Langkau ke kandungan utama

Video seks: Datuk T akan bebas dengan hukuman paling ringan

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan “Datuk T” yang akan didakwa Jumaat ini berhubung tuduhan penyebaran rakaman video seks tiga bulan lalu mungkin akan bebas dengan “hukuman ringan.”

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, beliau tidak terkejut apabila diberitahu ketiga-tiga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Datuk T” akan didakwa di mahkamah, Jumaat ini.

“Mengetahui Peguam Negara dan rekod prestasinya, saya pasti ia akan didakwa dengan hukuman yang paling minimum, seperti semua hukuman yang melibatkan politik kecuali ia melibatkan pemimpin pembangkang,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Anwar menambah beliau “tidak yakin” Putrajaya serius untuk mengambil tindakan terhadap “Datuk T” dan beliau percaya ia hanya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

The Malaysian Insider tengah hari tadi melaporkan, ketiga-tiga “Datuk T” – ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim akan didakwa di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Jumaat ini.

“Shazryl ... dia nampak macam Umno punya orang... membantu kepimpinan Umno. Dan, siapa penjenayah lain yang terlibat? Rahim dan Shuib Lazim.Seorang pemimpin moral terbaik dan seorang pemimpin Perkasa.

“Anda mahu kata Umno serius mahu mengambil tindakan terhadap mereka? Saya tidak yakin,” kata Anwar.

Beliau menegaskan satu alasan mengapa rakaman video seks berdurasi 21 minit itu boleh diedarkan dengan meluas kerana ia disokong parti pemerintah.

“Kes yang mudah macam ini ditangguhkan terlalu lama dan ia tetap diedarkan secara meluas.

“Dengan galakan kerajaan, tolak ansur Kementerian Dalam Negeri dan polis. Dengan berdasarkan ini, agak mustahil untuk sebabkan bahan lucah jika tidak dilindungi pihak berkuasa,” katanya.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan bahawa dakwaan terhadap “Datuk T” di mahkamah akan digunakan untuk membuktikan beliau adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

“Mereka boleh ... walau apa jua yang mereka ingin lakukan, ia tiada masalah. Saya akan berdepan dengannya apabila ia tiba,” katanya.

Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih dengan meminta bantuan pakar luar negara.

Pada 21 Mac lalu, “Datuk T” mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Rakaman video itu menyaksikan seorang lelaki yang mirip dengan Anwar sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Rahim, Shazryl dan Shuib akhirnya mengakui mereka akan bertanggungjawab atas pendedahan yang dibuat dengan mengatakan rakaman video seks itu menunjukkan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”

Rakaman video seks itu juga telah disebarkan secara meluas di Internet.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MyKas : Kad Pengenalan mempunyai tarikh luput LAYAK mengundi

MyPR

Pada 1 Jun 2006, MyPR telah diperkenalkan sebagai mengganti kad pengenalan merah untuk pemastautin tetap Malaysia. 'My' membawa maksud yang sama seperti MyKad (Malaysia) manakala 'PR' adalah singkatan kepada bahasa Inggeris, Permanent Resident.

MyPR berwarna merah sepenuhnya mengandungi semua data utama sama seperti pemegang MyKad. Namun begitu di belakang MyPR mempunyai cetakan data mengenai negara asal pemegang MyPR termasuk nombor permit permastautin tetap.

Penggunaan set nombor kad pengenalan 12 digit yang sama digunakan pada MyKad dan MyKid dan cuma dibezakan dengan kod tempat kelahiran mengikut tempat dilahirkan, biasanya kod 71 yang mewakili kelahiran di luar negeri.



MyKas

Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (KP hijau)  mula dicetak di atas kad pengenalan bentuk baru (berwarna hijau) bermula 20 April 2010. Kad Pengenalan Sementara ini dinamakan MyKas dan tempoh sahlaku adalah selama 5 tahun./tarikh luput/ Expired Date

Bagi pemegang kad pengenalan Pemastautin…

PTPTN: Video DBKL rampas khemah

KUALA LUMPUR 24 April: Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengganggu perkhemahan mahasiswadi Dataran Merdeka apabila merampas khemah dan kanopi serta memasang pita di sekitar kawasan itu, jam 6.45 pagi.

Mengikut twitter, mereka juga menghalau mahasiswa yang kebanyakannya masih tidur tanpa memberi cukup masa untuk mengambil barangan peribadi masing-masing.

Bagaimanapun, bekalan makanan dan minuman mereka tidak dirampas.
“Kamu boleh rampas khemah kami tapi kamu tak boleh rampas semangat kami!” tulis twitter kendalian kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai OccupyDataran, pagi ini.

Mereka bergabung dengan kumpulan mahasiswa yang merintis perkhemahan itu sebaik sahaja demontrasi Mansuh PTPTN berakhir Sabtu lalu.

Mereka bercadang untuk terus berkhemah sehingga 28 April – tarikh acara Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 berlangsung.

Dalam perkembangan terbaru, mahasiswa Umar Mohd Azmi yang ditahan dan dihadap ke mahkamah semalam atas dakwaan menghalang tugas pegawai DBK…

Ramai tertipu dengan ikan terubuk masin Sarawak

SEBUT saja terubuk Sarawak, pasti ramai yang akan terliur dengan keenakan isinya yang lemak dan manis, apa lagi kalau dapat menikmati ikan terubuk bertelur.

Malah tidak sah rasanya kunjungan pelawat ke Bumi Kenyalang, kalau tidak membawa pulang 'ole-ole' ikan terubuk Sarawak, terutama terubuk masin dan telur terubuk masin, yang ada dengan banyaknya di Pasar Tamu Satok di Kuching. Terubuk ini juga laris ketika Ramadan yang menjadi juadah wajib penggemarnya ketika berbuka mahu pun sahur.

Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini.

Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.

Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lu…