerajaan UMNO-Barisan Nasional kepada gerakan mahasiswa.

“Sebagai mahasiswa, apa yang anda takut sangat dengan kami? Kami bukan ahli politik, kami adalah mahasiswa.

“Jika kerana ini (menurunkan bendera) anda memusuhi kami, maka benarlah kami berada di jalan yang betul,” katanya dalam sidang media ringkas selepas memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung insiden Adam hampir ditumbuk di hadapan balai polis Bukit Aman, Isnin lalu.

Dalam sdaing media itu juga peguam kepada Adli, Fadiah Nadwa berkata demonstrasi yang oleh gerakan mahasiswa pada 17 Disember lalu tidak menunjukkan sebarang tindakan jenayah telah dilakukan.

Jelasnya, tindakan menurunkan bendera oleh Adam hanyalah satu “tindakan ketidaksetiaan awam” yang diterima di seluruh dunia yang semakin terbuka dengan kebebasan untuk rakyat di negara masing-masing.

“Kita juga lihat bagaimana pakar-pakar dari PBB (Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah mengutuk kerajaan Malaysia kerana meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2011,” katanya.

Pada 20 Disember, melalui portal Utusan Online, dengan tajuk “Tidak layak digelar mahasiswa – Reezal,” lidah UMNO itu dipetik sebagai berkata:

“Dua sayap UMNO hari ini mengecam tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menurun dan memijak bendera memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.”

Manakala pada 21 Disember lalu, Utusan dengan tajuk “SMM jangan biasab – Megat Zulkarnain”, akhbar itu sekali lagi telah memfitnah dengan berkata, “Tidak setakat menurunkan bendera itu, malah kumpulan mahasiswa tersebut turut memijaknya selain menaikkan bendera mereka sendiri.”

Justeru, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa Utusan memohon maaf daam tempoh 24 jam berikutan fitnah tersebut.

“Laporan itu berniat jahat degan cuba memburukkan SMM dan memberi persepsi negatif terhadap isu yang dibawa oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS),” kata kenyataan SMM.

Dalam pada itu, SMM menyatakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tidak perlu meletak jawatan selagi isu pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau pindaannya belum selesai.

SMM menyifatkan seseorang Menteri wajar meletak jawatan sekiranya terlibat degan skandal yang mengaibkan negara seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan wang

Dalam isu Saifuddin, SMM berpendapat beliau menjadi sasaran dalam kerajaan yang disertainya kerana beliau tegas dalam memperjuangkan hak mahasiswa sebagai sebahagian dari rakat Malaysia.

Sabtu, 24 Disember 2011

ADUN Tendong meninggal dunia

ADUN Tendong meninggal dunia

PASIR MAS, 24 Dis (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tendong, Dr Muhammad Mohd Daud, 64, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Perangkap, Bunut Susu, dekat sini awal Sabtu.

Menurut anak sulungnya, Ahmad Fathi, 34, arwah mengalami serangan jantung ketika bersiap untuk tidur kira-kira 12.50 malam.

Allahyarham meninggalkan balu Wahidah Nik Abdullah dan enam anak berumur antara 15 dan 34 tahun.

Ahmad Fathi berkata kali terakhir Allahyarham bersama penduduk kawasan itu ialah ketika menyampaikan tazkirah di Masjid Mukim Becah Semak, Bunut Susu, selepas solat Isyak malam Jumaat.

Allahyarham memenangi kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Fauzi Mohamad.

Allahyarham pernah menjadi pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Islam Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah memegang jawatan sebagai anggota Majlis Syura Dewan Ulama PAS Pusat.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud berkata pihaknya akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kematian Allahyarham pada Isnin ini.

-- BERNAMA
Negara Berkebajikan: Hasan Ali tarik balik kenyataannya

Negara Berkebajikan: Hasan Ali tarik balik kenyataannya

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menarik balik kenyataan bahawa konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan PAS tergelincir dari matlamat parti itu.
Sambil menyifatkan ia sebagai “keterlanjuran kata”, Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor turut memohon maaf kepada kepimpinan dan ahli parti kerana mengeluarkan komen sedemikian.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini, Hasan pernah membuat kenyataan menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah kepimpinan tertinggi parti termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.

Pada sidang media itu juga, Hasan mengakui beliau “bersetuju” dengan konsep Negara Berkebajikan yang disebut presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya di Muktamar tahunan PAS yang turut disahkan Majlis Syura Ulama.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.

Jumaat, 23 Disember 2011

Khir Toyo dihukum penjara 12 bulan

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu
barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dr Juanda bukan warganegara



Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini menyelar kualiti perkhidmatan awam dan Putrajaya selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberitahu beliau bahawa anak perempuannya bukan warganegara Malaysia.

Kata Juanda kejadian itu berlaku pada pagi ini semasa beliau, dari keturunan Melanau, mahu membuat kad pengenalan anak perempuannya yang berusia 12 tahun di pejabat JPN Kuching.

Tambah beliau, sistem JPN mengatakan anak perempuannya bukan warganegara Malaysia dan ia amat mengejutkan sambil menambah tidak pernah mendapat “pengalaman baik” sebagai anak kelahiran Sarawak di negeri itu.

“Betul, tertulis status di skrin situ nama anak saya, status anak gadis saya, X Warganegara tetapi bangsa masih tertulis berbangsa Melanau.

“Apa sudah jadi pada sistem negara kita ini? Siapakah yang sudi membantu mendapatkan kewarganegaraan anak gadis saya?,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Juanda , anak perempuannya Sumaiyah Syahidah yang dilahirkan pada 1999 di Kuching dan kini belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Indera, Kangar mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Apakah perasaan anda sebagai bumiputera negara ini yang jelas disebutkan bangsanya dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai bangsa asal dan warganegara tulen negara tercinta ini serta telah dijamin mendapat segala hak yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini tetapi tiba-tiba hak itu dinafikan oleh sistem negara yang anda cintai itu.

“Hak yang paling minima adalah mendapatkan kewarganegaraan. Bukannya hak mendapatkan lesen balak atau projek atas angin. Namun hak itu dinafikan oleh sistem yang ada. Saya berbangga berbangsa Melanau dan tetap memastikan anak-anak saya kekal mewarisi bangsa yang saya cintai ini. Malangnya, bangsa ini hanya wujud di wilayah ini sahaja,” katanya.

Tambahnya, walaupun isterinya merupakan rakyat Indonesia namun ia bukan alasan menjadikan anak perempuannya mangsa terutamanya sejak JPN memiliki rekod kelahiran anak-anak berketurunan Melanau.

“Tetapi kenapa anak gadis saya yang tiada dosanya jadi mangsa? Dia bukan warganegara Indonesia. Kami baru sahaja ke Jakarta awal Disember lalu untuk menziarahi keluarga di sana menggunakan passport Malaysia.

“Tetapi kenapa bila saya hendak membuat kad pengenalannya dalam sistem JPN dinyatakan anak saya itu bukan warganegara? Anak saya stateless! Sistem apa ini? Apakah kita di Afrika atau di Zimbabwe yang tengah huru hara? Pada saat ramai orang asing dikatakan diberikan hak warganegara, tiba tiba anak gadis saya yang berbangsa bumiputera asal Sarawak, Melanau, yang jelas nama bangsanya disebut dalam Perlembagaan Persekutuan dijamin hak warganegaranya tiba-tiba dinyatakan bukan warganegara Malaysia,” katanya.
Khir Toyo didapati salah guna kedudukan MB

Khir Toyo didapati salah guna kedudukan MB

SHAH ALAM, 23 Dis ― Dr Mohamed Khir Toyo didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3 juta lapan tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa RM3.5 juta yang dibayar oleh bekas menteri besar bagi hartanah itu adalah satu pertimbangan yang tidak wajar.

“Pembela gagal untuk mencetuskan keraguan munasabah,” kata hakim Datuk Ahmadi Asnawi.

Dr Khir dikenakan tuduhan menerima bagi diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta, lebih rendah dari harga RM6.5 juta yang dibayar Ditamas pada 2004.

Beliau dikatakan mengadakan transaksi itu dengan pengetahuan bahawa Shamsuddin mempunyai urusan dengannya dalam kapasiti rasminya sebagai menteri besar Selangor pada masa itu.

Adun Sungai Panjang itu dikatakan melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei, 2007.

Mengakui bahawa tuduhan pendakwa terhadap Dr Khir berkisar pada keterangan Shamsuddin, Kamarul Hisham berkata Shamsuddin telah gagal menunjukkan bukti yang beliau telah diarah oleh bekas menteri besar itu untuk membeli rumah mewah itu di dua plot tanah berkenaan pada 2004.
Semakin ramai Melayu jadi homoseksual

Semakin ramai Melayu jadi homoseksual

Semakin ramai golongan muda lelaki Melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara itu ditegah agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV.

Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan berkata, penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu kepada negeri-negeri di pantai Barat sahaja tetapi berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

Beliau menambah, jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay.

Perkara itu ujarnya, sangat membimbangkan lebih-lebih lagi trend jangkitan HIV dan AIDS dalam negara telah berubah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan kepada transmisi aktiviti seks tidak selamat.

“Pada tahun 2010, jangkitan melalui hubungan seks secara heteroseksual, homoseksual dan biseksual mencatatkan jumlah 48.7 peratus melebihi jangkitan melalui penggunaan dadah suntikan iaitu 47.7 peratus.

“Nisbah jangkitan baru HIV di kalangan wanita juga telah naik tiga kali ganda apabila ia meningkat daripada 1.2 peratus pada 1990 menjadi 9.4 peratus pada 2000 dan 18.3 peratus pada 2010.

“Namun kita dapati, selain bilangan semakin meningkat di kalangan wanita yang menjadi isteri dan pasangan kepada penghidap HIV, golongan lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki juga semakin ramai terdedah kepada epidemik ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV dan AIDS peringkat negeri di sini hari ini.

Mohd. Zaman berkata, pada tahun lalu sahaja, sebanyak 3,652 kes baru jangkitan HIV telah dicatat menjadikan jumlah keseluruhan 91,362 penghidap, sejak virus ini mula dilaporkan di negara ini pada 1986.

Jelasnya, daripada jumlah itu, seramai 16,532 orang telah ‘naik’ ke peringkat fasa AIDS di mana 14,298 orang daripada mereka meninggal dunia akibat kurang daya tahan kepada pelbagai jenis penyakit termasuk demam selesema.

Beliau berkata, pergaulan dan pengaruh rakan serta sokongan padu dari kelab mereka menjadi punca utama budaya songsang ini merebak dan menyebabkan golongan ini semakin berani mengamalkan cara hidup sedemikian.

Beliau tidak menolak penularan gaya hidup songsang itu dipercayai kesan daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang giat memperjuangkan amalan berkenaan atas nama hak asasi dan kebebasan.

“Kita lihat kes pemuda Melayu yang berkahwin dengan pasangan gay di Dublin, Ireland baru-baru ini dengan lengkap bertanjak dan berbaju Melayu. Apa maknanya ini? Bagi saya ini sengaja hendak memalukan bangsa Melayu sahaja,” katanya.

Khamis, 22 Disember 2011

Konvensyen nasional Pakatan bulan depan, fokus spesifik hadapi PRU-13



KUALA LUMPUR, 22 Dis — Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan konvensyen kebangsaan bulan depan, dilihat sebagai yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 - pertemuan yang akan memfokus persiapan menghadapi pilihan raya umum.

The Malaysian Insider difahamkan konvensyen itu akan diadakan di Kedah pada 14 Januari.

Konvensyen-konvensyen sebelum ini masing-masing diadakan di Selangor dan Pulau Pinang - kedua-duanya ditadbir oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Konvensyen nasional itu yang akan bertindak sebagai usaha melancarkan hubungan kerja antara komponen PR - PKR, PAS dan DAP juga akan memfokus ‘game plan’ mereka menghadapi Barisan Nasional (BN).

“Kami merancang untuk memfokus pendekatan terperinci dalam mencapai visi dan tawaran kami bagi rakyat Malaysia.

“Pelannya ialah memperhalusi pelbagai rancangan kami bagi Malaysia, jika diberi peluang untuk menerajui peringkat pusat,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar kepada The Malaysian Insider.

Naib Presiden PKR ini berkata, fokus konvensyen sangat spesifik - pemimpin-pemimpin PR akan menyediakan ahli-ahlinya membuat persiapan menghadapi pilihan raya, dengan menjelaskan mereka isu-isu yang perlu ditangani ketika bercakap dengan pengundi berpotensi.

Katanya, pembangkang persekutuan ini akan memastikan manifesto atau rancangan masa depan disusun ke arah menarik pengundi-pengundi muda.

“Kami ada pelbagai dokumen sehingga kini - dari Buku Jingga, pelan 100 hari, Agenda Ekonomi Rakyat Malaysia dan kejayaan-kejayaan kerajaan negeri dipimpin PR,” katanya lagi.

Katanya, PR akan menjelaskan kepada pengundi bahawa mereka akan satu penyelesaian dan pasukan pemimpin yang akan mengurangkan ketirisan dan mengatasi rasuah jika dapat menerajui Putrajaya.

Bagaimanapun beliau tidak menjawab sama ada pihaknya akan mengumumkan barisan Kabinet bayangan ketika konvensyen kelak.

“Kami komited kepada Kabinet yang kecil jika diberi mandat kelak. Fokus kekal ke atas rancangan dan dasar-dasar yang dapat menangani soal kemerosotan institusi kita.

“Pilihan PR berkenaan PM jelas tetapi buat masa sekarang fokus kekal ke atas soal menang kerusi-kerusi persekutuan, membolehkan kami memperoleh majoriti selesa,” katanya lagi.

Pilihan raya umum 2008 menyakskan BN melalui prestasi paling buruk dengan kehilangan lima negeri dan 82 kerusi Parlimen, sekali gus keciciran majoriti dua pertiga.

Kahwin Gay : Kenyataan dari Arif Alfian Rosli

Kahwin Gay

Bacalah kenyataan dari Arif ini dan fikirkanlah sendiri

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD) Ariff Alfian Rosli yang dilaporkan hilang baru-baru ini, memberitahu, dia selamat dan kini menetap di Dublin.

Menurut Ariff Alfian, dia juga masih beragama Islam dan tidak hilang sebagaimana dilaporkan.

‘‘Saya tidak menganut agama lain seperti yang dilaporkan. Saya dilahirkan sebagai Islam, saya masih seorang Islam dan akan kekal Islam sehingga saya meninggal dunia.

‘‘Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya yang dipetik dalam portal berita http://www.irishtimes.com semalam.

Pada 12 Disember lalu, bapanya, Rosli Haron telah melaporkan kehilangan Ariff Alfian kepada Utusan Malaysia selepas gagal menghubungi anaknya itu sejak tiga tahun lalu.

Bekas pelajar UCD itu memberitahu, dia telah bermastautin di Ireland ketika mula menyambung pengajian dalam bidang perubatan sejak lapan tahun lalu.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal di negara ini secara sah.

‘‘Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar yang saya tinggal secara sah di sini sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya.

Ariff Alfian mengakui dia sudah beberapa tahun tidak bercakap atau menghubungi bapanya di Malaysia, ekoran satu perselisihan faham antara mereka.

‘‘Saya ada sedikit salah faham dengan ayah pada tahun 2009 dan sehinggalah saya dilaporkan hilang.

‘‘Saya masih tidak berhubung dengannya, tetapi sering berhubung dengan ahli keluarga yang lain,” katanya lagi.

Ariff Alfian menjelaskan, tindakannya itu secara tidak langsung telah menarik perhatian masyarakat.

Menurutnya, dia tidak berniat mencetus kontroversi, apatah lagi perkara tersebut melibatkan keluarganya.

Rabu, 21 Disember 2011

Umno/BN Selangor Dapat RM2.71 Bilion Bukan Rakyat

Umno/BN Selangor Dapat RM2.71 Bilion Bukan Rakyat

KUALA LUMPUR 21 DIS: Dakwaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung peruntukan RM2.71 bilion kepada pembangunan Selangor bukan untuk membangunkan negeri tersebut sebaliknya diberikan kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk tujuan pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin berkata wang peruntukan tersebut tidak diperuntukan kepada kerajaan negeri tetapi bakal disalurkan kepada Umno/BN Selangor.

"Inilah antara penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Najib yang cuba mengabui mata rakyat berhubung penggunaan wang rakyat yang disalah guna untuk kepentingan Umno/BN.

"Najib pernah berkata beliau akan bermati-matian untuk merampas Selangor dengan apa cara sekali pun. Dan wang rakyat sebanyak RM2.71 bilion ini adalah antara bukti dari kata-kata beliau." kata beliau ketika dihubungi TV Selangor.

Menurut Zuraidah, Tindakan Najib memberikan dana kepada Umno/BN membuktikan lagi deretan penyelewengan wang rakyat yang sewenang-wenangnya dilakukan tanpa bertanggungjawab.

"Budaya rasuah, sogokan, kronisme dan salah guna kuasa dan pengurusan wang rakyat telah lama berlaku secara berleluasa apa lagi di Selangor yang negeri paling kaya.

"Bekas Menteri Besar sebelum ini pun kesnya masih di makhamah yang melibatkan jutaan ringgit, sebelum itu pun menteri besarnya membawa wang tunai berjuta ringgit ke Australia.

"Skandal NFC pula menjelaskan lagi bagaimana projek yang menggunakan wang rakyat berjuta-juta ringgit di berikan kepada keluarga seorang menteri merangkap Ketua Wanita Umno.

"Begitu juga dengan peruntukan RM110 juta yang lesap dalam Kementerian Pertanian yang di ketuai oleh Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar. Sedangkan peruntukan tersebut untuk diberikan subsidi kepada para pesawah.

"Jadi tak hairanlah wang rakyat yang berjumlah RM2.71 bilion tersebut akan digunakan untuk memberi kelegaan kepada pemimpin dan ahli-ahli Umno/BN di Selangor yang selama ini 'kering kocek' kerana ketiadaan sogokan wang." ujar Zuraidah yang juga Ketua Wanita PKR.

Ditanya samaada pemantauan akan dilakukan berhubung wang peruntukan tersebut beliau berkata perkara tersebut sedang dalam pertimbangan yang akan dibincangkan di peringkat tertinggi Pakatan Rakyat.

"Tapi itulah, di negara kita ni kalau di buat repot dengan bukti-bukti pun tindakan tidak kemana kerana Umno/BN berkuasa.

" Macam kes NFC, semua pendedahan dan bukti dah dibuat tapi setakat ini tidak ada apa-apa tindakan diambil." katanya.

Dalam pada itu Zuraidah berkeyakinan rakyat Selangor tidak akan mudah terpengaruh dengan budaya yang diamalkan oleh Umno/BN sejak sekian lama.

"Rakyat Selangor adalah pengundi bandar dan separa bandar yang bijak dan boleh menilai prestasi kepimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar.

"Saya nasihat kepada rakyat Selangor supaya terus menolak Umno/BN dalam PRU akan datang sekiranya mahu memastikan wang negara dan wang rakyat tidak disalah guna sebagaimana RM2.71 bilion ini yang digunakan semata-mata untuk kepentingan pemimpin Umno/BN." ujar beliau lagi

Selasa, 20 Disember 2011

PRU 13 :Ahli Perkasa tidak akan keluar mengundi

PRU 13 :Ahli Perkasa tidak akan keluar mengundi

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semalam mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.

Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.

Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

“Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.

“Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan,” katanya.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.

Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, dakwat kekal ‘silver nitrate’ akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan ia berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, dakwat kekal yang mengandungi ‘silver nitrate’ itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam.

Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum.

Menurut Aziz, dakwat ini mengandungi logam silver nitrate apabila dicalit pada kuku jari dan akan diserap dalam kuku kulit.

Dakwat kekal silver nitrate tujuh peratus digunakan untuk pengundian awal iaitu hari pembuangan undi khas untuk anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am manakala dakwat kekal siver nitrate empat peratus bagi pengundian biasa.
Dasar Pakatan baik, BN terpaksa meniru

Dasar Pakatan baik, BN terpaksa meniru

BERUAS, 20 DIS – Keberkesanan pentadbiran dan dasar pro-rakyat yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat telah banyak memberikan faedah yang besar kepada rakyat tanpa mengira warna kulit dan faham politik.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berkata, kecekapan dan ketelusan pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara baru-baru ini telah menyebabkan Barisan Nasional cemas.

Katanya, rasa cemas itu menyebabkan BN terpaksa mengikut jejak langkah Pakatan dengan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat dengan lebih banyak melalui program pembangunan mahu pun skim-skim bantuan lain.

“Dengan adanya Pakatan Rakyat, rakyat mendapat berbagai faedah. Dalam tempoh 40 hingga 50 tahun ini, apakah kerajaan pernah memberikan RM500 kepada rakyat dan RM100 kepada murid-murid sekolah?

“Ini semua dilakukan sekarang kerana adanya perssaingan dari Pakatan Rakyat. Dari sudut mana pun, rakyat yang untung apabila memilih Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu ceramah di sini baru-baru ini.

Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata kerajaan negeri Perak di bawah pentadbiran BN yang merampas kuasa dari Pakatan Rakyat pada Februari 2009 kini meniru Pakatan untuk memberi RM300 juta bagi pembangunan negeri yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Ini semua kerana pentadbiran kerajaan negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat pada tahun 2008 sangat baik. Secara langsung ia meletakkan pentadbiran kewangan negeri di landasan cemerlang kerana semua sisa-sisa dalaman yang terlibat dalam rasuah sudah berhentikan,” ujarnya.

Walau pun begitu, beliau menasihatkan pengundi di Perak supaya tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis BN kerana mereka masih bermain politik perkauman yang akan terus memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Untuk mendapatkan ‘pakej’ lengkap pentadbiran bersih dan anti-perkauman serta bersifat pro-rakyat, Ngeh berharap lebih ramai pengundi akan memilih Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kemenangan yang lebih stabil.

“Kita dalam Pakatan merupakan sebuah keluarga yang besar. Saya harap seluruh rakyat negeri ini terus memberi sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat,” tambah beliau. – Roketkini.com

ADUN Bukit Gasing Edward Lee meninggal dunia

ADUN DAP Bukit Gasing Edward Lee meninggal dunia


KUALA LUMPUR, 20 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Bukit Gasing Edward Lee Poh Lin meninggal dunia hari ini, demikian menurut rakan-rakannya.

Ketika memaklumkan perkara itu menerusi mesej Twitter, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, wakil rakyat DAP itu, yang bertarung dengan masalah kanser, meninggal dunia sekitar pukul 4 pagi tadi.

Lee , 61, berhadapan dengan masalah kanser sejak 2009.

“Saya dimaklumkan bahawa YB Edward Lee (DAP-Bukit Gasing) telah meninggal dunia. (Mendiang) seorang yang baik, saya rakan satu kelas dengan James, anak lelakinya di La Salle,” kata Nik Nazmi yang juga ADUN Seti Setia.

Mendiang dimasukkan ke hospital pada 14 Disember lalu dan sepatutnya dibawa pulang ke rumah hari ini, tetapi telah meninggal dunia, kata seorang rakannya.

Lee, wakil rakyat penggal pertama, juga merupakan anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Pada pilihan raya umum 2008, beliau menang kerusi Bukit Gasing dengan majoriti 8,812 undi.

“Kami tahu beliau sakit tetapi kematian beliau adalah sesuatu yang mengejutkan,” kata seorang pemimpin DAP kepada The Malaysian Insider.

Mendiang mendirikan rumah tangga dengan Christina Lee dan mempunyai tiga anak lelaki.

Isnin, 19 Disember 2011

Wang rakyat disapu lagi, TV 1Malaysia propaganda baru UMNO-BN

(http://www.1malaysiaiptv.com.my/index.php)

19 DISEMBER – Hampir semua media massa “arus perdana” – yang diterbit atau disiarkan setiap hari seperti akhbar harian, TV dan radio – di Malaysia berada dalam kawalan UMNO dan Barisan Nasional.

Kawalan itu dibuat sama ada secara kangsung melalui pemilikan saham para pemimpin UMNO-BN atau secara tidak langsung melalui undang-undang yang ketat, malah zalim, seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA), Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pelbagai peraturan serta undang-undang kecil lain yang menyekat kebebsan bersuara dan berekspresi.

Dengan itu, akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, The Star dan sebagainya serta RTM dan TV3 dan juga semua stesen radio milik mereka yang mempunyai hubungan dengan kepimpinan negara, hanya menyampaikan maklumat satu hala sahaja.

Yang dibaca, ditonton dan didengar, hampir 99 peratus, adalah berita dan laporan mengenai “kebaikan” UMNO-BN sahaja. Inilah yang telah dan sedang berlaku di Malaysia sejak separuh abad lamanya.

Propaganda tradisi UMNO-BN yang dibiayai wang rakyat telah gagal

Namun, dengan penguasaan media yang hampir menutup suara rakyat, ruang untuk kritikan membina dan pandangan yang berbeza daripada UMNO-BN, masih tidak cukup untuk menahan keghairahan rakyat untuk mendapatkan maklumat yang lengkap, benar dan tepat.

Sudah tentu keadaan penguasaan media itu memaksa rakyat mencari alternatif lain. Sejak reformasi 1998 di mana dunia menyaksikan ledakan maklumat di Malaysia setelah kerajaan UMNO-BN menutup sepenuhnya pintu media massa (selepas Dr Mahathir Mohamad memecat Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan kemudian memenjarakannya).

Lahirlah media alternatif daripada kreativiti alam maya internet. Edaran akhbar harian semakin menurun kerana rakyat sudah tidak percayakan lagi propaganda yang menyamar sebagai berita dan laporan media. TV dan radio hanya menjadi sumber hiburan kerana berita-berita mereka sama seperti “berita” di negara-negara diktator dahulu seperti pada era Nazi di Jerman dan komunis di empayar Soviet Union.

Kini teknologi maklumat bukan sahaja menawarkan laman-laman web tetapi juga facebook, twitter dan bermacam lagi termasuk TV dan radio internet yang boleh dicapai dari mana-mana peralatan seperti komputer meja, i-pad dan i-pod, telefon bimbit atas pelbagai jenama dan banyak lagi kemudahan yang sedang dan akan dicipta.

Semua ini telah mencabar kedudukan kerajaan UMNO-BN yang sudah sedar bahawa kawalan 99 peratus media massa tidak berjaya menyekat rakyat daripada mendapat maklumat alternatif.

Justeru Datuk Seri Najib Razak yang mahu memperlihatkan diri sebagai seorang pemimpin yang hebat telah melancarkan TV1 Malaysia yang bersifat interaktif dan boleh dicapai melalui telefon pintar dan tablet.

Namun, tidak ada apa yang baru daripada TV 1Malaysia melainkan propaganda yang sama kerana ia tetap mengambil program-program daripada RTM dan TV3. Malah akhir-akhir ini propaganda tersebut agak merbahaya kerana mempunyai ciri-ciri perkauman yang membangkitkan emosi benci kaum lain.

Wang rakyat untuk kempen UMNO-BN

Persoalannya, sebagaimana yang diketahui umum, apa sahaja yang berlambangkan 1Malaysia adalah produk-produk yang dibiayai oleh wang rakyat. Ia bukan dari poket pemimpin UMNO-BN.

Dalam hal ini, Perdana Menteri wajib menjelaskan kepada rakyat:

* Berapa banyak peruntukan dan perbelanjaan yang digunakan untuk TV 1Malaysia?

* Mengapa wang rakyat perlu digunakan untuk membiayai satu lagi propaganda UMNO-BN?

Tidak cukupkah UMNO-BN membuatkan rakyat sengsara apabila wang peruntukan untuk menternak lembu diberikan kepada keluarga seorang Menteri yang telah gagal menjayakan usaha membekalkan daging kepada rakyat, sebaliknya menggunakan wang amanah itu untuk membeli kondominium mewah?

Tidak cukupkah UMNO-BN membayar wang rakyat untuk blogger-blogger upahan yang melakukan fitnah terhadap keluarga termasuk anak kecil pemimpin Pakatan Rakyat?

Tidak cukupkah UMNO-BN, setelah “membela” blogger tukang fitnah itu, sanggup membenarkan mereka masuk ke dalam kapal selam penuh rahsia negara dengan sewenang-wenangnya?

Itu adalah sifat kepimpinan UMNO-BN yang ada hari ini. Mungkin mereka tidak boleh atau tidak mampu untuk membersihkan atau mereformasikan diri serta pentadbiran mereka.

Kuasa untuk berubah di tangan rakyat

Yang boleh melakukan perubahan hanyalah rakyat. Persoalan yang harus setiap individu rakyat Malaysia, termasuk ahli-ahli UMNO sendiri, adalah:

* Berapa lama lagi rakyat sanggup membiarkan diri dipermainkan dan dihina oleh kepimpinan yang tidak tahu menghormati maruah insan?

* Berapa lama lagi rakyat sanggup membiarkan diri diperkotakkatikkan oleh kepimpinan yang hanya mementing diri dan keluarga mereka sahaja?

* Berapa lama lagi rakyat sanggup menderita apabila tiada kenaikan gaji manakala harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, dan cukai-cukai baru pula akan diperkenalkan, dan pada masa yang sama, wang rakyat dibazirkan dan dirompak oleh mereka yang bergelar para pemimpin kerajaan?

Usaha terbaru TV 1Malaysia ciptaan Najib adalah contoh kecil daripada pencurian titik peluh rakyat membangunkan negara. Para pemimpin UMNO-BN tidak pedulikan itu semua. Yang penting bagi mereka adalah mengutamakan diri dan keluarga terlebih dahulu.

Kuasa di tangan rakyat. Jika memilih untuk terus mengekalkan yang buruk dan busuk, maka tiada siapa yang dapat berbuat apa-apa untuk rakyat. – Roketkini.com

Ahad, 18 Disember 2011

IMF:Pembohongaan Mahathir

IMF:Pembohongaan Mahathir

 
Telah sekian lama Anwar Ibrahim diitohmah dengan pelbagai tuduhan.  Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke atas beliau kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Tuduhan ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban.  Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.

Lantaran ketegasan Anwar inilah Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.

Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak mereka.  Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus.  Apa yang tidak pimpinan UMNO dan Mahathir sedari, rakyat tidak lagi senang diperbodohkan.  Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Tohmahan Mahathir bahawa Anwar adalah agen Barat, IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan Perdana Menteri tersebut.  Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.

Beberapa hari lalu Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al Quran.  Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel.

Sewajarnya dinyatakan tatkala masih menjawat jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.  Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu.  Jika diteliti, ianya jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Mahathir.

1 - http://go.worldbank.org/U29R77EBX0
2 -http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=

*Kenyataan media dari pejabat Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.


 

Sabtu, 17 Disember 2011

NFC: Umno mula bercakaran sesama sendiri- Johari


Skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil jelas memberi tekanan kepada Umno- Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, parti itu kini dilihat bercakaran sesama sendiri apabila ada antara pemimpinnya turut mendesak Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Jelas menunjukkan bahawa isu lembu ini bukan direka-reka oleh KEADILAN dan kita juga nak mematahkan hujah Shahrizat yang kata kononnya kita tidak ada kerja lain,”
“Dakwaan KEADILAN jelas bukan fitnah, dan buktinya apabila pemimpin atasan Umno dan pemuda MCA pun pernah menyentuh hal ini. Dalam parti mereka sebenarnya ada rasa tidak puas hati kerana skandal (NFC) ini sampaikan antara mereka bercakaran,” kata Johari.

Semalam, sekitar 80 orang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan menyerbu pejabat Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkaitan kenyataan beliau yang mengumpamakan Shahrizat dan keluarganya “biawak hidup,”

Antara mereka hadir ialah wakil Persatuan Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, National Women Entrepreneurs of Malaysia (Nawem) dan Kelab Sahabat Kebajikan Nusantara.

Shahrizat sebelum ini turut mendapat tekanan dari Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mendesak beliau untuk berundur dari jawatannya.
Malah Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut membuat kenyataan serupa dalam media tempatan.

Skandal NFC mencetuskan kontroversi kepada negara apabila KEADILAN mendedahkan banyak penyalahgunaan wang dari dana RM250 juta yang dilaburkan dalam projek lembu tersebut.

NFC merupakan syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Shahrizat yang didakwa mengalami kerugian dalam operasinya namun pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.
Lebih mengejutkan, NFC didedahkan membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya.

(Apabila ada pemimpin UMNO berkata benar,mereka akan diserang,inilah budaya UMNO jangan berkata benar,berkatalah dengan Penipuan,Fitnah,Pembohongan maka anda akan disanjung)






Pemuda Melayu 'kahwin' lelaki?


Seorang pemuda Melayu mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.(web ini sudah tidak dapat di kesan)

Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis 'perkahwinan' itu berlangsung.

Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar 'suami-isteri'.

Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.

Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.

Lagi berita di Sini dan  Sini

Jumaat, 16 Disember 2011

Wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari Malaysia

Wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari Malaysia

Rakyat Malaysia kehilangan "satu dekad yang telah hancur dek korupsi", di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari tahun 2000 hingga 2009. Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan lima negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Laporan terkini GFI yang bertajuk "Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009" telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa. Mengikut penulisnya, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan "ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai." Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara.

Ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula. Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita. Projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal "lembu dan kondo" RM250 juta NFC, "komisyen" setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos "overrun" atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban, termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram.

Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri. CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana "unsur-unsur kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi tersebar luas.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia. DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij. Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini.

Rabu, 14 Disember 2011

Felda: Peneroka tuntut PM kekal Dzulkifli, pecat Isa Samad

Felda: Peneroka tuntut PM kekal Dzulkifli, pecat Isa Samad

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Kira-kira 50 wakil peneroka Felda menyerahkan memorandum menyokong agar Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab, yang diberi surat bercuti selama sembilan bulan, dikekalkan manakala Pengerusinya Tan Sri Isa Samad dibuang.
Memorandum itu dikemukakan ekoran tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Dzulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.
Kumpulan peneroka itu diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berarak kira-kira satu kilometer menuju ke bangunan Felda dengan diawasi polis.
Mereka melaungkan “undur Isa Samad”, “hidup rakyat” sambil membawa sepanduk bertulis “kami sayang Zul, benci Isa”.
Laporan media sebelum ini menyebut arahan bercuti dikeluarkan melalui surat daripada setiausaha sulit kanan Perdana Menteri 25 November lalu.
Difahamkan, Dzulkifli telah berlepas ke London kelmarin.
Memorandum yang diserahkan kepada wakil Felda, Muhamad Ibrahim di ibu pejabat Felda petang ini, antara lain menuntut Perdana Menteri menarik balik arahan bercuti itu dan menggugurkan Isa daripada jawatannya.
Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum, Mazlan berkata, pihaknya amat kesal dengan tindakan yang dilakukan terhadap Dzulkifli yang dianggap sebagai seorang yang sangat amanah dan berdedikasi dalam tugasnya.
“Kami yakin tindakan ini sebenaranya penyingkiran kepada Datuk Dzul.
“Ia tidak beretika dan biadap terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan yang mempunyai 23 kakitangan,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS pusat.
Menurut Mazlan, Isa tidak senang dengan Dzulkifli kerana menganggap beliau menghalang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
“Dalam mesyuarat lembaga pengarah, Datuk Dzul pernah mempersoal di mana Felda nak cari duit untuk bayar gaji kakitangan Felda RM1.5 bilion bila FGVH melabur dalam Bursa Malaysia. Isa tidak senang kerana mengganggu usahanya untuk penyenaraian,” jelas beliau.

Selasa, 13 Disember 2011

NFC:Lagi desakkan Shahrizat melepaskan jawatan



KUALA LUMPUR, 13 Dis — Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee meneruskan desakan dengan yang terbaru menggesa suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengetuai projek ternakan lembu kontroversi, Pusat Fidlot Nasional (NFC) supaya tidak lagi membebabnkan partinya.

Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, suami Shahrizat merupakan pengerusi eksekutif NFC. Pengurusannya turut dikendalikan oleh anak-anak mereka.

Syed Ali menegaskan, sikap berdiam diri Mohamad Salleh dan enggan tampil menjawab segala tuduhan dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog boleh mengelirukan rakyat dan menjadi beban kepada Umno.

“Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya,” kata beliau dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya.

Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC.

“Malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat , apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?” kata beliau lagi.

Justeru kata Syed Ali, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isterinya pula perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Minggu lalu, Syed Ali melahirkan pendirian meminta Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno melepaskan jawatan itu.

“Kalau benar tak ada (penyelewengan), buatlah penjelasan terbuka secara terperinci, kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang tersebut adalah hak rakyat,” ujarnya.

Ekoran pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu, isu itu menjadi sasaran serangan dan pendedahan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.

Desakan agar Shahrizat meletakkan jawatan semakin meningkat termasuk pendirian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Paling sedih kata Syed Ali, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran pembangkang dengan dilemparkan tuduhan kononnya melindungi keluarga Shahrizat.

Semalam, PAS menggesa Muhyiddin turut mengambil tanggungjawab kerana projek itu dikurniakan ketika menjadi menteri pertanian.

“Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian,” tegas Syed Ali lagi.

“Orang lain yang buat hal, mengapa pula Umno yang dipersalahkan? Inilah kaitan yang sedang hebat disebarkan pembangkang dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN,” kata beliau lagi.

Kelmarin, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Mohamad Salleh agar lebih aggresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Puad berkata, tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

Isnin, 12 Disember 2011

Najib dalangi konspirasi kes liwat Anwar, hujah peguam

Najib dalangi konspirasi kes liwat Anwar, hujah peguam

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas tuduhan liwat semasa dikenakan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana “cap jari” perdana menteri ada di banyak peringkat kes.

Anwar telah berulang kali menuduh Najib terlibat dalam kes liwat kedua dihadapi beliau, malah telah menyifatkannya sebagai satu konspirasi bagi memusnahkan kerjaya politik.

Peguam Sankara Nair menegaskan semula dakwaan Anwar dengan menekankan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah mengaku ada mengadakan pertemuan dengan Najib, yang pada 2008 merupakan timbalan perdana menteri, beberapa hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku.

Sankara juga berhujah bahawa wujud banyak elemen tidak konsisten dalam kes pihak pendakwaan dan bukan sahaja mempersoalkan kredibiliti Saiful, tetapi juga beberapa saksi pendakwa yang lain.

“Adalah jelas cap jari Datuk Seri Najib Razak ada di semua tempat usaha terdesak pelbagai pihak untuk menyomotkan mereka,” kata Sankara ketika hujah penggulungan kes pihak pembela hari ini.

Peguam itu berkata, pertemuan antara Saiful dan Najib di kediaman rasminya pada Jun 2008 juga menimbulkan keraguan mengenai usaha jahat dalam kes semasa ini.

Justeru menurut Sankara, perdana menteri memberi jawapan-jawapan yang bercanggah kepada media apabila ditanya mengenai perkara berkenaan - pertama mengatakan Saiful bertemu dengan beliau mengenai biasiswa dan kemudian datang untuk mengadu mengenai salah laku Anwar.

“Mengapa tidak Najib datang dengan bersih apabila kali pertama ditanya mengenai perkara ini?

“Apa yang perlu disembunyikan? Mengapa beliau perlu berbohong?” kata Sankara.

Selain itu, Sankara berkata, konspirasi juga melibatkan pembabitan SAC Datuk Rodhwan Ismail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Peguam itu mempersoalkan sebab Rodhwan mengadakan pertemuan dengan Saiful sebelum dia membuat laporan polis sedangkan beliau bukan pegawai penyiasat ketika itu.

Selain itu, Sankara juga menimbulkan persoalan bagaimana Saiful memperoleh nombor telefon Musa.

“Nampaknya dia terdengar perbualan antara Datuk Khairil Anas atau seorang pembantu dan Najib di mana nombor telefon Musa disebutkan dan dia menyimpan dalam telefon bimbitnya,” katanya lagi.

Sankara juga menekankan hakikat berkenan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepiakn sepina meminta mereka hadir di mahkamah sebagai saksi pembela.

Katanya, kedua-dua mereka tidak sewajarnya mengelak jika tiada sebarang perkara untuk disembunyikan.

“Jika perdana menteri dan Rosmah tidak relevan, maka mengapa pegawai penyiasat DSP Jude Pereira perlu merekodkan kenyataan mereka?

“Ini bukan hanya rumusan kami. Ia juga rumusan rakyat umum,” katanya. Terdahulu, pihak pembela juga mempersoalkan kredibiliti saksi utama dan mahukan mahkamah menilai semula kredibiliti saksi itu kerana ia menjadi perhatian utama dalam kes ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata ia jelas daripada keterangan Saiful yang berbohong walaupun mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai pada penutup kes pendakwaan.

Anwar menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya Saiful, 26, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Karpal juga berkata kredibiliti Saiful terus terhakis kerana dia lambat membuat laporan yang hanya dilakukan dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku dan tidak ada penjelasan yang boleh diterima atas kelewatan itu.

Karpal juga mahu mahkamah itu menangguhkan keputusannya mengenai kes liwat Anwar bagi membolehkan Saiful dipanggil semula dan memanggil Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, anggota pasukan pendakwaan, yang didakwa ada hubungan sulit dengan Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu dengan bersumpah.

Penghujahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

Sumber:themalaysianinsider.

Sabtu, 10 Disember 2011

Aziz Nik Mat hari ini menyelar penggunaan istilah jihad oleh Umno,

Aziz Nik Mat hari ini menyelar penggunaan istilah jihad oleh Umno,

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyelar penggunaan istilah jihad oleh Umno, dalam perhimpunan agungnya minggu lalu, bagi mengajak lebih tiga juta ahlinya menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Menurut Nik Aziz, istilah jihad itu berasal daripada al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.

Justeru, beliau mempersoal jihad yang dimaksudkan Umno sedangkan parti itu terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.

“Jihad ini istilah al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?

“Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Arab, bukan untuk Cina tapi untuk manusia,” katanya dipetik Harakahdaily.

Ketika berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno minggu lalu, Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan “ibu segala pilihan raya.”

Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Muhyididn menegaskan, pilihan raya umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.

“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?” kata beliau.

Malah dalam ucapannya, sambil menyifatkan PAS berhadapan dengan pilihan raya “setiap hari”, Nik Aziz ibaratkan Umno sebagai bas ekspres yang singgah di tengah jalan untuk makan buah-buahan tetapi tidak sampai ke destinasi disasarkan.

“Umno atau golongan sekular kalau kita andaikan, seperti bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi berhenti di Gua Musang, terliur tengok buah-buahan banyak, maka berhenti di situ sahaja, tak sampai ke Kuala Lumpur,” kata beliau menyampaikan ucaptama pada Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad dekat sini, hari ini.

“Samalah dengan Umno, nak ke syurga tapi tersekat separuh jalan kerana terpedaya dengan segala pembangunan dan kekayaan di dunia,” kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu, Nik Aziz mengingatkan ahli agar memanfaatkan sistem pilihan raya yang ada untuk memenangkan PAS agar dapat berjihad menegakkan Islam.

Ini kerana menurut Nik Aziz, tanpa kuasa amat sukar untuk PAS membanteras segala kemungkaran di muka bumi, khususnya yang dilakukan orang Islam sendiri.

“Tanpa kuasa, kita boleh menyatakan haramnya judi, arak, hiburan melampau batas dan sebagainya, namun ia hanya akan terbatas di mimbar masjid dan helaian kitab sahaja tanpa ditegakkan dalan sistem pemerintahan,” katanya lagi.

Nik Aziz juga berkata perjuangan PAS bukan semata-mata menentang Umno BN, tetapi yang lebih utama menentang ajaran sekular yang didukung parti itu.

Katanya, akibat memperjuangkan sekular, orang Umno tidak diingatkan mengenai kewajipan melawan hawa nafsu dan menolak pujuk rayu syaitan.

“Perjuangan PAS bukan perjuangan menentang Umno semata-mata tapi yang lebih besar mengajar manusia mengikat hawa nafsu.

“Pilihan raya bukan hanya lima tahun sekali, tapi orang Islam melakukan pilihan raya setiap hari, sepanjang masa.

“Umno tidak pernah didengarkan oleh pemimpin mereka untuk menjauhkan diri dari syaitan,” kata beliau lagi.

Jumaat, 9 Disember 2011

NFC: Shahrizat patut undur sebelum dihalau, kata Mahathir

NFC: Shahrizat patut undur sebelum dihalau, kata Mahathir

KUALA LUMPUR, 9 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya.
Bekas perdana menteri berkata, Ketua Wanita Umno itu perlu meninggalkan sebelum “dihalau” keluar oleh partinya.
“Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa.
“Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri,” kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan.
Shahrizat, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai mendapat sokongan daripada kedua-dua sayap Pemuda dan Wanita Umno ketika perhimpunan agung tahunan minggu lalu selepas menafikan wujud salah guna kuasa dalam projek berkenaan yang menggunakan dana awam RM250 juta.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dua kali menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan.
Ketua Umno Cheras juga menggesa beliau berundur.

Selasa, 6 Disember 2011

PR yakin tawan Putrajaya

PR yakin tawan Putrajaya

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) jangan bermimpi untuk menawan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), terutama Selangor, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana PR kini semakin kuat, bahkan yakin dapat menawan Putrajaya.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BN sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat, apatah lagi dengan terbongkarnya pelbagai kes berikutan Laporan Audit Negara 2010.

“Mana jawapan rasional bagi isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC)? Mereka jawab, tetapi hanya untuk menutup kelemahan mereka. Mungkin peruntukan RM250 juta bagi mereka adalah jumlah yang kecil.

“Selain itu dalam Perhimpunan Agung Umno lalu, mereka kata mereka pejuang bangsa Melayu, mana ada?. Jika pejuang bangsa Melayu, tidak timbul isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan lain-lain,” kata Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, ketika berucap pada majlis Rapat Umum PR di pekarangan Stadium Malawati, semalam.

Beribu-ribu penduduk setempat dan luar kawasan membanjiri majlis berkenaan, walaupun pada awalnya hujan lebat dan khemah tidak mencukupi untuk menampung mereka. Siri kedua dan ketiga Rapat Umum PR dijadualkan berlangsung di Perak dan Pulau Pinang pada 10 dan 18 Disember depan.

Rapat Umum PR diadakan bagi menjawab segala tuduhan yang didakwa dilemparkan Umno ketika persidangan agung parti itu yang berlangsung selama lima hari bermula 29 hingga 3 Disember lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Turut berucap pada program itu termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri serta Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Nik Abdul Aziz berkata, strategi pemerintahan yang menjadikan Islam sebagai landasan, berjaya menyekat anasir buruk daripada melanda rakyat.

“Pas masih kekal dengan perjuangan Islam dan akan berjuang de-ngan tidak mengetepikan syariat Islam. Apa dilakukan Umno adalah di luar corak pemerintahan Islam.

“Mereka tidak menegah perkara mungkar. Tidak menutup aurat, terutama dalam kalangan pemimpin wanita Islam, adalah perkara biasa. Cara Pas berbeza, kita dahulukan tuntutan Islam. Pemimpin yang diwajibkan dahulu ikut syariat Islam supaya dijadikan contoh oleh rakyat,” katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata, DAP kekal menyokong Pas yang memperjuangkan Islam dalam pemerintahan negara.

“Kami memang sokong seratus peratus agama Islam kerana ia adalah agama rasmi negara,” katanya.

Ahad, 4 Disember 2011

Guan Eng:Umno terus menggunakan isu perkauman

Guan Eng:Umno terus menggunakan isu perkauman

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Umno terus menggunakan “senjata perkauman” untuk mencari undi pilihan raya umum ke-13 selepas gagal meraih kelemahan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Sebaliknya Lim dengan merujuk kepada kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan-kerajaan negeri mereka kini sudah mampu menawarkan harapan baru kepada rakyat Malaysia.

“Kegagalan mencari kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat yang berteraskan integriti ini yang menyebabkan Umno menggunakan senjata perkauman dan fitnah termasuk ke atas anak pelajar pemimpin Pakatan Rakyat.

“Umno sebenarnya pengecut kerana rela memfitnah anak 15 tahun saya mencabul kehormatan seorang gadis dan saya telah bayar RM200,000 untuk menutup kes ini,” kata beliau lagi dengan siri ucapan dan kenyataan pada perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir semalam.

Menurut Lim, dalam Perhimpunan Agung Umno pula parti itu memainkan perkauman dengan menyasarkan DAP dan cuba menakutkan rakyat bahawa kononnya ia mahu merampas jawatan perdana menteri sedangkan ramai tahu bahawa hanya bertanding bilangan kerusi Parlimen yang paling kecil di kalangan komponen Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen manakala PAS 66 dan PKR pula di 97 kawasan.

“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan Rakyat? Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata beliau pada Kongres DAP Wanita Pulau Pinang Pertama Di Red Rock Hotel, George Town hari ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan mentadbir Pulau Pinang serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa “kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah (BN) di peringkat kerajaan pusat.”

“Dalam aspek ini, wanita memainkan peranan penting untuk menggerakkan perubahan untuk Bersihkan Malaysia. Bagai seorang ibu kepada anaknya, wanita mampu memberikan harapan kepada generasi muda negara bahawa masa depan akan lebih baik kerana kita semua sanggup berusaha untuk menjamin kesejahteraan mereka,” katanya lagi.

“Lihatlah, sungguhpun kaum wanita lebih bermoral dan beretika serta jauhi diri daripada rasuah dan penyelewengan bila masuk Umno dan BN jadi lain pula. Sampai seorang Ahli Parlimen Umno (Datuk) Bung Moktar (Radin) yang suka menghina kaum wanita tidak boleh memandu dan yang lagi kesat dan lucah sehingga tidak senonoh untuk disebut di sini boleh menjadi hero kerana berani minta Menteri Pembangunan Wanita (Datuk Seri Shahrizat Jalil) itu letak jawatan,” katanya lagi.

Lim menambah, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang martabatkan Wanita di Pulau Pinang, pemimpin wanita diberi peluang untuk berdiri sama tegak dengan pemimpin lelaki dalam menerajui tampuk pentadbiran negeri.

“Kita amat bangga kerana daripada daripada 148 Yang Dipertua dan Datuk Bandar di Malaysia, hanya terdapat empat orang wanita dan daripada empat ini, dua adalah di Pulau Pinang iaitu Yang Dipertua MPPP dan MPSP.

“Kita juga mempunyai Pegawai Daerah wanita yang pertama di Semenanjung Malaysia, dan wanita-wanita berkaliber sedang menjawat jawatan paling tinggi dalam badan-badan kerajaan negeri termasuk George Town World Heritage Incorporation, Penang Global Tourism dan InvestPenang,” katanya.

Lim juga berkata, rakyat mesti membersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah yang bermaharajalela.

“Pada hari ini, negara dan negeri kita berada di ambang perubahan. Di satu pihak kita sedang menghadapi krisis moral di peringkat kerajaan persekutuan yang bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.

“Pada hari ini, negara terus meruncing kerana pentadbiran yang tidak telus oleh Umno-BN. Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali,” katanya lagi.

Malah kata beliau, laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas.

“Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh 10 tahun,” katanya lagi.

Katanya, DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan satu harapan baru kepada rakyat Malaysia bahawanya negara tidak perlu menuju ke arah kemerosotan seperti masa kini.

“Kita di Pulau Pinang telah membuktikan bahawa, kerajaan yang cekap, amanah dan telus mampu membela kebajikan rakyat dan bukan setakat itu, malah mampu memacu ekonomi ke paras yang lebih tinggi,” katanya lagi.

Jumaat, 2 Disember 2011

Shahrizat liabiliti Umno,mengheret Wanita dalam isu NFC

Shahrizat liabiliti Umno,mengheret Wanita dalam isu NFC

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menutup persidangan agung tahunan Wanita Umno kelmarin, kelihatan beliau berjaya mengetepikan kesalahan berkenaan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) daripada diletakkan pada bahunya.

Bagaimanapun tepukan berdiri menyambut pendirian beliau ketika itu nampaknya tidak berkekalan. Kini wujud sentimen senyap yang sebaliknya, berkenaan dengan isu berkenaan yang dikaitkan dengan keluarga anggota Kabinet ini.

Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas persidangan mereka, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat sudah menjadi “liabiliti” kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC “menghancurkan kami semua.”

Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa “amat takut” untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.

“Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya.

“Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?” kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.

Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan.

Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno.

“Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan mengapa menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri,” kata beliau lagi.

Ketika berucap merasmikan persidangan tahunan pergerakannya kelmarin, Shahrizat berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu NFC.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini mencabar Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.

Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.

“Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?” kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. “Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan,” katanya lagi.

“Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa,” katanya lagi.

Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama “gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak.”

Shahrizat dalam ucapan dasarnya turut menyelar Zuraida dan mengingatkannya agar tidak mengambil kesempatan terhadap Wanita Umno.

“Tetapi kebanyakan ahli Wanita Umno tidak tahu isu berkenaan NFC. Itu sebabnya mereka bangun menyokong beliau. Mereka tidak tahu isu. Wanita Umno, mereka adalah begitu,” kata perwakilan dari Perak.

Pemimpin kanan Wanita Umno ini juga menasihatkan The Malaysian Insider agar bertemu dengan perwakilan secara peribadi dan kebanyakannya, menurut beliau akan bersetuju bahawa Shahrizat perlu memikul tanggungjawab dalam isu NFC.

“Tolonglah, mereka faham. Dia suami kamu. Apa yang anda cakap, ia tiada kaitan dengan anda? Jika anda bukan menteri, adakah anda rasa boleh dapat projek ini?” katanya.

Apabila ditanya sama ada Shahrizat harus dianggap sebagai liabiliti kepada Umno sekarang, kedua-dua pemimpin ini sama-sama bersetuju.

“Sudah tentu. Ada yang sudah memberitahu perdana menteri, jangan adakan pilihan raya selepas Tahun Baru Cina sebab isu NFC ini tidak akan mati. Ia tidak akan dilupakan dalam tempoh satu atau dua bulan ini,” katanya lagi.

“Ada yang terlalu risau,” katanya.